Meaning Sense of urgency
A sense of urgency is the sense that immediate action is required. It is the idea that something must be done as soon as possible or a potentially positive outcome may be missed or turned into a negative outcome. In some instances, it can mean preventing a negative outcome from getting even worse...
Sikap kesegeraan.......
Sebagai seorang jururawat ini adalah perkara wajib yg perlu diterapkan dalam diri kita. Bahkan bila sahaja tempat pekerjaan yg kita isi di borang-borang penting adalah hospital, tidak kiralah anda nurse, ppk, doktor, farmasi, cleaner dan sebagainya, ini adalah perkara WAJIB. Bukan sahaja dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih cepat, ia juga dapat mengelakkan sebarang komplikasi kepada pesakit terutamanya.. sebagai contoh jika ada pesakit collapse.. perkara pertama yang perlu kt lakukan ialah bertenang dan minta colleague lain untuk bantu anda. Tidak kira lah untuk bantu membawa troli kecemasan..cari rakan lain...telephone doktor atau sebagainya. Yang wajib didahulukan kt dahulukan. Yang mana boleh kt lewatkan kt lewatkan.
Sebagai contoh baru-baru ni semasa sy melawat rakan sekerja di salah sebuah ward. Apabila memerlukan pertolongan serta memerlukan barang yg tiada di ward mereka tetapi ada di ward sy..sy membantu mereka dgn turun mengambil barang tersebut dgn rela hati demi memastikan kelancaran prosedur yg mmg jarang dilakukan di ward heamatologi. Ini dapat memudahkan prosedur yang dijalankan ke atasnya dan dapat mengurangkan potensi jangkitan kuman.dan sudah tentunya dapat menyelamatkan nyawa pesakit.
Satu kejadian yg baru terjd td..bila kecemasan sedang berlaku..alhamdulillah rakan sekerja hari ini sgt2 membantu. Cuma ada perkara yg tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang ini yg melengahkan kelancaran proses kecemasan ini. Mesti sudah lama beliau tidak mengangkat pesakit yang collapse dan memerlukan bantuan CPR. Perlu mengambil barang yg bukan semua ada di dalam bilik pesakit. Perlu dapat bezakan samaada aku dalam keadaan tergesa dan penat atau takut dan resah. Selama hampir 8 tahun berkhidmat di hospital ni sudah bermacam kes yang aku attended. Lari dari kecemasan...takut..resah.. bkn kami yang bekerja sebagai nurse ni. Jangan judge sesuka hati. Mesti tahu bezakan urgency atau kelam kabut. Hmmmm... sabar jela.. bermacam karenah bila bekerja ni.
Tapi aku cuba positifkn kejadian ni. Aku perlu pastikan apabila suatu hari nanti aku berdepan dengan situasi yang sama aku perlu ada sikap kesegeraan dan team work. Barulah segalanya selesai dgn lebih tetatur dan lancar. Bukannya memberi komen negatif. Bukan anda yg berada di tempat kami. Memberi komen negatif tetapi tidak sudi pon membantu. Ape kata beri aura positif dgn membantu evan dgn hanya bertanya it's everything goes well?? Kami sudah lega..
Kerja kt satu ibadah. Setiap amalan kt ditimbang satu persatu. Kt diberi gaji yg cukup lumayan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini. Pikullah dengan penuh semangat dan penuh tanggungjawab. In sya Allah, kebaikan menanti di masa hadapan.
Sharing is caring
* footnote;
Orang suka dgn kita semasa kt tidak pernah mengkritiknya. Sebaik sahaja kita mula mengkritik, dia akan mula membenci kita. Untuk mengelakkan dari di kritik, jgn buat spa-apa, jgn cakap apa-apa & jgn jd apa-apa.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment