Pages

Wednesday 15 January 2014

Sahabat dan saya



Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.

Rakan
Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.

Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.

Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.

Kenalan
Kenalan mungkin wujud sebagai rakan. Contohnya rakan chatting, rakan siber dan rakan blogger. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identiti tertentu, maka dia adalah kenalan. Kenalan adalah orang yang pernah berinteraksi dengan kita tetapi tidak dapat mengesahkan identiti atau kewujudan sebenarnya. Kita perlu berwaspada dengan kenalan-kenalan siber kerana, di luar alam siber, mereka tidak semestinya orang yang sama seperti yang kita pernah kenal di internet.

Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.

Yg ni sy copy n paste dari link ni
http://www.gempak.org/forum/236-sembang-kosong/86438-perbezaan-maksud-antara-sahabat-kawan-rakan-dan-kenalan.html
Tq for info...

~~¤~~

Tetiba malam ni terasa sgt merindui seorang sahabat yang baik...yg sy sgt percaya... yang sy sgt sayang...yang pernah berkongsi suka dan duka bersama.. di bahunya sy pernah menangis..pelukan sgt erat sewaktu menenangkan sy saat menerima berita buruk dulu..yg selalu bebel demi menjadikan sy insan yang lebih baik...suara serta gelak tawa yang selalu membuat sy tersenyum..x pernah lokek berkongsi ilmu serta tenaga.. terima kasih sahabat.
Gambar diatas bukti janji kt.. masing-masing sibuk dgn tugas harian...yg seorang emangnya masih bujang tetapi masih mempunyai tanggungjawab besar pd keluarga. Yang seorang sudah berkeluarga pula..perlu utamakan suami dan 2 anknya pula.. kerjaya kt pula yg perlu melayan pelbagai karenah pesakit..selain bekerja berlainan negeri menjadi faktor dinginnya hubungan kt.
Cuma sy ingin berkongsi pd beliau jgn risaukan sy..sy masih dikelilingi kawan serta teman yg baik.. yg juga sudi berkongsi suka dan duka. Cuma sesekali detik manis kt terlintas di fikiran. ..
Sy juga rindukan kamu. Berjauhan bkn faktor terputusnya ukhuwwah ini. Masih ada kamu dalam doa seharian sy.. masih utuh janji untuk membaca surah Yasin setiap kali ulang tahun kelahiran kt..

~~¤~~

Arghhh...semakin meningkat umur semakin sensitif pula jdnya. Entah kenapa sy mmg dilahirkan mudah sgt mengalirkan air mata. Sejak menjd pelanggan setia saluran SBS & KBS ni lglah parah..tambah ble sinopsis cerita mengenai kekeluargaan dan persahabatan. .tangkap leleh jela sokmo. Dgr music sedih sikit pon dah kluar air mata.. tgk gmbar umat islam yg ditindas di instagram..mahu sampi teresak sy tidur...
Alhamdulillah sy sudah pandai mengawal hormon sedih tu.. klu dulu lgla..pantang terasa hati sikit..sedih sikit sampai muntah muntah sy nangis. Mmg sampi kawan sebilik serta serumah berhati-hati xmau sy jd stress..masa sekolah dulu sampi kene p jumpa doktor sbb selalu sgt muntah..Kelakar pulak bile ingat balik..
Yela..satu yg masih sy xboleh ubah..bila sy mula menyayangi sahabat. .sy x akn pernh berkira. Xkira la wang ringgit.. masa..kudrat..mmg sanggup sy korbankan. Tetapi bila selalu sgt dipergunakan erti persahabatan mula goyah..hmmm tambahan ble persahabatan putus kerana wang yg pernah dipinjamkan. Kerana masalah kecil yg sebenarnya masih boleh diselesaikan.
Sy kini mula berhati-hati dalam bersahabat. Dunia kini masing- masing mahu melepaskan tengkuk sendiri dulu kot. Tp itulah sy..sekali anda syg sy xkira sebagai sahabat, teman, kawan, berpuluh kali ganda sy akan menyayangi anda. Ini janji sy. Pabila sy x berkira wang..x berkira masa dan kudrat bermakna anda antara org yg sgt bernilai untuk sy...
Terima kasih untuk segalanya sahabat.. kerana anda dairi hidup sy dipenuhi pelbagai warna...


posted from Bloggeroid





Syukran ukhti. Salam ukhuwwah fillah abadan abada.

*footnote;
Sahabat adalah seorang yang memahami masa lampau anda, yakin dengan masa depan anda & menerima anda seperti mana anda sekarang. Sahabat ialah sebenarnya diri kt yang kedua.

Sharing is caring.

No comments:

Post a Comment