Pages

Saturday, 28 April 2012

PENGHUJUNG CINTAKU


Lagu ni best...jom layanszzzzz...
Saja menjiwangkan diri pagi-pagi ni..lirik penuh makna....heeeee
Pe plak kta anda..ecececece






Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
Aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Nananana nananana nananana nananana
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu [4x]




#infiniti

Wednesday, 25 April 2012

HIKMAT AYAT KURSI

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Wallahu a'lam bish shawabi.

Tuesday, 24 April 2012

salam..
Baru terbaca satu blog ni...begini tajuknya..


ADIK SANGGUP BERKORBAN DEMI SELAMATKAN ABANGNYA YANG BERPENYAKIT LEUKEMIA


Adik meninggal akibat paru-paru berair selepas 2 hari menderma darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang mengidap leukemia. 
Kalau baca berita sepenuhnya dan sy letak diri sebagai org awam yang tidak tahu bgaimana proses pemindahan sum-sum tulang sy pasti takut untuk menderma sum-sum tulang saya. Ye sebelum ni sy ada post mengenai Bone Marrow Transplant Awareness. Di situ sy ade kc tau siap-siap ade faktor risiko yang akan diterangkan oleh doktor. Malah ia diterangkan oleh specialist n consultant bukannya doktor biasa.

Untuk menderma sum-sum tulang kebiasaannya 1 femoral line akan dipasang pada femoral kanan atau kiri dan proses Harversting akan dijalankan. Bukan sum-sum tulang belakang yang diambil untuk didermakan....Malah ini salah stu prosesnya..Terdapat bnyak cara yang digunakan untuk mendapatkan sum-sum tulang.

Kadang-kadang tajuk berita malah berita 2 sendiri boleh mempengaruhi akal dan minda kt. Itu bru blog. Saya xtaula bagaimana pulak tajuk brita if satu akhbar ni plak yang publish. Selalu terpesong akhlak klu bace muka depan brita ni..huhu

Sesungguhnya, ajal maut di tgn tuhan yang satu. Marilah kt sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk Muhammad Muaz. Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.



whatever pun sme2 kt renung2kan n selamat beramal

#Fikir dengan akal, tilik pakai hati

Sunday, 22 April 2012


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah's favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.
- Noble Qur'an (14:34)














Saturday, 21 April 2012

~Allah lebih mengetahui~


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

*Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia mendatangkan hujan dan petir. Kita bersedih dan     tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak menghadiahkan kita pelangi yang indah..


bukan 1 tapi 2 pelangi Allah hadiahkan...SubhanAllah...





#Hidup tak selalu indah,disitulah indahnya kehidupan....



Friday, 20 April 2012

MEE REBUS

Rasa nak berkongsi resepi pulak today..hehe...
Resepi ni dari mummyku syg..bru je masak that day mase cuti panjang kat kg..sempatla belajar resepi ni..

bahan utama mee rebus
potong kecil ubi untuk mempercepatkan proses merebus dan perisi udang


 
mulakan proses memasak


Bahan-bahan

  • mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang

  • BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
  • 3 ulas bawang putih*
  • 300 g udang sederhana besar*
  • 7 biji bawang merah* 
  • 1/2 cm halia
  • cili kering direbus dan dikisar (untuk yang sukakan pedas)*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan (dikisar halus)*
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • kentang, keledek  direbus hingga empuk dan dikisar* 
  • sedikit kacang tanah digoreng dan dikisar*
  • 1 biji tomato, dibelah empat

Bahan-bahan cucur udang
150 g udang
tepung gandum




Cara-cara 



  1. Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul. Ketepikan
  2. Goreng cucur udang dan potong mengikut kecil. Ketepikan
  3. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai diikuti bhn2 kisar* dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Tuangkan air rebusan udang,dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.
  5. UTK MENGHIDANG:Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun cucur udang, tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)...



mee yang sedia dimakan
 #sedap ni....xtipu...


Thursday, 19 April 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

LEUKEMIA


Baru-baru ni sorang daripada kawan time sekolah dulu juga 1 kampung telah di diagnoskan Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL)....Now sedang menjalani 1st cycle chemotherapy di Hospital Ipoh. 
Rase terpanggil nak ngedate regarding this disease...

***

Leukemia ialah kanser yang bermula pada tisu penghasil darah seperti sum-sum tulang. Ia juga di panggil kaser darah putih. Leukemia menyebabkan sel darah dihasilkan dengan banyak tetapi tidak normal.
Sel darah dihasilkan oleh sel di dalam sum-sum tulang dipanggil sel stem. Sum-sum tulang adalah bahan lembut di dalam kebanyakan tulang. Apabila matang, sel stem menjadi sel darah berbeza dan setiap satu ada fungsi tersendiri.
Sel darah akan matang dalam sum-sum tulang dan kemudian baru berpindah ke salur darah. Bagi individu yang ada leukemia, sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih tidak normal yang kemudian menjadi sel leukemia. Tidak seperti sel darah normal, sel leukemia tidak mati selepas tempoh sepatutnya. Jangka hayat sel darah normal ialah kira-kira 120 hari.
Oleh kerana ia tidak mati atau musnah, ia berebut tempat dengan sel darah putih, merah dan platelet yang normal. Ini menybabkan sel normal sukar menjalankan tugasnya dengan baik.

JENIS LEUKEMIA

Pembahagian jenis leukemia boleh dibuat berdasarkan berapa cepat pembentukan penyakit. Secara umum, ia dibahagikan kepada 2 iaitu:

Leukemia Kronik 

Pada peringkat awal penyakit, sel leukemia masih boleh menjalankan tugas sel darah putih seperti sel normal. Pada peringkat awal, pesakit tidak mengalami sebarang gejala tetapi doktor boleh mengesan penyakit ini melalui rutin pemeriksaan kesihatan -  sebelum ia menunjukkan tanda.
keadaan pesakit leukemia kronik menjadi teruk secara perlahan-lahan. Ini kerana jumlah sel leukemia bertambah yang mengakibatkan pesakit mula mengalami gejala seperti nodus limfa membengkak atau mudah mendapat jangkitan. Apabila gejala muncul, biasanya ia tidak begitu ketara dan lama-kelamaan menjadi lebih jelas.

Luekemia Akut

Sel luekemia tidak boleh melakukan sebarang fungsi sel darah putih yang normal. Jumlah sel leukemia bertambah dengan pantas. Ia menyebabkan keadaan kesihatan pesakit merosot dengan cepat.


Faktor Risiko


Kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh meningkatkan peluang seseorang mendapat leukemia. Antaranya ialah:
  • Radiasi - individu yang terdedah kepada paras radiasi yang tinggi ada kecenderungan  lebih tinggi mendapat leukemia mieloid akut atau leukemia limfosit akut. Contohnya letupan bom atom atau terapi radiasi.
  • Pemeriksaan sinar X-Ray - Ini termasuk ujian sinar-X untuk pemeriksaan mulut dan lain-lain ujian
    (termasuk imbasan CT) yang menyebabkan seseorang terdedah kepada radiasi paras rendah. Masih tidak diketahui samada radiasi begini boleh dikaitkan denagn luekemia pada kanak-kanak atau orang dewasa. Perkara ini masih dalam penyelidikan.
  • Merokok - Boleh meningkatkan risiko mendapat leukemia myloid akut.
  • Sindrom Down dan lain-lain penyakit keturunan - Kumpulan yang mengalami masalah ini ada risiko lebih tinggi mendapat leukemia akut.
  • Sejarah keluarga mengidap leukemia - Biasanya jarang berlaku lebih seorang dalam satu keluarga. Bagaimanapun jika berlaku, ia membabitkan leukemia limfosit akut.
Jangan risau jika anda ada lebih daripada satu faktor risiko kerana tidak semestinya anda akan mendapat leukemia. Ramai mempunyai faktor risiko tapi tetap sihat.

Gejala

Seperti mana sel darah lain, sel leukemia bergerak ke seluruh badan melalui aliran darah. Gejala leukemia bergantung kepada jumlah sel dan di mana ia terkumpul di dalam badan. Pesakit leukemia kronik mungkin tidak mengalami sebarang gejala, sebaliknya penyakit dikesan ketika pemeriksaan kesihatan.
Namun bagi pesakit leukemia akut, mereka biasanya berjumpa doktor sebab berasa tidak sihat. Jika membabitkan otak, pesakit berasa sakit kepala,  muntah keliru, hilang kawalan otot atau mendapat sawan. Leukemia juga boleh memberi kesan kepada bahagian badan lain seperti saluran pencernaan, buah pinggang, paru-paru, dan jantung.
Antara gejala leukemia kronik dan akut yang biasa ialah: 
  • Nodus limfa bengkak tetapi tidak sakit (terutama nodus limfa di leher atau ketiak).
  • Demam atau berpeluh-peluh pada waktu malam.
  • Kerap mendapat jangkitan dan tidak sihat.
  • Berasa letih dan lemah.
  • Mudah mengalami pendarahan dan bengkak (termasuk pendarahan gusi, kulit lebam atau berbintik merah).
  • Abdomen bengkak atau berasa tidak selesa (akibat hati atau limfa membengkak)
  • Berat badan menurun tanpa sebab.
  • Tulang dan sendi berasa sakit.
Biasanya gejala di atas bukan di sebabkan kanser. Jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala itu. Hanya doktor boleh mengesahkannya. Individu yang ada gejala ini perlu memberitahu doktor supaya pemeriksaan dan rawatan segera boleh diberi.

'prevent is better than cure'
Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

...sharing is caring...
Apa yang baik datang daripada Allah, jika ada kelemahan harap dibantu.
Besama mencari keredhaan ilahi....





Tuesday, 17 April 2012

SOLAT TIANG AGAMA


Panduan Mengerjakan Solat Jika Setelah Lama Meninggalkannya..

  1. Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
  2. Azam.. sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakn solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.
  3. Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat pertama dan seterusnya.
  4. Nota motivasi. Andai kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkanlah di tempat yang mudah di lihat.
  5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini amat penting dalam merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.
  6. Jangan tergesa-gesa. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasi nikmat sujud dan rukuk dalam solat.
  7. Tingkatkan imaginasi. Semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan yang sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.
  8. Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka, berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.
  9. Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasa satu ketenangan??
  10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagilah denagan panggilan solat tersebut.
  11. Berfikir secara positif. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.
  12. Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan dan keluarga anda ingin konsisten mengejakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.
  13. Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat adalah nafsu dan syaitan, Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk
  14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.





*sumber dari majalah solusi #42










Monday, 16 April 2012

You Are What You Eat..

Salam sejahtera..

Ye kamu-kamu, anda-anda, serta kome-kome sekalian...dengarlah sini wahai rakyat jelata sekalian alam.. Sesungguhnya ape yang anda makan mengambarkan serta mencerminkan diri anda sudah tentunya. Kenapa saya mengedate ini entri..kerna jawapanya...sila perhatikan gambar ini dengan teliti ye..

yummmmmmyyy....


Mungkin kurang jelas kelihatan lauk pauk di atas...Oke ini adalah lauk pauk yang telah di order oleh pengorder haahaa boleh ke macam ni..beberapa hari yang lepas..
  1. Kari ikan Tongkol
  2. Ayam masak kurma
  3. Sambal tumis udang galah
di mana  telah dipadankan dengan nasi tomato serta acar buah-buahan. Hmmm...sudah terang tanpa lampu suluh lagi terdapat 3 jenis sumber protein ye.. May I sebut lagi sekali TIGA...
Bukankah semasa di bangku pesekolahan lagi kita diajar tentang gaya hidup pemakanan yang sihat, Jika masih ingat kita selalu menggunakan piramid makanan ini


Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.

Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.

Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.

Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang perlu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.

Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

antara makanan yang terhidang di meja makan di rumahku...

Oleh kerana famlyku menjalankan biznes berkaitan makanan, so memang selalunya lambakan makanan berada diatas meja rumah kami. Eh..tidak...sy tau ape yang difikirkan..pembaziran memang jarang berlaku di rumah kami kerana biasanya lebihan makanan yang dimasak akan di beri pada jiran-jiran serta kami juga akan sedekahkan pada surau-surau berdekatan.

Malah, Islam juga ada garis panduan tentang pemakanan seharian kita..

  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
  • Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi.
# paling penting JANGAN LUPA BACA DOA MAKAN SEBELUM MAKAN.






Kalau anda selalu ke channel 707 astro ade satu rancangan Bizarre Food with Andrew zimmern,,hmmm biasanya ceff sekaligus pengacara rancangan ni selalu mencuba makanan yang pelik-pelik setiap negara yang dikunjunginya..yela da name pun bizarre..yang laters sy tgk that day dekat Africa. darah lembu serta organ-organ dalaman dimakan mentah-mentah yang sememangnya terbaik dari ladang..ce bayangkan...owhhh noooo...

Whatever pun, kt sebagai umat islam sudah diberi garis panduan yang sangat suci dan murni. Whether good or bad it's our choice...

Sharing is Caring n sooo00000 Sexy...



Kerja Itu Satu Ibadah

'Jika gaji kita RM 5000 tetapi kt kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah swt akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dll.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.'
Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "give more"kan.. Firman Allah dalam al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersunguh-sungguh bila melakukan pekerjaan yang baik.
Wallahualam
(Ustaz Don Daniyal)

Salam..

Baru-baru ni ayah sy perlu di bawa ke emergency hospital akibat melecur terkena minyak panas. Oleh kerana kes di kira emergency jugakla.. so ayah terus di bawa masuk ke zon separa kritikal. Alhamdulillah tindakan pantas staf-staf yang bekerja pada hari tersebut dapat mengelakkan luka melecur menjadi semakin teruk.

semoga ayah cepat sembuh..amin


Cuma apa yang sy ingin kongsikan ialah cara mereka menangani kes urgent seperti ni. Tanpa memperkenalkan diri sy yang juga merupakan anggota kesihatan sy memerhatikan cara mereka bekerja. Ya..sy phm kes urgent so semua perlu dilakukan dengan segera. tapi bagi saya walau bagaimanapun kt tidak boleh memejam sebelah mata dan mengiyakan hal yang sememangnya salah dan akan memberi kesan yang negatif kepada pesakit juga pada diri kita sendiri pada masa akan datang.

Sy keluar sebentar untuk membeli air. Sekembali di dalam sy perhatikan drip yang merupakan cecair Hartmann tidak berjalan dengan lancar akibat terdapat darah yang mulai membeku di dalam tubing. Inj volteran yang telah diberi pada ayah diletakkan atas meja tanpa penutup. BP Cuff dibiarkan merata-rata, sedangkan hanya terdapat 2 pesakit pada waktu itu.

Bukan niat sy untuk mencari kesalahan atau menunjuk bagus, cuma bagi saya kesilapan tersebut boleh diperbetulkan. Kerja itu satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kt selesaikan. Ingatlah, kt di bayar gaji dan gaji tersebut digunakan untuk menyara kehidupan kt seharian. Bukankah kt mahukan gaji yang halal???

Tidak kira apepun yang kt lakukan semuanya bergantung pada niat kt. Kalau niat kt baik, InsyaAllah dipermudahkan. Satu tips daripada sy..setiap hari sebelum melangkah keluar pintu untuk pergi bekerja mulakan dgn langkah kanan, ucaplah  Ø¨Ø³Ù… الله dan niat di hati semua yang aku lakukan hari ini lillahhitaala...




Wallahu a'lam bish shawabi.





Sunday, 15 April 2012

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Semperna tahun melawat Perak 2012 pekata kita berkongsi sedikit mengenai salah satu khazanah negara yang terdapat di Teluk Intan...


gambr ni x berapa nak penuh coz ada karnival hari wanita n perniagaan dri 13-15 April 2012


Telah dibinapada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong.

Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson suatu masa dahulu.

Kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Itali. Namun menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter.

Menara ini mempunya seni bina yang berkonsepkan seni bina sebuah 'pagoda'. Daripada luar menara jam ini kelihatan seolah-olah sebuah bangunan 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Lapisan bawah bangunan ini, berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

Kini. Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang pada tahun 1894 dibeli dari London, buatan firma J.W. Benson Ludgathill.

di kala malam...berwarna warni bagai....

Soalan:
Ke arah manakah kecondongan menara ini????


Saturday, 7 April 2012

BONE MARROW TRANSPLANT AWARENESS



Salam satu Malaysia,
Hari ni ape kate kt bincangkan  mengenai kesedaran rakyat malaysia tentang Bone Marrow Transplant atau pemindahan sum-sum tulang. Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang pendermaan sum-sum tulang. Maybe kalau sy sebut tentang pendermaan organ seperti hati, buah pinggang, mata dll- kt umumnya sedar akan kewujudannya. Tetapi saya pasti ramai yang tidak sedar kt juga boleh menderma sum-sum tulang kecuali terdapat ahli keluarga terdekat kt yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang ini. Jujur sy akui sebelum sy melibatkan diri dalam bidang kesihatan sy sememangnya tidak sedar akan pendermaan organ yang satu ni.

Siapa yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang (Bone Marrow Transplant (BMT))??
Kebiasaannya pesakit leukemia yang memerlukan BMT. Transplant merupakan salah satu cara yang digunakan untuk penyakit ini selepas menjalani pelbagai peringkat kemoterapi.

Siapa yang boleh menderma??
Semua kehidupan yang boleh bercakap, berfikir, bernafas atau yang lebih di kenali sebagai manusia boleh menderma sum-sum tulang. Tetapi terdapat juga terma dan syarat yang perlu dipatuhi. T&C ini akan diterangkan kepada anda sekiranya anda terpilih untuk menderma.

Di mana boleh mendaftar??
Anda boleh mendaftar di pusat pendermaan sum-sum tulang yang terletak di Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR). Institute for Medical Research Jalan Pahang.
atau sebarang pertanyaan lebih lanjut bolehla mendail no ini : 03-2616 2666

Di manakah sum-sum tulang yang telah diderma akan di simpan???
Owh..anda tidak perlu khuatir kerana hanya data anda sahaja yang di simpan bukannya sum-sum tulang anda. Semasa proses pendaftaran beberapa botol kecil darah akan diambil untuk dijalankan ujian saringan dan pengambilan data. 

Bilakah boleh menderma??
Sekiranya ada pesakit yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang dan human leukocyte antigen (HLA) anda sepadan dengannya, anda akan dipanggil untuk sesi kaunseling dan penerangan yang lanjut tentang proses pendermaan akan diterangkan. Dan anda tidak perlu risau kerana anda tidak DI PAKSA untuk menderma jika anda tidak mahu menderma.

Apakah kebarangkalian untuk sy menjadi penderma??
Jika anda rakyak Malaysia-melayu kebarangkalian untuk anda menderma kecil sebenarnya. Kerana untuk menjadi penderma, HLA anda harusla sepadan sepenuhnya. Sememangnya pesakit melayu sukar untuk mendapatkan penderma yang sepadan kerana hanya di malaysia terdapat melayu. 

Bagaimana proses pengambilan sum-sum tulang???
Dengan kemajuan teknologi di Malaysia kini yang telah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju lain,proses pemindahan sum-sum tulang sangatlah mudah. Satu tiub akan dipasang di femoral dan mesin akan menjalankan proses seterusnya.

antara mesin yang digunakan di Hosp Ampang

Adakah terdapat kesan negatif selepas menderma???
Tidak....anda hanya menderma darah anda. Memang diakui terdapat kesan sampingan yang mungkin terjadi semasa proses pendermaan tetapi anda tidak perlu risau kerana penerangan yang lanjut akan diberikan oleh doktor dan seorang staf akan sentiasa mengawasi anda semasa proses penuaian sum-sum tulang. In fact, sepatutnya akan berbangga & bersyukur kerana anda telah terpilih untuk menyelamatkan satu nyawa.

~~~

Ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar akan kepentingan pendermaan sum-sum tulang ini. Ingatlah, mungkin satu hari nanti keluarga kita atau diri kita sendiri memerlukannya. Tidak salah rasanya sy untuk anda mendaftar sebagai penderma. Anda akan menyelamatkan satu nyawa. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda. Wallahu a'lam bish shawabi.

Friday, 6 April 2012

HEALTH / WELL BEING


If your are not looked after a Down's Syndrome, cerebral palsy child, stroke, Alzheimer Disease, cancer, you are indeed fortunate as a caregiver. If you have never been admitted to the hospital, wheeled into ward, on bed facing ceiling, four brick walls, gone uncertainties, please count your blessing. If you never had needle inserted into hand,neck,femoral for drips, tubes inserted into lung, or needle inserted into spine in lumbar puncture, you are really lucky. You may not be able to move your limbs freely, not able to smell and swallow properly after the tube is removed from the nose. A pill has to be crushed, mixed with water and taken slowly. The bladder too is not ready to function immediately after the catheter is removed. You need extreme patience and sound of a running tap to assist you. Could not breathe well after chest tube is removed. Could not fell or mobilize both leg post lumbar puncture.
Heavens. It is only then you realize how helpless you are. Totally dependent on others.
It is really marvelous when all 10 bodily systems function perfectly. Do not take for granted that you can see, smell, fell, touch, laugh and love are ordinary actions. These functions are quite complicated to perform. Health is wealth, disease a liability. Health is your greatest asset. Without health there is no wealth, materialists $, luxuries, fame, status, cars, bungalows.
If you and family are healthy you will be spared the tasks of caregivers. If your child is not a high achiever, husband does not own a limousine, your wife dose not have a celebrity figure, what does it matter. You are spared the task of looking after the bowel, bladder, spilling of food, open wound and etc.
What else is there to be dissatisfied about, instead of complaining over trivial matters. Sickness is a private funeral. You become more philosophical after close shave with death. After you are cheated death you will appreciate health to the fullest, You crave and yearn for a tranquil and contented life with your love with lowered expectations. Illness, ordeals, struggles and set-backs are good. After you have suffered a sense og well being and good fortune will then follow.
self discipline is not as hampering to personal freedom as disease.

cancer survive twice..

DEMAM NADA CINTA


Demam la sgt kot. tp ape yg aku tau housemate2 kesayangan, mak, jiran2 tetengga, makcik pakcik yang jual air n jambu kat bawah 2, yang sedang goreng pisang pun siap sedia ttp gerai gara-gara nak tengok cerita ni.
whatEver.....
Oke..masalahnya aku pun siap terlayan dgn sengaja dan senang hatinya cerita ni. 
Berkisar tentang nada yang telah di culik sejak lahir lagi. Bersusah dengan payahnya untuk mencari ibu kandung serta untuk menarik minat muda remaja menonton cerita ni so ade di selitkan kisah cinta romantika de amor antara Nada dan Ricky. Setelah berjaya menemui ibu kandung dan cinta sejati tetiba episode sekarang yang sedang rancak tayangannya ade plak kembar rupenya dak nada ni. mikha atau cinta plak namenya yang tlah lahir tanpe pengetahuan ibu kandungnya sendr..very the indon punye cerita.
huh...oke anda sekalian ade 100 lagi episode yang perlu kutempuh dgn cerita yang penuh cinta, dendam, konflik keluarga, serta lagu2 yang sedap telinga dengar.
Ape yang membuatkan aku terlayan dgn riang rianya cerita ni sbb diselitkan bnyk lagu yang menghiburkan. antaranya..

I NEED YOU

Seluas langit di atas
Tak seluas cintaku ini
Sedalam palung lautan
Tak sedalam cintaku ini
Mengalir di dalam darahku
Sedekat hembusan nafasku
Cintaku untukmu ooh

Biar dunia menghina
Hatiku tetap cinta
Cause i miss you
Cause i need you

Biar dunia saksinya
Cinta kita berdua
Cause i miss you
Cause i need you

Wooo wooo wooo
Cause i miss you, cause i miss you
And cause i need you, baby






Serta masa tayangannya juga agak sesuai. Dalam masa beristerahat setelah penat menempuh trafic jamm di kolumpo ni. Waktu perdana tanyangannya ialah setiap isnin hingga jumaat jam 6.30 pm waktu malaysia. Kalau anda kerja mengikut shift seperti sy ngak perlu risau dong kerna ulang tayang episod ada jam 11pm serta marathon sesekali pada hari sabtu dan ahad.
Waktu tayangannya juga agak bersesuaian untuk kt umat islam ni. Kiranya waktu maghrib sudah habis cerita dan bolehlah terus menunaikan kewajipan anda sekalian. Ingat jangan lewat-lewatkan solat dengan sengaja oke. nanti kalau Allah lewat-lewatkan ape yang kita pohon jangan kecik ati u ols.

Pelakon-pelakonnya juga cantik-cantik serta gantangkn..hikhikhik..Tapi adik-adik aku jek semua 2..waaa tetibe sedar diri sudah berumur. Berumur oke bukan tua...no no no no..don't say any word. Antara pelakon pujaan ramai  (jangan puja artis ye. x baik mcm tu) Mikha Tembayong, Randy Pangalila, Luna Maya, Michella Putri, Dewi Sandra dan banyak lagi..terlalu banyak watak dan perwatakan dalan cerita ni. Kenkadang aku pun naik penat nak tau pe akan terjd episode esok pulak. Last2 aku telah mengambil keputusan...laaaa watpe la nak pikir sgt, tengok udah le, cerita je kot.
oke same-sama kt renungkan n cheekiidooouuttt....







hi everybody.....ececece...budget ramai bace blog ni eh...
oke...saje je buat blog ni sebenarnya as my diary la...hmmmmm ckp tang diari sebenarnya bru perasan..sy xpnah ade diari pun b4 this...

oke rini nak update skit pasai bekas ex cancer survivor twice..may him rest in peace there...
kiranya die ni antara pesakit yang awal2 aku berkhidmat as a nurse..dalam tahun 2009..

seorang  dokter yang suka sgt menulis...yela after high dose chemotrerapy biasanya patient akan dapat *mucositis. ni antara sajak omputihnya..

MY NEW BEST FRIEND

Welcome to me with open arms
Shows me around room 16 ward 7D
Support me, taller than me, thinner than me
Serve 24/7
Never let me down but raise me up
Comfort care, protect me silently
Never less tahan 3 feet away
Like rantai kucing with Hikcmann catheter
A shoulder to learn on
A sponge to absorb worries
A tender ear for comfort
Patiently observe me brush teeth, bathe, PU, BO, and share tension
Carry me for (coz i'm too weak) vital life lines
Nutrition, blood, platelets, marrow, machines, monitor with alarm to check safety
5 wheel stability
Is great motivation and impeous > speed recovery
To see light at the end of tunnel..

thank you staff (doctors, misi, cleaners, attendants, ETC) for caring and looking after me so well during my darkness hours.
you are my invaluable drip stand. difference is this friend is mute.
16.09.09

kamus pelajaran kita hari ini

Mucositis :

  • Inflamasi pada selaput membran mukosa bermula daripada mulut sehingga ke anus. kebiasaannya akan menyebabakan pesakit tidak boleh mengambil makanan kerana inflmasi pada mulut, tekak dan diarea.
Hickmann catheter :
  • sejenis kateter yang dipasangkan di dada pesakit bersambungan terus ke salur darah yang utama dan besar di jantung. kateter ini terdapat 2 atau 3 saluran dan digunakan untuk hidrate, infuse blood component, chemoteraphy, nutrition (masukkan susu terus ke dalam salur darah) dan lain2 lagi.



Drip stand :
  • sejenis alat yang beroda digunakan untuk menggantung air bak kate orang awam.. di mana dalam kes wad kami juga untuk meletakkan mesin yang mengawal kemasukan air, blood component n etc kedalam badan pesakit. oleh kerana Hikcmann catheter disambung trus dgn all lines terus ke mesin so pesakit ward kami perlu membawa kemana sahaja mesin tersebut.
ni stem cell yg sedang tranfuse..dlm nex entry sy akan upde tenteng stem cell transplant


Misi
  • is not a mission oke...mereka adalah perawat kesihatan yang comel, baik hati, rajin, telah memiliki diploma sekurangnya untuk menjaga dan merawat pesakit. 'kami sedia membantu'.
peace yo

*pada member2 yang x sedar sy tlh mengupload gambr ni..sorrryyy ek...tp anda sume mmmg chumelllllsss....luv u ols...



Thursday, 5 April 2012

pengenalan transplant

oleh kerana aku kerja kat wad transplant..so nak kongsi skit regarding heamatologi transplant ni..
ni sebenarnya presentation aku that day..
tp bley jugakla dikongsikan bersama...yela nak kongsi pendapatan tu payah la sket ye x..hehe
bnyak lagi video n sign symptom penyakit yang aku nak kongsikan dengan umum...
penyakit leukemia ni boleh menyerang bila2 masa dan sesiapa shj tanpe mengira antara 2 darjat dan pangkat. Kadang-kadang 2 penyakit ni datang tibe...simptom yang biasa sekali

  • demam lebih 1 minggu
  • pendarahan
  • letih lesu
  • kurang selera makan
maka segerala berjumpa doktor n chekc darah...{WBC}..then bnyk la lgi investigation die..

hope dpt berkongsi n bermanfaat pada semua..


jum mulekan....

yessss....raining day and....taraaaaa
finalllllly...ade my own blog...
now boleh cocet2 kat sni drpd aku mrapu bnyk kat febuk nuh..
maybe starting from today aku akan update mcm2...fasal dri..famly...berita terkini,,,gosssipppp...syhhhh..hehe

oke...mle2 kt knal dlu aku ni...
veryla the simple person...org biasa2 jek..berkerja da..emmm lme gakla servis dgn gomen ni..
keja as nurse yg berkaliber...hehe kat wad heamatologi transplant...so maybe akan bnyk input kat sni regarding heamatologies disease..pe kte kte chekidooout gambr ni..

with our specialist...ade kek kan...kmi mmg suka mkn...nurse,,,mkn????what????
oke 2 la problemnya klu keja wad yg sgt sejuk..hehe
eh mesti xtau aku yg mne...oke aku dari kanan no 2...say chessss..hikhik..
aku ni suka merapu...kenkdg terlampau bnyk no merapu..but when its come regarding workkk..sy sgt2la emmmmm...nak kate PERFECTIONES xla jugak,...aku aku suka klu keja 2 keja..xmo campur2 urusan lain..klu ade masalah negara sekalipun..tolak tepi tu semua,,tinggalkn sebaik saja menyarung baju nurse ni...
yela our job we deal wif sumbody life rite,,
oke...sampai sni dlu psal aku..
asar bru saje melaungkan azanya..
sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan....