Pages

Friday, 27 December 2013

Ibu, emak, mama, mummy, ma, bonda, umi

Ada pepatah mengatakan "seorang ibu mampu menjaga 10 orang anaknya. .tetapi 10 orang anaknya belum tentu dapat menjaga seorang ibunya. ."

Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa

Kenapa????

KENARA ALLAH MEMERINTAHKAN

> "dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yg bertambah tambah, dan menyusuinya selama 2 tahun, bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibu bapa mu, hanya kepada-Kulah kembalimu"
(Surah luqman: 14)

> "dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dgn menanggung susah payah dan melahirkan dgn menanggung susuah payah. Sedang tempoh mengandung nya beserta dgn tempoh berceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. Setelah ia besar sampi ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah ia dgn berkata "wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan NikmatMu dan engkai kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapa ku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redahi; dan jadikan lah sifat sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat KepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang orang islam (yg tunduk patuh KepadaMu)."
(Surah al-Ahqaf: 15-16)

>"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutu kan Dia dgn sesuatu apa pun; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu..."
(Surah an-Nisa : 36)

>"Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah selain kepadaNya semata mata, dan janganlah engkau membuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaMu, maka janganlah engkau berkata (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan"Ahh", dan janganlah engkau menengking menjerkah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang sopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dgn berkata) "wahai tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dan memelihara serta mendidik ku semasa kecil"
(Surah al-Israk :23-24)

KERANA NABI JUGA MEMERINTAHKAN

>"Abu Hurairah ra berkata, "sesungguhnya datang berjumpa Rasulullah saw dan bertanya, 'siapakah manusia yang paling berhak aku layani dgn baik?' Rasulullah saw menjawab, 'ibumu'. Dia bertanya lagi 'kemudian siapa?' Rasulullah saw menjawab 'kemudian ibumu'. Dia bertanya lagi kemudian siapa?. Rasulullah saw menjawab, 'kemudian ibumu.' Dia bertanya lagi, 'kemudian siapa? '. Rasulullah saw menjawab lagi 'kemudian ayahmu'"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

> Abdullah bin Mas'ud melaporkan, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, amalan apakah yang dicintai oleh Allah? Baginda menjawab, 'solat pada waktunya' aku bertanya lagi, 'kemudian apa?, baginda menjawab berbakti kepada kedua ibu bapa. ' aku bertanya lagi,'kemudian apa?, baginda menjawab jihad di jalan Allah. "
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

> Ibnu Umar ra melaporkan, Rasulullah saw bersabda "berbakti lah kepada ibu bapamu pasti anakmu akan berbakti kepadamu. Hendaklah kamu menjaga kehormatan, pasti isteri-isterimu akan menjaga kehormatan. "
(Hadis riwayat at-Tabrani dgn sanad hasan)

> Asma binti Abu Bakar ra melaporkan, "ibuku mendatangiku, sedangkan dia wanita musyik pada zaman Rasulullah saw. Maka aku meminta fatwa kepada Rasulullah saw dgn mengatakan 'ibuku menemuiku dan dia menginginkan aku berbuat baik kepadanya, apakah aku boleh menyambung hubungan dgn ibuku?' Rasulullah saw bersabda, "ya sambung lah hubungan dengan ibumu."
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

> Dilaporkan oleh Ibnu Umar ra, seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah saw dan berkata, "wahai Rasulullah saw, sesungguhnya aku ditimpa dosa yg besar, adakah ada pintu taubat bagiku? " maka baginda bertanya, apakah ibumu masih hidup? Dijawab "tiada". Bersabda baginda "ibu saudamu masih ada?" Dia berkata "ya" Bersabda Rasulullah saw "berbuat baiklah kepadanya, "
( Hadis riwayat Tirmizi)

> Abu Usaid Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi ra melaporkan, " ketika kami sedang duduk dekat Rasulullah saw tiba-tiba datang seorang lelaki daripada suku bani Salamah berkata " wahai Rasulullah saw, adakah masih ada sesuatu yang aku dapat lajukan untuk berbaki kedua ibu bapaku setelah kedua duanya meninggal?" Baginda bersabda "ya, dengan mendoakan kedua duanya, meminta ampun untuk mereka, menunaikan janji mereka, menyambung persaudaraan yang tidak disambung kecuali kerana mereka dan memuliakan kawan mereka,"
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)



Sungguh banyak jasa dan pengorbanan mu mak & ayah. . X dapat org nak balas. .
Semoga keluarga kt sentiasa dalam rahmat Allah. .amin

♥♡♥ u


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment