Pages

Tuesday, 31 December 2013

Selamat tinggal tahun 2013


Selamat tinggal tahun 2013...
Tahun yg sgt mematangkan aku... tahun yg sgt memberikan aku pengalaman hidup. .tahun yang penuh kejutan. ..
Hmmm.. yg mana perlu aku dulukan coretan hari ni.. sebenarnya ingin ku ingat memori indah sahaja dan letakkan noktah pada pengalaman pahit tu.. tp x indahlah hidup klu aku delete mcm tu sahaja..
Awal tahun dimulakan dgn kisah paling tragis.. tp sememangnya aku redha.. bkn jodoh aku dgn dia.. ketentuan ilahi jd menanti dgn sabar. .janji Allah itu pasti. .
Secara sukarela juga aku berpeluang menaiki pesawat Charlie semasa menghantar seorang pesakitku pulang ke sarawak.. paling extreme la pengalaman ni bila aku merentasi laut tnpa dokumen pengesahan sah.. nasib baju putih line biru aku jd penyelamat. . Boleh la balik semenanjung naik MAS.. satu pengalaman yg xkn dpt dilupakan... sampi disna sehelai sepinggang. . Bersyukur ade rakan di hospital sarawak serta bekas donor stem cell sudi membantu aku sepanjang aku berada disana.. malah Dr consultant haematology jga ada bertanya kabar melalui telefon. . Jga rakan2 ward ku..sentiasa menanyakan keadaan di sana.. alhamdulillah. .aku dikelilingi colleague yg sgt berhati mulia. Bertapa aku dihargai sebenarnya. ..


Di pertengahan tahun sekali lg ku diuji. . Allah memberi ujian tahap kesabaranku bila aku difitnah tentang keikhlasan ku yg ingin mengambil berat telah disalah erti oleh dia. Tuhan maha adil. Ada saksi kejadian.. xpa.. sesungguhnya aku bukan seorang manusia yg suka menyimpan dendam.. walau bnyk kabar buruk tentangku aku berserah kerana bg aku org yg baik adalah yg mendengar drpd kedua belah pihak. .aku pekakkan tlinga.. aku balas pandangan sinis mereka dgn senyuman.. aku tidak suka mencari musuh.. adik..aku maafkn kamu.. Lillahhi. . Semoga awk bahagia di tempat kerja baru.. tuhan itu adilkn.. segalanya telah dirancang dgn baik..
Ibu serta ayahku ditimpa ujian juga.. sesungguhnya aku lemah..aku tidak mampu mendengar walau kabar demam pon dri mereka. . Dengki si pendengki hanya Allah yg dpt membalas. . Semoga anda yg berniat jahat ke atas keluargaku diberi petunjuk oleh Allah.. alhamdulillah aku bersyukur kini emak dan ayahku kembali menjalankan rutin harian. .cuma ayahku yg masih perlu berulang ke hospital selayang. . Xpe..ayah xperlu risau.. org ada.. sentiasa ada kerna budi membesarkan org xmampu dibalas..


Agaknya apa pula dapt disimpulkan daripada gambar diatas. . Baru je kejadian ni berlaku kapada aku dan rakan sekerja. . Apa yg boleh ku simpulkan mereka yg tidak bekerja di department kami..tidak berdiri diatas kaki kami mmg mudah mengeluarkan fatwa kepada kmi.. siapala kmi untuk melawan..nanti dilabel kurang ajar. .diberi notis pula. .hanya kesabaran yg tinggi untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat ni. .
Apa yg aku mampu buat adalah berjanji dgn hati bahawa aku tidak sesekali seperti 'mereka' jika aku berada diatas pula suatu hari nanti kerana aku jga pernah menjd mereka. .aku juga merasa apa yg mereka rasa.aku juga benci melihat air muka sebegitu.. mmg hanya segelintir. .tp pepatah Melayu ada mengatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. . In sya Allah .. suatu hari nanti aku ingin mengubah sistem kejururawatan ini kearah yg lebih baik. .cuma aku butuh kalian untuk sama-sama berjuang... bkn untuk tunjuk hebat..bukan untuk buktikan kesalahan cuma ingin menjdkn sistem kejururawatan lebih telus..lebih gah..

Semoga tahun 2014 membawa satu lembaran baru buat aku.. tidak perlu aku azam baru kerana telah kulafazkan azam semasa maal hijrah bulan yg lalu.... aku cuma mahu menjd insan yg lebih baik drpd tahun sebelumnua..lebih matang dalam membuat keputusan. ..lebih santun kepada keluarga. .lebih ikhlas berbakti kepada masyarakat...lebih sempurna sebagai sahabat. ..lebih bnyk memberi daripada menerima... serta menjd hamba yg lebih bertaqwa. ..amin

Selamat datang 2014. ..
Selamat tinggal tahun 2013. ...






*Footnote;
Hari ini musuh tidak lagi tinggal di dalam selimut, Duri tidak menyorok di dalam daging untuk membalas dendam...
Sentiasa berwaspada....

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment