Pages

Sunday, 5 January 2014

♥♥♥♡ CINTA ♡♥♥♥

Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua

Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana

Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada apa dengan cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

Lirik Ada Apa Dengan Cinta - Melly Goeslaw & Eric

Ada apa dengan cinta. ..hihi..mood jiwang aku telah datang..maybe salah makan lunch td kot... Alang-alang mood sudah mari moh kt bincangkan sikit berkenaan dengan cinta ni...
Dari sudut pandang islam dan psikologi, menjadi penguat hujah mencintai itu wajar. Love and to be loved adalah urusan yg biasa sahaja dan bukan sesuatu yang luar biasa....

Cinta terbahagi pada;
1) Cinta abadi. .. cinta agung yang kekal abadi iaitu cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Cinta yang xbisa musnah malah mendapat ganjaran syurga bagi yg memiliki.
2) Cinta pragmatis.... pada cinta jenis ini ada keseimbangan antara rasa suka dan duka, atau ada hubungan timbal balik. Sepasang insan ini cenderung dapat mengawal perasaannya.
3) Cinta altruistik.... biasanya dimiliki oleh ibu untuk anaknya. Biasanya disertai kasih sayang yang tidak terbatas.
4) Cinta kerana nafsu. .. cenderung tidak terkawal kerana hubungan antara dua insan atas nama cinta ini dikuasai oleh emosi yang berlebihan. Di sini istilah cinta buta berlaku.

Hormon-hormon Jatuh Cinta
Apa yang membezakan antara cinta kekasih dan keluarga adalah, cinta dengan kekasih boleh memicu aktiviti di hypothalamus. Hypothalamus bertugas untuk mengawal rangsangan yqng berbau seksual.
Sementara itu, pemuda dan wanita yang sedang jatuh cinta juga mempunyai perubahan hormon. Pemuda mengalami penurunan hormon testosteron manakala wanita sebaliknya. Aktiviti ini terjd pada 6 bulan pertama pasangan mula jatuh cinta.
Ada beberapa hormo yang bertanggungjawab dalam membuat manusia hilang arah saat jatuh cinta selain hormon phenylethylamine iaitu

♡Pheromones
Sama seperti yang dihasilkan oleh ratu lebah untuk mengenali jenis lebah dari kawanannya. Jika kt mendambakan seseorang tubuh secara automatik mengeluarkan wangian khusus. Jika yang dicintai menyukai wangian tersebut, maka cinta pin berbalas.

♡Ocytocin
Hormon yang membuat seseorang merasa ingin selalu di peluk atau dicium oleh org yg anda sukai. Sangat berpengaruh dalam mendekatkan hubungan

♡Vasopressin
Hormon yang mempengaruhi tingkah laku seksual seseorang dan tingkat kesetiaannya. Semakin tinggi kadar vasopressin maka orang tersebut akan semakin setia kepada pasangannya.

♡Dopamine
Pernah dengar istilah bahawa orang akan kelihatan berseri, tambah cantik jika sedang jatuh cinta? Hormon inilah yang bekerja pada penampilan fizikal sehingga membuat seseorang menjadi seperti ini.

♡Neuropinephrine
Hormon pemegang semangat. Membantu aliran darah untuk mengalir lebih cepat sehingga tubuh merasa bertenaga dan gembira.
(Sedikit sumber daripada buku inspirasi cinta terhebat karya Burhan Sodiq)








Both pengantin adalah kawan sekolah dr sekolah rendah lg.. pengantin perempuan ialah kawan sekelasku dr sekolah rendah → menengah. Mereka x bercinta dr sekolah tp dipertemukan untuk membuktikan jodoh itu rahsia Allah s.w.t. .. Barakallah....

¤Notakaki
Ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak...



Sharing is caring

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment