Pages

Friday, 17 January 2014

Tanggungjawab dan Amanah Individu

Tepat jam 7.55 pg sampai rumah. Baru pulang daripada keja shift malam. Mata mmg sgt mengantuk. Buka kunci rumah sambil mata tertutup je rase. .mengantuk ya amat. Tgk keadaan sekeliling rumah.. emmmm.. nampaknya banyak perlu settle dulu. Panaskan lauk mlm td. Pembaziran amalan syaitoinirrojim. Nasibla ada microwave memudahkan kerja. Tong sampah penuh oke clearkn dulu, ganti yg baru. Air masak pon xde ni.. tambah air dlm heater pot..terfikir bila la orang coway nak datang pasang water filter ni. Lg mudah kerja lepas ni. Pinggan mangkuk dalam sinki.. hai adik-adik aku ni macam-macam hal. Sabar jela. Kat ward dah mcm2 kne soal jawab malas nak bawak kat rumah. Nantila basuh, mata da sangat mengantuk ni, mahu mandi dan tidur dulu.
Nak buat mcm mana. Bukan tidak ditegur tapi maybe sebab aku ni anak sulung, so adik2 memberi sepenuh kepercayaan & tanggungjawab kat aku. Dah besar pon masing-masing tetapi ialah aku anak sulung. 10 kali bebel pon sama. Xbebel pon same..so amik pendekatan menggunakan teknologi maklumat yang ada..msg je kalau anything barulah kerja jalan. Mmg mcm-mcm adik-adik aku ni. Tp dorg best. Bertuahnya aku dapat dorg sebagai adik. Hari-hari gaduh hari-hari baik balik. Air dicincang tetap xakan putus.
Tapi bagi aku jd anak sulung ni sgt best. Evan tanggungjawab penuh list tapi aku jd happy kalau adik2 aku dengar cakap. Hormat kat aku. Selalu tanya pendapat aku b4 buat keputusan. Dan yang paling penting kalau a kata aku mmg mereka xakan b la jawapannya or bantah le katakan...sesekali bantah pon setelah rundingan bersama sogolan.. hihi....bukan bermaksud aku ni jenis suka ikut kepala. Cuma mereka hormatkn aku. So aku mmg syg mereka. Cuma malas kc tahu..marah je biar dorang rase erti penyesalan. Kiki.. lgpon mmg sudah menjadi satu tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadaku.

Actually, td mmg dah sgt mengantuk. Tetapi lepas je air pancuran membasahi seluruh badan maka mata pon da segar bugar. So, aku amik masa ngedate blog ni. Rasa macam nak kongsikan something. Pernah terbaca tp xingat kat mana. So ade yg aku tokok tambah perasa sikit penyedap story.

AMANAH DALAM PEKERJAAN

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),
(Surah al-Nisa’: 58)

Sabda Rasullullah s.a.w.
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah.
(Riwayat Imam Ahmad)

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

¤Takrif dan Skop Amanah

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syarak. Secara umumnya tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan rendah.

¤Amanah dalam Pekerjaan

Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang nurse dia boleh menjadi nurse yang profesioanal, seorang ppk juga boleh menjadi ppk yang profesianal dan seorang tukang sapu pun boleh menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.

Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan dipersoalkan nanti di akhirat.

*Jenis- jenis Amanah

Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :
a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkankanya sebelum atau tepat pada waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang profesional akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya. Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap. Pengawas dan pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran, mencatat kehadirn dan mengira skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas atau pembantu pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang kerani yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada masa yang ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat sehabis baik dengan menggunakan kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi yang tenang tanpa menyalahkan sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.

Sabda Rasulullah
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).



Sharing is caring





Notakaki
Kerja yang paling sukar di dalam dunia ialah mengetahui bagaimana seseorang itu melakukan sesuatu dan melihat orang lain membuat kesilapan tanpa membuat sebarang komen.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Skrg bnyk org yg x amnh dlm keje..kdg2 sedih ble pk....sbb yg jd mngsa me n others...post yg menarik wana...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kt sama sama amanah dalam kerja... insya Allah yg baik2 akan mendatang... peace..
      Kt jgk xsempurna.. xsalah cuba mencari kesempurnaan tu..

      Delete