Pages

Friday, 31 January 2014

Kekuatan Berzikir

Pejam celik pejam celik Januari sudah sampai ke hujungnya. Begitu pantas waktu meninggalkan kita. Hampir setahun yang lalu, semasa aku dalam perjalanan menghantar seorang pesakit ke sarawak menaiki Charlie bersama anggota TUDM, masih tersemat pengalaman itu dalam memori aku. Aku tahu memang semuanya sudah dirancang dengan sgt teliti oleh yang maha Esa. Apabila sahaja aku mengingati kisah itu pastinya satu zikir yang aku amalkan semasa dalam perjalanan ke sana akan ku amalkan.
Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Ketika aku seorang sahaja yang perlu mengiringi pesakit tersebut. Aku cuba kuatkan hati aku. Aku sematkan sekuatnya dalam hati aku bahawa aku boleh melakukan. Allah sentiasa ada untuk hambanya. Betapa aku mengharapkan pertolongan dari Allah kerana aku perlu merentas di awan biru demi untuk menyelamatkan dan memastikan pesakit sampai ke destinasi. Aku perlu kuat & bersungguh untuk membuktikan kepada ibu dan ayahnya yang memilih aku untuk mengiringi mereka.
Sewaktu ambulance memulakan perjalanan. Siren semakin kuat melintasi jalan yang penuh sesak dengan kenderaan yang gah di jalan untuk sampi ke lapangan terbang TUDM Subang, sewaktu perut pesawat Charlie terbuka untuk menyambut kedatangan kami. Sewaktu anggota TUDM sedang bertungkus-lumus membantu kami menyediakan peralatan. Aku mula pasrah. Aku kini berserah segalanya kepada Allah. Hanya Allah yang dapat membantu aku di atas sana. Semoga Allah kuatkan semangat dan memudahkan proses perjalanan kami.
Alhamdulillah cuaca sangat membantu kami. Sewaktu duduk memasang tali pinggang keledar untuk Charlie melakukan tugasnya sebelum terbang di awan biru. Aku selesakan diri. Menarik nafas sedalamnya. Dan zikir ini miniti dibibir dan hatiku.

Astagfirullah ha'azim (3x)

allazi lailahailla, huwalhaiyul qaiyum,
wa atubu ilaih, taubatan abdin zolimin,
la yam liku li nafsi, dorrom wa la naf am
wala mautah, wa la haya tau, wala nu shu ro.

subha namalla yaqdiru ghalqu qadrahu,
waman nu wa qalqa 'arshifa dun mu war hadu,
malikun ala 'arshis sama 'imuhai minu,
li izzati taqnu wuju hu watasjudu.

hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah, lailahaillallah,(3x)

laisa laha mindunillah hi ka shifa (3x)

lailahaillah almalikul haqqu mubin
muhammadur rasulullah, sodiqul waqdi amin,

astaqfirullah ha innallah kanataw waba, (3x)

Tubna ilallah, wa rojakna ilallah,
wanadimna 'alama fa'alna, (3x)

Usai habis 1 rangkap zikir, kami sudah pun berada di atas. Membelah awan putih. Keajaiban memang berlaku. Aku berasa sangat tenang memulakan tugasku. Ya Allah. . Sukar untuk ku gambarkan perasaan ku. Segalanya sangat lancar dan mudah. Walau ada keadaan emergency juga berlaku, tetapi ia sangat pantas dan tenang. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua anggota TUDM yang membantu aku ketika itu. Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua.
Sesampai di Sarawak, memulakan perjalanan ke hospital umum Sarawak. Pass over ke staff hospital sana. Maka tugasku selesai. Bersyukur... lega... alhamdulillah..
Juga urusanku dipermudahkan. Walau pergi dalam keadaan emergency tanpa sempat mencari tempat tinggal, mujur ada ex colleague yang sudi membantu aku. Bersama menguruskan perjalanan pulangku. Juga dengan bantuan MAS. Benar sekali kata pepatah orang berbudi kita berbahasa. Seorang yang pernah menjadi donor stem cell transplant juga sudi membantu aku sepanjang 3 hari urusanku di sana. Alhamdulillah.. syukur ya Allah.

Sehingga hari ini. Jika ada sesuatu yang merunsingkan. Jika ada yang tidak kena pada hatiku. Jika ada insan yang menyukarkan hidup seharianku. Zikir ini akan sentiasa diamalkan. Praktik kn. In sya Allah kita akan rasa tenang sangat.
Tetapi aku ada terbaca ada mengatakan bahawa ada yang tidak kena pada zikir ini. Bagi aku, ini yang udah menjadi amalan ku dari dulu semasa bersama-sama solat berjemaah di sekolah dulu, malah aku berasa tenang dan merasakan Allah sentiasa membantuku. Aku masih mengamalkannya. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terniat di hatiku.




Sharing is caring

* footnote;
Walaupun semu orang tahu bahawa pertolongan terakhir ialah datangnya dari Allah, tetapi jarang-jarang yang mendapatkannya dari awal awal lagi.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment