Pages

Sunday 23 February 2014

Jalan TAR



Gambar entry aku kali ni macam xde kena mengena dengan gambr kn..
Emmm... kasut ni baru beli last week masa sambut 1 of my fren punya birthday. Happy...


Hari ini selepas pelbagai acara memenuhi kamus hidup aku, aku berjanji untuk melangkah ke aku yang baru. So kasut baru ni kire lambang aku nak menjd orang baru. A new me. Selepas dah menarik nafas panjang. Fikir sehabis baik. Aku membuat keputusan La tahzan. Hidup ini umpama roda. Bersiap sedia bilamana kita yang mungkin berada di bawah nanti. Sambil teringat salah satu rangkap lagu Tan Sri P.Ramli "buang yang keruh ambil yang jernih..baru teguh peribadi"
Melangkah la kami laju menaiki pacuan empat roda ke jalan Tar. Di hari sabtu ni wahhhh begitu ramai umat manusia menghabiskan masa di Sogo tu rupanya. Almost 2 years kot aku tak jejakkn kaki kat pasaraya yang gah ni. Macam xpercaya jekan. Sebab duduk kat area ampang jek. Tapi sebenarnya sebab terlampau banyak lagi pasaraya yang telah ditawaf...hihi... Sambil ada barang wajib di beli. Dah masuk sogo al maklum sahajalah. Melayangla sikit RM. Beli sikit hadiah untuk adik tersayang kat sini. Kena pula angin petang. Fuhhhh, hilang stress beb wa cakap sama lu. Hihi
Sat je pon aku masuk situ, sbb bukan itu tujuan asal keluar. Brang yang wajib beli da grab awai-awai. So keluar. Next destination. Cari laksa gegegemaran kat jalan TAR nun. Jauh kan cari. Actually, bukan susah pon nak buat, tapi saja nak keluar hilangkn stress ni. Lgpon sudah janji dengan kaklong n adik kecik. Xsampi pulak hati nak mungkir. Tengok. Anak sulung da ade kak long. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Dalam perjalanan sinngah beli barang dulu. Perempuan. Xperlu jelaskan banyak. Sebenarnya nak mencari tudung kerja tapi xde pulak warna yang berkenan. Tetibe nampak kain telekung lycra RM 35 jek.. murah sgttttt.... memang wajib masuk kedai ni. Baru je that day ade pesakit di hari discharge hadiahkan telekung untuk setiap staf. So kalau nak beli baru untuk aku macam xlogik je. Sebab murah dan cantik so beli satu untuk mak. Mesti mak suka.
Ha...sampi pon kat destinasi. Dapat seat. Bismillah. Citcat sambil share gambar kat member yang balik Joho. Jahat sangat niat.
Adik manis sorang ni nak sambung dating. Dah nasihat xbaik keluar maghrib dik. Owh..non Muslim. Apela aku ni.

Oke..habis cerita pasai aku. Now nak cerita tentang tajuk ni. Jalan TAR. Siapa yang xtahu jalan ni kalau anda duduk area kl dan sewaktu dengannya. Tambahan kalau waktu menjelang raya. Penuh sesak orang. Lagi ramai manusia dari barang jualan kot. Oke. Hiperbola sangat pulak. Sama lah mcm hari Sabtu. Sebab ada pasar malam kat jalan ni. Ramai sangat orang. Aku dahla x suka keadaan crowded macam ni. Tapi kami keluar awal dan memang niat nak balik awal. Dalam perjalanan setelah mengenyangkan perut ni, ada satu insiden berlaku. Bukan pada kami tetapi pada penjual di sini. Terlampau ramai manusia bila hari makin gelap. Parking kereta paling hampir pon terasa jauh nak sampai. Dan di tengah-tengah umat manusia yang bersesak-sesak ni, boleh pula ada hamba Allah yang tanpa segan silu membawa motornya ke dalam. So, terjadilah insiden dimana seorang penjual kain pasang telah menegur hamba Allah ni. Mungkin kerana keegoannya dia melawan kembali. Yang lain hanya menjd pemerhati. Yelah semua orang keluar dengan bertujuan. Aku pun sambil lalu sahaja melihat telatah ni. Hmmm.. boleh pulak hamba Allah ni parking ketepi. Namun, bukan berniat untuk memudahkan perjalanan orang lain tetapi mahu cari gaduh dengan penegur tersebut. Geleng kepala. Emangnya terbukti manusia ni mempunyai pelbagai ragam. Kemon la
Kurangkan sikap panas baran. Jangan mudah naik angin untuk benda kecil yang boleh di bawa berbincang. Malas nak ambil peduli. Jadikan tauladan sudah. Lgpon jalan terlampau sesak untuk berhenti. Azan sudah kedengaran tadi. Membawa maksud pulanglah anak-anak sekalian.
Jalan TAR akan sentiasa menyinari malam-malam minggu di KL. Akan sentiasa ada untuk memberi kemudahan kepada golongan pertengahan macam aku ni. Maybe time nak raya nanti baru aku kembali. Sementara itu, kepada penjual disana teruslah menjual dengan jujur. Allah sentiasa melihat setiap perbuatan kita. Segalanya akan ditimbang nanti.

Tak sabar menanti hari esok. Ade mission. Hihi.. tungggguuuuuu.......






Tetibe dapat masej dari sister ada kursus hari isnin nanti. Hope aktiviti esok tak mberi impak pada prestasi hari Isnin nanti.








Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment