Pages

Thursday, 30 January 2014

Satu hari yang penuh cerita dan warna...

Payah sekali aku ingin memikirkan tajuk yg sesuai untuk entri kali ni. Aku lebih menganggap blog ni bukan sahaja tempat untuk aku berkongsi ilmu tetapi juga tempat menjadi dairi era baru catatan harian ku. Bukan bertujuan berkongsi atau menulis untuk menghukum sesiapa, tetapi lebih kepada untuk aku positifkan diri aku. Selalunya pabila mempunyai masa aku membaca kembali entri yang dahulu. Ya... aku boleh tersenyum memikirkan drama-drama seharian yang mewarnai hidupku.

29.1.14
Alhamdulillah Allah masih memberikan peluang dan kesempatan untuk aku terus berkhidmat pada keluarga dan masyarakat. Bangun seawal pagi untuk menunaikan tanggungjawab pekerjaanku. Ward super bz pabila tidak cukup kakitangan. 2 masih bercuti selepas melahirkan anak manakala 2 lg baru berpindah ke kg halaman masing2. Kekuranganmu 4 pasang kaki dan tangan sangat memberi impak dalam proses melancarkan kerja di ward kami. Memulakan rutin harian.. mengambil reports, bed making, periksa tanda vital, memberi ubat, ward round, dressings, changed all lines, pastikan oral & iv antibiotics given as ordered, all stat medication, banyak prosedur lain hari ni (evan I'm not the one who incharge tetapi tabiat membantu masih utuh di ward kami) 2 bmat, admission & discharge counselling and prosedur, failing. Emmmm... ni yang membantutkan kerja sebenarnya. Banyk sangat failing yang perlu up to date in time. Dah kehendak kerjaya. Gimana lg dong. Buat sajalah. Percaya atau tidak terpulang, tetapi ward yang super sejuk jd panas semlam. Berpeluh beb. Tenq pada colleague yang sudi bantu mengambil chemotherapy di Cdr pharmacy & stem cell di labs. Shif berakhir selepas pass over the report pd org petang pula.. yesssss.... salin baju minta kebenaran sister untuk pulang ada hal peribadi.

Balik rumah mandi,solat. Teruskan perjalanan untuk mengambil cermain mata yang sudah beberapa hari siap di the mines. Sebelum tu menghantar adikku menyelesaikan tugas sehariannya di bank pula. Jalan Ampang ni mmg xsah la x sesak tambahan hampir Chinese New year ni. Bank mmg penuh manusia. Tu la gunanya orang dalam. Hihihi. Sesampai di Mines parking full juga. Ramai yang masih shopping nampaknya. Sabar jela pusing cari parking hampir 30 min. Dapat. Cermin mata baru amat puas hati. Hadiahkan perut dengan untie annes pretzels dan Subway . Perjalanan pulang tepat jam 5ptg. Mrr2 jammed terbaik sekali. Tahniah...syabasss mera beta.

Alang-alang dah keluar, decided terus ke next destination. Membeli barang dapur pula. Kalau mahu ke tecso ampang tu mesti jammed tahap gaban. So p Aeon big jela. Sekurangnya xde menempuh jalan sesak lg. Sakit pulak mata kita tgk buku kat kedai favourite kat Aeon tu. Masuk sekejap grabs beberapa majalah. Beberapa oke. Hihi


Sampi ke rumah da maghrib. Kelam kabut. Huhu. Ke dapur pula. Kemas semua bahan yang beli td sambil tolong nana masak. 2 kli turun naik lift kot. Adik lelaki aku la yang 2. Aku dan nana sekali jek. Hihi.. makanlah kami 3 beradik sambil menonton karot komedia x. Happy meals....alhamdulillah.

Adik yang lelaki kerja shift malam. Yang perempuan pula perlu closing jualan hospimat hospital ampang tu. Hmmm.. aku pon xpasti jawatan die sbb die menghabiskan masa di hospital lebih dari aku yang cik jururawat ni. Huhu.. Penat katanya. Bukan penat bekerja je ulang alik ke bank. Tetapi melayan kerenah semua staff yang datang membeli. Hanya telinga mampu ku tadah mendengar luahan hatinya. Percayalah dik. Kakakmu dah tersangat memahami. Tinggallah daku bersendirian. Cewahhh. Hajat mahu tido awal. Cuci semua yang wajib di cuci. Kaki melangkah ke katil.

Telefon berbunyi pelbagai ringtones. Haissss xbawak handsets dorang ni. Then telephone aku pula.
Aku ; helllllloooo... nape kamu...
Nana ; wei kereta mus breakdown kat tanjung karang. Kamu larat x nak ambil die. Kalau penat kamu berani x kc aku drive sendri.
Aku ; hmmmmm.... kamu nak pegi sekarang ke?
Nana ; kejap lg la. Aku tgh bz closing ni. Dah la sale drop ari ni.
Aku ; so... kesimpulannya ape?
Nana ; kejap lg la aku col lain.
Haisss budak ni. Ce cakap trus kan senang. Aku bermalasan lg. Niat nak trus baring tdo ni. Seharian x rest. Sambil switch off semua plug terfikir. Eh orang dalam kesusahan kena bantu. Lgpon die xpernah lokek tenaga setiap kali aku memerlukan bantuan. Xperlu pikir panjang la capai kunci kereta. Lgpon mmg aku xberani lepas adik aku drive sorang memalam buta ni. Bahaya.
Mesej kawan ward minta bantuan tukar kan shift kerja pg aku ke ptg. Jam sudah menunjukkn ke hari lain. Sudah pastinya semua sedang tidur. Aku tawakal. Kalau terpaksa mungkin aku terpaksa EL. Arghhhh mmg satu perkataan yang paling aku xsuka buat. Takut aku tersededap & menjd habits. Alhamdulillah ade yg sudi membantu. Tetibe rase syahdu. Trima kasih adik tukar shif & TL kerja mlam Nanti bebila memerlukan pertolongan In sya Allah, I sedia membantu.

Waktu perayaan ni mmg polis aktif melakukan roadblocks n kamera aes pon aktif menangkap gambar kami ni. So aku decide ikut jalan lama. Bengkang bengkok mcm ular kena palu jalan dari ampang-kuala Selangor- tanjung karang ni. Boleh pulak ade makhluk jahat p letak kain putih pada kabel elektrik di tgh jalan bengkang bengkok tu. Kalau la aku jenis xkuat semangat boleh exciden wo. Ade kereta yang hampir emergency break tau. Cari dosa kering jek tau. Bukan apa xnak ikut hiway time ni. Next entry aku akn terangkn bersama bukti bergambar tahap kesakitan hatiku pada kamera aes ni. Alhamdulillah sampi ke destinasi. Jumpa pada orang yang memerlukan bantuan. Nasib masih ade pakcik-pakcik kedai kopi kat sana. Xboleh buat apa... Chinese New year ma... bengkel semua tutup lo. Tinggallah perdana tu di sana...
Tukar driver. Niat nak tidur kat belakang. Baru je drive depan sikit dah jumpa kemalangan melibatkan 3 buah kereta di atas divider jalan. Segar kembali mataku. Ya Allah bersyukur sangat aku Selamat sampi. Tabiat yang aku cuba kurangkan ialah memecut laju bila driving. I'm trying hard.sob sob sob..


Alhamdulillah. .. syukur semua selamat sampai. Bila badan letih nak tidur pun xboleh. Mmg xde niat nak EL. Sbb masih berbaki waktu sebelum shift pg. Ade insan yg murah hati bertukar waktu kerja. Trima kasih.

Catatan kisah seharianku. Apa yang ingin aku tekankan ialah saling membantu jika mampu. Aku mungkin sudah tidak akan membantu dari segi wang ringgit dalam jumlah yang besar kerana sgt payah untuk mendapatkan semula. Seperti emak selalu berpesan "biar orang buat kita, jika jgn sesekali buat orang". Aku sendr terkadang pelik melihat sifat emak dan ayah ku yang suka sgt membantu tambahan kepada insan yg ada pepatah sesuai dengannya seperti membantu anjing yang tersepit. Tetapi sebenarnya niat kita membantu bukanlah untuk mendapatkan pembalasannya semula. Percayalah Allah maha adil. Apabila kita butuh bantuan akan ada insan yang mudah membantu kita pula. Ini semua kitaran kehidupan.
Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, yang bermaksud, "rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan orang-orang yang celaka."
Hadis itu menjelaskan, orang yang celaka ialah orang yang tidak memiliki sifat kasih sayang dalm hatinya walau sekelumit. Baik untuk dirinya sendiri mahupun orang lain. Ambillah peluang dalam menjalani kehidupan seharian dengan bermuhasabah dan berfikir, apakah nilai kasih sayang sudah disematkan secukupnya dalam di dalam hati kita.



Sharing is caring


* footnote;
Selalu kita tidak dapat membalas budi seseorang tetapi nescaya orang yang berbudi dengan kita akan dibalas dengan cara yang lain.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment