Pages

Saturday 7 April 2012

BONE MARROW TRANSPLANT AWARENESS



Salam satu Malaysia,
Hari ni ape kate kt bincangkan  mengenai kesedaran rakyat malaysia tentang Bone Marrow Transplant atau pemindahan sum-sum tulang. Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang pendermaan sum-sum tulang. Maybe kalau sy sebut tentang pendermaan organ seperti hati, buah pinggang, mata dll- kt umumnya sedar akan kewujudannya. Tetapi saya pasti ramai yang tidak sedar kt juga boleh menderma sum-sum tulang kecuali terdapat ahli keluarga terdekat kt yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang ini. Jujur sy akui sebelum sy melibatkan diri dalam bidang kesihatan sy sememangnya tidak sedar akan pendermaan organ yang satu ni.

Siapa yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang (Bone Marrow Transplant (BMT))??
Kebiasaannya pesakit leukemia yang memerlukan BMT. Transplant merupakan salah satu cara yang digunakan untuk penyakit ini selepas menjalani pelbagai peringkat kemoterapi.

Siapa yang boleh menderma??
Semua kehidupan yang boleh bercakap, berfikir, bernafas atau yang lebih di kenali sebagai manusia boleh menderma sum-sum tulang. Tetapi terdapat juga terma dan syarat yang perlu dipatuhi. T&C ini akan diterangkan kepada anda sekiranya anda terpilih untuk menderma.

Di mana boleh mendaftar??
Anda boleh mendaftar di pusat pendermaan sum-sum tulang yang terletak di Malaysian Marrow Donor Registry (MMDR). Institute for Medical Research Jalan Pahang.
atau sebarang pertanyaan lebih lanjut bolehla mendail no ini : 03-2616 2666

Di manakah sum-sum tulang yang telah diderma akan di simpan???
Owh..anda tidak perlu khuatir kerana hanya data anda sahaja yang di simpan bukannya sum-sum tulang anda. Semasa proses pendaftaran beberapa botol kecil darah akan diambil untuk dijalankan ujian saringan dan pengambilan data. 

Bilakah boleh menderma??
Sekiranya ada pesakit yang memerlukan pemindahan sum-sum tulang dan human leukocyte antigen (HLA) anda sepadan dengannya, anda akan dipanggil untuk sesi kaunseling dan penerangan yang lanjut tentang proses pendermaan akan diterangkan. Dan anda tidak perlu risau kerana anda tidak DI PAKSA untuk menderma jika anda tidak mahu menderma.

Apakah kebarangkalian untuk sy menjadi penderma??
Jika anda rakyak Malaysia-melayu kebarangkalian untuk anda menderma kecil sebenarnya. Kerana untuk menjadi penderma, HLA anda harusla sepadan sepenuhnya. Sememangnya pesakit melayu sukar untuk mendapatkan penderma yang sepadan kerana hanya di malaysia terdapat melayu. 

Bagaimana proses pengambilan sum-sum tulang???
Dengan kemajuan teknologi di Malaysia kini yang telah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju lain,proses pemindahan sum-sum tulang sangatlah mudah. Satu tiub akan dipasang di femoral dan mesin akan menjalankan proses seterusnya.

antara mesin yang digunakan di Hosp Ampang

Adakah terdapat kesan negatif selepas menderma???
Tidak....anda hanya menderma darah anda. Memang diakui terdapat kesan sampingan yang mungkin terjadi semasa proses pendermaan tetapi anda tidak perlu risau kerana penerangan yang lanjut akan diberikan oleh doktor dan seorang staf akan sentiasa mengawasi anda semasa proses penuaian sum-sum tulang. In fact, sepatutnya akan berbangga & bersyukur kerana anda telah terpilih untuk menyelamatkan satu nyawa.

~~~

Ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar akan kepentingan pendermaan sum-sum tulang ini. Ingatlah, mungkin satu hari nanti keluarga kita atau diri kita sendiri memerlukannya. Tidak salah rasanya sy untuk anda mendaftar sebagai penderma. Anda akan menyelamatkan satu nyawa. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda. Wallahu a'lam bish shawabi.

4 comments:

  1. saya dah jadi penderma organ.....saya juga merupakan penderma darah yang tegar (ada 2 buku kecil kaler merah).....dlm byk2 pendermaan, hanya CINTA sahaja saya belum dermakan...hihihi

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...tp pendermaan organ n sum-sum tulang ni berbeza tau...mmg pyh nak jumpe yang matched..da melayu + jawa + banjar + pan asia semua duk campur aduk dlm drh ni...huuuu..
    tang cinta 2 mmg sy sendr tgh buntu...ecececece

    ReplyDelete
  3. Nana (follower) tuh sape tuan tanah???? (^___^)

    ReplyDelete