Pages

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, 3 April 2015

GST oh GST

April 2015 titik sejarah bermula buat semua rakyat Malaysia apabila negara bertuah bumi tercinta Malaysiaku kini mula berGST.

6%

Dalam minggu pertama menyesuaikan diri dalam langkah berbelanja dengan bijak. Kerajaan bukan tiba-tiba hari ni umum esok start GST ni. Lama dah. Lama dah duk rancang. Duk canang. So sepatutnya kita lama dah bersedia mental dan fizikal.
Kira # paling trending minggu ni tak payah nak cari lagi. SOT. Sah. Semua #gst. Am I right.

Aku???

Actually, sejak 6% GST ni terlaksana aku belum berkesempatan nak berbelanja. So memang masih belum terasa kehangatannya.
Tambahan masih bujang trang tang tang. Tinggal pula bersama sedarah sedaging. Berkongsi apa yang sedikit. Bergembira dengan yang banyak.
Tidak dinafikan memang banyak keluhan aku dengar terutama yang sudah berkeluarga. Perbelanjaan makin tinggi katanya. Oleh kerana tidak mempunyai ilmu yang penuh di dada untuk menyokong atau membidas setiap kenyataan itu, so masih belum banyak berbicara. Takut menyinggung pihak lain. Bukan aku yang pikul beban mereka.

Aku selalu cuba berfikir positif. Yelah.. jika aku menyatakan sekeras manapon, membidas sekuat manapon, aku hanya rakyat biasa. Bak anjing yang menyalak bukit. So, awai-awai ceq dah bersedia.
Dah jadipon. Tak berguna lagi nak bangkang. Hatta, evan aku mogok tak makan sebulan pon tak jadi apa.
Bersedia apa yang patut. Katakan tidak mana yang tak perlu. Sedikitkan mana yang tak penting. Simpan mana yang lebih. Buang mana yang buruk.
Bak kata mereka kita kaji dalam masa 3 bulan ni. Okey... kaji jangan tak kaji. Kan dah janji. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.



Kita mewah. Banyak hasil bumi. Negara bertuah. Dari kecil dah biasa barang free. Dah dimomokkan yang free itu memang hak dan milik kita. Sesekali kena bayar siapa yang tak marah beb. Sedangkan bayar yang singgit kat sepital kerajaan pon orang nak servis tiptop dan dan tu. Gaji kite mereka yang bayar katanya. Yelah.. aku mana pernah bayar pape. Cukai zakat semua tak bayar. Kannnn.
Oke.. sarcastic sangat dah kenapa.

So... bagi membuktikan aku rakyat yang membantu negara, telahku berjanji mahu ngedate dengan adik-beradik semua esok. Berbelanja. Kot boleh kongsi pula kesannya padaku. Wawawawa. Ngak sabar pula rasanya.
Owh.. pasti ada manusia yang sedang cuba memutar belit serta amik kesempatan. Jom kita download ebook pasal GST. Tengok mana barang yang sepatutnya naik. Mana barangan yang boleh shopping baru. Kita kena tahu dan ambil tahu. Barulah tak jadi mangsa nanti.

Eh.. jap. Selama ni kita makan kat kepci, pijahat, mekdonel, kedei setimbot, macam dah lame je ade gst. Penuh je hari-hari wa tengok. Adele kejap that day mase boikot, kosong sat. Krik krik krik.

Dah terlaksana. Berbelanja dengan bijak. Kita hidup bukan untuk hari ini sahaja tapi untuk masa depan.
Biasalah ayat yang akan selalu dengar lepas ni. "Hampa tak pelah. Kerje kerajaan. Bulan-bulan gaji masuk. Bolehla cakap tak kesah. Kami ni len".

Baik.
Aku faham. Bukan semua orang ada simpanan dalam akaun bank miliknya. Ada cash dalam beg duitnya. Bersabarlah. Rezeki tuhan yang tentukan. Bukan sebab GST kita jadi miskin. Cuma perlu usaha. Mungkin ada insan yang hanya usaha sikit besar ganjarannya. Mungkin pula ada insan yang tulang empat kerat perlu dikerah untuk rezeki kecil itu. Setiap apa yang kita lakukan ikhlas kerana Allah pasti ada ganjarannya. Mungkin bukan di dunia yang penuh pancaroba ini, tetapi di sana yang kekal abadi nanti.


Hihihi....






Ps/
Ramai manusia kecewa kerana mereka tidak tahu bersyukur.






Sharing is caring

posted from Bloggeroid

Saturday, 28 March 2015

Suara Pekerja

Pekerja pembangunan negara
Berusaha bekerja bersama
Bangun Malaysia negara tecinta
Membantu rakyat jelata

Bersih, cekap dan amanah
Amalan hidup seharian
Dedikasi, jujur dan ramah mesra
Tingkatkan mutu perkhidmatan


Usah digugat semangat kami korus
Menghalang usaha kami
Kesatuan pembela pekerja
Pekerja nadi negara

Bersama bersatu berbakti
Tetapkan semangat kami
Perjuangkanlah nasib pekerja
Agar hidup aman sejahtera

ulang korus







Sharing is caring
posted from Bloggeroid

Tuesday, 24 March 2015

Tesco home delivery

Hi korang.

Salam satu Malaysia.

Hari ni aku nak berkongsi berkenaan home delivery tesco ni. Aku pasti pasti ramai daripada anda dah mencubanya. Aku je yang lambat sikit nak share sini. Tapi kot ada yang masih belum berani meh aku nak share sikit.
First korang kena la bukak laman web die. Taip je kat Google, kat Internet Explorer, atau ape-ape pon boleh. Then masuklah apa yang perlu. Ala.. jangan risau. Mudah je. Takdelah macam nak jawab soalan exam. Just complete kan semua data diri untuk kemudahan penghantaran.
Lepas tu klik je ape saja yang korang mahu. Kalau yang ada promosi akan ada di page paling depan. Yang lain korang nak silalah searh sebab ade beribu-ribu lemon kat situ.



Sudah selesai membeli??? Maka satu email pengesahan akan dihantar kepada anda. Yang bestnya kita masih boleh tambah atau tolak barang yang telah kita select sehingga tarikh yang diberikan. Kira beberapa jam sebelum waktu penghantaran yang anda sudah pilih.
Tiada cas penghantaran dikenakan kecuali pada waktu puncak iaitu jam 12pm-3pm itupon kalau tak silap aku dalam rm2 / rm3 je. Sebab aku kebiasaan akan pilih waktu petang atau malam.
Malah jangan risau. Pihak tesco akan menelefon anda dahulu untuk memastikan anda berada dirumah atau tidak sebelum waktu penghantaran.

Bayaran??



Anda ada kredit kad atau debit card sudah semestinya boleh. Tapi masih belum boleh bayar secara COD lagi.
Jika bahan yang dipilih tiada stok, tesco akan menggantikan barang yang lain. Maybe pertukaran dari segi jenama, saiz, atau kuantiti. Tetapi anda jangan risau. Barangan tersebut akan diletakkan di dalam plastik yang berasingan. Anda berhak untuk menolak barang tersebut.



Dalam plastik biru ni lah. Barangan lain akan diletakkan dalam plastik tesco biasa.

Just Klik dan ding dong barang sampai depan pintu. As simple as that. Bestkan. Cubalah. Tapi nasihat aku kalau anda tak biasa beli barangan online bolehlah cuba membeli sikit dahulu. Then, kalau berpuas hati silalah menggunakan kemudahan perkhidmatan yang diberikan.

Tapi.. belum semua tempat jugak di hantar. Kalau anda duduk di kawasan yang jauh di pedalaman atau memang tiada tesco di kawasan penempatan anda, kemudahan ini memang tak adalah.
Anda bayangkan apa yang anda telah jimatkan. Masa sudah semestinya. Kalau weekends di minggu gaji perghhh memang payah la nak bersesak bagai. Jimat minyak kereta menempuh sesak di MRR2. Jimat tenaga. Hihi..

Perlu diingat bukan semua barang ada. Kalau nak beli peti ais, almari 4 pintu, aircond bagai korang kenalah p tesco sendiri atau kedai elektrik berdekatan.
So far, aku belum cuba lagi beli barang basah seperti ikan, ayam, daging dan yang sewaktu dengannya. Bukan tak ada cuma yang ni aku lebih prefer nak belek-belek, rasa-rasa dulu. Kalau sayur tu buat masa ni yang sampai fresh lagi.

Jika ada pihak pengurusan tesco membaca entry aku ni. Aku nak cadangkan semasa proses pembelian anda boleh bertanya sama ada mahukan plastik atau tidak. Kita kan sekarang ni sudah tinggi kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar.

Betapa mudahnya kehidupan kita di zaman serba moden ni kan. Haisssss... kalau ade perkataan malas tu dalam kamus hidup lagi tak tahulah na oii..





Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Saturday, 27 September 2014

Keluarga Iskandar

Hai korang.....

Eh.. assalamualaikum.

Korang tengok tak cerita keluarga Iskandar ni. Dah masuk musim kedua pon. Yang tak pernah tengok aku highly recommend cerita ni kat u ols. Ni barisan pelakon die



Korang tak rasa muak ke dengan cerita tak kira baru atau cerita yang dah sepoloh kali tayang berkisar benda yang sama. Jalan cerita yang boleh di agak. Especially drama bersiri melayu la ni lah.
Miskin samada lelaki or perempuan then kahwin paksa or terpaksa rela with keluarga yang super kaya then klimaks dgn satu watak antagonis and the end happy ending la.
Awal2 kemunculan drama-drama daripada novel ni memanglah excited kan. Yela untuk peminat tegar pembaca setia novel ni. Evan biasanya feel die tak sama kan. Sebab kalau kita yang baca novel tu biasanya siap boleh jadi watak hero or heroinnya dalam tu. Ala takyah nak kate tidak sangatlah. So bile some of watak yang pelakon tak hayati betul-betul kita jd down. Pon boleh.
Masalahnya, ia start jadi boring bile lambakan cerita novel di dramakan or di panggungkan. Lepas satu satu dengan jalan cerita yang hampir sama. Dilakonkan pula dengan kayu kayan tak cukup menghayati watak lagilah kita tak mau nengoknye. Tengok aku kritik das das dum. Ce tengok belakon sikit jadi ke tak. Hihi.. dah tu pilihan deme kenalah buat yang terbaik kan. Kena kritik biasalah. Mana ada manusia perfect kat dunia ni.

Oke, selesai tugas mengkritik tak bertauliah. Aku nak ajak korang tengok cerita ni sebab ia lain daripada yang lain. Cerita ringan. Bolehlah ditonton seisi keluarga. Ada mesej yang boleh dijadikan panduan. Dan ia macam realiti. Real life keluarga melayu kite ni. Sebab tak rasa mcm lakonan so kita rasa rapat dengan cerita ni. Cewah. Aku kalau dapat puji pulak.
Drama bersiri keluarga yang sudah masuk musim kedua ni ditayangkan setiap hari isnin jam 10 malam. Tertinggal? ? Lupa?? Kerja malam?? Dating?? Tidur awal?? Jangan risau.. gunakanlah aplikasi PVR yang korang pasang tu. Takde??? Apedehal... astro kot, ulang pagi petang siang malam hampir 2 3 channel.



Yang ni aku saje iklan. Mengenang nasib adik-adikku terpaksa seat for another exam. Bersabarlah ye adik-adik sayang. Buat yang terbaik hujung bulan ni. Semoga dalang yang membuat emosi adik-adik ni terganggu dapat dicari. Siap kau... dosa percuma dapat buat kat adik-adik yang xberdosa ni.



Last but not least



Selfie sikit






Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Sunday, 1 June 2014

Till we met again.

Setelah berbulan aku x ngedate blog ni tetibe tajuk entry macam tu dah kenapa.

Oke.. begini critanya.. emm.. bolehla p bancuh kopi sbb aku nak membebel panjang ni.

Beberapa malam yang lalu.. mule dah.. aku jumpe sorang budak ni. Not actually baru jumpa.. cuma baru perasan kami suka benda yg sama. We love korean drama.. KPOP.. bebelog. Lepas bace belog die aku tetibe mcm semangat nak berbelog balik. Kalau nak buat karangan BM sila pastikan xtiru ayat & ejaan kat sini yang mmg xmelambangkn ke mature an aku.

Actually... bukan aku sengaja menyepi. Tuhan bagi aku sedikit ujian. Last month, on my way to my best friend big day, aku accident. Sedih beb. Aku xsempat sampi pon ke majlisnya. Tapi aku pujuk diri aku ini semua ujian dariNya. Aku rasa patah kaki. Kire tu antara harta pertama yang aku ada since bergelar government servant. Si merah aku.
Alhamdulillah aku selamat. Cuma sengal-sengal terutama di kaki yang masih dirasai especially bila duduk dua sujud. Tapi one of my penumpang belakang injured & warded for few weeks.

Ni lah keadaannya. Dan si merah masih berada di Muar.. masih tunggu adjuster.. so kiranya dia masih sakit dan belum setat kaci ubat pon.
Waaaa.. xnak pikir.. nanti aku sedih.

Aku memang bernasib baik. Dikurniakan adik dan teman2 yang baik disisi. Yang banyak membantu aku. Yang xtahu bagaimana ingin aku balas jasa mereka. Trimassssss...... aku sayang korang. Betul ni xtipu.



Malah ada yg siap pinjamkan aku motor. Nak pinjamkan aku kereta. Bertuahnya akukn.

Duit? ?? Jangan cakaplah.. lagi laju mengalir dari krisis air kat Selangor neh. So bila time mcm ni. Kite mulala nak menagih kembali hutang2 yang pernah kita berikan dulu. Hmmmm.. another ujian untuk aku. Bukan satu perkara mudah rupanya untuk mendapatkan kembali hak kite. Tali ukhwah persahabatan dan persaudaraan yang telah lama terjalin kini menjadi rengang. Bukan mahu ditunjuk rasa simpati atas apa yang menimpa malah kita pula dicop....emm aku pon tidak pasti perkataan dalam kamus dewan apa yang harus aku berikan pada orang sebegini. Aku pasrah je. Aku xmeminta kembali hakku kalu tidak bersebab.


Nurses nite...

Tengok aku tetibe masuk tajuk lain. Sbbnya aku malas fikir. Xmahu tensionkn diri. Hihi
Setelah pelbagai ujian dan cabaran ditempuh, aku dipaksa rela untuk ke acara ni. Arhhhh.. malasnya... physically and mentally not prepared for the event okeh. Panjang sangat acara ni. Lepas sorang sorang naik pentas ambil lucky draw mereka. Tah apa menimpa table kami. X lucky langsung. Mane tak tambah tension mak. Evan dalam hati mak dok cakap hope grand prizes it's mine. Huhu.
Then..... 0366.. hey.. that my lucky draw number. Yehaaaa... alhamdulillah. .

Salam puan pengarah hospital. Klik klik.. camera focusing on me. Bawak turun la kotak gedabak tu.. Deabakkkkk... antara grand prize. Mak suka.. mak suka..
Actually hadiah menjenguk rumah aku lg.. ni ha rezeki aku selepas di paksa rela.

Allah beri rezeki xkira tempat. Syukur alhamdulillah. Terima kasih hospital ampang. Insya Allah tahun depan kite datang lagi. Hadiah tajaan Sengheng...memang berbaloi..

Banyak sangat aku rasa kejadian yang mewarnai kamus kehidupan aku seindah cerita korea. (Motif).. hihi..
Aku pasrah.. aku bersyukur. Dalam doa aku harap diberikan kekuatan untuk menempuh semua ni. Amin......

'...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. ..' (QS. At Talaq : 7)





~~~~
Sharing is caring.


Dalam pada tu.. sebagai rakyat jelata negeri perak apa kata kita sedekahkan al fatihah pada Almarhum sultan Perak Sultan Azlan Shah yang telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah

posted from Bloggeroid

Tuesday, 28 January 2014

Side dish or pencicah orang Malaysia


Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.



Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi. [1]William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.[2]
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. [3] Walau bagaimanapun, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4], [5]
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.



Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]



Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.



Thousand Island adalah dressing salad yang dibuat dari mayonnaise, saus tomat, telur ayam, dan berbagai sayuran yang dicincang kecil-kecil, biasanya acar timun, bawang, paprika, dan zaitun. Dressing ini selain digunakan dalam salad juga dioleskan pada roti sandwich.
Resepi Thousand Island telah dicetak sejak 1912, namun asal usulnya tidak diketahui secara pasti.



Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]
Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.
Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]
Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Pekasam daging pula bukan mudah untuk dicari dan tidak ramai yang pandai memakannya. Namun setiap kali musim raya haji kebiasaan ibu saudaraku yang berada di bagan datoh, perak pastinya akan menghidangkan juadah ini. Yang pasti makan bersama nasi panas-panas sangat enak walau tiada lauk lain.



Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak..
1st time aku kenal dan makan rusip semasa berada di Sarawak. Member ku yang mencadangkan makanan ni. So far, bagi aku rasanya seakan budu cuma ikannya nampak lebih besar



Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kekadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
Ada sesetengah orang aku lihat tidak boleh pisah pabila makan pasti ada kicap. Nmpak yummy x gambar tu. Buah jambu susu yang masam masam manis sangat sedap di cicah dengan sambal kicap serta belacan. Buah ni sudah jarang dijual. Namun pokoknya masih utuh dan sedia berbuah mengikut musim rambutan di kampungku. Sekarang la music mnya... nyum nyum



Oleh kerana demam korea aku masih belum kebah, aku juga terpengaruh untuk makan kimchi pula. Tekak ku ni alhamdulillah masih boleh menerima makanan sebegini. Yang ni halal oke. Kat korea pon ada orang islam.
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam.




Sharing is caring
* footnote;
Bila kita berdepan dengan kemungkaran, biarlah kita menjadi ikan di laut. Walaupun airnya masin, tetapi tubuhnya tetap tawar.

posted from Bloggeroid

Monday, 27 January 2014

Rakyat Malaysia semakin bijak

Di pagi yang hening, angin bertiup sepoi - sepoi bahasa. Bergeraklah sebuah kerata buatan Malaysia bersama tuannya masih orang Malaysia menyelesaikan urusan bank. Almaklumlah, pabila gaji pon masuk akaun, maka list panjang sewa rumah, loan kereta, bil-bil (air, elektrik, telefon, astro, insurance) sume kne settle jgk la kan. Actually, dah bnyk auto debit service yang boleh digunakan. Tapi saje la konon nak menyusahkan diri. Lgpon sebenarnya xpernah pon beratur panjang nak bayar bil bagai ni. Semua terletak di hujung jari. Maybank2u kn ada. Cuma yelah, aku kan patriotik sikit. Gaji masuk BSN u olls.
Sebenarnya apa yang ingin ku kongsikan terjadi td. Niat nak transfer duit pada yg memerlukan saje td. Tetibe sistem down sekejap kat bank tu. "Maaf cik 10 minit la". Ok... aku pon mengangkat kaki ke kedai sebelah. Usha usha kereta baru. Masih kereta nasional. Kan aku kata td. Semangat patriotik masih ade. Kikiki. Oke..body cantik, ade, 6 airbags...warhhhh... gud gud..dalam pon luas & sedap bawak. Kereta baru mmg la kan. Cuma bonet x sebesar si merah aku ni. Nak tidur kat dalam tu pon boleh. So saje la berbincang sikit. Deals dgn org melayu kite jgk. Dalam hati alhamdulillah, xkan orang Melayu nak tipu melayu kan. Bincang punya bincang die kate nak call bank islam dulu & nanti kt settle lain. Okela. .saje biar die warm up sikit pagi-pagi ni.
Melangkah kaki ke BSN. Keluar sampi maksimum of the day.. ala. .. lupa pulak duit kutu.. haissss... tula banyak sangat makan semut. Semut jgk yg salah. Emmmm nak ke maybank... nak ambil kereta yang sudah ku bayar parking fee td or jalan je. Aku bermain dgn perasaan sendr. Ala..leceh je nak cri parking dengan keadaan jalan yang penuh sesak time orang nak p kerja ni. So jalan jela. Da lame xberpeluh. → settle.
Ya Allah hu wa rabbi. ..huya Allah huya rabbi... ya Allah yuha rabbi ya Allah..telefon bunyi.. no x dikenali call. Hmmm xsuka jwb daripada no pelik ni.... xsempat nak angkat dah nampak lelaki berbaju biru yang deal dgn aku td kat dpn bank. Hmmm...
Td sy call cik xangkat. Aku senyum je. Cepat nya die buat kerja. Rajin. Oke dah dapat satu lagi pujian pg. "Oke cik wana td sy da call bank n bla bla bla bla". Aku pon menjawab bla bla bla. Oke something smell fishie somewhere tetibe. Xpe. Aku tolak markah pujian aku td.
Sebenarnya encik, sy bukan tanya kosong. Sebelum decide sesuatu perkara. Sy akan bertanya pada yang pakar. Sy sudah check jgk dgn internetn bank. Ni buktinya.

So, bile encik cuba nak ambil kesempatan atas sifat keperempuanan sy..ade sejumlah wang yang encik sebunyikan sy sudah rasa mahu blah dari situ. Malas nak serabutkan mood aku. Aku senyum dan meminta diri. Nasibla aku x exited mane nak beli kereta tersebut. Kalau tak mesti I sedih tgk org mcm ni. Common la people... rakyat Malaysia kini semakin bijak. Segala information sudah ada di hujung jari beb. Tujuan asal sy berkira-kira malam td ialah kerana harga kereta yang lebih murah nowadays. Sy boleh membeli kereta baru with the same amount tetapi lebih berkualiti. Affordable la. Hmmmm.. so hilang minat. Terus je bayar bulan bulan si merah kesayangan sy ni. Terus berkhidmat untuk tuanmu oke. Sy da kc makan xpernah lupa.
Anda di luar sana berhati-hati semasa ingin membeli sesuatu. Pastikan info sudah ada didalm tangan sedikit untuk mengelakkan manusia mengambil kesempatan ke atas kt. Banyak pekerja yang sudah tidak amanah dalam kerja. Cuma nasihat aku kalau menempuh kejadian yang sama..cuba kawal diri. Xperlu marah-marah...cari je kedai lain yang lebih menyenangkan hati kt. Hati xsakit, , kesihatan pon terjamin.
Cuba pikir the other way...oke aku xsuka orang buat kat aku macam ni, so aku jg tidak seharusnya melakukan pada orang lain. Cuba jujur dan amanah dalam pekerjaan kt. Xkira dalam apa jua bidang yg kita ceburi.
Begitu juga kehidupan sekeliling ku. Ramai pesakit bertanya tentang pemakanan semasa proses kemoterapi dan post transplant nanti. Bile pesakit berkata "eh td staff td cakap lain". So ape kate kt luangkan sedikit masa mencari ilmu untuk memberi pendidikan kesihatan terutamanya kepada pesakit post transplant ni. Kalau tidak gemar membaca or kurang masa anda boleh mencari alternatif lain seperti bertanya pada yang pakar. Siapa lg kalu bukan doktor dan sister yg memang petik je soalan jawapan pon muncul. Jangan pernah malu untuk bertanya. Orang xakan melebelkan kt bodoh dengan bertanya. Pesakit juga sebenarnya ingin kepastian dan membandingkan apa yang mereka baca di Internet. Jangan bekerja seperti robot. Bidang kerja kita memerlukannya skill serta komunikasi.
Pada yang mempunyai kelebihan ilmu apa salahnya Sharing pada orang lain. Maybe sesetengah orang berat mulut untuk bertanya. X apa anda mengulang pengajaran banyak kali. Lebih banyak memberi lebih banyak ilmu yg kita simpan actually.

Sharing is caring

* footnote;
Kita harus berfikir mengikut kehendak alam, bercakap mengikut peraturan dan bertindak mengikut adat.

posted from Bloggeroid

Monday, 30 December 2013

Jadual gaji tahun 2014

2013 bakal melabuhkan tirainya. . Tinggal 2 hari sahaja lg...
Apabila diimbau kembali begitu bnyk perit getir suka duka sepanjang tahun ini. . Alhamdulillah... Allah masih memberikan kesempatan untuk aku berbakti kepada masyarakat. ..
Hai...klu nak hitung satu satu suka duka sepanjang tahun ini punya kehidupan kerja, mahu makan sepanjang hari aku menulis..
Yg buruk sama kt jdkn tauladan..yg baik kt jdkan pula lebih sempurna. ..
Jadual gaji tahun 2014 sudah lama pon sampai pekelilingnya.. mari kt rancang tatacara tahun hadapan pula..hihihi... yela.. ble PM kt sengaja beri bantuan khas tu tahun hadapan kenala phm2kn jgk..


Mari kt bersama menjd pkerja yg lebih cemerlang gemilang dan terbilang untuk agama bangsa dan negara kita yang tercinta. ... tanamkan niat kerja dgn penuh keikhlasan dan tanggungjawab bukan kerna gaji semata. . Pandang mata mak ayah kt.. adik beradik kt..suamai isteri atau anak kt.. In sya Allah kt akn berusaha keras bkerja bersungguh demi mencari rezeki untuk mereka. .

Ye... aku mengerti sana sini rakyat mengeluh tentang isu kenaikan harga barang...minyak.. .tol..gst lg.. cuma satu kt ingat jgn kerana cakap kosong kt menjdkn kt tidak bersyukur pula nanti..
Ukur baju dibadan sendr...
Beg LV mampu dibeli..jam tangan rolex sentiasa disarungkan. .iphone..samsung..sony pula sentiasa up to date ikut keluaran terkini. . Tp kicap naik pula yg kt hebohkan. . Xke pelik tu..
Hairan bertambah lg ble gaji naik double serta bonus setiap tahun diberi. .tp status fb lebih bnyk di update tntang isu kenaikan harga ayam... aiyoooo xkn kt je nk hidop sng bang... penyembelih ayam jgk nak merasa pkai iphone 5s..
Tp aku jg berfikir untuk mereka yg kais pg makan pg. .kais ptg makan ptg.. jika mereka yg update status..jika mereka yg bersuara. .mmg selayaknya..mmg kerajaan perlu mengambil langkah untuk meningkatkan pendapatan mereka jua seiring peningkatan harga barang. .tetapi yg lantang suaranya.. yg terupdate status maki hamunnya lebih kepada insan-insan yg sarapan dimcd..lunch di kfc..dinner di klcc..
Aku hanya member pendapat berdasarkan org sekeliling ku.. mcm2 ragam. . Itu sahaja. juz my 2 sen opinion. .
Renung-renungkan...
Kt masih mampu bercuti ke seluruh negara.. kt masih mampu.. ape la sgt berkorban sedikit untuk negara.. kerana ye..kt yg mampu ni masih mampu..
Mmg ada..mmg masih ramai yg tidak berkemampuan. .tetapi status fb..Twitter. ..jerit pekik itu semua bkn untuk mereka..tp dri sendrkn... kerana mereka yg xmampu sedang menggunakan tulang 4 kerat serta tenaga yg ada untuk mencari nafkah..bkn mengupdated status menggunakn samsung galaxy or ipad...sambil mengunyah pizza..
Mari bersama kt lebih bersyukur. .ddk di bumi Malaysia yg masih aman.. kenapa masih..kerana masih ada yg mahu melihat kt berpecah belah.. ketepikan agenda politik...cari strategy yg bagus..cuba lg 5 tahun..terima seadanya. .xperlu bertikam lidah menunjuk perasaan...jgn cemarkn imej Malaysia. . Kt mahu dunia kenal kt sebagai negara berbilang kaum yg aman..
Harap mengerti.. tunjukkn contoh tauladan yg baik kepada ank cucu yg bakal memimpin Malaysia kelak..

 Tanggungjawab orang kaya
Mengikut ajaran islam,  sesiapa yang ada kelebihan berbanding orang lain, sama ada harta atau wang ringgit mereka mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang lebih terhadap masyarakat.  Di antara kewajipan dan tanggungjawab orang kaya kepada masyarakat ialah; 
  1. Bersyukur dgn segala kemewahan dan kesenangan yang diberikan oleh Allah s.w.t
  2. Mereka wajib mengeluarkan zakat harta apabila cukup nisab dan sampai haulnya iaitu setiap setahun sekali sebanyak 2.5%.
  3. Menunaikan tanggungjawab daripada kekayaan untuk keperluan semasayg mendatang atau yang terdesak seperti; - 
          > jika negara diserang musuh,  wajib mereka menggunakan duitnya untuk membeli peralatan senjata.  Lebih-lebih lagi jika diminta oleh kerajaan. 
          > negara berhadapan dengan zaman kemelesetan,  wajib mereka membantu negara. 
          > sekiranya kerajaan mengarahkan agar mereka membuat sesuatu perkara dem kepentingan umum kerana negara sudah tidak mampu lagi,  wajib mereka menunaikannya. 
  1. Melibatkan diri dgn kerja2 dakwah dan jihat ke jalan Allah s.w.t.  membantu perkembangan agama islam seperti menghulurkan bantuan serta sumbangan untuk membina sekolah agama,  pusat tahfiz dan sebagainya. 
  2. Rajin dan memperbanyakkan sedekah untuk membantu orang yang susah serta memerlukan. 
  3. Bersifat merendah diri kepada orang ramai.  Kerana orang kaya yang merendah diri sangat memberi kesan kepada orang ramai.  Orang ramai akan insaf dan malu. Maka mudahlah mereka dididik ke arah kebaikan.
                           (Sumber dari majalah iman bil 23)




Sekadar renungan kita.. ayuh berfikir sejenak situasi ini........







Semoga Malaysia masih aman dan terus aman.. amin
posted from Bloggeroid

Sunday, 15 April 2012

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Semperna tahun melawat Perak 2012 pekata kita berkongsi sedikit mengenai salah satu khazanah negara yang terdapat di Teluk Intan...


gambr ni x berapa nak penuh coz ada karnival hari wanita n perniagaan dri 13-15 April 2012


Telah dibinapada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong.

Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar ini sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson suatu masa dahulu.

Kecondongan menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa, Itali. Namun menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan Menara Condong Pisa yang mempunyai ketinggian 55 meter.

Menara ini mempunya seni bina yang berkonsepkan seni bina sebuah 'pagoda'. Daripada luar menara jam ini kelihatan seolah-olah sebuah bangunan 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat sahaja. Menara ini diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Lapisan bawah bangunan ini, berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran garis pusat 8.2 meter.

Kini. Menara Condong Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam. Jam yang dipasang pada tahun 1894 dibeli dari London, buatan firma J.W. Benson Ludgathill.

di kala malam...berwarna warni bagai....

Soalan:
Ke arah manakah kecondongan menara ini????