Pages

Sunday, 2 February 2014

Jururawat

Masih berbaki jadual kerja pg kejap lg. Sebelum memejamkan mata aku terpanggil untuk menulis sedikit pendapat aku tentang status yang berleluasa tersebar di Facebook now. Kebanyakan komplen tentang jururawat. Samaada drpd rakan sekerja, rakan doktor, orang awam, semua ligat up status tentang jururawat dan proses perawatan yang kata mereka tidak setimpal dengan gaji yang diberi.
Bukan tujuan aku menulis untuk mendapatkan simpati. Untuk menegakkan benang yang basah jauh sekali. Cuma aku berpendapat masyarakat sekarang sewenangnya membinatangkn seseorang jika ada yang tidak kena pada pandangan matanya. Sedih aku membaca pelbagai komplen yang mereka berikan.
Ye... aku sendr pernah melalui kejadian yang sama. Apabila terjadi pada keluarga kita sendiri kita mmg tidak lepas daripada melepaskan perasaan marah. Cuma bagi aku dari up status di fb lebih baik mencari saluran yang betul untuk mendapatkan kepastian apa yang terjadi sebenarnya. Banyk kes yang tersebar dgn pastas di Fb terutamanya, bila dikaji semula kes kes tersebut kebanyakan dapat disimpulkan bukan kesalahan dari pihak kami. Xperlu aku jelaskan satu satu kes lama. Buat apa nak dikenang lg.
Cuma hati ini seperti kena tamparan hebat bila membaca status yg berleluasa tersebar hari ini. Sedih bila orang memaki hamun kita. Tambah sedih bila ada jururawat yang menjawab persoalan dgn jawapan yang sama naiknya. Aku tidak berada di tempat kejadian. Jadi bukan hak aku untuk memihak pada mana-mana pihak. Bukan hak aku untuk meletakkan dosa dan kesalahannya kepada seseorang individu.
Apa yang ingin aku kongsikan disini apa yang berlaku disekelilingku. Memang benar terdapat jururawat yang aku sendiri malu untuk menyatakan mereka sama kerjaya seperti aku. Ada jururawat yang mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan banyak pihak bukan sahaja pesakit malah kepada rakan sekerja. Samasa students dulu, ada seorang staff nurse pernah menasihati aku..kerjaya kita merupakan kerjaya yang sangat mulia. Senang untuk peroleh pahala. Tetapi paling senang juga untuk collect dosa. Pabila agreements sudah ditandatangani, maka kita sudah berjanji untuk melebihkan kerjaya dari segalanya. Malah keluarga sendiri. Kerana masyarakat luar tidak mahu tahu masalah keluarga kita. Pabila jd jururawat kita perlu bersedia untuk bekerja di hujung minggu, di hari raya, cuti am, cuti sekolah, shift pg, ptg, mlm. Jangan pentingkn diri dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Everyone have their own garbage. Pabila kita tidak menyelesaikan masalah peribadi kita sehingga terbawa ke waktu kerja, ini yang menyebabkan banyak komplen terjd dinihari. Bila sarung saja kasut putih sebelum melangkah keluar sepatutnya setiap masalah ditinggalkan sama di rumah kerana kita perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan masalah pesakit serta keadaan sekeliling pula.
Banyak faktor terjadinua komplen daripada masyarakat nowadays. Masayakat sekarang yang hidup dalam dunia yang serba moden dan pantas tidak lagi mempunyai kesabaran yang tinggi. Mereka tidak menyarung baju putih kita. Kita tidak boleh mengharapkan mereka paham tentang permasalahan kita pula. Terangkanlah berapa kali pon mereka yang memilih untuk tidak paham still tidak akan faham. Baru-baru ni emergency department Hospital Ampang ada mengadakan satu ceramah pendek tentang mereka.


Bayangkan jumlah pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan pada bulan Januari. Hmmmm..patutla rupanya ada rungutan di dalam akhbar kosmo lately. Di emergency department ada terbahagi kepada beberapa zone. Red, yellow & green. Green zone untuk pesakit stabil. And of coZ merekalah yang terpanggil untuk membuat aduan hospital lembab dalam memberi perawatan. Cik abang kakak sekalian...agaknya mana plg utama orang accident rupture kaki tangan kepala atau anda yang datang demam, selsema dan mengharapkan mc???

Jururawat terpaksa bekerja lebih masa... sepatutnya dalam setiap 7 hari bekerja (untuk jururawat bekerja shift) perlu dapatkan 1hari rehat. Waktu kerja pula
Pg : 7am - 2pm
Ptg : 2pm - 9pm
Mlm : 9pm - 7am
Ni contoh punch card aku... aku bekerja di ward. Bukan emergency department..

Adakah aku ketik perakam masa ini mengikut time diatas???

Jd, sebagai masyarakat, seharusnya lebih bijak sebelum melakukan sesuatu. Kaji dahulu sebelum post something. Satu dunia boleh lihat status kita tu. Jangan sehingga anda dimalukan sendri. Jika salah itu sebenarnya bukan datang dari kami tetapi dari pihak lain, apa pula yang anda boleh lakukan setelah meletakkan pasir pada periuk nasi kami. Tidak rasa berdosa kah anda???



Kepada rakam sekerja aku pula, sebenarnya kali diikutkan xcukup satu malam aku ingin menulis. Begitu banyak ingin ku kongsikan bersama. Banyak perkara kt boleh baik pulih untuk mengelakkan status-status seperti yang ada hari ini tidak lagi terjadi. Pokok pangkalnya terletak pada kita. Benarlah kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika kita berdepan permasalahan seperti ini seharusnya kita juga tidak rakus untuk memberi komen sehingga menjatuhkan martabat kejururawatan kita. Namun yelah.. yang sudah jd tidak boleh diundurkan lagi. Cuba duduk semeja cari penyelesaian. Berani kerana benar. Jika kita pasti ia bukan salah kita. Bukan kerana sikap sambil lewa kita. Tegakkan keadilan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sentiasa ada untuk hambanya yang sentiasa mengingati. Mungkin ini ujian untuk kita. Namun jika ada sedikit kesalahan yang boleh kita perbetulkan apa salahnya kita mengaku. Doa..pasrah..redha.. percaya pada rukun iman ke 6 yang kita lafazkan selama ini. Setiap masalahnya pasti ada jalan penyelesaiannya.



Kepada adik-adik yang masih bergelar student tu, Be prepared. Bnyk pancaroba menanti anda. Kerja dengan penih ikhlas dan amanah. What u give you get back. Kalau boleh hapuskan semua sifat negatif sebelum bergelar jururawat terlatih nanti.

Kepada rakan-rakan sekerja pula, marilah kita sama-sama berkerja dgn penuh berdedikasi serta amanah lg. Ingat pokok tidak akan bergoyang jika tidak ada angin.



Ya Allah, semoga aku, kawan-kawanku, kerjayaku,di jauhkan daripada tohmahan sebegini. Amin.




Sharing is caring

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. JAWATAN KOSONG PARAMEDIK AMBULAN INSAF MALAYSIA DI KUALA LUMPUR. TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT SILA EMAILKAN RESUME ANDA TERUS KEPADA insaftechnicalrelief@gmail.com

    ReplyDelete