MENARA CONDONG TELUK INTAN
Semperna tahun melawat Perak 2012 pekata kita berkongsi sedikit mengenai salah satu khazanah negara yang terdapat di Teluk Intan...
gambr ni x berapa nak penuh coz ada karnival hari wanita n perniagaan dri 13-15 April 2012
Telah dibinapada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong.
Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson suatu masa dahulu.
Kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Itali. Namun menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter.
Menara ini mempunya seni bina yang berkonsepkan seni bina sebuah 'pagoda'. Daripada luar menara jam ini kelihatan seolah-olah sebuah bangunan 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Lapisan bawah bangunan ini, berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.
Kini. Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang pada tahun 1894 dibeli dari London, buatan firma J.W. Benson Ludgathill.
di kala malam...berwarna warni bagai....
Soalan:
Ke arah manakah kecondongan menara ini????
No comments:
Post a Comment