Pages

Friday 7 March 2014

Tinggal kenangan. Mulakan kenangan baru



Ye....
Disinilah aku memulakan hidup sebagai seorang cik jururawat. Hampir genap 4 tahun 3 bulan aku duduk dini. Daripada duduk bersama rakan sekerja yang sering bertukar ganti hingga aku duduk bersama family. Akhirnya, decided untuk mengambil udara baru.
Sememangnya aku kalau boleh tidak mahu pindah dari sini. Di sinilah aku belajar tentang susah payah hidup sendiri. Makan pakai sendiri. Menjadi saksi jatuh bangun aku. Di sinilah aku kenal erti siapa kawan siapa teman. Di sinilah aku menjadi lebih dewasa. Memenuhi patah perkataan dalam diari hidup aku.
Kisahnya bermula apabila agen rumah mula membuat onar kepadaku. Ahhhh... sebagai penyewa aku juga ada hak aku. Isu bil serta maintenance problem yang tidak dibayar. Serta bermacam lg. Bukan niat untuk memburukkan. Cuma harus berwaspada kepada sesiapa sahaja. Masing-masing mencari peluang untuk memperguna kita.
Terus terang aku sangat selesa disini. Kemudahan yg lengkap. Hospital depan hidung je. Senang untuk aku dan adik2 ke tempat kerja. Tetapi sekali ditipu aku mmg payah untuk memberi kepercayaan kepadanya lg.
Alhamdulillah. Rezeki aku. Mulanya ada rakan yang carikan rumah baru ni di Internet. Jauh sikit dari hospital. Tp still nampak hospital dan kl. So jauh mane la jgk. Pasni kena pusing stering hari-hari la nampaknya. Terima kasih kawan mempertemukan aku dgn rumah ni. Aku sangat menghargainya. Urusannya sangat mudah. Lancar je. Segala urusan terus direct owner. Owners pon alhamdulillah sangat membantu kami. Rumah agak selesa.
Penat. Letih. Habis tenaga. Sakit badan. Semua rasalah. Wang jangan cakap mengalir lagi laju dari air kat Selangor neh. Urusan pindah rumah sangat memerlukan tenaga, wang serta masa yg banyak. Tambahan pula aku bekerja shift malam. Terpaksa membahagikan waktu tidur siang dgn urusan pemindahan. 3 malam aku bekerja dgn kacip fatimah wa cakap sama lu. Malam 3 mmg bateri dah sangat kong. Nak buat mcm mana. Sendri cari. Sendiri tanggung la beb. Barang pulak mengalahkan orang dah berfamili. Lori 5 tan pon xcukup. 10 kali jgkla ulang alik ngan kreta pulak. Sabo jela.
Mak ayah yang datang dari kampung turut membantu. Tambah pulak mak aku yang memang xboleh tgk bersepah. Cepat je tgn jalan tolong mengemas. Lege..... hihi...
Dan yang paling aku bersyukur prosedur ayah yang perlu dilakukan di hospital selayang tidak perlu dilakulan kerana batu karang yang terdapat dalam kidney tu da semakin mengecil. X sia-sia seharian aku habiskan masa di hospital selayang td.
Mmg kamus hidup aku penuh warna warni bulan ni. Susah payah perit getir suka benci gembira sedih dtg complete set. Tarik nafas. Redah jelah. Try senyum evan ada problem pulak dtg td. Dugaan tu wana. Sabar.



Nak rehat.. esok perlu sambung menyusun semula barang.









*notakaki
Encik encik puan puan abg abg kakak kakak cepatlah siapkan rumah anda tu. Management sini xbkk air bersih selagi revocation x siap habes.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment