Pages

Tuesday 10 June 2014

Resepi Kek batik aku

Aku bercuti hari ni. Sehari je. Heaven je rase. Dari subuh hujan. So menghabiskan masa guling-guling atas katil la ape lagi. Hihihi.
Tetiba rasa nak makan kek batik. So belek belek barang kat dapur.. yesss cukupla. Ada barang yang xde tapi boleh jadi gak ni. Kita try ape yang ade jek.


Mula-mula prepare bahan-bahan. Yang gambar ni apa yang ada dalam almari dan peti ais aku hari ni. Sebab hujan malas nak keluar mencari bahan lain. Huuuu

Bahan-bahan
¤ Biskut Marie
¤ Sebuku butter
¤ Satu tin susu penuh krim
¤ Milo (boleh tukar ikut citarasa)
¤ Telur (optional)
¤ Cream cheese (optional)
* periuk dan senduk

Haaaa.. tak ke sangat mudah dan simple je bahan-bahan die. Yang xde kat sini dan yang selalu aku tambah adalah serbuk koko. Punyela aku punggah lemari (almari) memang tak ade. So.. aku cuba buat without serbuk koko. Or anda boleh gantikan dengan chocolate bar. Yang ni ada tapi aku lupa masuk dalam gambar.
So prepare barang before start masak. Supaya perjalanan memasak anda smooth and cepat. Rancang tatacara la konon.



Oke.. so mari kita stat memasak....

Cara masak...
→ cairkan butter dalam periuk.
→ setelah cair masukkan milo, serbuk koko or chocolate bar dan cairkan. Sentiasa kacau untuk mengelak menjadi ketul-ketul.
→ masukkan susu
→ setelah chocolate masak anda perlu menggunakan deria rasa pula. Jika manis boleh tambahkan sedikit air. Xbaik oke makan manis-manis sangat
→ masukkan telur yang sudah dipukul sedikit demi sedikit sambil mengacau. Yang ni kena berhati-hati. Pastikan sentiasa mengacau adunan semasa memasukkan telur untuk mengelakkan telur masak dan memejal. Kacau sebati adunan
→ tutup api dan masukkan biskut marie.
→ masukkan ke dalam loyang, bekas, or boleh balut dalam plastik ikut citarasa anda
→biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum masukkan ke dalam freezer.

* tujuan masukkan telur sebab aku suka tekstur kek batik aku lembut. Aku suka makan terus dari bekas comel dengan sudu. Kira teksturnya jadi lembut seperti kek. Jika anda suka tekstur yang keras tak perlu masukkan telur dan kurangkan butter. Cara yang ni aku suggest kalau anda balut bahan tadi dengan plastik. So kek batik akan megeras dan perlu dipotong sebelum makan.

*Dan lagi satu tips aku untuk menjadikan kek batik lembut adalah

Masukkan olive oil atau semasa mencairkan butter.

*cream cheese pon optional. Sebab aku and adik aku suka sangat makan cheese. So aku tambah in between layer kek batik ni.

Nasib aku masih waras dan tak tambah cheddar juga. Hihi.



Haaa.. da pon siap. Now kek batik aku ada dalam freezer. Bolehla dijadikan hidangan untuk minum petang nanti.
Sangat mudah dan simple bukan. Dan estimate masa membuat kek batik ni dalam 15 min je. Cepat dan mudah. And yang paling penting ia yummehhhh... so ape lagi.. diggings it la...







Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

1 comment: