Pages

Wednesday 19 February 2014

TB???

Baru-baru ni setiap jabatan di hospital ampang telah mewajibkan setiap staf kesihatan menjalani saringan penyakit TB. Mantoux test nama ujiannya. Ape kata kita ambil masa memahami sedikit tentang penyakit ini. Kerana apabila aku, antara salah seorang staf yg kurang berpengetahuan tentang penyakit ini mendapat perkabaran ujian ini wajib di ambil aku merasa begitu blur tentang penyakit ini. Bagaimana ujian Mantoux ini dapat mengesan penyakit TB. So, mulalah start enjin goggle. Aku dapat dari blog serta sumbangan en wiki... tenq

Batuk Kering
Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Di Malaysia, penyakit Tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. [1] Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-

Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Cara Penyebaran
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Ujian dan saringan

Terdapat beberapa pemeriksaan saringan yang biasa dilakukan.

Yang pertama adalah pemeriksaan kahak dipanggil - sputum for Asid Fast Bacilli (AFB). Kahak ini diambil setiap pagi setelah bangun tidur selama 3 hari. Ia bukan air liur tetapi kahak.

Kahak ini akan dilihat melalui mikroskop oleh ahli pathologi secara langsung menggunakan pewarna khas yang dapat mewarnakan kuman Tibi itu. Ini adalah pemeriksaan yang paling kuat untuk mengesahkan kehadiran kuman Tibi di paru-paru anda.

Bagi kanak-kanak yang tidak boleh batuk dan mengeluarkan kahak, satu tiub akan dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan bahan-bahan khususnya kahak pada waktu pagi untuk dibuat sampel.

Pemeriksaan yang kedua ialah dengan mengambil x-ray dada. X-ray bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian sekiranya Tibi masih baru dan belum lagi merosakkan paru-paru. Adakalanya penyakit lain juga boleh menyerupai bentuk jangkitan Tibi.

Yang ketiga ialah melalui pemeriksaan darah iaitu ESR atau Erythrocyte Sendimentation Rate. ESR ini merupakan satu indikator yang tidak spesifik yang akan memberitahu samada pesakit ini mendapat jangkitan, radang atau kanser. Sekiranya paras ESR meningkat di dalam darah contohnya kepada 100 mm/hr (normal 10 mm/hr) bermakna terdapat jangkitan yang menyebabkannya. Salah satunya Tibi.

Sekiranya kahak yang diambil 3 hari berturut-turut positif untuk kuman Tibi bagi ketiga-tiganya dan bacaan ESR yang meningkat berganda-ganda, sudah cukup untuk membuktikan anda dijangkiti Tibi walaupun x-ray dada anda nampak normal.

Mantoux test
Intradermal injection je. Setiap individu punya scoring pain tidak sama. Kalau aku pain score 1/10 je.





Owh yang ini jd kat tgn aku lepas 5/7 cucuk... just merah je xde bengkak. Reading da ambil masa 3/7 selepas injection diambil. Banyak pantang larang jugak selama incubation benda ni.. sabar oke banyak-banyak.

Penyakit TIBi mempunyai tanda2 seperti :

¤Batuk yang melebihi 2 minggu
¤batuk yang berkahak dan kadangkala disertai dengan darah
¤Berpeluh pada waktu petang dan malam
¤Susut berat badan
¤Kurang selera makan

Nasihat aku bagi adik kakak abang semua kalau anda mempunyai gejala seperti di atas atau pernah berada berdekatan dengan pesakit TB atau berisiko mendapat jangkitan TB, silalah jangan malu dan segan untuk menjalani ujian saringan. Prevent is better than cure.





Sharing is caring

*footnote
Aku tidur dan bermimpi bahawa hidup ini begitu indah sekali. Apabila aku bangun, barulah aku sedar bahawa hidup ini satu tanggungjawab.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment