Pages

Showing posts with label aman Malaysia. Show all posts
Showing posts with label aman Malaysia. Show all posts

Monday, 23 March 2015

Penternaknita

Salam semua...
Bagaimana hari ni? Lebih baik dari semalam? ?

Tajuk aku tak boleh blah hari ni. Agak-agak ade x dalam kamus dewan perkataan ni. Heeee


Nampak tak si comel kuning dalam reban tu. Ceritanya semasa cuti panjang aka tempoh bertenang baru-baru ni adik aku merajinkan diri mengusahakannya penternakan kecil-kecilan ayam daging. Baru bermula. Tapi melalui kata-kata penuh semangatnya memang mahu usahakan lebih lagi jika serasi.

So.. aku dengan semangatnya cuba juga ingin bergelar penternak. Namun, oleh kerana tempat mencari rezekiku di ampang ni so memang takla boleh aku 'berternak' di sini. Saja berbasi-basi agak-agak kalau aku keluar modal boleh tak kita usahakan ternakan yang lebih besar. Tak sangka pula, adik aku memang bersungguh.
Maka. ....



Banyak hari juga dikerjakannya. Selepas reban, kandang pula dalam proses pembinaan. Cuba secara kecil dahulu. Untung sabut timbul. Untung batu kita korbankan saja. Rancangnya mahu mendapatkan beberapa ekor 'mbekkkkkk...'
Insya Allah. Doa-doakan ye.



Tengah semangat ni. Harap aku terus komited dengan apa jua yang aku mulakan.
'Mak.... ayah.. lepas ni kalau ade orang tempah masak kambing kite pakej ngan kambing teruslah. Tak payah beli lagi'. bilangku penuh semangat.
Nampaknya lepas ni balik kerja kena sambung study nak jd usahawanita serta penternaknita. Ececeece

Bermula kecil-kecilan dulu. Yelah pokok yang terbesar sekalipun bermula dari biji yang kecil.

Pernah terbaca ni....
Menjadi jutawan lebih baik dari menjdi hartawan yang mana menjadi usahawan jauh lebih baik daripada kedua-duanya.

Jum kita. Ayuh... semangat




Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 4 June 2014

Whatever

Ramai sangat yang xsihat now.. musim demam + selsema + batuk. Oleh yang demikian aku yang sememangnya bukan robot terjangkit.
Serius beb.. tak suka .... so menghabiskan waktu 3 hari cuti kelepasan malam dengan ubat dan air 100++.

Naik kerja today.. shift petang. Waaaaa.. disaster rupanya. Bila kita yang baru je nak sihat sikit so mood xberapa nak betul lagi, fikiran pon ade sikit terganggu.. so kalau ade terlepas kata mana2 harap paham. Maybe kesan ubat yang tak habis lagi dalam badan. Setiap kata yang didengari rasa menusuk-nusuk kalbu jek.. hihi..
I'm sorry bak kata amir raja lawak..

So... dari simpan dalam hati meh I nak share sikit tips nak hilangkan stresssssssssss...
Tarik nafas dendalam........ → lepas....!→
(Buat 3 kali)
Senyum... jangan fikir dah..
Kalau tak boleh nak elak dengan pembuat stress kite baik tak payah pandang muka or blah awai-awai..
Kalau rasa xsetel jgk.. still ada simpan dalam hati.. jumpa muka ke muka.. face to face orang putih duk selalu sebut dan settled down dengan lebih dewasa.






Oke bai..

Astalavista bebeh...



Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Wednesday, 12 February 2014

Safe on the streets

Today it pays to be cautious when you're out. Many crime are due to criminals spotting a quick opportunity - they want to act fast and run away. So make it harder for them, and make sure you're not their next victim.

10 smart ways to stay safer when u are ait and about.

1) Do not text and walk
Wandering along with you phone in ur hand makes u more vulnerable. You cannot concentrate on your surrounding, plus ur phone is in your hand and your bag is open making them easier to steal. Keep the texting and tweeting for indoors.

2) Headphones off
Music makes it impossible to hear someone sneak up on you. Keep your eyes and your ears open at all the times and be alert to anyone suspicious.

3) Book your taxi
Saving cash is not your priority when getting home at night. Never walk or accept lifts from strangers. Call a trusted taxi and arrive home safe.

4) Park near the door
Park as close as u can to your destination and take note of where that is, so you vmcan find your car easily again.

5) Key emergency number into your phone
Call your patner, friends or family to let them know when you are leaving your destination and when you expect to arrive at your next one. Call the police immediately to report a crime.

6) Your car keys can be a weapon
So you can umbrella, handbags, a pen or any other sharp object. Make sure you carry your weapon in your hand - that is no time to be looking through your handbag.

7) It's OK to say no
You do jot have to get into the lift alone with a stranger just to be polite. In today's world, no decent man will objects if you politely decline and wait for the next lift, or others to join you.

8) Dress for defence
Save the high heels and tight skirt for your party. Dress in clothes that give u the freedom to move, when walking to and from your destination. Large statement jewellery may attract unwanted attention.

9) Car safety
Avoid leaving your handbag, phone or wallet in visible places in your car, like the front site or your dashboard, and lock your doors at all the times. Most car thieves strike when your vehicle is stooped at an intersection, so do not give them added incentive.

10) Self defense is your best friend
Find a class in your area and learn the basics that can make the difference between life and death.


And if that happens. ....

...........hihi....



Before leaving home instill to read this dua

Recite:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
"I depart with Allah's name, relying on Him. It is Allah who saves us from sins with His guidance (the ability to do so)."
(Tirmidhi)

It is stated in the hadith that if a person recites the above dua and departs then there is an (unseen) procalamation that his need will be fullfilled and that he will be protected from any harm or injury. On hearing this dua, the Satan goes away from the place and refrains from troubling the reciting person.
(Tirmidhi)

Also look towards the sky and recite:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَّلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ
"O Allah, I seek refuge in You from misleading or being misled or oppressing or being oppressed or from being ignorant or bearing the result of ignorance".
(Mishkat)

Wallahu a’lam bish-shawabi.


Sharing is caring...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 11 February 2014

Rahsia si buah delima...

Suatu ketika dulu, kira-kira setahun yang lalu ibuku diserang penyakit yang tidak boleh diubati oleh ubatan moden. Sudah banyak kali berulang ke hospital kerajaan dan klinik. Masih tetap sama. Aku pusing. Pening memikirkan permasalahan ini. Nasib juga aku bekerja di ampang, tidaklah jauh mana untuk berulang ke teluk intan. Adik perempuan pula berhenti kerja untuk menjaga ibuku di kampung. Pelik. Itu sahaja yang mampu aku katakan. Masuk sahaja lepas asar maka ibuku mula menjadi tidak tentu arah. Chest thighness and SOB sehingga membawa ke subuh. Lagi satu yang menambah kegusaran kami sekeluarga ibuku tidak boleh langsung masuk ke dapur. Malah jika hanya menyentuh barangan dapur sahaja sudah mula rasa penat.
Sedih serta pilu. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku sewaktu pulang ke kg melihat keadaan ibuku. Super women. Itulah gelarannya dahulu.
Sebagai keluarga yang terlibat dalam biznez masak memasak ni makanan mmg selalunya berlambakan diatas meja. Hiba rasa hati bila pulang ke kg, ayahku yang jika waktu kerjanya hanya membelikan makanan bungkus sahaja untuk dimakan. Nasib aku juga diberi cuti yang panjang oleh sister untuk menjaga ibuku yang sakit. Boleh la juga aku masak apa sahaja yang diidamkan walau x sampai beberapa sudu baru dijamahnya.
Pelbagai usaha dilakukan. Sehingga pada suatu hari aku melihat iklan di tv mengenai khasiat buah delima. Lantas aku belikan untuk ibuku. Aku beli buah segar juga jus yang dijual di pharmacy. Aku tawakal. Bukan wang ringgit yang aku kirakan. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah, ibuku kini sembuh. Aku bersyukur. Kini perniagaan catering berjalan seperti biasa kembali. Mungkin ibuku sudah tidak seaktif dulu. Namun bukan mudah menolak permintaan mereka yang sudah biasa menempah padanya. Air tangannya mmg tiada tandingan bg aku...


Khasiat Buah delima untuk kesihatan

Buah delima mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
Buah delima dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
- Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah study, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

Sumber nutrisi: Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Pada asasnya, tanaman perdu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong dan kecil. Kulitnya berwarna hijau kekuningan, bentuk buahnya pula seperti buah epal dan mempunyai kelopak bermahkota. Didalam buahnya tersusun beratus-ratus biji berwarna merah dan kantung-kancung kecil inilah yang memberikan jus segar serta rasanya manis masam.


Buah delima adalah sejenis buah yang ditanam dari China hinggalah california. Ia juga dikatakan berasal dari Mediterranean dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional.
Keunggulan buah delima ini adalah susunan buahnya yang diperkukuhkan oleh tampalan kulit yang dapat memelihara mutu sehingga 6 bulan. Buah delima juga boleh berbuah diantara setahun dan 3tahun selepas ditanam.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembab. Oleh itu, ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada, paru paru dan melegakan batuk.

Sifatnya:
Kulit dan bunga - rasa masam dan pahit. Ia berkhasiat menhentikan pendarahan, anti virus dan cacing usus.
Daun - membantu dalam mengurangkan senggugut
Isi buah - bahan penyejuk dan membuang angin
Biji - berkhasiat untuk mengurangkan demam, anti toksik dan mengurangkan batuk.

Sedikit petua;

Keputihan - ambil 30gm kulit buah delima kering, rebus dengan 1 liter air.masak sehingga kering sebahagian air. Minum ramuan 2 kali sehari.

Gangguan penghadaman - 50gm daun delima segar direbus bersama dengan air. Minum ketika suam.

Kembung perut - ambil 5 helai daun buah delima dan rendam bersama 1 gelas air panas. Minum ketika sejuk sebanyak 3kali sehari.

Turunkan berat badan - ambil 2 genggam daun delima muda. Ramaskan dwngan air masak yang dicampur sedikit garam. Perah dan ambil patinya. Minum 2 kali sehari.

Pendarahan - rebus bunga delima 20gm dengan 3 gelas air bersih minum air rebus tersebut sebanyak 2 kali sehari.

Masalah cacing - bersihkan akar delima yang telah dikeringkan (lebih kurang 7gm). Rebus dengan segelas air selama 15 min. Minum ketika masih suam.

Luka - campurkan serbuk buah atau bunga delima dengan sedikit minyak sayur. Gaul dan sapukan pada bahagian luka.

Radang gusi - cuci buah delima (7 kuntum) dengan segelas air yang bersih sehingga mendidih. Boleh gunakan air tersebut untuk berkumur.

Batuk - ambil sebiji buah delima yang belum masak, kunyah biji delima sebelum tidur.

Kencing tidak lawas - ambil isi delima dan segenggam daun kucai. Potong dan rebus dengan 3 gelas air bersih. Minum air rebusan sebanyak 2 kali sehari.

Sakit tekak - ambil sebiji buah delima segar, kunyah dan buang bijinya. Lakukan 2-3 kali sehari.

~ insya Allah~

Itulah keistimewaan dan keunggulan buah delima. Buah delima atau 'ar-rumman' telah disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran dan ia adalah salah satu pokok dari syurga.




Sharing is caring

*footnote
Kebenaran itu bukan setakat makanan tetapi ia adalah perencahnya.

posted from Bloggeroid

Monday, 10 February 2014

Jgn buang masa dengan membenci

4 hari bercuti selepas 10 hari bekerja. 2 org sudah transfer, 3 bakal transfer within this month. Bayangkan betapa ward kekurangan tenaga kerja. Bkk Fb pula pelbagai aduan mengenai jururawat sedang dimuat naik dari pelbagai segi. Hmmmmm.. aku mengeluh sendr. Memikirkan permasalahan yang tidak pernah berkesudahan. Aku cuba imbas kembali. Di mana silap kami. Kerana Allah, aku, ketika sarung sahaja baju putih tu aku melangkah dgn niat bekerja kerana Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaanku. Semoga aku tabah dan kuat menghadapi sebarang situasi yang bakal berlaku.
Walaupun cuti aku masih boleh berkongsi apa sahaja yang berlaku di ward. Malah apa sahaja berita terkini dunia juga dapat disebarkan dengan mudah dengan adanya pelbagai aplikasi moden now. Satu mesej boleh dihantar kepada hampir semua senarai kenalan di dalam telefon...
Baru sebentar tadi aku menonton drama... bukan drama tempatan. Aku terpukul. Rasa sungguh mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh seorang ibu yang menasihati anaknya. "Jangan buang masa dengan membenci. Kita tidak cukup masa untuk bergembira. Mengapa perlu membenci"
Seperti yang aku perjelaskan b4, walau aku sedang bercuti aku dapat tahu perkembangan yang berlaku di tempat lain. Jd bg aku sebelum kita menuding jari kepada orang awam yang menuduh serta mexxxxxxkn pekerjaan kita, apa kata kita perbetulkan niat dulu. Untuk maju dalam kerja serta kehidupan seharian kita perlu bekerjasama. Bidang kerja kita bukan bekerja secara individu tetapi sebagai satu kumpulan. Sesama jururawat, doktor, ppk, dietitian, juru x-ray, dan sebagainya.
Bukan ingin membuka pekung di ward sendiri, tetapi aku sendiri pernah mengalami akibat apabila memberi teguran dan nasihat. Sehingga aku hampir menyerah kalah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Apabila air mata berguguran menandakan aku tidak sanggup lagi, aku tidak petah lg untuk menghadapi dugaan ini. Aku diduga hanya kerana teguran yang diberikan yang demi kerana Allah aku menegur kerana tidak mahu lg mereka mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi yelah... manusia ni tidak sama setiap individu. Bukan semua individu yang boleh dan sedia menerima teguran. Sehingga aku pernah berjanji kepada diri sendiri. ..ahhhh.. persetankn mereka, orang bodoh sombong ni jgn dilayan lg. Tp aku telah cuba sedayana, aku mmg tidak boleh menghalang diri menegur jika ia mmg silap di mata aku. Aku juga insan biasa. Bukan maksum. Aku jua melakukan kesalahan. Tegurla aku jika terdapat kekhilafan.
Baru- baru ni, oleh kerana satu teguran juga ada individu yang bermasam muka. Menunjukkan protes yang sgt kebudak budakan pd aku. Mmg dasarnya bukan aku yang memberi teguran. Cuma aku bersetuju dgn yag menegur kerana dengan ketidakcukupan tenaga kerja, kerjasama dalam melaksanakan tugasnya seharian sangatlah perlu demi memastikan setiap tugasan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Bekerja kerana hati. Kalau anda rasa terpaksa, ada borang berhenti kerja di public folder pc hospital. Jangan menyusahkan rakan sekerja yang lain. Setiap masalah tidak akan selesai dengan menunjukkan perasaan. Dengan menunjukkan rasa benci. Dengan menunjukkan sifat perkauman. Arhhhh...mcm-mcm.

Jum aku kongsikan doa sebelum memulakan pekerjaan.
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan daripada pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.

Bersyukur dengan teguran
Daripada merasa marah, defensif atau menyampah, bukankah kita bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghampiri kita dan meluangkan masa untuk menegur dan menasihati untuk kebaikan kita? Tidak perlu berkomunikasi dengan kasar sebagai respon kepada teguran, tetapi terimalah dengan hati yang tenang dan berlapang dada.
Teguran itu mungkin ilham daripada Allah tetapi dititipkan melalui insan lain. Bersangka baik kepada orang yang memberi teguran, dia menasihati kerana cinta dan sayang. Yakin dan percaya bahawa pandangan anda betul tetapi berkemungkinan salah, sedangkan pendapat orang lain salah tetapi berkemungkinan betul.
Jangan pandang siapa yang mengatakan tetapi lihat pada nasihat yang diberikan. Bersyukur dan redha kepada Allah, bukan kepada orang yang memberi nasihat.
Nasihat dan teguran biasanya disampaikan atas dasar kasih sayang dan bertujuan untuk melindungi. Allah berfirman:" Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan -pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. "
(Surah al-Asr 103: 1-3)
Ayat diatas membuktikan Allah sentiasa mengingatkan kita agar menggalakkan, meyakinkan serta membimbing satu sama lain ke arah kebaikan dan kebenaran.
Namun begitu, ada kalanya kita berasa sukar untuk menerima teguran sekalipun teguran itu jelas dan mudah untuk dilakukan. Ingat peringatan halus yang Allah sampikn buat kita : "sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" ( surah al-Ra'd 13:11)
Ingat! ! Allah tidak akan mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri malas untuk berubah.

Hubungan Silaturahim..
Selepas menerima teguran hubungan yang rapat terus putus. Tidak lagi ada gelak tawa, malah ada yang sehingga bermasam muka. Hanya kerna satu teguran.
Allah berfirman dalm surah al-Hurujat ayat 13, yang bermaksud "wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal."
Orang yang mengeratkan hubungan kekeluargaan akan dimurahkan rezekinya.... jum akhi ukhti kita menjalinkan ukhuwah fillah abadan abada.








Sharing is caring

*footnote
Tidak ada nasihat dari mana-mana insan yang tidak bernilai. Sedangkan jam yang sudah mati sekalipun ada betulnya 2 kali sehari.

posted from Bloggeroid

Sunday, 9 February 2014

Helloooo...

Helllllo u ols...
Ekekeeke.. diva sgt.. lama x mencurah perasaan kat sini.
Mcm2 pikir..mcm mcm bermain di fikiran hati. Dalam hati menjerit-jerit bak hang nak tukar telefon yang besar sikit sementelah aku mula rajin mengedate blog ni...
Tp ble difikirkan balik ikut logik akal setelah ditimbang ditambah serta ditolak aku rasa mcm X perlu pula. Sememangnya tujuan asal kerana apabila buat check up mata that day, kesilauan makin meningkat gara-gara selalu membaca dalam keadaan pencahayaan yang samar. Banyak yang boleh aku perbetulkan sebenarnya. Gaya hidup aku sendiri yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Bertukar ke telefon lebih besar pula adalah lebih kepada kehendak hati.
Aku hanya perlu merajinkan diri membuka dan menutup semula lampu kalimantang or lampu dgn pencahayaan yang lebih baik sekiranya mahu membaca atau melayari Internet sebelum tidur. Aku jgk yang gatai p bli lampu romantik konon untuk lampu tidur. Actually hanya perlu tukar mentol je.. saje je.. kan da kate alasan...
Pakai cermin mata dengan lebih kerap.. baru je tukar cermin mata made in korea u ols.. kena tukar sebab kedegilan diri xmo pakai cermin mata sewaktu menonton drama korea..eh menonton tv, membaca, melayari Internet di telefon, pc & laptop, serta muka nmpk pelik bile aku paki cermin mata. Senang cerita ssh nak bentuk tudung especially bila p kerja aku pakai tudung sauk je.. muka jd bulat. . No no no.. muka yang da cukup bulat bertambah bulat. Tetapi semenjak dua tiga menjak tukar cermin mata ni I rajin tau pakai.. di rumah serta di tempat kerja.. syabaasss wana.. syabaasss. .. And the most important is pakai cermin mata hitam or any colour yang diminati sewaktu siang. Yang ada uv protection 400++ paling digalakkan.. walau ada mulut mulut jahat yang konon kata kt poyo ble pakai shades ni pekakkan je telinga. Yang penting kesihatan kt.
Baru update software tadi.. baru je td telefon aku mengupdate software. Mmg lebih coolllll babeh... hihihi... I loike...
Penjimatan. . The most important thing la. Walau letak entry yang akhir tp ini paling penting sebenarnya. Selagi elok.. xrosak.. masih sedia berkhidmat.. apa lg alasan mahu menukarnya. Teringat pula karangan waktu sekolah dulu.. aku sebatang pen.. lebih kurang la.. hihihi
So... pada kenkawan kalu nmpk aku tukar telefon lain tu diamkan aje oke.. maybe ade orang hadiahkn lepas baca entry aku kali ni... konon sgt..
Arghhhhhhh.......
Punya la aku berbelah bagi sampi up entry pasai benda ni.. sebenarnya mmg tuhan xkc aku beli lg sbb kedai yang selalu aku beli telefon kat t.intan ni tutup td.. td marah sekejap bile fikir da kenapa nak ttp di hari ahad yang indah ni.. owhhhh depa raya la.. asik kt je raya... hihi... selamat duit aku....


Ni kucing aku... kalu aku balik kg die mesti xde tempat lain nak lepak sampi aku mula rasa geram.. saje je kn... hihi..
Jum balik ampang....



Xnakkkkk....xnakkkkkk.....


Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 February 2014

Sifat amarah dan cara menanganinya.

Kata pepatah hiduplah seperti padi. Semakin tua semakin menunduk. Pepatah yang sgt jarang aku rasa individu kini tanamkan dalam diri masing-masing.
Manusia kini amat payah menerima kritikan. Apabila ditegur pelbagai alasan diberikan. Malah ada yang lebih ego menunjukkan pelbagai protes tanda ketidakpuasan hati. Apa salahnya membuka hati menerima setiap kritikan dan teguran yang diberi. Orang menegur atau menasihati kita menandakan mereka masih sayang pd kita. Ada yang mengambil berat atas diri kita. Tidak mahu kita mengulangi kesilapan yang sama. Mengapa kita perlu ambil negatif. Kritikan yang membina bukan sahaja dapat mengelakkan masalah berulang malah dapat memastikan sesuatu urusan berjalan dengan lebih lancar.
Umur sudah melangkaui jauh zaman kanak-kanak. Tidak perlu bersikap childish dengan menunjukkan protes. Please... masalah tidak akan selesai malah akan menjadi lebih buruk. Kalau kita rasa kritikan dan nasihat yang diberikan tidak wajar, jdlah lebih matang dengan menegur semula dengan cara yang baik. Percayalah bukan masalah sahaja yang boleh diselesaikan malah hubungan sesama insan lebih baik terjalin.
Terutama kita yang bekerja dalam sektor kesihatan. Di hospital khasnya. Kita menerima pelbagai aduan setiap hari daripada pelbagai pihak. Cuba kita nilai semula dari akar umbi kenapa samakin banyak aduan yang diterima setiap hari. Mungkin ia sebenarnya dari sistem birokrasi kita sendr. Seperti kata pepatah yang disebutkan di awal penulisanku td. Bukan bermaksud kita perlu menunduk membiarkan kita ditindas, tetapi kita tidak ego tentang pengalaman dan ilmu yang kita ada.
Walau sudah berpuluh tahun kita bekerja, kita tidak sewenangnya memandang rendah pada individu yang baru setahun jagung berkhidmat. Mungkin kita bekerja di jabatan yang berbeza. Tidak mustahil junior itu juga ada sesetengah perkara lebih arif drpd kita kerna itu bidang dia. Sebagai contoh bolehkah anda jawab bagaimana proses stem cell transplant serta jenis kemoterapi yang diberikan kepada setiap pesakit yang admit di ward aku?? Dan sudah semestinya aku pula tidak dapat menjawab dengan mudah jika ada yang bertanya mengenai pesakit dialysis. Jika kita melihat kesalahan bagi aku perkara pertama yang perlu kita pertimbangan ialah mengapa orang sebelum aku tidak melihat atau menegur kesalahan ini. Kemudian yang teramat penting kita perlu mendengar dan mentafsir penjelasan yang diberikan oleh individu tersebut. Sifat marah, , kesimpulan sendiri, tidak dapat menerima kritikan dan penjelasan individu lain adalah sifat yang sangat tidak positif. Bagaimana orang awam ingin meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita kika kita sendiri mempunyai permasalahan dalaman antara staff satu sama lain. Sepatutnya kita menggunakan kuasa yang diberikan dengan lebih amanah dan jujur. Sikap tidak profesional anda sangat tidak dapat diterima akal. Menegur dgn marah, tidak mahu mendengar penjelasan, membuat kesimpulan dan keputusan sendiri, bagaimana anda ingin mengharapkan kami menghormati anda dgn title anda tersebut. Apa yang mampu kami rakyat marhaen ini adalah SABAR. Sememangnya marah juga, tetapi melepaskan dengan cara yang betul kerana masih ada pesakit yang memerlukan sepenuh perhatian kami.
Bermacam-macam ragam yang terjadi sepanjng tarikh awal February ni. Tarik nafas panjang lepaskan dan bersedia untuk melangkah ke hari lain. Ingat kata pepatah. .. berani kerana benar. Allah kan ada. Aku ingin berkongsi beberapa tips untuk mengawal marah kerana kemarahan yang tidak dikawal akan membakar segala kebaikan, seperti api membakar kayu hingga akhirnya yang tinggal hanyalah abu....

1) Beristighfar - dengan mengingati Allah, In sya Allah akan membantu kita mengurangkan kemarahan.

2) Mengubah posisi - Rasulullah s.a.w bersabda "apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalu tidak menghilangkan marahnya maka hendaklah dia berbaring" ( Hadis riwayat Muslim)

3 ) Berwuduk - sabda Rasulullah s.a.w "marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api iti hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" ( Hadis riwayat Daud)

4) Berzikir - misalnya dengan mengucapkan zikir sayidanita Fatimah iaitu, "subhanallah walhdullillah walailahillah wallahu akbar" . Mudahan Allah akan membantu mengurangkan tekanan hidup anda.

5) Bayangkan keadaan kita ketika marah - bayangkan betapa buruknya wajah kita ketika marah. Jadi, usahlah memalukan diri sendiri

6) Bertenang - ambil sedikit masa dan belajar mengawal diri. Bertenang ketika menghadapi apa jua keadaan dan situasi yang kadangkala mencabar kesabaran anda. Amalkan beberapa cara seperti menarik nafas dalam-dalam kemudian hembusan perlahan-lahan.

7) Mendiamkan diri - dapat memberikan peluang kepada kita untuk berfikir dengan lebih waras.

8) Luah pada seseorang, masa dan tempat yang sesuai - carilah seseorang yang anda percayai. Misalnya tan rapat, adik-beradik untuk meluahkan perasaan yang terpendam.

9) Belajar menyampaikan kemarahan dengan positif - usah menjerit dan memekik tidak tentu hala kerana ia akan memalukan diri sendiri. Seboleh-bolehnya elakkan bercakap menggunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.
10) Jauhi situasi yang boleh menimbulkan kemarahan - andai anda seorang yang berjiwa sensitif, mudah tersinggung atau todak berpuas hati dengan seseorang, elakkan berada di tempat yang boleh membangkitkan kemarahan. Usah bergurau dengan gurauan yang kasar kerana mereka juga akan berbuat perkara yang sama kepada anda.

11) Senyum - walaupun perkara ini tampak mudah tetapi amat sukar dilakukan dalam keadaan marah. Namun, percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan dan penawar yang berkesan untuk mengawal kemarahan. Anda boleh juga untuk mempraktikkan sentiasa tersenyum.



12) Malu pada Allah - Allah sentiasa melihat dan memerhati segala tindakan kita dan sikap biadab kita. Ingatlah, kita hanya insan hina dan sering melakukan kesalahan. Begitu juga dengan orang lain.

13) Perbanyakkan doa - "aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkan kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk"

14) Baca ta'awuz - baginda Rasulullah s.a.w bersabda "sesungguhnya aku tahu satu perkataan, sekiranya dibaca tentu akn hilang rasa marah iaitu'Auzubillahi minasy syaitanir rajim'( aku berlindung daripada syaitan yang direjam)"








Sharing is caring

* footnote;
Jgn bimbang atau takut dengan orang yang sedang marah. Bayangkan cerek yang sedang mendidih, apabila dibiarkan, airnya akan kering begitu sahaja.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 28 January 2014

Side dish or pencicah orang Malaysia


Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.



Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi. [1]William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.[2]
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. [3] Walau bagaimanapun, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4], [5]
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.



Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]



Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.



Thousand Island adalah dressing salad yang dibuat dari mayonnaise, saus tomat, telur ayam, dan berbagai sayuran yang dicincang kecil-kecil, biasanya acar timun, bawang, paprika, dan zaitun. Dressing ini selain digunakan dalam salad juga dioleskan pada roti sandwich.
Resepi Thousand Island telah dicetak sejak 1912, namun asal usulnya tidak diketahui secara pasti.



Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]
Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.
Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]
Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Pekasam daging pula bukan mudah untuk dicari dan tidak ramai yang pandai memakannya. Namun setiap kali musim raya haji kebiasaan ibu saudaraku yang berada di bagan datoh, perak pastinya akan menghidangkan juadah ini. Yang pasti makan bersama nasi panas-panas sangat enak walau tiada lauk lain.



Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak..
1st time aku kenal dan makan rusip semasa berada di Sarawak. Member ku yang mencadangkan makanan ni. So far, bagi aku rasanya seakan budu cuma ikannya nampak lebih besar



Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kekadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
Ada sesetengah orang aku lihat tidak boleh pisah pabila makan pasti ada kicap. Nmpak yummy x gambar tu. Buah jambu susu yang masam masam manis sangat sedap di cicah dengan sambal kicap serta belacan. Buah ni sudah jarang dijual. Namun pokoknya masih utuh dan sedia berbuah mengikut musim rambutan di kampungku. Sekarang la music mnya... nyum nyum



Oleh kerana demam korea aku masih belum kebah, aku juga terpengaruh untuk makan kimchi pula. Tekak ku ni alhamdulillah masih boleh menerima makanan sebegini. Yang ni halal oke. Kat korea pon ada orang islam.
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam.




Sharing is caring
* footnote;
Bila kita berdepan dengan kemungkaran, biarlah kita menjadi ikan di laut. Walaupun airnya masin, tetapi tubuhnya tetap tawar.

posted from Bloggeroid

Monday, 27 January 2014

Rakyat Malaysia semakin bijak

Di pagi yang hening, angin bertiup sepoi - sepoi bahasa. Bergeraklah sebuah kerata buatan Malaysia bersama tuannya masih orang Malaysia menyelesaikan urusan bank. Almaklumlah, pabila gaji pon masuk akaun, maka list panjang sewa rumah, loan kereta, bil-bil (air, elektrik, telefon, astro, insurance) sume kne settle jgk la kan. Actually, dah bnyk auto debit service yang boleh digunakan. Tapi saje la konon nak menyusahkan diri. Lgpon sebenarnya xpernah pon beratur panjang nak bayar bil bagai ni. Semua terletak di hujung jari. Maybank2u kn ada. Cuma yelah, aku kan patriotik sikit. Gaji masuk BSN u olls.
Sebenarnya apa yang ingin ku kongsikan terjadi td. Niat nak transfer duit pada yg memerlukan saje td. Tetibe sistem down sekejap kat bank tu. "Maaf cik 10 minit la". Ok... aku pon mengangkat kaki ke kedai sebelah. Usha usha kereta baru. Masih kereta nasional. Kan aku kata td. Semangat patriotik masih ade. Kikiki. Oke..body cantik, ade, 6 airbags...warhhhh... gud gud..dalam pon luas & sedap bawak. Kereta baru mmg la kan. Cuma bonet x sebesar si merah aku ni. Nak tidur kat dalam tu pon boleh. So saje la berbincang sikit. Deals dgn org melayu kite jgk. Dalam hati alhamdulillah, xkan orang Melayu nak tipu melayu kan. Bincang punya bincang die kate nak call bank islam dulu & nanti kt settle lain. Okela. .saje biar die warm up sikit pagi-pagi ni.
Melangkah kaki ke BSN. Keluar sampi maksimum of the day.. ala. .. lupa pulak duit kutu.. haissss... tula banyak sangat makan semut. Semut jgk yg salah. Emmmm nak ke maybank... nak ambil kereta yang sudah ku bayar parking fee td or jalan je. Aku bermain dgn perasaan sendr. Ala..leceh je nak cri parking dengan keadaan jalan yang penuh sesak time orang nak p kerja ni. So jalan jela. Da lame xberpeluh. → settle.
Ya Allah hu wa rabbi. ..huya Allah huya rabbi... ya Allah yuha rabbi ya Allah..telefon bunyi.. no x dikenali call. Hmmm xsuka jwb daripada no pelik ni.... xsempat nak angkat dah nampak lelaki berbaju biru yang deal dgn aku td kat dpn bank. Hmmm...
Td sy call cik xangkat. Aku senyum je. Cepat nya die buat kerja. Rajin. Oke dah dapat satu lagi pujian pg. "Oke cik wana td sy da call bank n bla bla bla bla". Aku pon menjawab bla bla bla. Oke something smell fishie somewhere tetibe. Xpe. Aku tolak markah pujian aku td.
Sebenarnya encik, sy bukan tanya kosong. Sebelum decide sesuatu perkara. Sy akan bertanya pada yang pakar. Sy sudah check jgk dgn internetn bank. Ni buktinya.

So, bile encik cuba nak ambil kesempatan atas sifat keperempuanan sy..ade sejumlah wang yang encik sebunyikan sy sudah rasa mahu blah dari situ. Malas nak serabutkan mood aku. Aku senyum dan meminta diri. Nasibla aku x exited mane nak beli kereta tersebut. Kalau tak mesti I sedih tgk org mcm ni. Common la people... rakyat Malaysia kini semakin bijak. Segala information sudah ada di hujung jari beb. Tujuan asal sy berkira-kira malam td ialah kerana harga kereta yang lebih murah nowadays. Sy boleh membeli kereta baru with the same amount tetapi lebih berkualiti. Affordable la. Hmmmm.. so hilang minat. Terus je bayar bulan bulan si merah kesayangan sy ni. Terus berkhidmat untuk tuanmu oke. Sy da kc makan xpernah lupa.
Anda di luar sana berhati-hati semasa ingin membeli sesuatu. Pastikan info sudah ada didalm tangan sedikit untuk mengelakkan manusia mengambil kesempatan ke atas kt. Banyak pekerja yang sudah tidak amanah dalam kerja. Cuma nasihat aku kalau menempuh kejadian yang sama..cuba kawal diri. Xperlu marah-marah...cari je kedai lain yang lebih menyenangkan hati kt. Hati xsakit, , kesihatan pon terjamin.
Cuba pikir the other way...oke aku xsuka orang buat kat aku macam ni, so aku jg tidak seharusnya melakukan pada orang lain. Cuba jujur dan amanah dalam pekerjaan kt. Xkira dalam apa jua bidang yg kita ceburi.
Begitu juga kehidupan sekeliling ku. Ramai pesakit bertanya tentang pemakanan semasa proses kemoterapi dan post transplant nanti. Bile pesakit berkata "eh td staff td cakap lain". So ape kate kt luangkan sedikit masa mencari ilmu untuk memberi pendidikan kesihatan terutamanya kepada pesakit post transplant ni. Kalau tidak gemar membaca or kurang masa anda boleh mencari alternatif lain seperti bertanya pada yang pakar. Siapa lg kalu bukan doktor dan sister yg memang petik je soalan jawapan pon muncul. Jangan pernah malu untuk bertanya. Orang xakan melebelkan kt bodoh dengan bertanya. Pesakit juga sebenarnya ingin kepastian dan membandingkan apa yang mereka baca di Internet. Jangan bekerja seperti robot. Bidang kerja kita memerlukannya skill serta komunikasi.
Pada yang mempunyai kelebihan ilmu apa salahnya Sharing pada orang lain. Maybe sesetengah orang berat mulut untuk bertanya. X apa anda mengulang pengajaran banyak kali. Lebih banyak memberi lebih banyak ilmu yg kita simpan actually.

Sharing is caring

* footnote;
Kita harus berfikir mengikut kehendak alam, bercakap mengikut peraturan dan bertindak mengikut adat.

posted from Bloggeroid

Wednesday, 1 January 2014

"New year 2014"


Selamat tahun baru. .. yeahhhh...seperti gambar diatas permulaan tahun baru yg super bz...
Sudah dpt gambaran already what will happen this year. ...
So Selamat datang.. pleaseeee be nice to me... hihi.. mengada nak nice sgt..tnpa usaha dan tanggungjawab xakan ada istilah nice dlm hidop..
Kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian [we r the front liner hospital so kre berjuangla jgk demi menjaga serta memastikan rakyat Malaysia sentiasa sihat & bebas penyakit] Selamat menjalankn tanggungjawab.. sememangnya tanggungjawab serta amanah yg diberi oleh pesakit...their family members.. doctors... hospital management team... colleague... dan yang paling utama. .amanah Allah itu sgt berat.. kerja kt paling mudah dpt pahala. .tp kne ingat plg mudah juga untuk collect dosa..


Hihihihihihi. . Ni la antara aktiviti aku di awal permulaan tahun ni. .tahniah...syabas mera beta... oleh kerana da biasa..ble sesekali cuti lama mmg perasaan rindu nak berlari-lari di ward dtg... poyo sgt kn....

Ni mengambil masa rehat sebentar. . Ringanon otak dgn menaip apa sahaja yg terlintas di fikiran. ...

Oke now nak kembali sambung apa yg patut diselesaikan. . Klu x free free je kne jwb salam nanti... berehat sebentar bersama kitkat je ni...
Sebelum mengundur diri ape kata kt renungkan gambar ni.. semoga dpt sesuatu daripada gmbr ni..







Sharing is caring ....

posted from Bloggeroid

Tuesday, 31 December 2013

Selamat tinggal tahun 2013


Selamat tinggal tahun 2013...
Tahun yg sgt mematangkan aku... tahun yg sgt memberikan aku pengalaman hidup. .tahun yang penuh kejutan. ..
Hmmm.. yg mana perlu aku dulukan coretan hari ni.. sebenarnya ingin ku ingat memori indah sahaja dan letakkan noktah pada pengalaman pahit tu.. tp x indahlah hidup klu aku delete mcm tu sahaja..
Awal tahun dimulakan dgn kisah paling tragis.. tp sememangnya aku redha.. bkn jodoh aku dgn dia.. ketentuan ilahi jd menanti dgn sabar. .janji Allah itu pasti. .
Secara sukarela juga aku berpeluang menaiki pesawat Charlie semasa menghantar seorang pesakitku pulang ke sarawak.. paling extreme la pengalaman ni bila aku merentasi laut tnpa dokumen pengesahan sah.. nasib baju putih line biru aku jd penyelamat. . Boleh la balik semenanjung naik MAS.. satu pengalaman yg xkn dpt dilupakan... sampi disna sehelai sepinggang. . Bersyukur ade rakan di hospital sarawak serta bekas donor stem cell sudi membantu aku sepanjang aku berada disana.. malah Dr consultant haematology jga ada bertanya kabar melalui telefon. . Jga rakan2 ward ku..sentiasa menanyakan keadaan di sana.. alhamdulillah. .aku dikelilingi colleague yg sgt berhati mulia. Bertapa aku dihargai sebenarnya. ..


Di pertengahan tahun sekali lg ku diuji. . Allah memberi ujian tahap kesabaranku bila aku difitnah tentang keikhlasan ku yg ingin mengambil berat telah disalah erti oleh dia. Tuhan maha adil. Ada saksi kejadian.. xpa.. sesungguhnya aku bukan seorang manusia yg suka menyimpan dendam.. walau bnyk kabar buruk tentangku aku berserah kerana bg aku org yg baik adalah yg mendengar drpd kedua belah pihak. .aku pekakkan tlinga.. aku balas pandangan sinis mereka dgn senyuman.. aku tidak suka mencari musuh.. adik..aku maafkn kamu.. Lillahhi. . Semoga awk bahagia di tempat kerja baru.. tuhan itu adilkn.. segalanya telah dirancang dgn baik..
Ibu serta ayahku ditimpa ujian juga.. sesungguhnya aku lemah..aku tidak mampu mendengar walau kabar demam pon dri mereka. . Dengki si pendengki hanya Allah yg dpt membalas. . Semoga anda yg berniat jahat ke atas keluargaku diberi petunjuk oleh Allah.. alhamdulillah aku bersyukur kini emak dan ayahku kembali menjalankan rutin harian. .cuma ayahku yg masih perlu berulang ke hospital selayang. . Xpe..ayah xperlu risau.. org ada.. sentiasa ada kerna budi membesarkan org xmampu dibalas..


Agaknya apa pula dapt disimpulkan daripada gambar diatas. . Baru je kejadian ni berlaku kapada aku dan rakan sekerja. . Apa yg boleh ku simpulkan mereka yg tidak bekerja di department kami..tidak berdiri diatas kaki kami mmg mudah mengeluarkan fatwa kepada kmi.. siapala kmi untuk melawan..nanti dilabel kurang ajar. .diberi notis pula. .hanya kesabaran yg tinggi untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat ni. .
Apa yg aku mampu buat adalah berjanji dgn hati bahawa aku tidak sesekali seperti 'mereka' jika aku berada diatas pula suatu hari nanti kerana aku jga pernah menjd mereka. .aku juga merasa apa yg mereka rasa.aku juga benci melihat air muka sebegitu.. mmg hanya segelintir. .tp pepatah Melayu ada mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. . In sya Allah .. suatu hari nanti aku ingin mengubah sistem kejururawatan ini kearah yg lebih baik. .cuma aku butuh kalian untuk sama-sama berjuang... bkn untuk tunjuk hebat..bukan untuk buktikan kesalahan cuma ingin menjdkn sistem kejururawatan lebih telus..lebih gah..

Semoga tahun 2014 membawa satu lembaran baru buat aku.. tidak perlu aku azam baru kerana telah kulafazkan azam semasa maal hijrah bulan yg lalu.... aku cuma mahu menjd insan yg lebih baik drpd tahun sebelumnua..lebih matang dalam membuat keputusan. ..lebih santun kepada keluarga. .lebih ikhlas berbakti kepada masyarakat...lebih sempurna sebagai sahabat. ..lebih bnyk memberi daripada menerima... serta menjd hamba yg lebih bertaqwa. ..amin

Selamat datang 2014. ..
Selamat tinggal tahun 2013. ...






*Footnote;
Hari ini musuh tidak lagi tinggal di dalam selimut, Duri tidak menyorok di dalam daging untuk membalas dendam...
Sentiasa berwaspada....

posted from Bloggeroid

Saturday, 28 December 2013

Permudahkanlah segalanya ya Allah


Kanak-kanak riang mengutip ikan yg menyerah diri ke darat beberapa hari lepas. ... ape perancanganMu ya Allah. .
Permudahkanlah segalanya bagi kami.. jauhkan musibah dr tanah bumi Malaysia bertuah ini..

Pg td pula kejadian ni.. sbb kerja shift petang rini lepas subuh td tidur balik.. terbangun sbb dgr bunyi angin yg sgt kuat..bunyi kuat kerana angin cuba lolos dr sliding door..alhamdulillah keadaan kembali tenang..



Angin dr sini.. dari bukit ampang tu..klu berdr kat sini mmg terasa kne tolak dgn angin


Ranting pokok dan daun pon boleh nmpk arah angin serta kelajuannya



Keadaan menghala ke Kl pula sgt tenang..xde angin pon..cuma awan tebal.. kurang jelas kl tower n Klcc


Ya Allah. .sungguh agung kuasaMu..
Apakah tanda kecil yg Engkau kirimkan...

Mari kt menjd insan yg lebih baik dr semlm..jd hamba yg benar benar bertaqwa..

..

posted from Bloggeroid