Pages

Friday, 21 February 2014

Be a Positive Person.



Dalam kehidupan seharian kita sebenarnya kita harus membezakan antara kerja dan masalah peribadi. Apabila dicampur adukkan kedua-duanya sekali ini mungkin akan menimbulkan masalah. Seperti gambar yang yang aku share diatas. Begitu mendalam sebenarnya maksud tersirat. Tetapi, manusia melihatnya daripada pelbagai dimensi. Sebagai contoh

1st need to abaikan latar belakang. Oke, ada individu melihat separuh penuh air di dalam botol. Manakala, terdapat individu yang mengambarkan separuh kosong air di dalam botol. Setiap pendapat individu adalah berbeza.
Begitu juga bila diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Apabila ada individu memberi pendapat peribadi, menegur, samaada untuk melihat teguran tersebut daripada sudut yang positif atau negatif it's belong to them. Bukan semua menegur untuk mencari salah. Menegur untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang serta untuk penambah baik sesuatu sistem sepatutnya diterima dgn hati yang lebih terbuka. Disinilah gunanya akal yang lebih terbuka. Pernah aku terbaca kata-kata ni. "orang malas gunakan otaknya untuk berkhayal, orang pandai gunakan otaknya untuk berfikir. Orang rajin tidak sempat menggunakan kedua-duanya kerana sibuk".
Kadang-kala kelakar dengan telatah sendiri. Apabila ada individu menunjukkn protes setelah menerima teguran kita sangat marah. Kerana kita pasti kita menegur benda yang betul. Tetapi bila sebaliknya pula terjd pada kita, kita pula menunjukkan protes, hmmmm... dimana silapnya. Apa yang perlu diperbetulkan. Aku insan biasa. Pernah dan sering melakukan kesilapan. Aku belajar dari kesilapan. Aku menjadi dewasa dengan teguran. Aku semakin matang dengan cacian. Titik tolaknya kita perlu yakin dan sedia menerima kritikan. Aku tidak pernah kata aku betul. Aku sentiasa betul. Aku insan maksum. Tidak pernah dan tidak akan melakukan kesilapan. Aku hanya insan biasa. Kerana itu cubalah beramah dengan orang yang tidak berpuas hati dengan kita. Berbudi bahasalah dengan orang yang biadap dan bermurah hatilah dengan orang yang memerlukan. Marah lepaskan, tetapi jangan disimpan lagi dalam hati. Buang yang keruh. Ambillah yang jernih.


Dalam kehidupan seharian kita bukan hidup dalam alam maya kita sendiri. Kita hidup bermasyarakat. Kita hidup dengan teman. Dengan kawan. Alangkah sedihnya bila orang yang paling kita percaya tidak percaya pada kita kn. So, aku ingin kongsikan lirik lagu nasyid ni. Dulu zaman kolej selalu nyanyi sama-sama kawan sejiwa. Liriknya sangat bermakna.. sangat boleh dijadikan panduan kehidupan seharian kita.

Kawan..
Bertahun Kita Bersama
Bagai Semalam Baru Bersua
Kawan dihadapan Oh Indahnya
Kita Bersama Berkelana

Namun Kita Jauh
Didunia Sendiri
Bekalan Sendiri
Impian Sendiri

Meskipun Jauh Namun
Kita Tetap Bersama
Dek Ruang Yg Memisahkan Kita

Kawan Hidup Ini Umpama Langit
Yang Tidak Selalu Cerah

Kawan Hidup Ini Umpama Awan
Yang Tidak Selalu Putih

Ingatlah…
Bintang-Bintang Di langit
Takkan Terus Berkelipan

Ingatlah…
Pelangi Yang Indah
Pasti Akan Hilang

Kawan Jangan Biarkan Dirimu
Seperti Rama-Rama
Cantik Dan Akhirnya Menjadi Perhiasan Di dinding

Kawan Jangan Biarkan Dirimu
Umpama Lipan Dan Kala
Berbisa Namun Akhirnya
Menjadi Perhiasan Di Meja Tulis

Oh Kawan
Jadilah Seperti Si Matahari
Membakar Diri
Demi Insan Sejagat

Oh Kawan
Jadilah Seperti Bulan Purnama
Menerangi Malam Yang Gelap Gelita
Menunjukkan Jalan Demi Umat Semesta..

Lagu UNIC...


Maaf... terkadang aku lantang berbicara. Menegur sebelum memandang kiri dan kanan. Lidah terkadang lebih laju dari akal fikiran. Tetapi, aku bukan insan yang suka menyimpan dendam. Marah aku cuma sementara. Aku sayangkan kawan kawan aku. Aku sayangkan korang semua. Biar orang kata aku tidak tahu malu tetapi aku masih ingin terus tersenyum dan berkawan dengan kamu semua. Aku tetap aku. Terimalah aku seadanya aku. Aku tidak mahu hipokrit. Aku hipokrit kerana tidak mahu meneruskan permusuhan. Aku hipokrit kerana aku tidak mahu menjd penyebab pergaduhan. Aku hipokrit kerana aku masih ingin teruskan ukhuwah fillah kita. Tegurlah aku jika aku melakulan kesilapan. Terus maju dalam kerjaya dan kehidupan peribadi kita. Dan ingat!!



¤¤¤¤♡♡♡♥♥♥♥¤¤¤¤♡♡♡♡♥♥♡¤¤¤






Sharing is caring....



Footnote;
Dalam erti kerjasama, datang bersama adalah permulaan, berada bersama adalh prosesnya dan bekerja bersama-sama adalah satu kejayaan.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. apa makna disebalik Umpama Lipan Dan Kala
    Berbisa Namun Akhirnya
    Menjadi Perhiasan Di Meja Tulis ye...?

    ReplyDelete