Pages

Thursday, 17 April 2014

Single??? Bila nak double???

Bila lagi nak kawen ni????????????????


Bila bujang... inilah persoalan yang perlu kita hadap walau di mana jua kita berada.

Kenkadang ingin sekali aku jerit kat depan muka orang yang tanya tu.. " mana iman kamu??".

Oleh kerana, berbekalkan kesabaran juga masih utuh nilai murni hormat-menghormari aku lebih selesa senyum dan mengatakan belum masanya lagi. Sambil mengharapkan mereka mendoakan jodoh yang baik untuk ku.

Setiap kita yang lahir telah ditentukan rezeki, jodoh, ajal. Aku redha dan pasrah. Aku masih gembira. Dan aku bertambah gembira bila persoalan ini acap kali ditanya. Itu tandanya mereka 'take care' kita. Mereka lebih risau berbanding kita sendiri. Mak ayah kita sendiri.




Siapa yang tidak ingin disayangi. Siapa yang tidak ingin kebahagiaan. Siapa yang tidak mahu menambah umat Muhammad di dunia ni.
Kita harus sedar. Dunia ini hanya pinjaman buat kita. Kebahagiaan yang kita lakar hari ini bukan jaminan untuk hari esok. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya DIa adalah sebaik-baik perancang. Redha dengan qada dan qadarNya.
Di sebalik senyuman yang diukir kan sebenarnya tersembunyi beribu persoalan.

Kita bahagia hari ini. Kita rasa kita cukup sempurna. Kita ada segalanya. Andai kata esok kita bercerai. Andai kata Allah ambil anak kita. Andai kata kita hilang tempat bermanja kita. Adakah ini baru kita sedar yang semua ni adalah pinjaman.
Daripada kita bertanya soalan yang mungkin menguris hati mereka, lebih baik kita mendoakan jodoh yang baik untuk mereka. Doakan mereka juga dapat merasakan kebahagiaan yang kita telah kecapi kini. Kan lebih mudah.

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
(Ar-Rahmaan 55:60)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:61)





Aku tahu banyk yang mengambil berat tentang aku. Alhamdulillah. Terima kasih.
Aku mohon kita sama-sama berdoa jodoh yang baik serta berkekalan untuk kita semua. Insya Allah.

Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu.’” (Surah Ghaafir, ayat ke-60)


Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Ketemu lagi kita

Hai...
Tak patah nak hai sgt.


Oke..semula.


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Ewah...
Dah lame aku menyepi. Membawa diri. Cari ruang. Cari fakta. Cari ilham. Tak jauh mane pon. Still ada kat Malaysia.
Bukan aku berhenti kerana sudah malas berkongsi coretan di sini. Cuma aku masih terkesan dengan kejadian MH370 tu. Banyak masa terluang aku habiskan berfikir. Menyatukan fakta. Sesekali ingin juga menjadi 'keyboard warrior' di Fb, twitter, tetapi aku lebih rela menyerahkan tugas pada yg pakar. Ia bukan bidang aku. If anyone bertanya aku mengenai nursing or ape-ape tentang kesihatan, insya Allah aku cuba memberi jawapan. Tetapi, like I said before, ia bukan bidang aku bila berkaitan tragedi ini. Ape yang mampu aku lakukan adalah berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Pasti ade hikmah semua ini.
Enough. Isu ini sudah sering aku utarakan di sini. Mungkin akan ada lagi beberapa entri berkenaan isu ini. Tetapi cukuplah sampi di sini dulu.


Aku kongsikn gambar yang aku c&p di Google+. Bnyak maksud tersirat di situ.




Aku selalu ingat yang ni. Kalau boleh, selagi aku mampu, selagi aku terdaya, selagi masih berbaki tenaga untuk aku bantu, insya Allah akan ku bantu. Bukan mengharapkan balasan duniawi. Ganjaran pasti ada di sana nanti.
Sebagai manusia biasa, terkadang aku tersasar. Rasa tidak di hargai. Rasa penat manabur budi. Terkadang hati kecil tersenyum tatkala insan yang pernah melakukan sesuatu kepada ku mengalami pengalaman yang sama. Ingin aku jerit pada dunia itulah yang aku rasa. Namun, perasaan gembira ini tidak lama. Aku bukan insan yang suka menyimpan dendam. Aku sentiasa doa keamanan antara kita. Kita satu Malaysia. Selagi belum merentas lautan kita masih berpijak di bumi yang sama. Mengapa perlu ada perasaan hasad dan dendam antara manusia.
Satu nasihat aku pada diriku sendiri. Sebelum ingin mengubah dunia, ubahlah diri kita dulu. Kerana manusia hanya menunggu masa untuk menjatuhkan kita.
Kita tidak tahu bila berakhir nafas kita. Adakah ini O2 terakhir kita?? Apakah ini malam terakhir kita??. Bagaimanakah jika makanan malam tadi makanan terakhir kita didunia?? Yang lalu biarkan berlalu. Sebelum memejamkan mata, sebelum melangkah keluar dari rumah, sebelum stat enjin kereta, apa kata kita motivasikan diri jd insan lebih positive. Lebih bersikap pemaaf dan suka membantu. Mana tahu tindakan yang baik adalah amal terakhir kita.



Renungkan dan selamat beramal....



Sharing is caring

posted from Bloggeroid