Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang
LEUKEMIA
Baru-baru ni sorang daripada kawan time sekolah dulu juga 1 kampung telah di diagnoskan Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL)....Now sedang menjalani 1st cycle chemotherapy di Hospital Ipoh.
Rase terpanggil nak ngedate regarding this disease...
***
Leukemia ialah kanser yang bermula pada tisu penghasil darah seperti sum-sum tulang. Ia juga di panggil kaser darah putih. Leukemia menyebabkan sel darah dihasilkan dengan banyak tetapi tidak normal.
Sel darah dihasilkan oleh sel di dalam sum-sum tulang dipanggil sel stem. Sum-sum tulang adalah bahan lembut di dalam kebanyakan tulang. Apabila matang, sel stem menjadi sel darah berbeza dan setiap satu ada fungsi tersendiri.
Sel darah akan matang dalam sum-sum tulang dan kemudian baru berpindah ke salur darah. Bagi individu yang ada leukemia, sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih tidak normal yang kemudian menjadi sel leukemia. Tidak seperti sel darah normal, sel leukemia tidak mati selepas tempoh sepatutnya. Jangka hayat sel darah normal ialah kira-kira 120 hari.
Oleh kerana ia tidak mati atau musnah, ia berebut tempat dengan sel darah putih, merah dan platelet yang normal. Ini menybabkan sel normal sukar menjalankan tugasnya dengan baik.
JENIS LEUKEMIA
Pembahagian jenis leukemia boleh dibuat berdasarkan berapa cepat pembentukan penyakit. Secara umum, ia dibahagikan kepada 2 iaitu:
Leukemia Kronik
Pada peringkat awal penyakit, sel leukemia masih boleh menjalankan tugas sel darah putih seperti sel normal. Pada peringkat awal, pesakit tidak mengalami sebarang gejala tetapi doktor boleh mengesan penyakit ini melalui rutin pemeriksaan kesihatan - sebelum ia menunjukkan tanda.
keadaan pesakit leukemia kronik menjadi teruk secara perlahan-lahan. Ini kerana jumlah sel leukemia bertambah yang mengakibatkan pesakit mula mengalami gejala seperti nodus limfa membengkak atau mudah mendapat jangkitan. Apabila gejala muncul, biasanya ia tidak begitu ketara dan lama-kelamaan menjadi lebih jelas.
Luekemia Akut
Sel luekemia tidak boleh melakukan sebarang fungsi sel darah putih yang normal. Jumlah sel leukemia bertambah dengan pantas. Ia menyebabkan keadaan kesihatan pesakit merosot dengan cepat.
Faktor Risiko
Kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh meningkatkan peluang seseorang mendapat leukemia. Antaranya ialah:
- Radiasi - individu yang terdedah kepada paras radiasi yang tinggi ada kecenderungan lebih tinggi mendapat leukemia mieloid akut atau leukemia limfosit akut. Contohnya letupan bom atom atau terapi radiasi.
- Pemeriksaan sinar X-Ray - Ini termasuk ujian sinar-X untuk pemeriksaan mulut dan lain-lain ujian
(termasuk imbasan CT) yang menyebabkan seseorang terdedah kepada radiasi paras rendah. Masih tidak diketahui samada radiasi begini boleh dikaitkan denagn luekemia pada kanak-kanak atau orang dewasa. Perkara ini masih dalam penyelidikan. - Merokok - Boleh meningkatkan risiko mendapat leukemia myloid akut.
- Sindrom Down dan lain-lain penyakit keturunan - Kumpulan yang mengalami masalah ini ada risiko lebih tinggi mendapat leukemia akut.
- Sejarah keluarga mengidap leukemia - Biasanya jarang berlaku lebih seorang dalam satu keluarga. Bagaimanapun jika berlaku, ia membabitkan leukemia limfosit akut.
Jangan risau jika anda ada lebih daripada satu faktor risiko kerana tidak semestinya anda akan mendapat leukemia. Ramai mempunyai faktor risiko tapi tetap sihat.
Gejala
Seperti mana sel darah lain, sel leukemia bergerak ke seluruh badan melalui aliran darah. Gejala leukemia bergantung kepada jumlah sel dan di mana ia terkumpul di dalam badan. Pesakit leukemia kronik mungkin tidak mengalami sebarang gejala, sebaliknya penyakit dikesan ketika pemeriksaan kesihatan.
Namun bagi pesakit leukemia akut, mereka biasanya berjumpa doktor sebab berasa tidak sihat. Jika membabitkan otak, pesakit berasa sakit kepala, muntah keliru, hilang kawalan otot atau mendapat sawan. Leukemia juga boleh memberi kesan kepada bahagian badan lain seperti saluran pencernaan, buah pinggang, paru-paru, dan jantung.
Antara gejala leukemia kronik dan akut yang biasa ialah:
- Nodus limfa bengkak tetapi tidak sakit (terutama nodus limfa di leher atau ketiak).
- Demam atau berpeluh-peluh pada waktu malam.
- Kerap mendapat jangkitan dan tidak sihat.
- Berasa letih dan lemah.
- Mudah mengalami pendarahan dan bengkak (termasuk pendarahan gusi, kulit lebam atau berbintik merah).
- Abdomen bengkak atau berasa tidak selesa (akibat hati atau limfa membengkak)
- Berat badan menurun tanpa sebab.
- Tulang dan sendi berasa sakit.
Biasanya gejala di atas bukan di sebabkan kanser. Jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala itu. Hanya doktor boleh mengesahkannya. Individu yang ada gejala ini perlu memberitahu doktor supaya pemeriksaan dan rawatan segera boleh diberi.
'prevent is better than cure'
Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya
kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang
menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”
...sharing is caring...
Apa yang baik datang daripada Allah, jika ada kelemahan harap dibantu.
Besama mencari keredhaan ilahi....
No comments:
Post a Comment