Pages

Wednesday 12 March 2014

Doa untuk MH370



Amin....

Aku cuti last weekend. Namun, cuti aku kali ni dihabiskan dihadapan tv dan internet. Aku tidak mahu terlepas sebarang info terkini. Berita yang kini menjadikan Malaysia menjadi tumpuan dunia. Sesungguhnya ini ujian dariMu ya Allah. Permudahkan segalanya. Tunjukkan kebenaran kepada kami. Permudahkanlah urusan keluarga mangsa.
Walau tiada famly aku dalam flight tersebut namun, sebagai rakyat Malaysia, sebagai umat islam, dan sebagai manusia aku juga terkesan di atas kejadian ini. Aku hanya mampu mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.
Aku pelik dengan sesetengah pihak yang tiada perasaan empati dalam diri mereka. Entah kemana hilang sifat kemanusiaan mereka. Secara membabi buta dengan angkuh dan tanpa rasa bersalah menulis status berbaur gurauan atas kejadian ini. Dunia akhir zaman barangkali. Bila ditegur pula makin menjadi-jadi kemarahannya. Ye. Benda dah jd. Yang hidup kena move on. Tetapi tidak salah menunjukkan sedikit simpati kepada keluarga mangsa. Cuba letakkan kaki kita dalam kasut yang mereka pakai. Cuba pahami beban yang mereka tanggung. Sedih. Sedih aku dengan sifat segelintir manusia ni. Belum lagi yang mereka-reka pelbagai andaian. Menjadi detective Facebook dan Twitter. Menjadi penyiasat persendirian di WhatsApp. Arghhh lemas aku dengan semua ni. Maybe terlampau banyak masa yang terluang untuk mereka pelbagai andaian yang tidak berasas.
Apabila terjadi musibah sebegini. Sepatutnya awal lagi kita sudah meminta pertolongan daripada yang maha Esa. Bukan nak perlekehkan raja bomoh tu, maybe itu usaha yang segelintir dapat fikirkan setelah seluruh dunia menghantar pelbagai alat berteknologi tinggi untuk membantu mengesan flight tersebut. Di sinilah kita seharusnya imbas kembali diri kita. Adakah kita redha dengan setiap ujian yang telah ditetapkan. Adakah kita membuktikan rukun iman ke 6 itu. Percaya kepada qada dan qadar Allah. Segalanya boleh terjadi. Segalanya logik apabila telah ditetapkan oleh Allah.
Dalam al-Qur’an Allah berfirman: “Inama Amruhu Idza Arada Sya’ian An Yaqula Lahu Kun Fayakun” (QS. Yasin: 82).
Banyak juga yang terlintas dalam fikiran aku semasa mula-mula berita kehilangan kapal MH370 ni. Sehingga terkadang aku hampir terpengaruh cerita yang telah member forward samada di FB, twitter or WhatsApp.
Bila tersebar cerita MH370 di hijack aku teringat kisah armada yang datang untuk menghulurkan misi bantuan kemanusiaan. Israel laknatullah telah menyerang kapal Mavi Marmara yang dalam perjalanan ke Gaza. Malah ada yang telah syahid dan cedera.
Bila tersebar MH370 hilang begitu sahaja, teringat aku salah satu kisah di dalam al Quran ; “Ingatlah tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi Kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu. Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung bberapa lama mereka tinggal (dalam gua itu). Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” (QS Al-Kahfi [18]: 10-13)
Ashabul Kahfi adalah kisah sejumlah pemuda yang beriman kepada Allah SWT. Bersama mereka, ikut pula seekor anjing. Tertidur dalam gua selama ratusan tahun, para pemuda Ashabul Kahfi pun selamat dari kekejaman Diqyanus, raja Romawi pemuja berhala.
Tiada apa yang mustahil bagi Allah swt.
Apabila desas desus mengatakan MH370 terhempas malah ada pakar-pakar tidak bertauliah begitu marah kerajaan Malaysia masih belum mengumumkan sedangkan berita di cnn dan luar negara sudah aktif mengatakannya, baca pula kisah ini ; Kalau mahu contoh peringkat antarabangsa dan pesawat komersial, cuba baca mengenai kisah Air France penerbangan 447. Ia terhempas dan menyebabkan kematian 216 penumpang serta 12 anak kapal pada 1 Jun 2009. Bangkai pesawat hanya ditemui dua tahun selepas kejadian. Kotak hitam pesawat ditemui pada Mei 2011.
Rakyat Malaysia, pahamilah. Ia kejadian yang sangat sukar. Bukan mudah kita memberi kesimpulan. Ia melibatkan banyak pihak. Banyak negara. Banyak agama. Banyak nyawa.
My fellow friends, buka mata. Buka hati. Buka minda kita. Berdoalah. Suka saya kongsikan kata-kata bagi juruterbang pesawat 777-200 MAS, Kapten Norudin Abd. Majid, disebalik semua itu sebenarnya hanya ada DUA CARA untuk menemui pesawat tersebut.
Pertama, doa orang yang soleh dan kedua, doa dari ahli keluarga, Allahu Akbar.
Percayalah, anda tidak akan temui ulasan sebegini dari mana-mana pakar penerbangan Barat!


Wallahuaklam. ..



Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment