Pages

Friday, 24 January 2014

Perubahan cuaca malaysia...Kiamat semakin menghampiri





Sangat ramai yg share gambar ni kat WhatsApp. Yela sepanjang aku membesar di Teluk intan, ia adalah antara bandar yg sgt panas. Perubahan iklim now menjdkn ramai yg pelik dan risau.
Bila aku imbas kembali zaman sekolah dulu, maybe form 2 @ form 3 semasa belajar subjek geografi cikgu pernah memberi contoh kepada kami yang tidak mustahil one day Malaysia akan ada salji. Bukan mcm salji kat genting or I-city tu, tp the real one. Mase tu sedang belajar pergerakan plat bumi. Ahhh x sia sia dapat A subjek geografi time pmr dulu...huhu...so aku cuba aplikasikan dgn ape yg menjd fenomena now.
Mase tu aku berfikir. ..ahhhh...mana mungkin malaysia akan ada salji... Hari ini hampir sepertiga member FB share ni pulak...xjauh.. negara jiran kita je..




Bagi aku tidak salah untuk memikirkan dan memahami situasi ni. Tp yg lebih penting apa kata kt lebihkan amalan seharian kt. Terbukti tanda kiamat itu semakin menghampiri.
Sebelum Malaysia yang semakin sejuk ni yg mungkin sehingga pertengahan February sebenarnya negara Arab sudah menampakkan perubahannya.

'Hari kiamat tidak akan terjd sehingga tanah arab kembali menjadi padang rumput dengan sungai-sungai yg besar.
(Hadis Muslim)

Para saintis berpendapat, bumi pada dasarnya sedang melalu fasa zaman ais yang mengambil masa ratusan ribu tahun, disusuli satu tempoh panas selama 10 hingga 20 ribu tahun. Corak perubahan ini telah berulang lebih 10 kali, sejak sejuta tahun lalu.
Pergerakan ais di bahagian utara semasa zaman-zaman ais memberi kesan kepada cuaca bumi, , peralihan lingkungan hujan di kawasan-kawasan selatan. Dengan demikian, semenanjung arab dan gurun sahara di utara Afrika menjadi sebahagian lingkungan hujan yang menerima angin yang bertiup di utara Eropah. Ini akan menyuburkan kawasan gurun, yang bakal dipenuhi lembah-lembah subur dengan sungai-sungai.

Bila Angin Berbicara
Perubahan angin serta plat bumi sememangnya adalah aktiviti semula jd bumi yg sudah berumur berjuta-juta tahun ni.

"Adapun kaum Ad (kaum nabi Hud,) maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yag kencang, yang melampau kencangnya.
( Surah Al-Haqqah, ayat 6)

Begitulah angin, terkadang menyenangkan. Terkadang mendebarkan. Terkadang menggerunkan. Terkadang memusnahkan. Maka.. kita kufur ingkar kepada Allah. Kerana jika itu yang kita lakukan, maka tiada apa lg yg bernilai pada diri kita disisi Allah.
Sebelum terlambat, semasa merasakan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, tarik nafas perlahan-lahan dan hembus lah dgn perlahan-lahan juga. Akuilah kebesaran Allah. Bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan yang Esa. Tanpa kasih sayang darinya kt bukan siapa siapa.




Footnote;
Tuhan tidak menjadikan sesuatu untuk diubahsuai, tetapi untuk dipelihara.

Sharing is caring. ....

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment