Pages

Showing posts with label islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Saturday, 28 February 2015

Assalamualaikum

Lirik Lagu Assalamualaikum – Faizal Tahir

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

~~~~~

Assalamualaikum semua.
Aku mulakan entry pertama aku tahun ini dengan liruk lagu ni. Penuh makna kan.
Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menulis.
Di hari terakhir Februari 2015.
Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Rezeki yang baik. Dikelilingi oleh orang yang baik.


posted from Bloggeroid

Sunday, 21 December 2014

Al Haq Mawi ft AC Mizal

Assalamualaikum. 

Tadi on the way balik dari kerja dengar lagu ni kat hot.fm.
Kire sesi bertenang selepas menyaksikan piala AFF final tadi. Bukan rezeki Malaysia tahun ni nampaknya. Tapi walau bagaimanapun tahniah pasukan negara.
Sebab aku memang sangat jarang dengar radio. Kalau dengar pon biasanya time on the way pergi dan balik kerja. Itupon sempatla main 1 2 lagu je. Yelah rumah bukan jaoh mane pon.
Emm.. dah lame gak lagu ni tapi baru berkesempatan nak menghayati liriknya.



Lirik Lagu Al Haq - Mawi feat AC Mizal


Ya Allah, berikanlah daku petunjuk
Agar bisa ku meneruskan hidup
Agar bisa ku berjalan di jalan yang lurus 

Andainya ku bisa putarkan saat waktu
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu
Andainya ku pernah melukakan hatimu
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu

Segala-gala suka dan duka
Tak pernah dapat ku lupa
Daku manusia biasa dibawa dosa pahala
Hidup di dunia cuma sementara
Janganlah leka jangan terpedaya
Antara kaca dan juga permata

Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu Allah yang satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu

Ya Allah, Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu

Ya Allah, Ya Allah
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti

Andainya ku bisa hidup seribu tahun lama lagi
Ku kota kata kata yang telah ku janji
Andainya ditakdirkan esok aku pergi
Susun sepuluh jari memohon diampuni

Janganlah bersedih berduka
Berjumpa di sana semula
Kembali kepada Pencipta
Di ruang yang terbuka
Pintu syurga dan neraka
Bertapa kau bersedih berduka
Dijiwa gelora di dalam dilema menanggung derita

Ku bersujud padaMu
Berdoa pada Yang Satu
PadaMu aku mengadu Allah yang satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu

Ya Allah, Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu

Ya Allah, Ya Allah
Maha Pengasih, Penyayang, Maha Mengerti

Allahu ya hafizu nafsi waruhi
(Ya Allah peliharalah diriku dan rohku)
Bismillahi jibrail
(Dengan nama Allah,  Jibrail)
Fi yamini bismillahi mikail
(Pada kananku dengan nama Allah, Mikail)
Fi shimali bismillahi israfil
(Pada kiriku dengan nama Allah, Israfil)
Fi’ amami bismillahi izrail
(Pada hadapanku, dengan nama Allah,  Izrail)

Ya Allah..
Allah Akhbar, Allah yang Maha Besar
Mari memuji memuja
Maha Kaya Berkuasa
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Ku rindu padaMu
Setiap hembusan nafasku
Ku sebut namaMu
Sebagai hambaMu yang lemah dan hina
Terangkanlah jalanku yang penuh berliku
Ku berdoa padaMu hindarkan diriku

Ya Allah, Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah, Ya Allah
~~~

Kalau pembaca menghayati setiap baris langkap lagu ini memang penuh makna tersirat di sebalik setiap bait lagu.
Sambil berhibur sambil beringat.
2 dalam satu. Sambil menyelam minum air.
Hope lebih banyak lagu begini kat Malaysia. Sebab aku rasa kebanyakan lagu berunsur ketuhanan selalunya dari negara jiran kitakan.

Atau boleh tgk video klip beserta lirik di sini

m.youtube.com/watch?v=ubyHkbB1iWU


Sharing is caring.

Saturday, 20 December 2014

Aku muncul lagi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku muncul lagi di pertengahan bulan Disember ini yg bermaksud sudah hampir sangat ke hujung tahun. Just around the corner omputih kate.
Pergh.
Oke. Macam tah ape-ape. Actually bermacam idea aku hari-hari nak update blog ni. Tapi entah. Bile ada 'M' besar dalam diri nilah jadinye.
Sebelum tidur ni aku buat aktiviti wajib aku jd stalker kat Fb sane. Tengah Viral pasal sorang hamba Allah ni post bad thing pasal nurse dan kerjaya kami. Dan dah tentulah government nurses. Yg selalu kena hentam. Sebenarnya aku tak berapa terkesan pon dgn kata-kata hamba Allah tu. Kalau pembaca bekerja dalam bidang ini mesti korang tahu kenapa. Sebab ini sudah menjadi asam garam kerjaya ni. Sedangkan orang dalaman pon ssh nak faham ni pula orang awam. Terima kaseh be banyak le awak. Percuma kaci kami pahala. Awak tak pernah sakit dan warded lah tu. Kot nanti ada ujian sakit sikit kite jumpa kat hospital na.




Sebenarnya aku dah tak kuat kat sini. Dah bosan. Aku rase nak amik angin baru. Nak cuba tempat baru. Rasa pengalaman baru. Sebab kadang-kadang bila kita rasa dah xbest kat sesuatu tempat ku rasa baik angkat kaki awal sebelum jadi lebih parah. Korang pernah rasa tak??
So... kena pikir panjang buat istikharah dulu. Kalau tekad kite tengok kat mane pula rezeki aku. Permudahkan ya Allah.



Kalau semua orang amalkan dan ingat seperti ape yang ade dalam gambar ni mesti dunia ni aman kan. Tp mesti tak best. Kalau semua baik tak adelah Allah cipta syurga dan neraka kan.

Cuma kadang-kadang kita manusia ni alpa. Tak salah kot kalau kite rendahkan diri sesekali. Kalau dah lame kat atas tengok kat bawak sesekali. Kalau dah lame terbang tinggi ape kata jalan kaki pula or naik kereta rasa jalan jem kat KL ni hari-hari. Kalau dah lame sangat segar enak berecon pe kate rase pula panasnya matahari atau bestnya menari dalam hujan.
Sebabnya.. aku mahu tekankan tak semua orang rasa ape yang kita rasa. Kita makan nasi ade insan yang perlu menagih simpati untuk dapatkan sesuap bubur.
Mesti korang pernah rasa sakitnya mata tengok kereta yang laju dipandu bersama pak polisi dikala jalan yg penuh sesak. Sakitnya hati tengok layanan mesra apabila pangkat dan darjat lebih dari kita?
Ah... itulah dunia. Sabar jelah. Usaha. Jangan dengki. Tapi perlu beringat. Jika aku sudah kaya nanti.. jika aku sudah berpangkat serta berdarjat nanti jangan sesekali aku begitu. Setinggi mana pun kedudukan kita, sebesar mana pon pangkat kita akhirnya ke dalam tanah juga akhirnya. Tanah yang sama.
Kan.




Akhir penutup bicara.. jum kongsi pesanan ringkas bergambar ni









Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Sunday, 9 November 2014

Tarikh lahir dan no pin ATM



Korang yang bace entry kali ni...
Korang punye nombor pin kad atm??? Tarikh lahir??



Salam semua.

Korang mesti pernah dengar cerita atau alami sendiri situasi ini. Kad ATM bank hilang.
Kalau di curi atau korang secara tidak sengaja terjatuhkan dimana-dimana, cube korang call bank. Mesti ada punya insan yang cuba try test that card. Hmmmmm.... pernah tak korang tanya bank nombor pin yang cuba ditekan.

Kalau kad tersebut tercicir berkemungkinan orang tersebut hanya gamble je ape-ape nombor. Tapi untuk case curi atau kad pengenalan anda hilang sekali baik anda cek. Besar kemungkinan pencuri tersebut akan menggunakan tarikh lahir anda sebagai percubaan.

Atau kes paling tidak kita gemar dan sanggup alami apabila pencuri adalah di kalangan orang yang kita kenali. Jadi tarikh lahir adalah nombor pertama yang mereka akan cuba.
Lagi sekali aku tekankan



Oke. Sebab kejadian ni berlaku pada orang sekeliling aku dan salah sorang pula sahabat baik aku, so nak share antara langkah yang perlu diambil kalau korang sedar kad bank korang hilang.

1) jangan panik
2) call bank untuk batalkan kad anda STAT... biasanya untuk servis ni mmg 24/7.
(No ada di belakang kad atm)
3) tanya baki → jika masih berbaki seperti pengeluaran akhir anda jangan lupa ucapkan alhamdulillah. TAPI incase kalau berbaki 0000

4) tanya dimana pengeluaran dibuat. Kebiasaannya untuk servis ini adalah didalam waktu pejabat.
5) jangan lupa no pin yang ditekan dan waktu pengeluaran.
6) terus ke balai buat police report.

Setelah dapat polis report anda berhak untuk tahu dan mencari pencuri tersebut hingga ke lubang cacing.
Mungkin pencuri tu lupa bahawa teknologi kini semakin canggih kerana di setiap atm machine terdapat cctv yang merakamkan segala perbuatan kamu itu.

7) kawal diri. Cuba bertindak dengan bijak. Undang-undang ada untuk mereka si pencuri ni.




Jadi, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan aku nasihatkan korang supaya sangat-sangat mengelakkan daripada menggunakan tarikh lahir sebagai nombor pin sesuatu yang penting.
Malah jika boleh selepas gaji masuk setiap bulan cuba separate duit tersebut supaya tidak terus terkumpul didalam satu bank.

Andai memang rezeki si pencuri tu dan tidak berhati perut sehingga meninggalkan RM0, jika berjaya menemui dan dia mahu membayar balik dengan mudah alhamdulillah. Namun, jika masih pelbagai alasan yang diberikan anda boleh meneruskan niat untuk membawa kes ke mahkamah.

Cuma jangan risau. Buat baik dibalas baik. Buat jahat kita jumpa kat akhirat. Kita hidup bukan menongkat dunia. Kan.
Insya Allah setiap apa yang hilang Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.
Husnozun.











*kerana wang orang bodoh boleh menjadi cerdik dan orang baik boleh menjadi jahat.


Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Saturday, 8 November 2014

Maaf. I'm sorry. ..

Assalamualaikum semua.
Salam satu Malaysia.

Alhamdulillah dah masuk bulan November. Wahhhh, makin cepat rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk hari baru.

Tak berapa nak sihat. Tahlah. Banyak sangat fikir rasanya. Sedih, marah, geram, semua perasaan bercampur aduk. Kalau tak kerana masih berbaki iman di dada agaknya boleh meletup aku rasa.
Banyak dugaan semakin hampir penghujung tahun ni.



Aku rasa sudah terlampau banyak aku update entry pasal maaf ni. Aku, malah sesiapa sahaja yang baca blog aku ni tak maksum. Kita semua melakukan kesilapan. Namun aku rasa aku perlu tekankan lagi betapa tingginya nilai dan erti ucapan maaf ni.

Maaf....

Satu perkataan yang sangat simple. Tapi jika diperkatakan dengan penuh rasa khilaf yang telah kita lakukan percayalah segalanya akan dipermudahkan. Musuh boleh menjadi sahabat. Benci boleh kembali berkasih sayang. Jangan sesekali kita buruk sangka dan memperkecilkan ucapan maaf ini. Jika kita rasa kita salah minta maaf dahulu, pihak sana samada dia berhak atau mahu maafkan kita atau tidak itu cerita lain.



Kawan... masih tidak terlambat. Masih ada waktu lagi. Jangan keruhkan lagi keadaan. Jangan ditambah lagi rasa benci. Takut tuan empunya diri sudah benar-benar hilang rasa simpati.
Pepatah sendiri ada mengatakan
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Aku percaya setiap apa yang berlaku pada kita samada baik atau sebaliknya pasti ada hikmah setiap kejadian. Yang hilang memang bukan milik kita. Cuma jangan ditambah lagi dengan janji-janji palsu. Kesabaran manusia ada hadnya.



Taubatlah.... menangislah... merataplah pada Allah. Moga ditunjukkan jalan kebenaran. Dimudahkan semua kesulitan. Namun ingat dosa pada insan hanya boleh dimaafkan oleh insan tersebut.
Setiap daripada kita mempunyai masalah sendiri. Jangan menghalalkan cara dengan semua masalah itu menjadi alasan.

Aku tak berhak syurga atau nerakakan sesiapa. Aku sendiri melakukan banyak kesilapan. Aku sendiri takut jika suatu masa nanti Allah telanjangkan setiap khilaf aku pula. Itu yang masih aku pegang supaya masih sabar dalam semua keadaan.



Minta maaf... usaha.. doa.. taubat... tawakal.
Insya Allah.




*gambar-gambar comel ni aku amik kat instagram #mariperbaikidiri


Nota kaki
Kekurangan wang adalah punca segala perbuatan keji.
Awas dengan kemarahan orang yang penyabar kerana tindakan mungkin akan lebih buruk daripada orang yang panas baran.





Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 15 October 2014

Terima kasih semua. ..

Happy birthday to me

Selamat hari lahir. ..

Sanah helwah....

Saeng irl chuka hamnidaaa...

Korang tahu tak kenapa aku nantikan hari lahir every year... sebab hari ni selama 24 jam kita akan dapat ucapan serta doa yang baik-baik dari semua.
Alhamdulillah. .. amin amin ya Allah.
Aku dilahirkan serba cukup. Cukup makan, cukup pakai, cukup ilmu dan masih berpeluang untuk mencari lg ilmu Allah melimpah ruah ni. aku dikelilingi orang yang sangat positif dan sayang aku. Cukup. Aku tidak mahu lebih lagi takut riak dan takbur nanti.
Permudahkan segalanya ya Allah.
Hari ni aku nak happy je. X sempat makan kek lg sebab



Bekerja shift malam. Baru bangun zohor td. Ini rezeki aku. Memang ini kerjaya pilihan aku. Yang Allah tetapkan untuk aku. Alhamdulillah atas rahmat dan limpahan rezeki ini ya Allah.

Semoga aku dan kalian sentiasa bahagia dunia dan akhirat kelak.






Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Monday, 13 October 2014

Oktober

Laaaaa... October oledy meh....

Lg 2 hari masuk la tgh bulan. And the most important is my birthday le. Melangkah lg 1 tahun umur saye. Yeeeeeey.
Lagi 3 ari plk gaji. Buln ni nak travel p Terengganu and kaci nyawa itu kereta. That day orang peroton tu kate end of this month keleta i siap. Kalu tidak siap lg kalu, saye punye angin manyak naik wo.
Dan... bulan Oktober ni jgk akan melangkah kite ke awal Muharam. Tahun baru kalendar islam.

Satu muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban...harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan. ..
Hijrah..itu perjuangan....
Hijrah satu perpaduan...
Hujrah membentuk persaudaraan.
Oleh itu.. mari semua kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar islam....
Untuk sepanjang zaman.....

Dulu mase sekolah selalu nyanyi lagu ni bile masuk awal muharam.

Awal aku dah cerita pasal awal muharam tahun ni. Yelah.. kita kalau tahun baru mesti nak buat azam baru atau nak capai azam last year yang tak kesampaian tu kan.

Aku nak share sikit kat korang perihal seorang hamba Allah ni. Seorang pesakit aku kat ward. Sape kate kita boleh jadikan orang lebih tua je contoh and tauladan.
Seorang remaja.. awal remaja... Perempuan. Seorang pesakit leukemia. Post transplant. Admitted sebab post transplant complication.
Kalau korang tgk conditions die mesti korang nagis. Yela. Budak perempuan yang kebiasaannya belasan tahun akan menghabiskan masa kat sekolah lepak dengan family and friends, tapi oleh kerana ujian yang Allah berikan padanya adalah sakit leukemia. So banyak masa dihabiskan dikatil ward aku. Ape yang menyebabkan aku ckp boleh jdkan contoh dan tauladan sebab die kuat sangat dan sentiasa positif. Kalau tgk conditions kita tahu mcm mana rasa. Kita tahu peritnya die. Tapi die masih ceria. Masih mampu tersenyum dikala sakit. Sedihnya bila tengok air mata menitis tatkala mahu menggerakkan badan. Tapi bile aku tanya
"adik oke tak ni..."
Sambil tersenyum jawab "okela kak".
Kuatnya semangat die. Tabahnya hadapi semua dugaan yang dikirim untuknya.
Masih cuba bergerak evan sakit. Masih mampu tersenyum. Masih ceria. Positifnya die buatkan penat kita bekerja hilang.

Setiap kita Allah duga tidak sama. Siapa kata kekayaan, kesihatan yang berterusan, pangkat dan jawatan itu bukan dugaan???
Siapa kita untuk menyatakan hari esok aku masih kaya?, hari esok aku masih berjawatan yang sama?, esok aku masih sihat???
Sedangkan sesaat lagi kita tidak tahu adakah masih hirup udara di bumi penuh bertuah ini.

Ayuh kawan. Ayuh saudara. Ayuh. Positif. Jangan diikutkan sakit itu. Jangan disedihkan kekurangan itu. Jangan dikeluhkan dugaan demi dugaan itu. Sabar. Usaha dan tawakal.




Iklan...

Aku tak kisah ape orang kata. Masyarakat nak judge ape sahaja kerja kami jururawat ni. Allah tahu ape yang hari-hari yang aku dan kami lalui. Kadang-kadang senyum sendiri aku baca pelbagai tohmahan masyarakat pada kerjaya ini. Aku tak kata kami betul dan tiada silapnya pula, bak kata pepatah dalam serumpun buah mesti kenkadang ada yang busuknya.(oke kalau salah sila betulkan pepatah ini). Takpe rakan. Rileks.... kite collect pahala percuma. Yang penting kita lakukan kerja kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Itu je.





Sharing is caring....

posted from Bloggeroid

Friday, 26 September 2014

Positive. Usah bersedih. Kosong-kosong.

USAH BERSEDIH.

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai dan dibenci oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu diFITNAH dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang mu
sibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..

Boleh dikongsikan dgn sesiapa saja sbb tiada hakcipta terpelihara, silakan. No problem.

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..) #peringatan buat diriku yang mudah lupa...

Aku copy paste dari sahabat yang berkongsi di WhatsApp messenger. Ia sampai tepat pada waktunya.


Dah lama aku tak update blog. Dah lama aku tak asah minda aku untuk mencurahkan kat sini. Aku suka berbicara sendiri daripada menceritakan masalah pada orang di sekeliling. Bukan kerana aku tidak suka berkongsi. Tapi aku berwaspada. Tetapi aku cerita di sini. Ye. Aku. Pelik tetapi benar. Sebab bagi aku pengalaman dan pengajaran yang aku lalui yang memberi iktibar kepadaku, mengapa tidak aku berkongsi.
Sedih. Dah lama aku tak mengeluarkan air mata. Kerana faktor pengalamanku semasa kecil aku tidak boleh melihat pergaduhan. Malah jika aku berasa marah pada seseorang aku pasti menagis. Kerana aku tahu kerana marah, marah yang dipendam akhirnya akan meletus jua.
Ditelan mati mak. Diluahkan mati bapak. Pepatah Melayu yang sangat tepat untuk aku hari ini. Banyak sangat yang dilalui.
Sahabat. Andai kau membaca coretan ini hanya satu mampu untuk aku katakan. Bersabar dan berdoa. Samada salah kita atau pihak lain, sabar. Menagislah jika mahu, malah merintih pada Allah jika perlu. Allah je yang ada untuk kita. Anggap ini satu ujian. Aku tahu rasanya dikala satu dunia menentang kita. Dengan kesabaran Allah pasti akan tunjukkan kebenaran suatu hati nanti. Maybe bukan esok atau lusa tapi nanti. Nanti.




MEMINTA MAAF SATU KEMENANGAN.

Pasti ramai yang tidak percaya jika seorang nurse menceritakan kesibukan mereka di waktu kerja kerana FB kini penuh dengan cacian pada kerja mulia ini. Ada sahaja yang tidak kena dimata masyarakat. Bercakaplah selagi mampu, cacilah selagi perlu. Hanya kami dan Allah tahu ape yang kami lakukan. Yang tidak anda sebagai anak, isteri, suami, ibu, ayah yang mahu lakukan.
Alkisah... sepanjang aku bekerja ini hari 1st time aku rasa sgt marah. Kesabaranku hilang. Hampir hilang pertimbangan tadi. Yela.. mungkin kerana peluh menitik-nitik pada suhu 17°c (macam tak logikkn). Dari jam 7 belum sempat duduk. Inikan pula mahu minum segelas air membasahi tekak, ade pula satu drama swasta terjd. Tuhan je tahu rasanya.
Tetapi sedang elok melangkah longlai keluar dari ward jam 4.30 ptg. Dengan senyuman aku cuba meminta maaf pada insan yang berkarung sumpahan aku berikan dalam hati td. Marah. Sangat marah bercampur aduk perasaan paham mengapa beliau melakukan tindakan sedemikian. Aku lafazkan maaf. Kosong-kosong. Walau kesalahan daripada pihaknya. Aku memulakan kata maaf.

Tenang....

Tenang......

Ajaib sangat ungkapan ini. Rasa ada satu beban dah hilang lepas lafazkan kata maaf itu. Lega...
Aku bukan bercerita untuk tunjukkan betapa baiknya aku. Betapa jahatnya insan lain. Cuba lihat daripada sudut pandangan sisi kot lain.

Apa yang aku nak kongsikan. Tidak kira salah kita atau bukan. Kita yang mulakan atau bukan. Perselisihan faham, dendam, rasa amarah yang ada boleh hilang dengan satu ungkapan ajaib ni.
'Maaf'.




Kosong-kosong.







Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Saturday, 23 August 2014

Remote control @ alat kawalan jauh ... kita mengawal atau dikawal??

Salam syawal...
Sepanjang syawal ini first entry aku.. nak kata busy takla jugak.. tapi aku tetibe jadi blank. Tak tahu ape yang aku mahu tulis. Bukan takde idea tapi terlampau banyak yang ingin aku tulis sebenarnya.
Kita di Malaysia harus sangat bersyukur sebenarnya bila mengenangkan nasib saudara kita di gaza. Sedih. Hanya doa yang mampu aku kirimkan buat mereka.
Juga masih menanti kepulangan jenazah sahabatku FO Firdaus Rahim mangsa flight MH17 dek kerana kerakusan manusia. Namanya masih tidak tersenarai untuk 1st and 2nd batch. Masih ada urusan yang belum selesai di Amsterdam. Ya Allah permudahkanlah urusan pengembalian arwah ke sini. Amin.

Remote control.
Aku percaya setiap rumah kat Malaysia ni sekurangnya mempunyai satu alat elektronik yang ada alat kawalan jauh ni. Adakah ia memudahkan kita atau hanya membuat kita semakin malas untuk bergerak. Ia bergantung kepada individu sebenarnya.

Contoh barangan berkawalan jauh kat rumah aku


Mestilah televisyen. Daripada sebesar-besar alam kini ia menjadi semakin nipis. Jika dulu kita perlu bangun berulang kali dengan saiz yang besar serta siap berpintu. Legend gile. Dahla tak perlu bangun untuk menukar siaran malah kini remote control astro sudah boleh digabungkan dengan remote televisyen. Kira kita guna satu remote je. Haisss..



Air conditioning memang daripada dulu ia wujud dah ade remote. Ke aku salah. Hihi.. dahla boleh tukar suhu bilik tanpa perlu gerak, sejuk, berselimut pula dalam comforter yang tebal. Yang ni aku tak berapa nak faham sikit. Kalau dah berselimut tebal buat ape nak aircond lagik. Pembaziran ye dak. Akule orang tu..



Haaaa... tengok now kipas pon ade remote control beb. Betapa indahnya kemudahan hidup ini.



Sampai kipas syiling pon dah gune remote. Kalau nak kate hidup tak serba moden lagi tahulah.

Malah jangan lupa barangan elektrik yang lain yang memudahkan lagi kehidupan seharian kita. Contohnya washing machine. Just tekan satu punat je. Nak panaskan makanan?? Microwave kan ade. Malah kita mandi pon gune pancuran kan. Tak perlu nak angkat gayung pon. Arghhh banyak sangat tak perlu aku nyatakan di sini. SOT.

So, persoalan yang aku dah tanyakan di tajuk entry lagi ia memudahkan atau ia mengawal kita. Agaknya sebab ni makin banyak penyakit kehidupan di zaman moden ni. Kita dah tak banyak bergerak. Nasib aku bekerja sebagai cik jururawat kira mmg banyak sangat bergerak semasa bekerja. Tapi bila pulang je ke rumah. . Hihi.
Yes... ia memudahkan kehidupan kita. Ia mempercepatkan proses kerja. Melancarkan aktiviti seharian kita. Tapi sebagai pengguna, kita haruslah menggunakan setiap kemudahan teknologi dengan bijak.
Sebagai contoh.. seharian sudah kita bekerja dengan aircond. Ape salahnya jika dirumah tidur menggunakan kipas. Kita pasang aircond kemudian kita berselimut tebal. Ape kata kita menggunakan kipas berselimut nipis. Ape salahnya berpeluh sikit. Kecuali anda ada masalah kulit seperti eczema yang mmg akan memudaratkan lagi jika berpeluh. Tetapi semuanya terpulang pada individu. Ini just satu contoh aku.

Jadi kat sini jugak aku nak share macam mana kita nak banyak bergerak dalam dunia penuh moden ni.
> Gunakan tangga instead of lift. Tapi berpada jugaklah. Kalau dah rumah kita tingkat 14 agak-agaklah.. maybe kita boleh naik satu dua tingkat dulu.
> Parking kereta jauh sikit dari rumah. Ni contoh untuk yang tinggal di kawasan parking 1st come 1st serve la. Kalau dah rumah ada parking dah kenapa nak parking nun jauh ye dak. Yang aku tak berapa nak paham untuk mereka kt kawasan rumah aku tu.. parking punyelah banyak semua berebut nak parking dekat lift yang bukan kawasan parking pon. Nak kate OKU semua aku tengok sihat tubuh badan.
> Gunakan cuti hujung minggu anda dengan bersenam. Tahukah anda berpeluh itu salah satu cara membuang toksin dalam badan. Dah macam iklan pulak. Kalau malas nak keluar jauh atau tiada kawasan riadah berdekatan bolehlah kiranya mengemas rumah, mencuci kereta, malah boleh juga menbersihkan kawasan pembiakan aedes kat kawasan rumah tu.
> Makan makanan pedas dan panas. Ia akan membuat anda berpeluh. Percayalah..huuu

Kesimpulan untuk hidup sihat atau tidak itu pilihan kita. Bukan paksaan. Kesihatan yang baik menjamin masa depan yang lebih sihat.

See u next entry....



Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Sunday, 13 July 2014

Pray for Palestin

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ ٍ



“Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”

Belum puas lagi kaum Yahudi itu sebelum Palestin menjadi milik mereka sepenuhnya. Bulan yang penuh kemuliaan ini dibasahi lagi oleh darah ikhwanul Muslimin kita. Rejim zionis Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan menyebabkan ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban pada setiap hari.

Tak terkata aku rasa. Sedih. Simpati. Tak tergambar perasaan. Bilamana kita di bumi bertuah Malaysia sedang menikmati kenikmatan Ramadan, mereka disana sedang menanti bila nafas terakhir mereka. Anak-anak hilang penjaga. Isteri kehilangan suami nakhoda keluarga. Suami tiada lagi isteri tercinta.

Mengapa kita harus mempertahankan bumi Palestin itu??? sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, kita terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143.

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”
Ayuh.. ayuh kita berdoa. Kita mungkin tidak mampu melawan mereka. Mereka ada kuasa besar dunia yang menjadi tangan kelebihan mereka. Tetapi jangan lupa. Yang kita ada Allah. Allah yang satu. Kita ada senjata paling berkuasa. Doa.


DOA QUNUT NAZILAH

Tujuan utama Doa Qunud Nazilah adalah untuk mendoakan rakyat Palestin yang kini ditimpa musibah supaya mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara dapat mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman tentera Israel.

Doa Qunut Nazilah Untuk Rakyat Gaza Palestin

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.



"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.





Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar


Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadan al-Mubarak



Salam ramadhan..Alhamdulillah. ... bertemu lagi kita dengan bulan Ramadan tahun ni. Semoga Ramadan kali ini penuh makna untuk aku juga pada pembaca blog ini.

So... macam mane puasa pertama hari ni?? Alhamdulillah hujan membasahi bumi daripada semalam di ampang ni. So berpuasa dengan tenang je aku rasa. Bekerja shift pagi membolehkan aku memasak untuk berbuka rini. Simple je. Yela.. bulan yang penuh barakah ni bukan sahaja menguji lapar dan dahaga tetapi juga menguji nafsu kita. Salah satunya nafsu mata dan hati kita terutama jika membeli di bazar Ramadan. Kadangkala nafsu membeli membuatkan kita tidak berfikir secara rasional yang akhirnya akan menjadi pembaziran jika tidak habis kan.


Menu aku hari ni. Masak lemak kuning sotong dan tumis bendi. Simple je kan aku.

Kenapa anda digalakkan memasak untuk berbuka?? Tahukah anda memasak untuk mereka yang berbuka juga salah satu pahala yang besar. Aku masih ingat ketika masih dibangku sekolah jika emak meminta kami adik-beradik untuk menolong di dapur ayat ini selalu diperdengarkan agar kami lebih rajin ke dapur. Lagipun kami sekeluarga memang jarang makan di luar kecuali majlis tertentu. Air tangan emakku memang bagi aku cukup superb. Arghhhhh.... bestnya jika iftar pertama ini makan masakan air tangan emak.

Food poisoning.
Dibulan puasa ini. Aku harap korang lebih menitikberatkan kesihatan terutama jika membeli makanan diluar. Nasib aku diuji sehari sebelum puasa. Nah... ambil.. berdrip bagai kau. Diarea dan vomit menyerang. Sampai ke pagi td demam dan perut memulas-mulas. Dugaan puasa hari ini. Pejam celik pejam celik haaaa dah nak berbuka. Ni juga salah satu sebab aku lebih gemar memasak sendiri dari berbuka di luar. Kerana perut second hand aku ni memang suka meragam jika makan sebarangan.


Sehari sebelum puasa serta pagi selepas sahur emak aku call. Setiap kali call mak akan ingatkan banyakkan ibadah bulan puasa ni. Ye mak. Insya Allah. Yelah.. time yome macam nila nak rebut pahala. Amalan dikali gandakan. Siapa yang ketinggalan sangatlah rugi.
Di samping itu, jika kelapangan marilah kita bersama-sama menunaikan solat tarawih. Bulan Ramadan je tau jumpa solat sunat ni. Rugi kalau lepaskan.



Ingat tak dari kita kecil lagi kita selalu diingatkan bahawa syaitannirrajim serta sekutunya diikat. Fikir-fikirkanlah. Jika masih kurang amal kita, masih lopong 5 waktu kita. Adakah masih makhluk itu yang dipersalahkan??


Aku nak share lirik lagu yang penuh makna ni
Harapan Ramadhan – Raihan ft Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua






Sharing is caring...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 24 June 2014

Kebijaksanaan yang tak perlu

If you receive any SMS/missed calls from odd numbers e.g number starting with 371, 58, 77, 78, 881.DO NOT return the call/SMS as you may incur high call charge

Kepada pelanggan mane-mane telco kat Malaysia ni mesti pernah dpt msg ni...
Yang tak pernah tahu hope beware... sebab. ...


Tengok... entah bile aku ade buddies kat sane sampai aku sanggup call. WhatsApp sudahla kalau ade pon. Ni bil terbaru aku. Actually aku paperless bill telefon aku. So aku just download setiap bulan bil ni. Sebab aku ni pencinta alam. Kesian pokok makin berkurangan untuk masa hadapan.
Yang keburukan pula adalah kadang-kadang aku lupa nak semak bil kerana setiap bulan digi akan mesej dan aplikasi digi membuat aku membayar bil tanpa menyemak..
Tapi, sejak akhir-akhir ni almost everyday aku dpt msg untuk 'call back it's urgent'... tetapi aku x screen shoot this sebab takut tercall lagi.
Maybe semasa msg yg ni masuk henset bukan ditangan aku. Kerna aku tidak sebarang call nombor yang tidak dikenali.
Dan henset yang kenkonon canggih ni bila buka mesej dan letak di telinga panggilan akan terus didail tanpa perlu sebarang sentuhan. Owh.. canggih pon bahaya especially bila handset di tangan bujan tuannya.
Nasib tak sampai RM3. Tapi cuba bayangkan jika ada insan yang tidak tahu pon. Call tanpa sebarang keraguan... bila guna postpaid kita tak akan sedar bil berjalan laju macam air yang mengalir.

Berhati-hati ye semua....




Sharing is caring. ..

posted from Bloggeroid

Monday, 23 June 2014

Tak sabarnya nak puasa.......

Aku pasti ramai yang dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Ramadan. Setahun sekali je kan...
Ade beberapa teman di group WhatsApp share benda ni. Aku tak tahu sape yg 1st create this tapi aku mmg nak ucap ribuan trima kasih untuk perkongsian. Ni die..


RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING

Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style


♡Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....


♡Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.


♡Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.


♡Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.


♡Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.


♡Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).


♡Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).


♡Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.


♡Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.


♡Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.


♡Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.


♡Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan


♡Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit


♡Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.


♡Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....

♡Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

♡Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....

♡Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.

♡Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,


♡Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.


♡Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.


♡Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.


♡Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...


♡Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .


♡NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.


♡Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.


♡Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.


♡Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.


♡Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan


♡Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Terima kasih tak terhingga kepada pencetus idea ni. Banyak pahala anda dapat. Sekurangnya dapat save budget daripada berbelanja besar pada nafsu mata di pasar Ramadan nanti ye dak..
Kita pon xpening nak fikir juadah berbuka nanti..
Pada yang bujang tu, bolehla belajar masak jugak kan dengan adanya resepi yg super mudah ni.
Terima kasih sekali lagi.
Ayuh kita ke dapur. ..


Selamat berpuasa

Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 June 2014

Kemudahan di hujung jari... baik atau sebaliknya?

Salam satu malaysia....

Aku rasa dah banyak entri yang aku tulis pasal kemudahan kita di alaf serba canggih ni.
Kali ni aku nak share pasal shopping online. Oke, kita tak perlu pergi jauh-jauh kat Malaysia je dah cukup. Memang banyak laman web macam ni yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Yang kita perlu lakukan hanya bijak untuk memilih laman sesawang online shopping yang mesra alam untuk kita. Aku pon malas nak buat iklan tak berbayar kat sini dan aku rasa kebanyakan daripada kita semua pernah membeli barang online kan. Sampai barang dapur nak memasak pon sudah ada kemudahan ini.
Tetapi ada juga keburukan membeli produk online ini. Anda mengkin berbelanja tanpa sedar. Malah anda juga mungkin membeli barang bukan keperluan. Jadi, keazaman yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah dasa hadapan.

Tips membeli barang online.
Hihi.. siap beri tips Oke. Actually aku ni memang sudah dijangkiti penyakit ni. Tetapi masih terkawal. Cuma boleh dikatakan kebanyakan barang keperluan aku kini sampai depan mata.

1) Pastikan budget yang ada.
Nasihat aku terutama yang menggunakan credit card. Owh.. ini sangat bahaya. Anda seharusnya perlu memastikan budget sebelum melakukan pembelian. Jangan sampai hutang mengelilingi pinggang dan terpaksa makan mee segera pulak. Seeloknya bayar dulu keperluan yang perlu diutamakan seperti bil-bil utiliti, sewa rumah, kereta, bil telefon dan internet serta jangan seronok sangat duk shopping sampai lupa mak ayah di kampung dan tanggungjawab pula.

2) Tanya pendapat pada yang lebih pakar
Jika anda ialah newbie pastikan anda bertanya kepada individu yang pernah atau selalu melakukan aktiviti pembelian online ini untuk mengelakkan daripada tertipu. Selidik laman web yang biasa di beli, dan servis yang cepat dan mudah.

3) Buat perbandingan dan kajian
Jika ada masa terluang dan sebenarnya adalah perkara yang wajib adalah membuat perbandingan harga dan kualiti produk yang mahu dibeli. Supaya tidaklah kita menyesal dikemudian hari.

4) Cara pembayaran
Melalui pengalaman, untuk yang baru berjinak mahu membeli secara online lebih selamat jika membayar sewaktu barang diterima. Cash on delivery (COD). Anda boleh menggunakan kredit atau debit card setelah anda mempunyai kepercayaan terhadap laman shopping online tersebut. Aku lebih prefer COD kerana kebiasaannya barang hanya akan sampai ditangan kita bukan nota untuk ambil barang di syarikat penghantaran pula. Percayalah annoying kot kalau dapat nota ni. Satu hal pula nak call untuk redelivery or p ambil kat syarikat penghantar pula.

5) Pilih tarikh yang tepat
Ini bukan sahaja untuk memudahkan kita tetapi kepada adik abang courier juga. Kesian lah pada mereka yang perlu call dan datang berulang kali untuk delivery barang kita.

6) Pastikan email dan telefon anda berfungsi
Kebiasaan kesemua keterangan mengenai produk yang kita beli dihantar melalui email. Malah kebiasaannya juga mereka akan call kita before hantar barang ke rumah.

7) Redha dan pasrah
Oke, yang ni sebab kita hanya melihat gambar produk yang kita beli. Sedangkan nak upload gambar di instagram dan Fb pon kita pilih yang terbaik ini pula mereka yang menjalankan bisnes. So jika barang yang dibeli tidak mengikut kehendak hati boleh tukar jika dibenarkan atau redha jela.. hihi


Dan aku barang terbaru aku beli adalah air humidifier. Aku beli yang kecil tapi sangat comel. Boleh di bawa kemana jua anda pergi. Dengan cuaca di Malaysia yang sangat panas nowdays serta bulan ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi percayalah ia sangat berbaloi.


Doughnut USB air humidifier.
Sangat mudah.. anda hanya perlukan segelas air dan plug in.
Maka, bersedialah untuk menghirup udara yang lebih segar dan bersih. Tambahan pula di musim panas ni ia juga bertujuan untuk melembabkan udara. Secara tidak langsung dapat mengurangkan suhu persekitaran anda.

Korang tahu tak ape yang paling best... aku baru je klik nak beli produk ni semalam dan hari ni pon tiba di rumahku... happy..berpuas hati.

Dan secara tidak langsung aku kini menjadi agen pembeli oleh rakan-rakan sekerja. Aku xkisah.. janji kena masa dan bayar..hihi.. sharing is caring kan...

Tustasnya... huhu.. dah kenapa aku guna ayat tu. Secara kesimpulan yang aku sendiri simpul banyak kebaikan untuk membeli barang secara online jika kena pada caranya. Cuma apa yang paling penting kita tahu membezakan keperluan dan kehendak kita. Pastikan nafsu membeli tidak memewaskan kita.

Selamat membeli belah. ...









Sharing is caring.

posted from Bloggeroid