Baru terbaca satu blog ni...begini tajuknya..
ADIK SANGGUP BERKORBAN DEMI SELAMATKAN ABANGNYA YANG BERPENYAKIT LEUKEMIA
Adik meninggal akibat paru-paru berair selepas 2 hari menderma darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yang mengidap leukemia.
Kalau baca berita sepenuhnya dan sy letak diri sebagai org awam yang tidak tahu bgaimana proses pemindahan sum-sum tulang sy pasti takut untuk menderma sum-sum tulang saya. Ye sebelum ni sy ada post mengenai Bone Marrow Transplant Awareness. Di situ sy ade kc tau siap-siap ade faktor risiko yang akan diterangkan oleh doktor. Malah ia diterangkan oleh specialist n consultant bukannya doktor biasa.
Untuk menderma sum-sum tulang kebiasaannya 1 femoral line akan dipasang pada femoral kanan atau kiri dan proses Harversting akan dijalankan. Bukan sum-sum tulang belakang yang diambil untuk didermakan....Malah ini salah stu prosesnya..Terdapat bnyak cara yang digunakan untuk mendapatkan sum-sum tulang.
Kadang-kadang tajuk berita malah berita 2 sendiri boleh mempengaruhi akal dan minda kt. Itu bru blog. Saya xtaula bagaimana pulak tajuk brita if satu akhbar ni plak yang publish. Selalu terpesong akhlak klu bace muka depan brita ni..huhu
Sesungguhnya, ajal maut di tgn tuhan yang satu. Marilah kt sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk Muhammad Muaz. Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin
“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu
kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di
akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan
nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa
yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara
rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba
selama ia menolong saudaranya”.
whatever pun sme2 kt renung2kan n selamat beramal
#Fikir
dengan akal, tilik pakai hati
No comments:
Post a Comment