Pages

Tuesday, 7 January 2014

Belajarlah Membantu Walaupun Hal Kecil

Letihnya.....ngantuknya....
Sebagai seorang cik jururawat kerja aku tidak ikut masa normal.. ade kerja shift pagi, petang & malam.. last aku kerja shift pg pada 2.12.13. Sudah lame bukan..owh..jgn risau bukan salah sister buat roster tetapi aku diberi cuti panjang semasa sesi pembersihan dan penutupan ward selama 2 minggu. Mahu menghabiskan cuti tahun yg mmg xkn pernah habis jika bekerja di ward heamatologi transplant ni.
So setelah lebih sebulan tidak kerja shift pagi..akhirnya roster shif pg pon siap..nah amek ko keja pg straight... 1st rini..
Bermula tugas menghantar pesakit transfer ke SJMC untuk satu prosedur. Hormat aku pada pemandu ambulance td.. sgt cool menghadapi jalan ampang ke petaling jaya yang super bz.. yela nek ambulance ada pesakit boleh pasang siren..evan jammed ttp boleh sampai awal sikit...hihi.. dan yg menyebabkan hormat aku makin bertambah apabila kmi menghadapi satu situasi dgn org awam yg mungkin tidak pernah sakit, tidak pernah naik ambulance, maybe semua ahli keluarganya sihat.. kerana ambulance yg berhenti sekejap untuk menurunkan pesakit di lobi die menjd amat marah. Ganggu perjalanannya katanya. Aku saksi pemandu tidak menjawab malah meminta maaf evan kmi xde salah..paling mengerikan org awam tersebut menunggu di kawasan parking bersama sebatang besi dgn alasan pemandu ambulance membuat muka tidak puas hati apabila ditegur.. oke nampaknya kali ni aku perlu campur tgn.. atas dasar profesional dan hormat pada uniform putih yg aku sarung aku juga meminta maaf serta menerangkan kami perlu membawa pesakit segera untuk prosedur. Marahnya sedikit berkurang..senyuman aku berikan..kt xtahu maybe ade masalah yg sedang dia fikirkan sehingga bertindak sedemikian..
Cuma tahukah org awam tersebut kami juga menempuh jammed di mrr2..tahukah dia pemandu ambulance yg cool itu baru sahaja discharge semalam dr ward tanpa menyambung mc beliau..tahukah org awam tersebut berapa kali pemandu ambulance perlu ulang alik dr hospital ampang ke pelbagai destinasi??? Oleh kerana kami sudah kebal dgn ini semua..sudah biasa x dihargai evan sudah melakukan kebaikan 7 am till 7am.. kesabaran kami sgt tinggi..kekebalan pada pelbagai aduan sudah sgt tebal..senyum perkara yg sgt mudah evan masalah yg menimbun kami tinggalkn bila menyarung uniform kami. Alhamdulillah semua settle. .aku pastikan urusan kemasukan pesakit dicepatkan untuk kembali bertugas di ward. Ambil diet..ambil chemo..serve diet..serve ubat..update fail..aghh komputer jammed pulak.. org shif petang pon sampi.. lega..pass over report. ..
Jam 2pm balik rumah??? Mmg xla.. settle kan Bless pulak.. sampi rumah jam 4pm..mandi solat zohor..mata yg sgt mengantuk ditahan untuk pastikan tidak terlepas asar..
Tetibe teringat ada sahabat yg sedang bercuti mesti xsetel lg Bless yg seharusnya settle last year..yeahhh kmi lmbt sikit..hihi..oke tahan mata..cuba bantu mana yg ptt...alhamdulillah. line internet sgt menyebelahi ku..settle

~~¤¤~~



Sr ward selaku ward manager decide nak pasang ni kat ward. .yela dalam usaha healthy lifestyle kata org.. biasala ada yg setuju ada yg x. Suara majoriti setuju + xkisah + paksa rela.. actually da ramai yg pasang water filter dgn lambakan jenama di pasaran now. Biasanya ble uwang yg perlu dikeluarkan tambahan isu sewa beli.. hak milik siapakah nanti kerna kmi sama2 bayar. Setelah dibahagi ditambah ditolak maka ceti kecil kecil cili padi ward pon memulakan tugas beliau.. chaiyok dik.. tp aku mmg jenis xsuka berhutang. .takut esok mati sian yg hidup nak kne setelkn, so aku setel 1 year trus.. senangin keja ceti..pahala pon ada..
Bila difikirkan semula mak aku selalu cakap masa kecik kecik dulu kt yg masak kc org makan n minum ni dapat pahala lebih..ayat skema catering family members. .so aku mmg xkisah pon menderma sedikit untuk kegunaan ward.. sesekali bila doktor, nurse, ppk, or sesape sahaja yg hydrates themselves dgn air tu..rasa segar..rasa kenyang. .haaa free free je kt dpt pahala tau..

~~¤¤~~

Wang yg kita miliki bukan ukuran kegembiraan. Rezeki Allah sgt luas, melimpah ruah, tidak terbatas dan tidak akan habis. Untuk membantu orang tidak perlu hanya melibatkan perkara yang besar dan diuar-uarkan agar semua orang tahu yg kt seorang yg ringan tulang. Tidak hanya terhad pada eang ringgit, tetapi juga dalam kudrat atau tenaga.
Walaupun kt anggap perkara kecil, tetapi ia besar ertinya buat mereka yg meminta bantuan iti disisi Allah. Apa yg kt lakukam itu adalah sebagai tanda terima kasih dan dizahirkan dengan perasaan syukur atas nikmat sekaligus menimbulkan rasa puas dan kerdil disisi Allah.
Andai kt berkemampuan, apa salahnya membantu mereka yg memerlukan. Itu semuakn dikira sedekah. Apabila kita memudahkan kerja orang lain, Allah akan memudahkan hajat kt. Usah menunggu masa yg sesuai. .usah mengira kepada siapa..sempena apa.. jdkan sebagai tabiat. Yang penting adalah niat untuk membantu, bukan mengira berapakah ganjarannya.
Yakinlah bahawa rezeki itu adalah kurniaan Allah yg ditetapkan. Tidak ada satu kuasa pon yg dpt menghalang untuk sampai ke tgn kt...



Sharing is caring.


¤notakaki
Pemberian tuhan selalunya lambat, tetapi pasti. Kerana itu orang sabar sahaja yang dapat akhirnya.




We argue, we fight, and we ♥ each other..semoga kt sahabat hari ini..esok..selamanya.
Menegur bukan kerana benci..memuji bukan kerana syg semata..
We are always fabulous rights. ..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment