Pages

Monday, 16 April 2012

You Are What You Eat..

Salam sejahtera..

Ye kamu-kamu, anda-anda, serta kome-kome sekalian...dengarlah sini wahai rakyat jelata sekalian alam.. Sesungguhnya ape yang anda makan mengambarkan serta mencerminkan diri anda sudah tentunya. Kenapa saya mengedate ini entri..kerna jawapanya...sila perhatikan gambar ini dengan teliti ye..

yummmmmmyyy....


Mungkin kurang jelas kelihatan lauk pauk di atas...Oke ini adalah lauk pauk yang telah di order oleh pengorder haahaa boleh ke macam ni..beberapa hari yang lepas..
  1. Kari ikan Tongkol
  2. Ayam masak kurma
  3. Sambal tumis udang galah
di mana  telah dipadankan dengan nasi tomato serta acar buah-buahan. Hmmm...sudah terang tanpa lampu suluh lagi terdapat 3 jenis sumber protein ye.. May I sebut lagi sekali TIGA...
Bukankah semasa di bangku pesekolahan lagi kita diajar tentang gaya hidup pemakanan yang sihat, Jika masih ingat kita selalu menggunakan piramid makanan ini


Kebanyakan daripada kita mengetahui bahawa makanan bukan sahaja perlu kelihatan menarik ketika dihidangkan untuk membuka selera tetapi mestilah berkhasiat.

Namun, jika kita mengambil makanan semata-mata melayani kehendak selera, ia membawa mudarat kepada kesihatan terutama jika pengambilannya berlebihan.

Selain faktor umur, jenis makanan dan kuantitinya yang perlu diambil perlu juga mengambil kira sama ada anda seorang yang aktif atau sering melakukan kerja-kerja berat.

Justeru, sebagai garis panduan, piramid makanan dapat membantu anda untuk menentukan sajian makanan yang perlu diambil dan sebanyak mana kuantiti yang diperlukan dalam sehari.

Piramid makanan merupakan satu panduan pemakanan lengkap yang menyatakan zat dan keperluan pengambilan yang sesuai untuk menjaga kesihatan.

Ia disusun berdasarkan kumpulan makanan dan kuantiti yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

antara makanan yang terhidang di meja makan di rumahku...

Oleh kerana famlyku menjalankan biznes berkaitan makanan, so memang selalunya lambakan makanan berada diatas meja rumah kami. Eh..tidak...sy tau ape yang difikirkan..pembaziran memang jarang berlaku di rumah kami kerana biasanya lebihan makanan yang dimasak akan di beri pada jiran-jiran serta kami juga akan sedekahkan pada surau-surau berdekatan.

Malah, Islam juga ada garis panduan tentang pemakanan seharian kita..

  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
  • Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi.
# paling penting JANGAN LUPA BACA DOA MAKAN SEBELUM MAKAN.






Kalau anda selalu ke channel 707 astro ade satu rancangan Bizarre Food with Andrew zimmern,,hmmm biasanya ceff sekaligus pengacara rancangan ni selalu mencuba makanan yang pelik-pelik setiap negara yang dikunjunginya..yela da name pun bizarre..yang laters sy tgk that day dekat Africa. darah lembu serta organ-organ dalaman dimakan mentah-mentah yang sememangnya terbaik dari ladang..ce bayangkan...owhhh noooo...

Whatever pun, kt sebagai umat islam sudah diberi garis panduan yang sangat suci dan murni. Whether good or bad it's our choice...

Sharing is Caring n sooo00000 Sexy...



4 comments:

  1. nurul jannah abdullah16 April 2012 at 11:23

    nak ada blog jugak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan..percuma je...mari kt bersama berkongsi ilmu...

      Delete
  2. popia itu sungguh menyelerakan.
    kalau ikutkan selalu nak makan ikut piramid makanan, tapi kadang2 pilihan tu takda n tgh lapar. akibatnya makan xleh kontrol, huhu

    ReplyDelete