SOLAT TIANG AGAMA
Panduan Mengerjakan Solat Jika Setelah Lama Meninggalkannya..
- Kesedaran amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
- Azam.. sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat dan bulatkan tekad untuk mengerjakn solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.
- Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua. Ini adalah langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua tanpa solat pertama dan seterusnya.
- Nota motivasi. Andai kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkanlah di tempat yang mudah di lihat.
- Fahami maksud dan bacaan dalam solat. Ini amat penting dalam merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.
- Jangan tergesa-gesa. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasi nikmat sujud dan rukuk dalam solat.
- Tingkatkan imaginasi. Semasa solat, bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan yang sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.
- Usaha dan doa perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka, berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk mengerjakan solat secara konsisten.
- Rasai ketenangan. Cuba perhatikan hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda rasa satu ketenangan??
- Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwuduk. Berbahagilah denagan panggilan solat tersebut.
- Berfikir secara positif. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dengan rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi faktor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.
- Dapatkan sokongan mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan dan keluarga anda ingin konsisten mengejakan solat. Moga mereka dapat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.
- Setiap perkara pasti ada musuhnya. Musuh solat adalah nafsu dan syaitan, Oleh sebab itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk
- Banyakkan bahan bacaan tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.
*sumber dari majalah solusi #42
aiiiikk...... muka pak iman aka tuan rumah x nampak . tak aci leeeeeeeeerrrrrrrrrrrrrrrr
ReplyDeletehikhik...
Deleteibu ade ajak kenduri wan kawen 5/5...
org rase mcm keja mlm time 2...