Pages

Saturday, 1 February 2014

Pendermaan Sel Stem

Harapan pada yang memerlukan

Setiap tahun, ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti leukaemia, aplastic anemia, thalasemia.
Salah satu cara untuk mengawal penyakit tersebut ialah melalui pemindahan sel stem. Pesakit yang tidak mempunyai penderma dalam kalangan ahli keluarga masih mempunyai harapan iaitu daripada penderma yang mendaftar menerusi daftar sel stem atau bank darah tali pusat.
Daftar sel stem Malaysia (MSCR) atau sebelum ini dikenali sebagai daftar penderma sum-sum Malaysia (MMDR) ditubuhkan dengan kerjasama institut penyelidikan perubatan (IMR), KKM, & majlis kanser negara (MAKNA) pada tahun 2000.
MSCR merupakan pengkalan data berkomputer yang menyenaraikan penderma sel stem di Malaysia.


*ANDA MUNGKIN SEPADAN

Sel Stem boleh diperoleh dari salur darah daripada tali pusat bayi yang baru dilahirkan. Sel-sel tersebut boleh menghasilkan pelbagai jenis komponen darah yang diperlukan untuk merawat kanser.

Apakah pemindahan sel stem??
Ia merupakan pemindahan sel stem daripada penderma yang sihat dan sepadan kepada pesakit yang memerlukan rawatan. Sel stem dikatakan sepadan jika penderma dan pesakit mempunyai Human Leukocyte Antigens (HLA) yang sama. HLA adalah protein yang boleh dijumpai pada kebanyakan permukaan sel darah putih.

Anda layak mendaftar sekiranya.....
Anda adalah warganegara Malaysia berumur di antara 18-50 tahun, sihat dan bebas daripada penyakit berjangkit dan penyakit kronik.

Bagaimana untuk mendaftar? ?
Sekiranya anda bersetuju untuk mendaftar, anda dikehendaki mengisi borang kebenaran supaya maklumat anda boleh dimasukkan ke dalam pengkalan data.
10ml darah atau 2ml air liur anda akan diambil untuk ujian penentuan HLA.
* maklumat anda adalah rahsia.

Sekiranya anda didapati sepadan...
Wakil MSCR akan menghubungi anda untuk mendapatkan sampel darah baru bagi ujian pengesahan HLA.
Anda akan menjalani satu sesi kaunseling dan pemeriksaan kesihatan oleh pakar perubatan heamatologi.
Sel Stem akan diambil dari salur darah anda.

Mendaftarlah sebagai penderma sel stem sekarang. Hubungi:
Malaysian Stem Cell Registery (MSCR)
Institut Penyelidikan Perubatan
Jalan Pahang
50588 Kuala Lumpur
Tel : +603-26162666
Faks : +603-2691 2019
E-mail : mscr@imr.gov.com

Waktu operasi : 8.30 am -4 pm (waktu pejabat)

# maklumat daripada brosur yang diterbitkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.

~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤
Aku sudah pun menjadi salah seorang daripada penderma stem cell. Mendaftar semasa di kolej lg. Hampir lebih separuh students nursing penang time aku belajar dulu mendaftar sebagai penderma. Masa mendaftar dulu, tidak sangka pula aku akn bekerja di ward yang berkaitan dengan pemindahan stem cells ni.
Masih ramai rakyat Malaysia yang belum aware tentang kepentingan mendaftar sebagai penderma. Pendermaan stem cells dan organ adalh 2 perkara yang hampir sama tetapi berbeza. Boleh tak macam tu.
Kita boleh menjadi harapan pada yang memerlukan. Mungkin kita tidak mampu membantu dari segi wang ringgit tetapi kita boleh bantu dari segi ini.
Prosedur sangat tidak sukar sebenarnya. Setelah anda didapati sesuai untuk menderma sesi kaunseling akan diberikan kepada anda dan ahli keluarga oleh doktor dan nurse pakar heamatologi. Malah jika anda duduk di sekitar kawasan hospital ampang atau boleh datang setiap hari untuk mengambil satu injection untuk meningkatkan jumlah pengeluaran sel darah anda tidak diperlukan untuk admit ke ward sehingga hari menuai. 4 hari diperlukan untuk mengambil injection ni. Kemudian setelah cukup untuk menuai, satu line akan dipasang samada menggunakan peripheral atau femoral line mengikut kesesuaian. Prosedur menuai stem cells memakan masa hampir 4 jam fan anda akan sentiasa dijaga rapi oleh nirse incharge. Sel akan disimpan di makmal sehingga diperlukan. Maka anda telah memberi satu harapan baru pada yang memerlukan. Anda bopeh memilih untuk merahsiakan diri anda kepada orang umum.
Jika anda memilih untuk berada di ward sepanjang proses untuk menuai anda hanya perlukan kira-kira 5-6 hari untuk prosedur. Jangan biarkan pengaruh media massa tentang pelbagai komplen oleh masyarakat sekeliling tentang sistem kesihatan khidmat kerajaan now. Sy boleh beri jaminan anda akan berasa seperti di rumah sendiri jika menjd pesakit atau donor di ward kami..

Doktor dari luar negara pon turut mengambil pengalaman di ward kami. Anda akan dijaga oleh yang pakar. Jangan risau.






Kami la staff yang akan menjaga anda jika warded nanti...peace



Sharing is caring

* footnote;
Kehidupan yang dikongsi dengan orang lain adalah kehidupan yang baik. Apa yang anda perlu dalam hidup adalah keyakinan dan tidak mempedulikan risiko nescaya kejayaan adalah pasti.

posted from Bloggeroid

Friday, 31 January 2014

Kekuatan Berzikir

Pejam celik pejam celik Januari sudah sampai ke hujungnya. Begitu pantas waktu meninggalkan kita. Hampir setahun yang lalu, semasa aku dalam perjalanan menghantar seorang pesakit ke sarawak menaiki Charlie bersama anggota TUDM, masih tersemat pengalaman itu dalam memori aku. Aku tahu memang semuanya sudah dirancang dengan sgt teliti oleh yang maha Esa. Apabila sahaja aku mengingati kisah itu pastinya satu zikir yang aku amalkan semasa dalam perjalanan ke sana akan ku amalkan.
Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Ketika aku seorang sahaja yang perlu mengiringi pesakit tersebut. Aku cuba kuatkan hati aku. Aku sematkan sekuatnya dalam hati aku bahawa aku boleh melakukan. Allah sentiasa ada untuk hambanya. Betapa aku mengharapkan pertolongan dari Allah kerana aku perlu merentas di awan biru demi untuk menyelamatkan dan memastikan pesakit sampai ke destinasi. Aku perlu kuat & bersungguh untuk membuktikan kepada ibu dan ayahnya yang memilih aku untuk mengiringi mereka.
Sewaktu ambulance memulakan perjalanan. Siren semakin kuat melintasi jalan yang penuh sesak dengan kenderaan yang gah di jalan untuk sampi ke lapangan terbang TUDM Subang, sewaktu perut pesawat Charlie terbuka untuk menyambut kedatangan kami. Sewaktu anggota TUDM sedang bertungkus-lumus membantu kami menyediakan peralatan. Aku mula pasrah. Aku kini berserah segalanya kepada Allah. Hanya Allah yang dapat membantu aku di atas sana. Semoga Allah kuatkan semangat dan memudahkan proses perjalanan kami.
Alhamdulillah cuaca sangat membantu kami. Sewaktu duduk memasang tali pinggang keledar untuk Charlie melakukan tugasnya sebelum terbang di awan biru. Aku selesakan diri. Menarik nafas sedalamnya. Dan zikir ini miniti dibibir dan hatiku.

Astagfirullah ha'azim (3x)

allazi lailahailla, huwalhaiyul qaiyum,
wa atubu ilaih, taubatan abdin zolimin,
la yam liku li nafsi, dorrom wa la naf am
wala mautah, wa la haya tau, wala nu shu ro.

subha namalla yaqdiru ghalqu qadrahu,
waman nu wa qalqa 'arshifa dun mu war hadu,
malikun ala 'arshis sama 'imuhai minu,
li izzati taqnu wuju hu watasjudu.

hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah, lailahaillallah,(3x)

laisa laha mindunillah hi ka shifa (3x)

lailahaillah almalikul haqqu mubin
muhammadur rasulullah, sodiqul waqdi amin,

astaqfirullah ha innallah kanataw waba, (3x)

Tubna ilallah, wa rojakna ilallah,
wanadimna 'alama fa'alna, (3x)

Usai habis 1 rangkap zikir, kami sudah pun berada di atas. Membelah awan putih. Keajaiban memang berlaku. Aku berasa sangat tenang memulakan tugasku. Ya Allah. . Sukar untuk ku gambarkan perasaan ku. Segalanya sangat lancar dan mudah. Walau ada keadaan emergency juga berlaku, tetapi ia sangat pantas dan tenang. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua anggota TUDM yang membantu aku ketika itu. Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua.
Sesampai di Sarawak, memulakan perjalanan ke hospital umum Sarawak. Pass over ke staff hospital sana. Maka tugasku selesai. Bersyukur... lega... alhamdulillah..
Juga urusanku dipermudahkan. Walau pergi dalam keadaan emergency tanpa sempat mencari tempat tinggal, mujur ada ex colleague yang sudi membantu aku. Bersama menguruskan perjalanan pulangku. Juga dengan bantuan MAS. Benar sekali kata pepatah orang berbudi kita berbahasa. Seorang yang pernah menjadi donor stem cell transplant juga sudi membantu aku sepanjang 3 hari urusanku di sana. Alhamdulillah.. syukur ya Allah.

Sehingga hari ini. Jika ada sesuatu yang merunsingkan. Jika ada yang tidak kena pada hatiku. Jika ada insan yang menyukarkan hidup seharianku. Zikir ini akan sentiasa diamalkan. Praktik kn. In sya Allah kita akan rasa tenang sangat.
Tetapi aku ada terbaca ada mengatakan bahawa ada yang tidak kena pada zikir ini. Bagi aku, ini yang udah menjadi amalan ku dari dulu semasa bersama-sama solat berjemaah di sekolah dulu, malah aku berasa tenang dan merasakan Allah sentiasa membantuku. Aku masih mengamalkannya. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terniat di hatiku.




Sharing is caring

* footnote;
Walaupun semu orang tahu bahawa pertolongan terakhir ialah datangnya dari Allah, tetapi jarang-jarang yang mendapatkannya dari awal awal lagi.

posted from Bloggeroid

Thursday, 30 January 2014

Satu hari yang penuh cerita dan warna...

Payah sekali aku ingin memikirkan tajuk yg sesuai untuk entri kali ni. Aku lebih menganggap blog ni bukan sahaja tempat untuk aku berkongsi ilmu tetapi juga tempat menjadi dairi era baru catatan harian ku. Bukan bertujuan berkongsi atau menulis untuk menghukum sesiapa, tetapi lebih kepada untuk aku positifkan diri aku. Selalunya pabila mempunyai masa aku membaca kembali entri yang dahulu. Ya... aku boleh tersenyum memikirkan drama-drama seharian yang mewarnai hidupku.

29.1.14
Alhamdulillah Allah masih memberikan peluang dan kesempatan untuk aku terus berkhidmat pada keluarga dan masyarakat. Bangun seawal pagi untuk menunaikan tanggungjawab pekerjaanku. Ward super bz pabila tidak cukup kakitangan. 2 masih bercuti selepas melahirkan anak manakala 2 lg baru berpindah ke kg halaman masing2. Kekuranganmu 4 pasang kaki dan tangan sangat memberi impak dalam proses melancarkan kerja di ward kami. Memulakan rutin harian.. mengambil reports, bed making, periksa tanda vital, memberi ubat, ward round, dressings, changed all lines, pastikan oral & iv antibiotics given as ordered, all stat medication, banyak prosedur lain hari ni (evan I'm not the one who incharge tetapi tabiat membantu masih utuh di ward kami) 2 bmat, admission & discharge counselling and prosedur, failing. Emmmm... ni yang membantutkan kerja sebenarnya. Banyk sangat failing yang perlu up to date in time. Dah kehendak kerjaya. Gimana lg dong. Buat sajalah. Percaya atau tidak terpulang, tetapi ward yang super sejuk jd panas semlam. Berpeluh beb. Tenq pada colleague yang sudi bantu mengambil chemotherapy di Cdr pharmacy & stem cell di labs. Shif berakhir selepas pass over the report pd org petang pula.. yesssss.... salin baju minta kebenaran sister untuk pulang ada hal peribadi.

Balik rumah mandi,solat. Teruskan perjalanan untuk mengambil cermain mata yang sudah beberapa hari siap di the mines. Sebelum tu menghantar adikku menyelesaikan tugas sehariannya di bank pula. Jalan Ampang ni mmg xsah la x sesak tambahan hampir Chinese New year ni. Bank mmg penuh manusia. Tu la gunanya orang dalam. Hihihi. Sesampai di Mines parking full juga. Ramai yang masih shopping nampaknya. Sabar jela pusing cari parking hampir 30 min. Dapat. Cermin mata baru amat puas hati. Hadiahkan perut dengan untie annes pretzels dan Subway . Perjalanan pulang tepat jam 5ptg. Mrr2 jammed terbaik sekali. Tahniah...syabasss mera beta.

Alang-alang dah keluar, decided terus ke next destination. Membeli barang dapur pula. Kalau mahu ke tecso ampang tu mesti jammed tahap gaban. So p Aeon big jela. Sekurangnya xde menempuh jalan sesak lg. Sakit pulak mata kita tgk buku kat kedai favourite kat Aeon tu. Masuk sekejap grabs beberapa majalah. Beberapa oke. Hihi


Sampi ke rumah da maghrib. Kelam kabut. Huhu. Ke dapur pula. Kemas semua bahan yang beli td sambil tolong nana masak. 2 kli turun naik lift kot. Adik lelaki aku la yang 2. Aku dan nana sekali jek. Hihi.. makanlah kami 3 beradik sambil menonton karot komedia x. Happy meals....alhamdulillah.

Adik yang lelaki kerja shift malam. Yang perempuan pula perlu closing jualan hospimat hospital ampang tu. Hmmm.. aku pon xpasti jawatan die sbb die menghabiskan masa di hospital lebih dari aku yang cik jururawat ni. Huhu.. Penat katanya. Bukan penat bekerja je ulang alik ke bank. Tetapi melayan kerenah semua staff yang datang membeli. Hanya telinga mampu ku tadah mendengar luahan hatinya. Percayalah dik. Kakakmu dah tersangat memahami. Tinggallah daku bersendirian. Cewahhh. Hajat mahu tido awal. Cuci semua yang wajib di cuci. Kaki melangkah ke katil.

Telefon berbunyi pelbagai ringtones. Haissss xbawak handsets dorang ni. Then telephone aku pula.
Aku ; helllllloooo... nape kamu...
Nana ; wei kereta mus breakdown kat tanjung karang. Kamu larat x nak ambil die. Kalau penat kamu berani x kc aku drive sendri.
Aku ; hmmmmm.... kamu nak pegi sekarang ke?
Nana ; kejap lg la. Aku tgh bz closing ni. Dah la sale drop ari ni.
Aku ; so... kesimpulannya ape?
Nana ; kejap lg la aku col lain.
Haisss budak ni. Ce cakap trus kan senang. Aku bermalasan lg. Niat nak trus baring tdo ni. Seharian x rest. Sambil switch off semua plug terfikir. Eh orang dalam kesusahan kena bantu. Lgpon die xpernah lokek tenaga setiap kali aku memerlukan bantuan. Xperlu pikir panjang la capai kunci kereta. Lgpon mmg aku xberani lepas adik aku drive sorang memalam buta ni. Bahaya.
Mesej kawan ward minta bantuan tukar kan shift kerja pg aku ke ptg. Jam sudah menunjukkn ke hari lain. Sudah pastinya semua sedang tidur. Aku tawakal. Kalau terpaksa mungkin aku terpaksa EL. Arghhhh mmg satu perkataan yang paling aku xsuka buat. Takut aku tersededap & menjd habits. Alhamdulillah ade yg sudi membantu. Tetibe rase syahdu. Trima kasih adik tukar shif & TL kerja mlam Nanti bebila memerlukan pertolongan In sya Allah, I sedia membantu.

Waktu perayaan ni mmg polis aktif melakukan roadblocks n kamera aes pon aktif menangkap gambar kami ni. So aku decide ikut jalan lama. Bengkang bengkok mcm ular kena palu jalan dari ampang-kuala Selangor- tanjung karang ni. Boleh pulak ade makhluk jahat p letak kain putih pada kabel elektrik di tgh jalan bengkang bengkok tu. Kalau la aku jenis xkuat semangat boleh exciden wo. Ade kereta yang hampir emergency break tau. Cari dosa kering jek tau. Bukan apa xnak ikut hiway time ni. Next entry aku akn terangkn bersama bukti bergambar tahap kesakitan hatiku pada kamera aes ni. Alhamdulillah sampi ke destinasi. Jumpa pada orang yang memerlukan bantuan. Nasib masih ade pakcik-pakcik kedai kopi kat sana. Xboleh buat apa... Chinese New year ma... bengkel semua tutup lo. Tinggallah perdana tu di sana...
Tukar driver. Niat nak tidur kat belakang. Baru je drive depan sikit dah jumpa kemalangan melibatkan 3 buah kereta di atas divider jalan. Segar kembali mataku. Ya Allah bersyukur sangat aku Selamat sampi. Tabiat yang aku cuba kurangkan ialah memecut laju bila driving. I'm trying hard.sob sob sob..


Alhamdulillah. .. syukur semua selamat sampai. Bila badan letih nak tidur pun xboleh. Mmg xde niat nak EL. Sbb masih berbaki waktu sebelum shift pg. Ade insan yg murah hati bertukar waktu kerja. Trima kasih.

Catatan kisah seharianku. Apa yang ingin aku tekankan ialah saling membantu jika mampu. Aku mungkin sudah tidak akan membantu dari segi wang ringgit dalam jumlah yang besar kerana sgt payah untuk mendapatkan semula. Seperti emak selalu berpesan "biar orang buat kita, jika jgn sesekali buat orang". Aku sendr terkadang pelik melihat sifat emak dan ayah ku yang suka sgt membantu tambahan kepada insan yg ada pepatah sesuai dengannya seperti membantu anjing yang tersepit. Tetapi sebenarnya niat kita membantu bukanlah untuk mendapatkan pembalasannya semula. Percayalah Allah maha adil. Apabila kita butuh bantuan akan ada insan yang mudah membantu kita pula. Ini semua kitaran kehidupan.
Rasulullah saw pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, yang bermaksud, "rasa kasih sayang tidaklah dicabut melainkan orang-orang yang celaka."
Hadis itu menjelaskan, orang yang celaka ialah orang yang tidak memiliki sifat kasih sayang dalm hatinya walau sekelumit. Baik untuk dirinya sendiri mahupun orang lain. Ambillah peluang dalam menjalani kehidupan seharian dengan bermuhasabah dan berfikir, apakah nilai kasih sayang sudah disematkan secukupnya dalam di dalam hati kita.



Sharing is caring


* footnote;
Selalu kita tidak dapat membalas budi seseorang tetapi nescaya orang yang berbudi dengan kita akan dibalas dengan cara yang lain.

posted from Bloggeroid

Tuesday, 28 January 2014

Side dish or pencicah orang Malaysia


Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.



Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi. [1]William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.[2]
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. [3] Walau bagaimanapun, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4], [5]
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.



Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]



Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.



Thousand Island adalah dressing salad yang dibuat dari mayonnaise, saus tomat, telur ayam, dan berbagai sayuran yang dicincang kecil-kecil, biasanya acar timun, bawang, paprika, dan zaitun. Dressing ini selain digunakan dalam salad juga dioleskan pada roti sandwich.
Resepi Thousand Island telah dicetak sejak 1912, namun asal usulnya tidak diketahui secara pasti.



Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]
Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.
Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]
Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Pekasam daging pula bukan mudah untuk dicari dan tidak ramai yang pandai memakannya. Namun setiap kali musim raya haji kebiasaan ibu saudaraku yang berada di bagan datoh, perak pastinya akan menghidangkan juadah ini. Yang pasti makan bersama nasi panas-panas sangat enak walau tiada lauk lain.



Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak..
1st time aku kenal dan makan rusip semasa berada di Sarawak. Member ku yang mencadangkan makanan ni. So far, bagi aku rasanya seakan budu cuma ikannya nampak lebih besar



Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kekadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
Ada sesetengah orang aku lihat tidak boleh pisah pabila makan pasti ada kicap. Nmpak yummy x gambar tu. Buah jambu susu yang masam masam manis sangat sedap di cicah dengan sambal kicap serta belacan. Buah ni sudah jarang dijual. Namun pokoknya masih utuh dan sedia berbuah mengikut musim rambutan di kampungku. Sekarang la music mnya... nyum nyum



Oleh kerana demam korea aku masih belum kebah, aku juga terpengaruh untuk makan kimchi pula. Tekak ku ni alhamdulillah masih boleh menerima makanan sebegini. Yang ni halal oke. Kat korea pon ada orang islam.
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam.




Sharing is caring
* footnote;
Bila kita berdepan dengan kemungkaran, biarlah kita menjadi ikan di laut. Walaupun airnya masin, tetapi tubuhnya tetap tawar.

posted from Bloggeroid