Pages

Monday 10 February 2014

Jgn buang masa dengan membenci

4 hari bercuti selepas 10 hari bekerja. 2 org sudah transfer, 3 bakal transfer within this month. Bayangkan betapa ward kekurangan tenaga kerja. Bkk Fb pula pelbagai aduan mengenai jururawat sedang dimuat naik dari pelbagai segi. Hmmmmm.. aku mengeluh sendr. Memikirkan permasalahan yang tidak pernah berkesudahan. Aku cuba imbas kembali. Di mana silap kami. Kerana Allah, aku, ketika sarung sahaja baju putih tu aku melangkah dgn niat bekerja kerana Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaanku. Semoga aku tabah dan kuat menghadapi sebarang situasi yang bakal berlaku.
Walaupun cuti aku masih boleh berkongsi apa sahaja yang berlaku di ward. Malah apa sahaja berita terkini dunia juga dapat disebarkan dengan mudah dengan adanya pelbagai aplikasi moden now. Satu mesej boleh dihantar kepada hampir semua senarai kenalan di dalam telefon...
Baru sebentar tadi aku menonton drama... bukan drama tempatan. Aku terpukul. Rasa sungguh mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh seorang ibu yang menasihati anaknya. "Jangan buang masa dengan membenci. Kita tidak cukup masa untuk bergembira. Mengapa perlu membenci"
Seperti yang aku perjelaskan b4, walau aku sedang bercuti aku dapat tahu perkembangan yang berlaku di tempat lain. Jd bg aku sebelum kita menuding jari kepada orang awam yang menuduh serta mexxxxxxkn pekerjaan kita, apa kata kita perbetulkan niat dulu. Untuk maju dalam kerja serta kehidupan seharian kita perlu bekerjasama. Bidang kerja kita bukan bekerja secara individu tetapi sebagai satu kumpulan. Sesama jururawat, doktor, ppk, dietitian, juru x-ray, dan sebagainya.
Bukan ingin membuka pekung di ward sendiri, tetapi aku sendiri pernah mengalami akibat apabila memberi teguran dan nasihat. Sehingga aku hampir menyerah kalah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Apabila air mata berguguran menandakan aku tidak sanggup lagi, aku tidak petah lg untuk menghadapi dugaan ini. Aku diduga hanya kerana teguran yang diberikan yang demi kerana Allah aku menegur kerana tidak mahu lg mereka mengulangi kesilapan yang sama. Tetapi yelah... manusia ni tidak sama setiap individu. Bukan semua individu yang boleh dan sedia menerima teguran. Sehingga aku pernah berjanji kepada diri sendiri. ..ahhhh.. persetankn mereka, orang bodoh sombong ni jgn dilayan lg. Tp aku telah cuba sedayana, aku mmg tidak boleh menghalang diri menegur jika ia mmg silap di mata aku. Aku juga insan biasa. Bukan maksum. Aku jua melakukan kesalahan. Tegurla aku jika terdapat kekhilafan.
Baru- baru ni, oleh kerana satu teguran juga ada individu yang bermasam muka. Menunjukkan protes yang sgt kebudak budakan pd aku. Mmg dasarnya bukan aku yang memberi teguran. Cuma aku bersetuju dgn yag menegur kerana dengan ketidakcukupan tenaga kerja, kerjasama dalam melaksanakan tugasnya seharian sangatlah perlu demi memastikan setiap tugasan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Bekerja kerana hati. Kalau anda rasa terpaksa, ada borang berhenti kerja di public folder pc hospital. Jangan menyusahkan rakan sekerja yang lain. Setiap masalah tidak akan selesai dengan menunjukkan perasaan. Dengan menunjukkan rasa benci. Dengan menunjukkan sifat perkauman. Arhhhh...mcm-mcm.

Jum aku kongsikan doa sebelum memulakan pekerjaan.
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan daripada pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.

Bersyukur dengan teguran
Daripada merasa marah, defensif atau menyampah, bukankah kita bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghampiri kita dan meluangkan masa untuk menegur dan menasihati untuk kebaikan kita? Tidak perlu berkomunikasi dengan kasar sebagai respon kepada teguran, tetapi terimalah dengan hati yang tenang dan berlapang dada.
Teguran itu mungkin ilham daripada Allah tetapi dititipkan melalui insan lain. Bersangka baik kepada orang yang memberi teguran, dia menasihati kerana cinta dan sayang. Yakin dan percaya bahawa pandangan anda betul tetapi berkemungkinan salah, sedangkan pendapat orang lain salah tetapi berkemungkinan betul.
Jangan pandang siapa yang mengatakan tetapi lihat pada nasihat yang diberikan. Bersyukur dan redha kepada Allah, bukan kepada orang yang memberi nasihat.
Nasihat dan teguran biasanya disampaikan atas dasar kasih sayang dan bertujuan untuk melindungi. Allah berfirman:" Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan -pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. "
(Surah al-Asr 103: 1-3)
Ayat diatas membuktikan Allah sentiasa mengingatkan kita agar menggalakkan, meyakinkan serta membimbing satu sama lain ke arah kebaikan dan kebenaran.
Namun begitu, ada kalanya kita berasa sukar untuk menerima teguran sekalipun teguran itu jelas dan mudah untuk dilakukan. Ingat peringatan halus yang Allah sampikn buat kita : "sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" ( surah al-Ra'd 13:11)
Ingat! ! Allah tidak akan mengubah nasib kita sekiranya kita sendiri malas untuk berubah.

Hubungan Silaturahim..
Selepas menerima teguran hubungan yang rapat terus putus. Tidak lagi ada gelak tawa, malah ada yang sehingga bermasam muka. Hanya kerna satu teguran.
Allah berfirman dalm surah al-Hurujat ayat 13, yang bermaksud "wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal."
Orang yang mengeratkan hubungan kekeluargaan akan dimurahkan rezekinya.... jum akhi ukhti kita menjalinkan ukhuwah fillah abadan abada.








Sharing is caring

*footnote
Tidak ada nasihat dari mana-mana insan yang tidak bernilai. Sedangkan jam yang sudah mati sekalipun ada betulnya 2 kali sehari.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment