Kata pepatah hiduplah seperti padi. Semakin tua semakin menunduk. Pepatah yang sgt jarang aku rasa individu kini tanamkan dalam diri masing-masing.
Manusia kini amat payah menerima kritikan. Apabila ditegur pelbagai alasan diberikan. Malah ada yang lebih ego menunjukkan pelbagai protes tanda ketidakpuasan hati. Apa salahnya membuka hati menerima setiap kritikan dan teguran yang diberi. Orang menegur atau menasihati kita menandakan mereka masih sayang pd kita. Ada yang mengambil berat atas diri kita. Tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang sama. Mengapa kita perlu ambil negatif. Kritikan yang membina bukan sahaja dapat mengelakkan masalah berulang malah dapat memastikan sesuatu urusan berjalan dengan lebih lancar.
Umur sudah melangkaui jauh zaman kanak-kanak. Tidak perlu bersikap childish dengan menunjukkan protes. Please... masalah tidak akan selesai malah akan menjadi lebih buruk. Kalau kita rasa kritikan dan nasihat yang diberikan tidak wajar, jdlah lebih matang dengan menegur semula dengan cara yang baik. Percayalah bukan masalah sahaja yang boleh diselesaikan malah hubungan sesama insan lebih baik terjalin.
Terutama kita yang bekerja dalam sektor kesihatan. Di hospital khasnya. Kita menerima pelbagai aduan setiap hari daripada pelbagai pihak. Cuba kita nilai semula dari akar umbi kenapa samakin banyak aduan yang diterima setiap hari. Mungkin ia sebenarnya dari sistem birokrasi kita sendr. Seperti kata pepatah yang disebutkan di awal penulisanku td. Bukan bermaksud kita perlu menunduk membiarkan kita ditindas, tetapi kita tidak ego tentang pengalaman dan ilmu yang kita ada.
Walau sudah berpuluh tahun kita bekerja, kita tidak sewenangnya memandang rendah pada individu yang baru setahun jagung berkhidmat. Mungkin kita bekerja di jabatan yang berbeza. Tidak mustahil junior itu juga ada sesetengah perkara lebih arif drpd kita kerna itu bidang dia. Sebagai contoh bolehkah anda jawab bagaimana proses stem cell transplant serta jenis kemoterapi yang diberikan kepada setiap pesakit yang admit di ward aku?? Dan sudah semestinya aku pula tidak dapat menjawab dengan mudah jika ada yang bertanya mengenai pesakit dialysis. Jika kita melihat kesalahan bagi aku perkara pertama yang perlu kita pertimbangan ialah mengapa orang sebelum aku tidak melihat atau menegur kesalahan ini. Kemudian yang teramat penting kita perlu mendengar dan mentafsir penjelasan yang diberikan oleh individu tersebut. Sifat marah, , kesimpulan sendiri, tidak dapat menerima kritikan dan penjelasan individu lain adalah sifat yang sangat tidak positif. Bagaimana orang awam ingin meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita kika kita sendiri mempunyai permasalahan dalaman antara staff satu sama lain. Sepatutnya kita menggunakan kuasa yang diberikan dengan lebih amanah dan jujur. Sikap tidak profesional anda sangat tidak dapat diterima akal. Menegur dgn marah, tidak mahu mendengar penjelasan, membuat kesimpulan dan keputusan sendiri, bagaimana anda ingin mengharapkan kami menghormati anda dgn title anda tersebut. Apa yang mampu kami rakyat marhaen ini adalah SABAR. Sememangnya marah juga, tetapi melepaskan dengan cara yang betul kerana masih ada pesakit yang memerlukan sepenuh perhatian kami.
Bermacam-macam ragam yang terjadi sepanjng tarikh awal February ni. Tarik nafas panjang lepaskan dan bersedia untuk melangkah ke hari lain. Ingat kata pepatah. .. berani kerana benar. Allah kan ada. Aku ingin berkongsi beberapa tips untuk mengawal marah kerana kemarahan yang tidak dikawal akan membakar segala kebaikan, seperti api membakar kayu hingga akhirnya yang tinggal hanyalah abu....
1) Beristighfar - dengan mengingati Allah, In sya Allah akan membantu kita mengurangkan kemarahan.
2) Mengubah posisi - Rasulullah s.a.w bersabda "apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalu tidak menghilangkan marahnya maka hendaklah dia berbaring" ( Hadis riwayat Muslim)
3 ) Berwuduk - sabda Rasulullah s.a.w "marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api iti hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" ( Hadis riwayat Daud)
4) Berzikir - misalnya dengan mengucapkan zikir sayidanita Fatimah iaitu, "subhanallah walhdullillah walailahillah wallahu akbar" . Mudahan Allah akan membantu mengurangkan tekanan hidup anda.
5) Bayangkan keadaan kita ketika marah - bayangkan betapa buruknya wajah kita ketika marah. Jadi, usahlah memalukan diri sendiri
6) Bertenang - ambil sedikit masa dan belajar mengawal diri. Bertenang ketika menghadapi apa jua keadaan dan situasi yang kadangkala mencabar kesabaran anda. Amalkan beberapa cara seperti menarik nafas dalam-dalam kemudian hembusan perlahan-lahan.
7) Mendiamkan diri - dapat memberikan peluang kepada kita untuk berfikir dengan lebih waras.
8) Luah pada seseorang, masa dan tempat yang sesuai - carilah seseorang yang anda percayai. Misalnya tan rapat, adik-beradik untuk meluahkan perasaan yang terpendam.
9) Belajar menyampaikan kemarahan dengan positif - usah menjerit dan memekik tidak tentu hala kerana ia akan memalukan diri sendiri. Seboleh-bolehnya elakkan bercakap menggunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.
10) Jauhi situasi yang boleh menimbulkan kemarahan - andai anda seorang yang berjiwa sensitif, mudah tersinggung atau todak berpuas hati dengan seseorang, elakkan berada di tempat yang boleh membangkitkan kemarahan. Usah bergurau dengan gurauan yang kasar kerana mereka juga akan berbuat perkara yang sama kepada anda.
11) Senyum - walaupun perkara ini tampak mudah tetapi amat sukar dilakukan dalam keadaan marah. Namun, percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan dan penawar yang berkesan untuk mengawal kemarahan. Anda boleh juga untuk mempraktikkan sentiasa tersenyum.
12) Malu pada Allah - Allah sentiasa melihat dan memerhati segala tindakan kita dan sikap biadab kita. Ingatlah, kita hanya insan hina dan sering melakukan kesalahan. Begitu juga dengan orang lain.
13) Perbanyakkan doa - "aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkan kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk"
14) Baca ta'awuz - baginda Rasulullah s.a.w bersabda "sesungguhnya aku tahu satu perkataan, sekiranya dibaca tentu akn hilang rasa marah iaitu'Auzubillahi minasy syaitanir rajim'( aku berlindung daripada syaitan yang direjam)"
Sharing is caring
* footnote;
Jgn bimbang atau takut dengan orang yang sedang marah. Bayangkan cerek yang sedang mendidih, apabila dibiarkan, airnya akan kering begitu sahaja.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment