Pages

Sunday 13 July 2014

Pray for Palestin

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ٍ



“Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”

Belum puas lagi kaum Yahudi itu sebelum Palestin menjadi milik mereka sepenuhnya. Bulan yang penuh kemuliaan ini dibasahi lagi oleh darah ikhwanul Muslimin kita. Rejim zionis Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan menyebabkan ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban pada setiap hari.

Tak terkata aku rasa. Sedih. Simpati. Tak tergambar perasaan. Bilamana kita di bumi bertuah Malaysia sedang menikmati kenikmatan Ramadan, mereka disana sedang menanti bila nafas terakhir mereka. Anak-anak hilang penjaga. Isteri kehilangan suami nakhoda keluarga. Suami tiada lagi isteri tercinta.

Mengapa kita harus mempertahankan bumi Palestin itu??? sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, kita terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143.

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan).”
Ayuh.. ayuh kita berdoa. Kita mungkin tidak mampu melawan mereka. Mereka ada kuasa besar dunia yang menjadi tangan kelebihan mereka. Tetapi jangan lupa. Yang kita ada Allah. Allah yang satu. Kita ada senjata paling berkuasa. Doa.


DOA QUNUT NAZILAH

Tujuan utama Doa Qunud Nazilah adalah untuk mendoakan rakyat Palestin yang kini ditimpa musibah supaya mendapat perlindungan daripada Allah SWT. Dengan berbekalkan doa Qunut Nazilah, umat Islam diseluruh negara dapat mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini menderita akibat kekejaman tentera Israel.

Doa Qunut Nazilah Untuk Rakyat Gaza Palestin

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.



"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awanan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen.





Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar


Sharing is caring

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment