Pages

Wednesday, 8 January 2014

Berkongsi ilmu serta meringankan tulang..

Ikhtibar daripada pengalamanku hari ini. Alhamdulillah aku masih mengekalkan apa yg pernah aku janjikan pd diriku suatu masa dulu. Cikgu biologi semasa sekolah dulu pernah berkata kepadaku untuk menjadikan ilmu kt lebih berguna dan sentiasa kekal dalam ingatan kt jgn kedekut untuk berkongsi. Sbb tu cikgu xpernah lupa akan pengajarannya. Cubalah tanya soalan cikgu pasti akan memberikan jawapannya. Kan...
Ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain. Ia menjadi sedekah paling baik..
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)...
Begitu juga bagi yang berada pada tahap tinggi dalam perjawatan, perkongsian bijak perlu digalakkan dalam organisasi supaya pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya ke arah pencapaian matlamat organisasi..
Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan, menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta sifatnya boleh menyucikan..

Ingin saya berkongsi kata-kata hikmah Imam al-Ghazali dalam nasihat al-Muluk. Beliau mengatakan, manusia ada empat kategori;

Pertama, seorang berpengetahuan dan tahu apa yang dia tahu. Dialah orang berilmu.
Kedua, orang berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Dialah pelupa. Hendaklah kamu mengingatkannya.
Ketiga, orang tidak berpengetahuan dan sedar dia tidak tahu. Dia memerlukan tunjuk ajar. Hendaklah kamu mengajarnya.
Keempat, orang tidak berpengetahuan tetapi tidak tahu apa dia tidak tahu. Dialah orang yang bodoh. Hendaklah kamu memberikannya ilmu pengetahuan.

Sudah tentu kita tidak mahu berada dalam kategori manusia terakhir. Tetapi apabila direnungi, sejauh mana semangat kita menerokai dan berkongsi ilmu dalam persekitaran? Mungkin kita terfikir sejenak dan terbayang kesibukan setiap hari menguruskan rumah tangga, keluarga, kerja dan masyarakat...

RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama diangkat sangat tinggi serta mulia dalam parameter Islam.
Berkongsi ilmu tidak akan menjejaskan sedikit pun ilmu yang ada, juga satu sen pun tidak akan berkurangan dari poket kita, malah perkongsian ilmu yang bermanfaat itulah akan menjadi bekal kita di alam barzakh kelak.

“Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah Saw. bersabda: “Sesunguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” (HR At-Tirmizi)

Sekadar perkongsian. ..juz my 2 sen opinion.. malah membantu sahabat lain yg memerlulan bantuan drpd kt yg mempunyai sedikit kelebihan pengetahuan bagi aku sgt puas. Cuma aku juga ada moto hidup sendr.. jangan sshkn perkara yg mudah. Jgn hanya sentiasa menjd seperti anak burung..sesekali jdla mak burung tu.. belajar dan timba ilmu sedikit dari yg berkelebihan sedikit. .x salah, malah dapat menjalinkan ukhuwwah yg lebih erat sesama kt In sya Allah.
Sharing is caring kn....


♥salam ukhuwwah fillah abadan abada♥





*notakaki;
Lebih baik jadi orang di tengah sawah yang menakutkan burung-burung daripada menjadi orang di tepi kompleks yang boleh menakutkan orang lain..
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment