Pages

Thursday 20 March 2014

Don't judge the book by its cover

Selamat pg. Masih dalam mood #MH370. Malaysia masih berteka-teki di mana ia. Semakin ramai 'pakar-pakar' membuat andaian dan ramalan yang maybe selepas semua ni terungkai kerajaan boleh hire dorang ni bekerja untuk kerajaan or maybe kerajaan Malaysia boleh create new job for them. Huhu. Jangan terasa ye kenkawan, ini pendapat peribadi I jek.
Oke, macam tak kena je dengan tajuk kan pembuka bicara aku pagi ni. Actually, aku nak kongsi sikit pengalaman aku. Aku sebenarnya bekerja malam. Baru je habis malam ke2. Ada satu lagi malam yang perlu ku tempuh. Pagi tadi masa sedang membeli barang keperluan untuk masak.
Makcik a : ada nurse baru duduk sini, macam X pernah nampak je membeli kat sini.
Aku : ye makcik. Baru je bulan ni jadi orang taman ni pulak.
Makcik b : owh...patutle.. tapi macam biasa tengok je anak ni.
Aku : saya kerja hospital ampang je. Dulu duduk pon dekat2 sini je. Kot kita pernah jumpe.
Makcik a : dah kawen ke cik misi.
Aku : emm...betulla tu makcik cik lg.
Makcik a : eh bujang pon masak ye. Makcik ingat orang bujang membeli je. Balik kerja tidur.
Aku : senyum sambil terus pilih ikan.

Imbas kembali kejadian beberapa hari yang lalu. Di awal pagi Isnin aku meluncur laju berniat mahu membeli-belah di tesco. Hmm..tetiba hati berat untuk aku ke kampung. Niat asal aku batalkan. Kereta terus meluncur laju ke kampung. Selepas kejadian MH370, membuka mata dan hati aku bahawa sekelip mata je Allah nak tarik semua yang kita ada. Berkasih sayang sementara kita masih mampu. Menyayangi sementara nafas masih ada. Mak telefon kata ada jiran langgar semasa di simpang jalan. Motor rosak tidak langsung ku pedulikan. Ya Allah rasa nak terbang aku ke kampung. Lambat sangat aku rasa kereta aku bergerak menyusuri lebuhraya PLUS. Aku meminta izin ayahku untuk membawa mak balik ke ampang. Sekurang-kurangnya aku ada dan boleh merawat serta menunaikan tanggungjawab sebagai anak sulung keluarga.





Ini antara bahagian yang luka. Yang lain aurat membatasi aku untuk berkongsi gambar. Nasib aku bekerja di hospital yang mudah untuk aku mendapat kemudahan ubatan untuk sakit dan memcuci luka.
Masuk hati ke3. Mak mengadu sudah bengkak dan tidak boleh bergerak. Ya Allah, berat sangat kaki aku untuk melangkah untuk pergi bekerja. Hampir membuat keputusan untuk mengambil emergency leave. Hmmm..tapi aku juga memikirkan kawan sekerja. Berbelah bagi. Kedua-duanya tanggungjawab dan amanah yang perlu kupikul seadilnya.
Biasalah bila sakit, selera makan mula tiada. Setelah masak bubur dan memberi mak makan ubat aku suruh mak berehat dan tidur. Melangkah dengan doa mengiringi setiap langkah moga tuhan kuatkan mak. Jaga mak. Sihatkan mak sementara menunggu kepulanganku dari kerja. Sedaya upaya aku senyum melayan keletah pesakit di ward pula. Aku tahu, aku perlu membezakan masalah peribadi dan kerja. Hanya tuhan yang tahu didalam hati aku. Betapa risaunya aku keadaan di rumah. Betapa aku ingin masyarakat tahu, apa yang aku korbankan. Bukan mengeluh. Bukan protes. Aku hanya ingin mereka tahu. Hanya ingin mereka mengerti.

Alhamdulillah, mak masih senyum menungguku. Hilang rasa penat. Hilang rasa mengantuk. Biasanya selera orang sakit ni kurang. Dan memang kalau sakit mak boleh makan bubur atau nasi putih berlaukkan singgang. Itu sahaja yang boleh ditelan. Persiapkan barang untuk masak.

Selesai.

Kasih ibu. Walau sakit mak tetap menghalang aku untuk masak. Disuruhnya tidur. Ala mak.. macam tak kenal anak mak sorang ni. Sedangkan kampung boleh sampai inikan pula setakat masak simple je. Aku risau mak lapar jika aku memenuhi keperluan tidur pula sat lagi. Ada satu malam lagi ni oi.
Ha...tengok. kalau aku boleh rakam mak aku sakit-sakit tetap risaukan aku. Sakit matanya barangkali tengok aku berbelog pula. Hihi. Ye.. menurut perintah. Sat na. 5 minit lagi. Nak tulis penutup pula.

So, apa yang aku ingin simpulkan kat sini. Setiap orang ada masalah sendiri. Cuma tak semua orang suka bercerita. Senyum dan sentiasa gembira, tetapi kita tidak pernah tahu apa masalah yang dipikul mereka. Bujang pun memikul tanggungjawab. Jangan sampai kecil hati mereka semasa kita mengeluarkan kata-kata.

Astalavista bebeh....

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment