Sebagai seorang jururawat, aku bekerja tidak tentu masa. Hari ini, aku bertugas kerja malam. Malam ke 2. Tak tahu kenapa. Bangun je daripada tidur tadi, ada sampai masej yang benar-benar buat aku rasa down. Sedih. Rasa ada batu berat hempap kat dada. Hela nafas panjang. Harap dapat mampu menenangkan diri. Alhamdulillah dgn kata-kata semangat yang aku sendiri pujuk diri aku, aku rasa better now. Aku suka berkongsi kata-kata semangat yang berlambak kawan-kawan share daripada pelbagai cara. Mana tahu boleh bantu anda bertenang juga.
Kadang-kadang apabila mendung kita lupa bahawa matahari masih lagi bersinar di sebalik awan.
So, anda yang tgk picture yang aku share tu ada x rasa positif??
Kalau xde, ada adakanlah... hihi..
Hidup ni kalau gembira je xde up & down xbest la kn.. so hadapai setiap ujian dgn tabah.. cuba kuatkan diri. Semuanya sudah tertulis untuk kita. Dunia ni ibarat pentas lakonan. Kita sahaja yang boleh menentukan samada kita menjadi pelakon utama tau penempel sahaja.
Lgpon aku mengambil langkah untuk tidak mencari masalah dengan orang yang suka cari masalah ni. Yang bodoh sombong. Ahhhh... mmg xpernah ada rasa hormat untuk orang mcm ni. Aku sangat hormat pada orang yang berani mengaku kesalahannya. Mengaku salah tidak menunjukkan diri kita bodoh.. eh.. mcm xde kena mengena je kan entry aku kali ni.. lebih kepada lepasan stresss la konon.. baca je kalau anda mahu.. hihi
Apabila diri dilanda tekanan, tidak bahagia dan kemurungan yang berterusan, perkara paling penting ialah pilihlah kawan-kawan atau seseorang yang boleh dipercayai untuk bercakap. Jika boleh pergilah kepada yang lebih profesional untuk mendapatkan bantuan dan sokongan moral. Kalau pekerjaan, kerjaya, perhubungan & kewangan menjadi msalh stress, bacalah AlQuran atau sejarah para sahabat yang boleh memotivasikan diri. Paling kurang pun bacalah buku-buku yang boleh menaikkan semula semangat untuk hidup.
Selain itu, senaman, pengambilan makanna yang seimbang dan perubahan cara hidup mungkin boleh memberi kesan drastik kepada mood dan perspektif kehidupan.
Gambar ni sudah memberi seribu makna tanpa aku perlu jelaskan pon actually. Right
Sesungguhnya tidak ada sesuatu pon yang lebih baik daripada hati dan lidah bila kedua-duanya baik. Dan tidak ada sesuatu yang lebih buruk daripada hati dan lidah bila kedua-duanya buruk.
Sharing is caring..
*footnote
Akhlak yang mulia itu ialah wajah bakal-bakal penghuni syurga.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment