Kerja Itu Satu Ibadah
'Jika gaji kita RM 5000 tetapi kt kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah swt akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dll.
Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya.'
Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "give more"kan.. Firman Allah dalam al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersunguh-sungguh bila melakukan pekerjaan yang baik.
Wallahualam
(Ustaz Don Daniyal)Salam..
Baru-baru ni ayah sy perlu di bawa ke emergency hospital akibat melecur terkena minyak panas. Oleh kerana kes di kira emergency jugakla.. so ayah terus di bawa masuk ke zon separa kritikal. Alhamdulillah tindakan pantas staf-staf yang bekerja pada hari tersebut dapat mengelakkan luka melecur menjadi semakin teruk.
semoga ayah cepat sembuh..amin
Cuma apa yang sy ingin kongsikan ialah cara mereka menangani kes urgent seperti ni. Tanpa memperkenalkan diri sy yang juga merupakan anggota kesihatan sy memerhatikan cara mereka bekerja. Ya..sy phm kes urgent so semua perlu dilakukan dengan segera. tapi bagi saya walau bagaimanapun kt tidak boleh memejam sebelah mata dan mengiyakan hal yang sememangnya salah dan akan memberi kesan yang negatif kepada pesakit juga pada diri kita sendiri pada masa akan datang.
Sy keluar sebentar untuk membeli air. Sekembali di dalam sy perhatikan drip yang merupakan cecair Hartmann tidak berjalan dengan lancar akibat terdapat darah yang mulai membeku di dalam tubing. Inj volteran yang telah diberi pada ayah diletakkan atas meja tanpa penutup. BP Cuff dibiarkan merata-rata, sedangkan hanya terdapat 2 pesakit pada waktu itu.
Bukan niat sy untuk mencari kesalahan atau menunjuk bagus, cuma bagi saya kesilapan tersebut boleh diperbetulkan. Kerja itu satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kt selesaikan. Ingatlah, kt di bayar gaji dan gaji tersebut digunakan untuk menyara kehidupan kt seharian. Bukankah kt mahukan gaji yang halal???
Tidak kira apepun yang kt lakukan semuanya bergantung pada niat kt. Kalau niat kt baik, InsyaAllah dipermudahkan. Satu tips daripada sy..setiap hari sebelum melangkah keluar pintu untuk pergi bekerja mulakan dgn langkah kanan, ucaplah بسم الله dan niat di hati semua yang aku lakukan hari ini lillahhitaala...
Wallahu a'lam bish shawabi.
pengkongsian yg hebat
ReplyDeletesharing is caring...huhu
Delete