Apabila anda di beritahu oleh pakar perubatan anda mengidap leukaemia, lymphoma @ myeloma pastinya ia sesuatu yang jarang anda dengar. Perkara pertama yang pasti muncul dalam fikiran adalah perlu menjalani proses kemoterapi.
So, selain daripada menyediakan mental dan fizikal untuk menjalani proses perubatan anda juga seharusnya sudah bersiap sedia tahu tentang apa yang bakal anda lalui sepanjang proses itu. Ambil tahu serba sedikit sekurangnya. Ye, saya tahu dan sy amat memahami perasaan anda setelah mendengar diagnosis ini daripada pakar perubatan. Walau baru lebih 4 tahun bekerja di unit haematology transplant, insya Allah sy ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan kepada anda di luar sana.
Kalau boleh kita tidak mahu diri kita atau keluarga terdekat kita melalui pengalaman ini, tetapi andai sudah tersurat itu takdirnya sekurang-kurangnya kita ada sedikit ilmu didada untuk di kongsi. Selain dapat memahami serta membantu sedaya mampu kita untuk diri atau orang yang kita sayang lebih kuat dan tabah menghadapi dugaan yang diberikan.
Apa itu kemoterapi?
(Sumber dari wiki)
Kemoterapi (bahasa Inggeris chemotherapy) bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti barah dalam merawat barah. Dalam penggunaan moden, istilah ini hampir merujuk secara eksklusif kepada ubat sintetik yang digunakan untuk merawat barah.
Dalam penggunaaan bukan onkologi, istilah ini juga merangkumi antibiotik (kemoterapi antibakteria). Dalam pengertian tersebut, agen kemoterapi modern pertama adalah arsfenamin Paul Ehrlich, sebuah sebatian arsenik yang ditemui pada 1909 dan digunakan untuk merawat sifilis. Ini kemudian diikuti oleh sulfonamida ditemukan oleh Gerhard Domagk dan penisilin G ditemukan oleh Alexander Fleming.
Penggunaan lain dari agen kemoterapi sintetik adalah rawatan penyakit autoimun dan penekanan transplant rejection (lihat immunosupresi dan DMARD).
Tatacara pemberian kemoterapi.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menjalankan proses kemoterapi mengikut penyakit dan protokol yang telah disediakan.
Hampir setiap hari pemberian kemoterapi adalah pekerjaan wajib yang kami berikan kepada pesakit dalam menjalani proses transplant.
Setiap protokol berbeza mengikut penyakit, umur, sejarah perubatan setiap individu. Kebiasaannya seminggu proses kemoterapi sebelum stem cell di masukkan semula ke dalam badan individu.
Jangan risau tentang keselamatan anda semasa menjalani proses kemoterapi. Kerana kami mengikut standard protokol yang telah ditetapkan.
Setelah kemoterapi sedia, (disediakn oleh pharmacist in charge) setiap prosedur dan protokol akan disemak oleh 2 orang staf terlatih.
Close system drip digunakan. Manakala setiap kawalan titisan dikawal oleh mesin. Jika berlaku sebarang masalah mesin akan berhenti dan alarm akn berbunyi. Kami akan datang segera untuk memastikan mesin kembali berfungsi seperti biasa. Jangan risau ia adalah perkara biasa.
Manakala semasa memulakan proses kemasukan iv kemoterapi semua langsir dan lampu akan ditutup. Ia untuk mengelakkan cahaya matahari merosakkan ubatan kemoterapi dan juga sekaligus mengelak pendedahan terus badan kepada cahaya.
Ubatan kemoterapi sedia berkhidmat.....
Berapa lamakah masa diambil setiap botol kemoterapi?
Ia tidak ada masa spesifik kerana setiap chemotherapy adalah berbeza mengikut jenis. Ada yang memakan masa beberapa minit malah ada yang memakan beberapa jam.
Adakah tidak boleh melakukan sebarang aktiviti semasa ubatan kemoterapi berjalan?
Anda masih boleh bergerak mengikut keselesaan. Tetapi semasa ubatan sedang berjalan anda digalakkan untuk berehat diatas katil.
Apakah kesan sampingan kemoterapi?
Terdapat beberapa kesan sampingan yang biasa pesakit akan lalui. Contohnya merasa loya dan muntah ( ubat anti muntah akan diberikan 30 min sebelum ubatan kemoterapi diberikan), kurang selera makan, sakit kepala, manakala kesan jangka panjang pula cirit-birit, keguguran rambut dibadan, serta lain-lain. Insya Allah saya akan menerangkan lebih lanjut tentang kesan sampingan kemoterapi di next entry.
Setiap perkara yang berlaku ada baik serta buruknya pada kita. Tidak salah untuk kita berusaha. Usaha, doa, tawakal dan berserahlah pada yang maha Esa.
Sharing is caring
*footnote;
Menghadapi apa yang mendukacitakan ialah sebenarnya yang meneruskan hidup anda.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment