Pages

Thursday, 27 February 2014

Aku


Aku dan kawan aku










Bila nak karang entry bertajuk aku ni, baru aku perasan, rupanya aku jarang berselfie sendiri. Selalunya selfie dengan orang lain. Sangat kurang gambar aku sendiri dekat dalam galeri henpon aku ni. Boleh la aku start a new hobby maybe lepas ni. Bertajuk aku dan selfie. Hihihi.. ala untuk simpanan peribadi ape salahnya dak...
Selfie... kalau kita taip kat enjin carian google, instagram, Internet dan macam-macam lg kita akan dapat melihat bermacam-macam yang ada. Macam tagline astro dedolu.. macam-macammmmm ada. Kire ni ayat baru abad ni.. semua orang nak #selfie. Aku pun x terkecuali actually.
Semalam hari yang sangat busy untuk aku. Rambut dalam tudung sudah basah. Ward beraircond pon aku sudah tidak rasa lagi sampai berkipas bak hang semalam. Balik kerja memang letih tahap maksima. Niat untuk melawat orang sakit di ward jiran aku tangguhkan dulu. Balik je xsempat nak cuci muka aku da terbaring atas katil. Sedar-sedar jam menunjukkn jam 4.30 am. Pelik... aku bukan insan yang boleh tidur sebegitu lena jika suasana tidak kondusif. Lampu terang-benderang. Ntah apa jd semalam semua nya bisa. Setelah melakukan apa yang wajib. Aku intai pula dapur. Melakukan aktiviti sunat pula. Mengemas rumah. Aku memang pelik orangnya. Aku mengemas jam 5 pg.. sambil-sambil menunggu subuh. Kainan mesin da buat kerjanya. Cuci dan kemas dapur, ruang tamu, bilik air, mop rumah sambil layan cerita korea ofcoz. Hihi... puas
Inilah aku. Aku insan biasa jek. Bukan artis. So, aku tidak terkenal mana. Aku hanya dikenali oleh orang sekeliling ku. Kawan sekerja, sekolej, sesekolah, sejiranan (ada ke dalam kamus dewan yang ni). Tapi, aku cukup bahagia dengan hidup aku. Ye, bagi yang mengenali diri aku tahu aku seorang yang outspoken. Bagi yang tidak mengenal diri ini, mungkin tanggapan pertama anda aku seorang yang pendiam. Aku selalunya hanya sedekahkan senyuman kepada orang yang tidak rapat dengan aku. Yang baru pertama kali aku kenal. Aku bukan seorang yang mudah rapat dengan orang lain. Aku seorang yang memilih teman yang boleh rapat kepadaku. Aku mempunyai sifat negatif yang sangat sukar aku buang. Aku cepat memberi tanggapan pertama since aku jumpe somebody untuk pertama kali. Dan jika buruk tanggapan aku, sangat sukar untuk aku baikkannya semula. Malah aku mengambil masa untuk rapat dengan seseorang. Mengambil masa untuk betulkan keadaan jika seseorang menceritakan hal tidak baik kepada aku. Tanggapan aku kepada mereka automatically berubah. So, sila jgn ceritakan kejahatan seseorang pada aku. Aku x mahu benci mereka. arghhhh.. sifat yang sgt tidak baik. Sila berusaha lagi untuk nyahkan daripada diri ni okeeee.


Seperti mana beraneka benda yang terdapat atas rak buku aku ni..ada lampu tidur, air masak untuk minum setelah bangun tidur, cermin mata, gambar mak ayah dan kenkawan, losyen, aneka pen, penutup mata, pendrive, AlQuran dan yasin, yang paling x tahan monster kecik pon ade. Begitulah diri aku. Aku jenis yang on je. Semua boleh. Boleh dikatakan berani sikit la. Kendakang bersepah. Tetapi aku suka sesuatu kemas mengikut susunan aku. Pantang betul aku orang usik atau ambil barang tidak letak tempatnya balik. Aku seorang yang simple dan mudah. Aku seorang yang sangat menghargai persahabatan dan janji. Jika janji mesti ditetapati kecuali keadaan yang memang tidak mengizinkan.
Aku sangat mementingkan perhubungan. Aku rasa sedih evan kalau aku buat kawan aku kecik hati. Aku menangis kalau kawan aku kritik aku pada orang lain bukan pada diri aku sendiri. Sekali orang sayang aku, poloh-poloh kali aku sayang mereka. So, meh la jd kawan aku.. hihi.. aku suka berkawan. Untuk mak, ayah adik-adik pula memang tidak perlu dibicarakan lagi. Hanya tuhan yang tahu sayangnya aku pada mereka.
Aku mudah membantu. Aku tidak suka orang berkira dengan aku, kerana sifat burukku sekali mereka berkira 1 2 3 doremi dengan aku, 4 5 6 kali maybe aku akan berkira dengan mereka. Emmm.. teruk sikit yang ni..huhu
Aku juga seorang yang mudah bosan. Aku suka cuba sesuatu yang baru. Tempat tidur saja dah beberapa kali aku ubah. Sedang berkira-kira untuk ubah selera kerja pula. Mahu cuba sesuatu yang baru. Cari pengalaman baru. Persekitaran baru. Jumpa orang baru. Kerja di tempat baru.
Aku tidak suka melihat kesalahan. Dan jangan risau aku masih boleh menerima jika memang salah aku. Kenkadang sifat ni memakan diri aku. Aku mudah meminta dan memberi kemaafan. Jika buat silap mintak maaf jek. Aku tidak akan berkecil hati. Aku benci pada orang yang tidak jujur. Benci pada yang tidak setia.
Aku suka pada benda yang bersih. Aku jarang masuk toilet jika di pasaraya, jika aku masuk pun hnya kerana keadaan sangat membutuhkan atau toiletnya bersih. Aku xsuka pada toilet yang tidak bersih. Pada asasnya dapur dan toilet adalah 2 tempat yang pertama aku cuci dan bersihkan jika ingin kemas rumah.
Aku seorang yang tidak suka menunggu. Aku rasa sangat kelam bila aku terpaksa menyebabkan orang lain menunggu aku. Aku jenis yang menepati waktu. Aku xsuka pada kelewatan.
Macam-macam lagi perangai dan sifat aku actually. Ni apa yang aku rasa tentang aku. Yang aku fikir tentang aku. Aku tahu pendapat orang lain tentang aku semestinya lain. Namun aku xkisah. We live not to please people. Aku xkisah tentang kisah silam orang lain. Everyone have their own garbage.
Kenali aku, terima aku seadanya aku. Aku tetap aku. Tidak mungkin berubah menjadi dato CT. Tegurlah aku jika emangnya kesalahan dtg sendiri daripada aku. Maafkan aku. Maafkan jika pernah melukakan kamu.






Astalavista......


Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment