Usai habis kerja shift malam bersama teman sekerja..kmi melawat bekas pesakit yg kini ditempatkan di icu..die begitu rapat dgn kami..baik dan ceria orangnya...cuma sekarang Allah sedang mengujinya...kami tahu dia kuat..kami dtg untuk tambah semangatnya...
Malam semalam sebelum bermulanya shift pula aku ke 1st class ward yg baru sahaja dibuka di hospital ampang. .juga melawat rakan sekerja yg juga kini sedang menerima rawatan disana..datang bertanya khabar sambil menukar majalah yg pernah ku berikan beberapa hari yg lalu..rezeki agaknya boleh membantu MO dan staf disana melakukan prosedur yg jarang jumpa di haematology transplant. .bantu sambil menimba ilmu..sambil menyelam minum air kata orang.. alhamdulillah. .keadaannya bertambah baik..
Dgn teknologi yg ada sekarang semua maklumat tentang pesakit di hospital ampang dapat diketahui melalu sistem eHIS...tanpa perlu mengacau doktor serta cik jururawat di sana aku sudah ketahui status terkini kesihatan mereka...amalan menziarahi mmg telah diajar oleh org tuaku dr kecil lg...
Ingin berkongsi sedikit info tentang amalan menziarahi. ..terutama menziarahi orang sakit. ..
KELEBIHAN MENZIARAH ORANG SAKIT
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Ia dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga...
Amalan ziarah-menziarahi sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja...
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
(HR Muslim)
Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi" (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)
Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.”
[HR Bukhari & Muslim]
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”.
[HR Muslim]
Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.”
[HR At-Tirmizi]
ADAB ZIARAH
Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah :
>- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
>- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
>- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
>- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
>- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
>- Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar dia cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan;
((أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا))
"Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”.
[HR Bukhari]
لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”.
[HR Bukhari]
DOA DAN AJARILAH ORANG YG NAZAK
Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;“Letak tangan di tempat sakit kemudian baca:
بِسْمِ اللهِ.“Bismillah” tiga kali,
dan baca tujuh kali:أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ
“Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti” [HR: Muslim].
Jika ditakdirkan pesakit itu berada dalam kecemasan, tenat atau sedang menghadapi nazak, maka berdoalah kepadanya;
اللَّهُمَّ أَعِنهُ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
"Ya Allah, bantulah dia di atas sakarat al-maut”.
i- Ajaran kepada orang yang sedang nazak;
La ilaha illallah!“Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].
*notakaki
Menabur kebaikan hanyalah satu pelaburan yang tidak pernah menemui kegagalan. ...
Sharing is caring

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment