Pages

Wednesday 10 June 2015

Dugaan demi dugaan

Assalammualaikum....

Lagi seminggu nak puasa kome....
Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hampir ramadhan.
Dah bersedia?
Aku pasti mesti ada yang sudah siap pon persiapan untuk raya.

My handset s merajuk baru-baru ni. Dah la kerja aku la ni banyak gune e-mail. Sabar jela. Naik sakit jugakla kepala ni sementara buat keputusan untuk menggantikannya dengan yang baru.
Yelah.... semua data-data penting aku simpan dalam tu.
Nak x nak kena jugaklah beli yang baru sebelum menjadi lebih parah.

Perancangan Allah kan memang hebat. Bulan ni turn aku dapat duit kutu. Sekurangnya ade dah la bahagian untuk belanja telefon baru. Klu la die sakit bulan lepas ke, bulan depan ke, x ke parah.
Alhamdulillah.
Terima kasih telefon s untuk 3 tahun perkhidmatan cemerlang kamu. Jasamu ku kenang.

Kita sentiasa minta apa yang kita mahu, Allah pasti beri apa yang kita perlu.





Sharing is caring

Wednesday 13 May 2015

Chronic Myeloid Leukemia (CML)

Salam semua. Sempena hari jururawat semalam, kira hari ni aku merajinkan diri update blog yang dah bersarang ni.
Busy macam semut. Tahniahlah..

Baru-baru ni, aku ada join The Max Foundation. Jadi ahli and volunteers. Alhamdulillah di samping membantu kelancaran hari tersebut dapat juga menimba ilmu yang boleh aku kongsikan.

Anda, keluarga atau rakan baru di diagnosis sebagai pesakit CML?
Apa yang perlu anda tahu?

Seperti istilahnya, CML adalah sejenis kanser darah yang berkembang secara perlahan-lahan.
Ciri-ciri utama pesakit CML adalah penghasilan sel darah putih (WBC) yang tidak terkawal. Peningkatan jumlah sel darah putih yang terlalu tinggi ini menyebabkan limpa membengkak. Malah, CML merupakan salah satu penyebab utama pembengkakan limpa yang serius. Atau dalam istilah perubatan splenomegaly.



CML juga dapat dibezakan daripada penyakit lain dengan kewujudan kromosom Philadelphia, yang mendapat nama dari tempat di mana penemuan ini berlaku. Kromosom Philadelphia terbentuk daripada pertukaran dan percamtuman yang berlaku di antara kromosom 9 & 22. Akibat daripada proses ini, terbentuklah gen yang dikenali sebagai Bcr-Abl yang menyebabkan penghasilan sel darah putih secara tidak terkawal.

Penyakit ini boleh berlaku kepada semua peringkat umur dan kadar kejadian yang dicatatkan adalah 1:100000 orang. Berdasarkan laporan, pesakit CML di Malaysia adalah di kalangan orang dewasa yang lebih muda berbanding pesakit di negara-negara barat.

Bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan membantu kita lebih memahami biologi penyakit ini. Penemuan ini di anggap salah satu penemuan terpenting di dalam perawatan moden penyakit kanser.


Tanda-tanda dan gejala
¤ rasa lemah dan lesu
¤ berpeluh pada waktu malam
¤ kehilangan berat badan
¤ demam
¤ sakit tulang
¤ kebengkakan limpa
¤ sakit @ rasa sebu pada perut
¤ rasa kenyang selepas makan walaupun pengambilan makanan yang sedikit


Bagaimana CML dikenalpasti?
Pertama sekali keterangan penuh berkenaan sejarah penyakit anda, status kesihatan terkini anda dan keluarga.

Anda juga akan menjalani pemeriksaan fizikal untuk mengenalpasti sebarang tanda-tanda penyakit lain yang berkaitan.

CML biasanya dikenalpasti melalui ujian kiraan darah ( FBC), pemeriksaan sum-sum tulang, ujian sitogenetik (sample darah daripada sum-sum tulang diperiksa untuk mengesan kehadiran kromosom Philadelphia dan juga ujian molekular (untuk memeriksa kehadiran gen BCR-ABL).


Fasa-fasa CML
Dibahagikan kepada 3 fasa:

1) Fasa Kronik
peringkat terawal CML.
kebanyakan pesakit tidak mempunyai sebarang gejala semasa dalam fasa ini.
bilangan sel darah putih (WBC) meningkat dengan ketara dan limpa akan membengkak sedikit.
-- jangka hayat biasanya antara 3-5 tahun (jika tidak menerima sebarang rawatan).

2) Fasa Akselerasi
-- penyakit menjadi bertambah teruk ketika fasa ini. Limpa akan menjadi lebih bengkak, meyebabkan pesakit berasa tidak selesa pada bahagian kiri abdomen.
-- biasanya sel darah putih akan menjadi lebih tinggi berbanding ketika fasa kronik, sementara sel-sel darah merah dan platelet mungkin akan menurun ke paras yang tidak normal.
-- pesakit akan berasa tidak selesa pada fasa ini.
-- biasanya berlanjutan selama 6-18 bulan (jika tidak menerima sebarang rawatan).

3) Fasa Blast
-- ini merupakan fada CML yang terakhir. Ciri-cirinya seperti leukemia akut.
-- jika berterusan tanpa rawatan, pesakit hanya boleh bertahan selama beberapa minggu sehingga beberapa bulan sahaja.

CML merupakan salah satu kanser darah yang boleh dirawat. Rawatan dan kefahaman mengenai CML sejak kebelakangan ini amat menggalakkan dan berkembang dengan baik. Berbincang dan dapatkan rawatan yang sesuai daripada pakar hematologi adalah penting dalam perancangan rawatan.


Pilihan-pilihan Rawatan
Adalah berbeza bergantung kepada fasa CML, umur dan tahap kesihatan pesakit:-

1) Rawatan oral
Satu kelas ubat oral dikenali sebagai Tyrosine-kinsse inhibitor (TKI) seperti:
-- Imatinib Mesylate - merupakan rawatan UTAMA sejak diluluskan oleh FDA pada tahun 2001. Rawatan ini dikenali sebagai 'terapi sasaran' yang memberi kesan ketara ke atas rawatan CML.
-- Dasatinib - diluluskan oleh FDA pada Jun 2006.
-- Nilotinib - diluluskan oleh FDA pada Oktober 2007.

2) Pemindahan sum-sum tulang
-- juga dikenali sebagai pemindahan sel stem hematopoitik (hematopoitic stem cell transplant HSCT).
-- Satu-satunya rawatan yang boleh menyembuhkan CML setakat ini.
-- pemindahan sum-sum tulang adalah untuk pesakit yang gagal dalam rawatan TKI. Pesakit perlu mempunyai penderma yang sesuai dan berada di dalam keadaan yang sihat dari segi perubatan.

3) Pilihan lain
-- Hydroxyurea
-- Interferon
Busulfan

Dari semasa ke semasa, mungkin rawatan atau kajian baru sebagai pilihan rawatan (atau gabungan rawatan). Sentiasalah berbincang dengan doktor yang merawat anda.
*perlu diingatkan setiap individu adalah berbeza. Doktor anda akan menerangkan dan membincangkan pilihan rawatan dan sumber yang ada utuk anda membuat keputusan yang terbaik selaras dengan matlamat rawatan.


Pemantauan
Setelah anda menjalani rawatan, anda pasti ingin mengetahui bagaimana keadaan anda dan perkembangan penyakit anda dengan rawatan tersebut.
Doktor anda akan memberi temu janji ulangan untuk memantau keadaan penyakit anda.
* FBC
* ujian sitogenetik
* ujian molekul (PCR)


Kepatuhan Rawatan (Treatment Adherence)

Sangat PENTING bagi memastikan rawatan adalah berkesan. Ia termasuk
mengambil rawatan (atau ubat) mengikut nasihat doktor anda - kekerapan, dos dan cara pengambilan yang betul.
sentiasa menepati temu janji klinik anda.

Kajian telah menunjukkan bahawa kegagalan untuk mematuhi rawatan adalah sebab utama mengapa pesakit tidak mencapai sasaran rawatan. Kepatuhan pada arahan doktor semasa menerima rawatan anda adalah sangat penting.
Anda perlu memaklumkan kepada doktor anda tentang kesan sampingan rawatan, supaya rawatan dapat diselaraskan dengan sewajarnya.



Senarai Semak Kepatuhan Rawatan

→ Ambil ubat anda setiap hari seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
→ Ambil ubat anda tepat pada masa yang telah ditetapkan.
→ Jangan sesekali terlepas mana-mana dos yang telah ditetapkan.
→ Jangan sesekali mengubah dos dengan sendiri tanpa perbincangan dengan doktor anda.
→ Jangan sesekali terlepas temu janji klinik ulangan
→ Sentiasa periksa dengan doktor anda sebelum anda mengambil sebarang suplemen tambahan.


Sumber Sokongan Pesakit

Persatuan Keluarga Max Malaysia (MF)
Adalah kumpulan sokongan pesakit yang mberi fokus kepada CML. MF ditubuhkan di Malaysia pada bulan Julai 2006 hasil usaha sama antata The Max Foundation dan sekumpulan pesakut CML dan beberapa orang sukarelawan.
Matlamat utama MF adalah untuk memberi sokongan dari pelbagai aspek kepada pesakit CML, melalui kerjasama dan sesi perkongsian.


Hubungi
mymaxfamily@gmail.com
http://www.facebook.com/maxfamilymalaysia
www.maxfamily.org

The Max Foundation
Adalah sebuah pertubuhan kesihatan global yang mempercayai bahawa penghidap kanser berhak mendapat sokongan dan rawatan yang terbaik. Melalui perkhidmatan akses yang bersesuaian, latihan dan pendidikan yang berkualiti, serta usaha-usaha advokasi global, membantu menghadapi kanser dengan harapan dan semangat yang tinggi.
Ia terletak di Selangor.


Hubungi
03-77269903
maxmalaysia@themaxfoundation.org
https://www.facebook.com/themaxfaoundation
www.themaxfoundation.org

**artikel ini daripada The Max Foundation dan tidak boleh dijadikan nasihat perubatan rasmi; ia juga tidak boleh menggantikan nasihat yang diberikan oleh pakar perubatan.






Sharing is caring


posted from Bloggeroid

Friday 3 April 2015

GST oh GST

April 2015 titik sejarah bermula buat semua rakyat Malaysia apabila negara bertuah bumi tercinta Malaysiaku kini mula berGST.

6%

Dalam minggu pertama menyesuaikan diri dalam langkah berbelanja dengan bijak. Kerajaan bukan tiba-tiba hari ni umum esok start GST ni. Lama dah. Lama dah duk rancang. Duk canang. So sepatutnya kita lama dah bersedia mental dan fizikal.
Kira # paling trending minggu ni tak payah nak cari lagi. SOT. Sah. Semua #gst. Am I right.

Aku???

Actually, sejak 6% GST ni terlaksana aku belum berkesempatan nak berbelanja. So memang masih belum terasa kehangatannya.
Tambahan masih bujang trang tang tang. Tinggal pula bersama sedarah sedaging. Berkongsi apa yang sedikit. Bergembira dengan yang banyak.
Tidak dinafikan memang banyak keluhan aku dengar terutama yang sudah berkeluarga. Perbelanjaan makin tinggi katanya. Oleh kerana tidak mempunyai ilmu yang penuh di dada untuk menyokong atau membidas setiap kenyataan itu, so masih belum banyak berbicara. Takut menyinggung pihak lain. Bukan aku yang pikul beban mereka.

Aku selalu cuba berfikir positif. Yelah.. jika aku menyatakan sekeras manapon, membidas sekuat manapon, aku hanya rakyat biasa. Bak anjing yang menyalak bukit. So, awai-awai ceq dah bersedia.
Dah jadipon. Tak berguna lagi nak bangkang. Hatta, evan aku mogok tak makan sebulan pon tak jadi apa.
Bersedia apa yang patut. Katakan tidak mana yang tak perlu. Sedikitkan mana yang tak penting. Simpan mana yang lebih. Buang mana yang buruk.
Bak kata mereka kita kaji dalam masa 3 bulan ni. Okey... kaji jangan tak kaji. Kan dah janji. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.



Kita mewah. Banyak hasil bumi. Negara bertuah. Dari kecil dah biasa barang free. Dah dimomokkan yang free itu memang hak dan milik kita. Sesekali kena bayar siapa yang tak marah beb. Sedangkan bayar yang singgit kat sepital kerajaan pon orang nak servis tiptop dan dan tu. Gaji kite mereka yang bayar katanya. Yelah.. aku mana pernah bayar pape. Cukai zakat semua tak bayar. Kannnn.
Oke.. sarcastic sangat dah kenapa.

So... bagi membuktikan aku rakyat yang membantu negara, telahku berjanji mahu ngedate dengan adik-beradik semua esok. Berbelanja. Kot boleh kongsi pula kesannya padaku. Wawawawa. Ngak sabar pula rasanya.
Owh.. pasti ada manusia yang sedang cuba memutar belit serta amik kesempatan. Jom kita download ebook pasal GST. Tengok mana barang yang sepatutnya naik. Mana barangan yang boleh shopping baru. Kita kena tahu dan ambil tahu. Barulah tak jadi mangsa nanti.

Eh.. jap. Selama ni kita makan kat kepci, pijahat, mekdonel, kedei setimbot, macam dah lame je ade gst. Penuh je hari-hari wa tengok. Adele kejap that day mase boikot, kosong sat. Krik krik krik.

Dah terlaksana. Berbelanja dengan bijak. Kita hidup bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk masa depan.
Biasalah ayat yang akan selalu dengar lepas ni. "Hampa tak pelah. Kerje kerajaan. Bulan-bulan gaji masuk. Bolehla cakap tak kesah. Kami ni len".

Baik.
Aku faham. Bukan semua orang ada simpanan dalam akaun bank miliknya. Ada cash dalam beg duitnya. Bersabarlah. Rezeki tuhan yang tentukan. Bukan sebab GST kita jadi miskin. Cuma perlu usaha. Mungkin ada insan yang hanya usaha sikit besar ganjarannya. Mungkin pula ada insan yang tulang empat kerat perlu dikerah untuk rezeki kecil itu. Setiap apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah pasti ada ganjarannya. Mungkin bukan di dunia yang penuh pancaroba ini, tetapi di sana yang kekal abadi nanti.


Hihihi....






Ps/
Ramai manusia kecewa kerana mereka tidak tahu bersyukur.






Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Saturday 28 March 2015

Suara Pekerja

Pekerja pembangunan negara
Berusaha bekerja bersama
Bangun Malaysia negara tecinta
Membantu rakyat jelata

Bersih, cekap dan amanah
Amalan hidup seharian
Dedikasi, jujur dan ramah mesra
Tingkatkan mutu perkhidmatan


Usah digugat semangat kami korus
Menghalang usaha kami
Kesatuan pembela pekerja
Pekerja nadi negara

Bersama bersatu berbakti
Tetapkan semangat kami
Perjuangkanlah nasib pekerja
Agar hidup aman sejahtera

ulang korus







Sharing is caring
posted from Bloggeroid

Tuesday 24 March 2015

Tesco home delivery

Hi korang.

Salam satu Malaysia.

Hari ni aku nak berkongsi berkenaan home delivery tesco ni. Aku pasti pasti ramai daripada anda dah mencubanya. Aku je yang lambat sikit nak share sini. Tapi kot ada yang masih belum berani meh aku nak share sikit.
First korang kena la bukak laman web die. Taip je kat Google, kat Internet Explorer, atau ape-ape pon boleh. Then masuklah apa yang perlu. Ala.. jangan risau. Mudah je. Takdelah macam nak jawab soalan exam. Just complete kan semua data diri untuk kemudahan penghantaran.
Lepas tu klik je ape saja yang korang mahu. Kalau yang ada promosi akan ada di page paling depan. Yang lain korang nak silalah searh sebab ade beribu-ribu lemon kat situ.



Sudah selesai membeli??? Maka satu email pengesahan akan dihantar kepada anda. Yang bestnya kita masih boleh tambah atau tolak barang yang telah kita select sehingga tarikh yang diberikan. Kira beberapa jam sebelum waktu penghantaran yang anda sudah pilih.
Tiada cas penghantaran dikenakan kecuali pada waktu puncak iaitu jam 12pm-3pm itupon kalau tak silap aku dalam rm2 / rm3 je. Sebab aku kebiasaan akan pilih waktu petang atau malam.
Malah jangan risau. Pihak tesco akan menelefon anda dahulu untuk memastikan anda berada dirumah atau tidak sebelum waktu penghantaran.

Bayaran??



Anda ada kredit kad atau debit card sudah semestinya boleh. Tapi masih belum boleh bayar secara COD lagi.
Jika bahan yang dipilih tiada stok, tesco akan menggantikan barang yang lain. Maybe pertukaran dari segi jenama, saiz, atau kuantiti. Tetapi anda jangan risau. Barangan tersebut akan diletakkan di dalam plastik yang berasingan. Anda berhak untuk menolak barang tersebut.



Dalam plastik biru ni lah. Barangan lain akan diletakkan dalam plastik tesco biasa.

Just Klik dan ding dong barang sampai depan pintu. As simple as that. Bestkan. Cubalah. Tapi nasihat aku kalau anda tak biasa beli barangan online bolehlah cuba membeli sikit dahulu. Then, kalau berpuas hati silalah menggunakan kemudahan perkhidmatan yang diberikan.

Tapi.. belum semua tempat jugak di hantar. Kalau anda duduk di kawasan yang jauh di pedalaman atau memang tiada tesco di kawasan penempatan anda, kemudahan ini memang tak adalah.
Anda bayangkan apa yang anda telah jimatkan. Masa sudah semestinya. Kalau weekends di minggu gaji perghhh memang payah la nak bersesak bagai. Jimat minyak kereta menempuh sesak di MRR2. Jimat tenaga. Hihi..

Perlu diingat bukan semua barang ada. Kalau nak beli peti ais, almari 4 pintu, aircond bagai korang kenalah p tesco sendiri atau kedai elektrik berdekatan.
So far, aku belum cuba lagi beli barang basah seperti ikan, ayam, daging dan yang sewaktu dengannya. Bukan tak ada cuma yang ni aku lebih prefer nak belek-belek, rasa-rasa dulu. Kalau sayur tu buat masa ni yang sampai fresh lagi.

Jika ada pihak pengurusan tesco membaca entry aku ni. Aku nak cadangkan semasa proses pembelian anda boleh bertanya sama ada mahukan plastik atau tidak. Kita kan sekarang ni sudah tinggi kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar.

Betapa mudahnya kehidupan kita di zaman serba moden ni kan. Haisssss... kalau ade perkataan malas tu dalam kamus hidup lagi tak tahulah na oii..





Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Monday 23 March 2015

Penternaknita

Salam semua...
Bagaimana hari ni? Lebih baik dari semalam? ?

Tajuk aku tak boleh blah hari ni. Agak-agak ade x dalam kamus dewan perkataan ni. Heeee


Nampak tak si comel kuning dalam reban tu. Ceritanya semasa cuti panjang aka tempoh bertenang baru-baru ni adik aku merajinkan diri mengusahakannya penternakan kecil-kecilan ayam daging. Baru bermula. Tapi melalui kata-kata penuh semangatnya memang mahu usahakan lebih lagi jika serasi.

So.. aku dengan semangatnya cuba juga ingin bergelar penternak. Namun, oleh kerana tempat mencari rezekiku di ampang ni so memang takla boleh aku 'berternak' di sini. Saja berbasi-basi agak-agak kalau aku keluar modal boleh tak kita usahakan ternakan yang lebih besar. Tak sangka pula, adik aku memang bersungguh.
Maka. ....



Banyak hari juga dikerjakannya. Selepas reban, kandang pula dalam proses pembinaan. Cuba secara kecil dahulu. Untung sabut timbul. Untung batu kita korbankan saja. Rancangnya mahu mendapatkan beberapa ekor 'mbekkkkkk...'
Insya Allah. Doa-doakan ye.



Tengah semangat ni. Harap aku terus komited dengan apa jua yang aku mulakan.
'Mak.... ayah.. lepas ni kalau ade orang tempah masak kambing kite pakej ngan kambing teruslah. Tak payah beli lagi'. bilangku penuh semangat.
Nampaknya lepas ni balik kerja kena sambung study nak jd usahawanita serta penternaknita. Ececeece

Bermula kecil-kecilan dulu. Yelah pokok yang terbesar sekalipun bermula dari biji yang kecil.

Pernah terbaca ni....
Menjadi jutawan lebih baik dari menjdi hartawan yang mana menjadi usahawan jauh lebih baik daripada kedua-duanya.

Jum kita. Ayuh... semangat




Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Saturday 21 March 2015

No title



Salam semua.

Sejak dua tiga menjak ni blog aku memang pelik sikit. Maaf.
Saje. Berkongsi.
Jika ada salahnya aku, tegur lah. Aku insan biasa. Tak sempurna. Mungkin apa yang benar pada mataku tidak pula pada mata orang lain.
Aku kan nurse. Tapi sila jangan jealous sebab aku bercuti 10 hari korang. Esok last day. Ouch.

Ye. Ade yang baca ni cikgu. Korang nak cakap akhir tahun nanti korang cuti sebulan kan.
Sebab aku nurse memang jarang lah dapat cuti panjang macam ni kalau tidak bersebab.
Menghabiskan baki cuti yang masih terhutang tahun lepas punya. Tak menggunakan cuti tahun pon.
Tapi.. biasalah.. dalam cuti pon macam-macam hal jadi. Hidup tak berseri lah kalau takde drama. Ye tak.
Sabar dulu ye. Nanti dah balik cuba selesaikan perlahan-lahan. Allah kan ada. Insya Allah. Cuma ingat satu wana. Jangan burukkan lagi keadaan. Kadang-kadang aku ni terpaksa bermuka-muka sebab taknak heboh kecoh buat hubungan orang lain renggang. Last-last aku yang masuk jerat. Padan muka kau. Sapa suh buat perangai lagu tu. Ni makan die.

Ha... kan.. dah jadi satu pengajaran. Ambil setiap apa yang berlaku sebagai satu titik untuk permulaan yang baru. Jadi insan baru. Jangan duk ulang dah benda lama tu. Yang tak best tinggalkan je. Buat kenangan baru.
Kerja???? Professional kena jaga beb. Ingat ni
→ Penyayang
→ Kerja berpasukan
→ Professionalism



Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
(Surah An-anfaal, ayat 46)

Sekiranya kamu bersyukur Aku akan tambah nikmat dan rahmatku. Tetapi jika kamu kufur maka azabku amat pedih.
(Surah Ibrahim, ayat 7)



Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagimu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dialah yang Maha pengampun lagi Maha penyayang.
(Al-Yunus:107)



Aku pernah terbaca ni. Dalam satu naskah. Semalam bosan aku belek dalam almari jumpa nukilan yang sama.

Learn to listen when you're talking to people. Listen to how people say things, to what they really mean because people frequently say one thing and mean another. Learn to separate the wheat from the craft and look at your own poetry in the same way.
You must have a built win shit detector. If you're meant to be ironic or sarcastic, make sure you're not being just plain silly. Without becoming too down on yourself, learn to be your own worst critic. You're never loser until you quit trying.


Terima kaseh membaca.


Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Monday 16 March 2015

Masalah masalah

Dulu dari waktu sekolah sampilah dah waktu bekerja ni kita selalu belajar cara nak tangani masalah.
Samada kita yang merupakan pencetus masalah, kita yang terlibat dengan masalah atau kita tetiba masuk dalam sesuatu masalah.
Pokoknya kita sesekali tak akan menyelesaikan masalah dengan dengar satu belah pihak sahaja. Orang boleh sewenangnya menambah perasa dalam cerita.
Nak selesai masalah jika ada pihak A, yang melibatkan pihak B & C. A, B serta C perlu ada semeja untuk selesaikan apa yang tak selesai.
Mana nak tahu jika masing-masing tak boleh pandang diri masing-masing. Lantik orang tengah. Orang yang boleh dipercayai. Yang kita rasa boleh tolong selesaikan masalah ni.


Oke.. yang penting sekali jgn amalkan sikap ni. Sejak makin tua ni. Sebelum tidur pastikan kita maafkan setiap orang sekeliling kita. Supaya kita bangun tidur nanti kita boleh tersenyum.



Arghh.. mcm-mcm hal. Sabar jela ye.
Allah tidak akan pernah memberi ujian yang kita xboleh tanggung. Ingat tu.
Tambah jika ia melibatkan family atau yang kita jumpa hari-hari. Meminta maaf dan saling memaafkan.
Yang paling penting jika kita dengar apa yang rasa tidak kena dari seseorang mengenai diri kita. Tanya pada orang yang menyampaikan itu. Adakah itu sebenarnya yang terjadi. Supaya semua mudah dan semua sakit hati tiada lagi.

World peace yo.





Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Friday 13 March 2015

Ayuh bangkit!!!

Bismillah.....
Berani kerana benar wana.

Pepatah Melayu ade cakap ditelan mati mak. Diluah mati bapak. Berbelah bagi.

Akhirnya aku bercuti panjang. Tinggalkan baju serta kasut putih. Banyak rancangan dah buat. Rezeki. Bercuti sekali dengan kerjaya pendidik. Malah aku cuti lebih awal. Aku sudah berada di kampung halaman tercinta.

Hilang sekejap semua penat. Lupa semua masalah tatkala ku salam ku cium tangan mak dan ayah tadi.
Tapi tak lama. Kerana aku bukan insan yang sukakan keadaan serba salah begini. Ingin sekali ku luah. Beritahu dunia apa yang sebenarnya berlaku. Tapi banyak hati perlu dijaga. Banyak perasaan perlu ambil kira.
Sabar. Tu je yang mampu buat masa ni. Aku selalu ingatkan diri. Hidup kalau tak ada drama tak seronoklah kan.
Tapi jika dituduh tanpa usul periksa hati mana yang tak terguris. Iman mana yang tak tergugat. Sabar. Sabar. Sabar.
Arghhh. Penat kali menjadi orang tengah ni.



Ya Allah bantulah hambamu. Mungkin ini adalah yang terbaik untukku. Mudahkanlah semuanya. Jika ia memang salah yang berpunca dariku tunjukkan aku kebenarannya. Jika ia bukan sekali berpunca dariku Mudahkanlah penyelesaiannya.



Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Cuma cara kita nak selesaikan. Cara dewasa atau sebaliknya.
Kadang-kadang kita tak sangka yang paling rapat dengan kita itulah musuh kita paling utamakan.
Kadang-kadang kita juga tak sangka orang keliling kitalah yang boleh jatuhkan kita dengan sekelip mata. Peringatan untuk diri sendiri.
Semoga esok adalah hari yang lebih baik.

Ni lah asam garam kehidupan.
Maaf.







Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Saturday 28 February 2015

Assalamualaikum

Lirik Lagu Assalamualaikum – Faizal Tahir

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

~~~~~

Assalamualaikum semua.
Aku mulakan entry pertama aku tahun ini dengan liruk lagu ni. Penuh makna kan.
Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menulis.
Di hari terakhir Februari 2015.
Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Rezeki yang baik. Dikelilingi oleh orang yang baik.


posted from Bloggeroid