Pages

Wednesday, 19 February 2014

Pemindahan sum-sum tulang (stem cell transplant)

Dah lama aku tidak update blog. Busy dengan urusan dunia yang tidak pernah habis. Alhamdulillah hari ini berkesempatan nak update blog ni. Aku ingin berkongsi sedikit mengenai pemindahan sum-sum tulang.
Oleh kerana begitu banyak kes yang memerlukan pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang la ni, kebanyakan pesakit hanya diberi penerangan yang jelas untuk melakukan rawatan ini semasa sudah masuk ke dalam ward. (Untuk pesakit autologous transplant). Untuk allogenic transplant kebiasaan satu sesi kaunseling akan diberikan sebelum pesakit dan keluarga bersetuju untuk meneruskan perawatan kerana mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Jadi untuk entry kali ini, kita lebih fokus kepada pesakit autologous transplant. ( pemindahan sum-sum tulang menggunakan sum-sum tulang dari badan individu itu sendiri). Kalau anda memang mengikuti blog ini mesti sudah mengetahui perbezaan serba sedikit mengenai jenis-jenis transplant yang terdapat di hospital ampang.
Sebagai individu yang menjalani kehidupan seharian di alaf 21 yang serba moden ni, kita lebih mudah untuk mendapatkan maklumat. Kerana sesetengah pesakit dan keluarga yang datang untuk admit ke ward kami seringkali tidak mempunyai sebarang idea bagaimana proses perawatan akan dijalankan ke atas mereka. Memang kami ada untuk memberikan penerangan yang lebih details, cuma tidak salah jika kita mempunyai sedikit maklumat dan info sebagai mentally dan physically prepared kata orang.
Untuk pesakit autologous transplant biasanya sudah menyimpan sel sum-sum tulang lebih awal selepas cycle regime chemotherapy selesai dan sudah bersedia untuk cell collection. Proses ini (Peripheral Blood Stem Cell collection) juga insya Allah akan ku kongsikan nanti.
Maka, tarikh admission akan diberikan. Selepas anda masuk ke ward, sebelum sel dimasukkn semula kedalam badan anda satu cycle chemotherapy juga akan diberikan. Kebiasaannya akan mengambil tempoh satu minggu mengikut jenis penyakit. Ini untuk memastikan semua sel kanser betul-betul sudah dimusnahkan.
Dan pada day 0 protokol, sum-sum tulang akan dimasukkan semula kedalam badan melalui proses yang sangat mudah. Anda akan dijaga oleh jururawat terlatih. Jangan risau....


Ini adaah sel yang baru diambil daripada makmal penyimpanan.



Sel akan di semak bersama 2 orang jururawat terlatih.




Sel disimpan dalam keadaan beku di makmal. Sel akan dicairkan sebelum dimasukkan semula kedalam badan.



Inilah sum-sum tulang yang disemai sebelum ni. S-sum tulang ini sudah sedia untuk dimasukkan semula kedalam badan.

Sebelum sum-sum tulang dimasukkan semula kedalam badan, beberapa ubat akan di berikan kepada pesakit untuk mengelakkan kesan reaksi kepada preservatives agent yang dimasukkan kedalam sel dan juga ubat untuk menggalakkan pesakit bertenang dan berehat.


Beginilah prosedurnya....

Semasa sedang menjalani proses ini, tanda vital seperti tekanan darah &nadi akan diperiksa setiap 15 minit. Kebiasaannya tekanan darah akan tinggi sedikit sepanjang proses ini berjalan. Kadar waktu pemindahan Sum-sum tulang adalah berbeza untuk setiap individu mengikut bilangan beg stem cell yang dimasukkan.
Untuk sel tumbuh semula menjadi sel yang baru di dalam badan mengambil masa 1 - 2 minggu. Juga bergantung pada individu.

Ini merupakan salah satu cara dan proses pemindahan sum-sum tulang dilakukan. Terdapat beberapa lagi cara pemindahan sum-sum tulang yang dijalankan di hospital ampang. Insya Allah saya akan kongsi kan satu masa nanti.

Sesungguhnya aku tidak layak untuk menyatakan proses ini sangat mudah. Kerana aku tahu ia tidak mudah bagi anda dan keluarga anda. Cuma nasihat yang boleh diberikan tabah dan redha dengan setiap ujian yang diberikan.






Sharing is caring

*footnote
Kalau anda mahu bahagia, ianya mudah, tetapi kalau anda mahu lebih bahagia dari orang lain, ia menjd sukar kerana anda berfikir bahawa orang lain lebih bahagia dari anda.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment