Pages

Tuesday 11 February 2014

Rahsia si buah delima...

Suatu ketika dulu, kira-kira setahun yang lalu ibuku diserang penyakit yang tidak boleh diubati oleh ubatan moden. Sudah banyak kali berulang ke hospital kerajaan dan klinik. Masih tetap sama. Aku pusing. Pening memikirkan permasalahan ini. Nasib juga aku bekerja di ampang, tidaklah jauh mana untuk berulang ke teluk intan. Adik perempuan pula berhenti kerja untuk menjaga ibuku di kampung. Pelik. Itu sahaja yang mampu aku katakan. Masuk sahaja lepas asar maka ibuku mula menjadi tidak tentu arah. Chest thighness and SOB sehingga membawa ke subuh. Lagi satu yang menambah kegusaran kami sekeluarga ibuku tidak boleh langsung masuk ke dapur. Malah jika hanya menyentuh barangan dapur sahaja sudah mula rasa penat.
Sedih serta pilu. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku sewaktu pulang ke kg melihat keadaan ibuku. Super women. Itulah gelarannya dahulu.
Sebagai keluarga yang terlibat dalam biznez masak memasak ni makanan mmg selalunya berlambakan diatas meja. Hiba rasa hati bila pulang ke kg, ayahku yang jika waktu kerjanya hanya membelikan makanan bungkus sahaja untuk dimakan. Nasib aku juga diberi cuti yang panjang oleh sister untuk menjaga ibuku yang sakit. Boleh la juga aku masak apa sahaja yang diidamkan walau x sampai beberapa sudu baru dijamahnya.
Pelbagai usaha dilakukan. Sehingga pada suatu hari aku melihat iklan di tv mengenai khasiat buah delima. Lantas aku belikan untuk ibuku. Aku beli buah segar juga jus yang dijual di pharmacy. Aku tawakal. Bukan wang ringgit yang aku kirakan. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah, ibuku kini sembuh. Aku bersyukur. Kini perniagaan catering berjalan seperti biasa kembali. Mungkin ibuku sudah tidak seaktif dulu. Namun bukan mudah menolak permintaan mereka yang sudah biasa menempah padanya. Air tangannya mmg tiada tandingan bg aku...


Khasiat Buah delima untuk kesihatan

Buah delima mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
Buah delima dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
– buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
- Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah study, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

Sumber nutrisi: Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Pada asasnya, tanaman perdu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong dan kecil. Kulitnya berwarna hijau kekuningan, bentuk buahnya pula seperti buah epal dan mempunyai kelopak bermahkota. Didalam buahnya tersusun beratus-ratus biji berwarna merah dan kantung-kancung kecil inilah yang memberikan jus segar serta rasanya manis masam.


Buah delima adalah sejenis buah yang ditanam dari China hinggalah california. Ia juga dikatakan berasal dari Mediterranean dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional.
Keunggulan buah delima ini adalah susunan buahnya yang diperkukuhkan oleh tampalan kulit yang dapat memelihara mutu sehingga 6 bulan. Buah delima juga boleh berbuah diantara setahun dan 3tahun selepas ditanam.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembab. Oleh itu, ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada, paru paru dan melegakan batuk.

Sifatnya:
Kulit dan bunga - rasa masam dan pahit. Ia berkhasiat menhentikan pendarahan, anti virus dan cacing usus.
Daun - membantu dalam mengurangkan senggugut
Isi buah - bahan penyejuk dan membuang angin
Biji - berkhasiat untuk mengurangkan demam, anti toksik dan mengurangkan batuk.

Sedikit petua;

Keputihan - ambil 30gm kulit buah delima kering, rebus dengan 1 liter air.masak sehingga kering sebahagian air. Minum ramuan 2 kali sehari.

Gangguan penghadaman - 50gm daun delima segar direbus bersama dengan air. Minum ketika suam.

Kembung perut - ambil 5 helai daun buah delima dan rendam bersama 1 gelas air panas. Minum ketika sejuk sebanyak 3kali sehari.

Turunkan berat badan - ambil 2 genggam daun delima muda. Ramaskan dwngan air masak yang dicampur sedikit garam. Perah dan ambil patinya. Minum 2 kali sehari.

Pendarahan - rebus bunga delima 20gm dengan 3 gelas air bersih minum air rebus tersebut sebanyak 2 kali sehari.

Masalah cacing - bersihkan akar delima yang telah dikeringkan (lebih kurang 7gm). Rebus dengan segelas air selama 15 min. Minum ketika masih suam.

Luka - campurkan serbuk buah atau bunga delima dengan sedikit minyak sayur. Gaul dan sapukan pada bahagian luka.

Radang gusi - cuci buah delima (7 kuntum) dengan segelas air yang bersih sehingga mendidih. Boleh gunakan air tersebut untuk berkumur.

Batuk - ambil sebiji buah delima yang belum masak, kunyah biji delima sebelum tidur.

Kencing tidak lawas - ambil isi delima dan segenggam daun kucai. Potong dan rebus dengan 3 gelas air bersih. Minum air rebusan sebanyak 2 kali sehari.

Sakit tekak - ambil sebiji buah delima segar, kunyah dan buang bijinya. Lakukan 2-3 kali sehari.

~ insya Allah~

Itulah keistimewaan dan keunggulan buah delima. Buah delima atau 'ar-rumman' telah disebut sebanyak 3 kali dalam al-Quran dan ia adalah salah satu pokok dari syurga.




Sharing is caring

*footnote
Kebenaran itu bukan setakat makanan tetapi ia adalah perencahnya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment