Pages

Saturday, 20 December 2014

Aku muncul lagi

Assalamualaikum.

Alhamdulillah aku muncul lagi di pertengahan bulan Disember ini yg bermaksud sudah hampir sangat ke hujung tahun. Just around the corner omputih kate.
Pergh.
Oke. Macam tah ape-ape. Actually bermacam idea aku hari-hari nak update blog ni. Tapi entah. Bile ada 'M' besar dalam diri nilah jadinye.
Sebelum tidur ni aku buat aktiviti wajib aku jd stalker kat Fb sane. Tengah Viral pasal sorang hamba Allah ni post bad thing pasal nurse dan kerjaya kami. Dan dah tentulah government nurses. Yg selalu kena hentam. Sebenarnya aku tak berapa terkesan pon dgn kata-kata hamba Allah tu. Kalau pembaca bekerja dalam bidang ini mesti korang tahu kenapa. Sebab ini sudah menjadi asam garam kerjaya ni. Sedangkan orang dalaman pon ssh nak faham ni pula orang awam. Terima kaseh be banyak le awak. Percuma kaci kami pahala. Awak tak pernah sakit dan warded lah tu. Kot nanti ada ujian sakit sikit kite jumpa kat hospital na.




Sebenarnya aku dah tak kuat kat sini. Dah bosan. Aku rase nak amik angin baru. Nak cuba tempat baru. Rasa pengalaman baru. Sebab kadang-kadang bila kita rasa dah xbest kat sesuatu tempat ku rasa baik angkat kaki awal sebelum jadi lebih parah. Korang pernah rasa tak??
So... kena pikir panjang buat istikharah dulu. Kalau tekad kite tengok kat mane pula rezeki aku. Permudahkan ya Allah.



Kalau semua orang amalkan dan ingat seperti ape yang ade dalam gambar ni mesti dunia ni aman kan. Tp mesti tak best. Kalau semua baik tak adelah Allah cipta syurga dan neraka kan.

Cuma kadang-kadang kita manusia ni alpa. Tak salah kot kalau kite rendahkan diri sesekali. Kalau dah lame kat atas tengok kat bawak sesekali. Kalau dah lame terbang tinggi ape kata jalan kaki pula or naik kereta rasa jalan jem kat KL ni hari-hari. Kalau dah lame sangat segar enak berecon pe kate rase pula panasnya matahari atau bestnya menari dalam hujan.
Sebabnya.. aku mahu tekankan tak semua orang rasa ape yang kita rasa. Kita makan nasi ade insan yang perlu menagih simpati untuk dapatkan sesuap bubur.
Mesti korang pernah rasa sakitnya mata tengok kereta yang laju dipandu bersama pak polisi dikala jalan yg penuh sesak. Sakitnya hati tengok layanan mesra apabila pangkat dan darjat lebih dari kita?
Ah... itulah dunia. Sabar jelah. Usaha. Jangan dengki. Tapi perlu beringat. Jika aku sudah kaya nanti.. jika aku sudah berpangkat serta berdarjat nanti jangan sesekali aku begitu. Setinggi mana pun kedudukan kita, sebesar mana pon pangkat kita akhirnya ke dalam tanah juga akhirnya. Tanah yang sama.
Kan.




Akhir penutup bicara.. jum kongsi pesanan ringkas bergambar ni









Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Sunday, 9 November 2014

Tarikh lahir dan no pin ATM



Korang yang bace entry kali ni...
Korang punye nombor pin kad atm??? Tarikh lahir??



Salam semua.

Korang mesti pernah dengar cerita atau alami sendiri situasi ini. Kad ATM bank hilang.
Kalau di curi atau korang secara tidak sengaja terjatuhkan dimana-dimana, cube korang call bank. Mesti ada punya insan yang cuba try test that card. Hmmmmm.... pernah tak korang tanya bank nombor pin yang cuba ditekan.

Kalau kad tersebut tercicir berkemungkinan orang tersebut hanya gamble je ape-ape nombor. Tapi untuk case curi atau kad pengenalan anda hilang sekali baik anda cek. Besar kemungkinan pencuri tersebut akan menggunakan tarikh lahir anda sebagai percubaan.

Atau kes paling tidak kita gemar dan sanggup alami apabila pencuri adalah di kalangan orang yang kita kenali. Jadi tarikh lahir adalah nombor pertama yang mereka akan cuba.
Lagi sekali aku tekankan



Oke. Sebab kejadian ni berlaku pada orang sekeliling aku dan salah sorang pula sahabat baik aku, so nak share antara langkah yang perlu diambil kalau korang sedar kad bank korang hilang.

1) jangan panik
2) call bank untuk batalkan kad anda STAT... biasanya untuk servis ni mmg 24/7.
(No ada di belakang kad atm)
3) tanya baki → jika masih berbaki seperti pengeluaran akhir anda jangan lupa ucapkan alhamdulillah. TAPI incase kalau berbaki 0000

4) tanya dimana pengeluaran dibuat. Kebiasaannya untuk servis ini adalah didalam waktu pejabat.
5) jangan lupa no pin yang ditekan dan waktu pengeluaran.
6) terus ke balai buat police report.

Setelah dapat polis report anda berhak untuk tahu dan mencari pencuri tersebut hingga ke lubang cacing.
Mungkin pencuri tu lupa bahawa teknologi kini semakin canggih kerana di setiap atm machine terdapat cctv yang merakamkan segala perbuatan kamu itu.

7) kawal diri. Cuba bertindak dengan bijak. Undang-undang ada untuk mereka si pencuri ni.




Jadi, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan aku nasihatkan korang supaya sangat-sangat mengelakkan daripada menggunakan tarikh lahir sebagai nombor pin sesuatu yang penting.
Malah jika boleh selepas gaji masuk setiap bulan cuba separate duit tersebut supaya tidak terus terkumpul didalam satu bank.

Andai memang rezeki si pencuri tu dan tidak berhati perut sehingga meninggalkan RM0, jika berjaya menemui dan dia mahu membayar balik dengan mudah alhamdulillah. Namun, jika masih pelbagai alasan yang diberikan anda boleh meneruskan niat untuk membawa kes ke mahkamah.

Cuma jangan risau. Buat baik dibalas baik. Buat jahat kita jumpa kat akhirat. Kita hidup bukan menongkat dunia. Kan.
Insya Allah setiap apa yang hilang Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.
Husnozun.











*kerana wang orang bodoh boleh menjadi cerdik dan orang baik boleh menjadi jahat.


Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Saturday, 8 November 2014

Maaf. I'm sorry. ..

Assalamualaikum semua.
Salam satu Malaysia.

Alhamdulillah dah masuk bulan November. Wahhhh, makin cepat rasanya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk hari baru.

Tak berapa nak sihat. Tahlah. Banyak sangat fikir rasanya. Sedih, marah, geram, semua perasaan bercampur aduk. Kalau tak kerana masih berbaki iman di dada agaknya boleh meletup aku rasa.
Banyak dugaan semakin hampir penghujung tahun ni.



Aku rasa sudah terlampau banyak aku update entry pasal maaf ni. Aku, malah sesiapa sahaja yang baca blog aku ni tak maksum. Kita semua melakukan kesilapan. Namun aku rasa aku perlu tekankan lagi betapa tingginya nilai dan erti ucapan maaf ni.

Maaf....

Satu perkataan yang sangat simple. Tapi jika diperkatakan dengan penuh rasa khilaf yang telah kita lakukan percayalah segalanya akan dipermudahkan. Musuh boleh menjadi sahabat. Benci boleh kembali berkasih sayang. Jangan sesekali kita buruk sangka dan memperkecilkan ucapan maaf ini. Jika kita rasa kita salah minta maaf dahulu, pihak sana samada dia berhak atau mahu maafkan kita atau tidak itu cerita lain.



Kawan... masih tidak terlambat. Masih ada waktu lagi. Jangan keruhkan lagi keadaan. Jangan ditambah lagi rasa benci. Takut tuan empunya diri sudah benar-benar hilang rasa simpati.
Pepatah sendiri ada mengatakan
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Aku percaya setiap apa yang berlaku pada kita samada baik atau sebaliknya pasti ada hikmah setiap kejadian. Yang hilang memang bukan milik kita. Cuma jangan ditambah lagi dengan janji-janji palsu. Kesabaran manusia ada hadnya.



Taubatlah.... menangislah... merataplah pada Allah. Moga ditunjukkan jalan kebenaran. Dimudahkan semua kesulitan. Namun ingat dosa pada insan hanya boleh dimaafkan oleh insan tersebut.
Setiap daripada kita mempunyai masalah sendiri. Jangan menghalalkan cara dengan semua masalah itu menjadi alasan.

Aku tak berhak syurga atau nerakakan sesiapa. Aku sendiri melakukan banyak kesilapan. Aku sendiri takut jika suatu masa nanti Allah telanjangkan setiap khilaf aku pula. Itu yang masih aku pegang supaya masih sabar dalam semua keadaan.



Minta maaf... usaha.. doa.. taubat... tawakal.
Insya Allah.




*gambar-gambar comel ni aku amik kat instagram #mariperbaikidiri


Nota kaki
Kekurangan wang adalah punca segala perbuatan keji.
Awas dengan kemarahan orang yang penyabar kerana tindakan mungkin akan lebih buruk daripada orang yang panas baran.





Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Thursday, 16 October 2014

Spaghetti bolongnese my way yg mudah je..

Salam satu Malaysia.

Hai semua. Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan kan. And ada kalanya kita tetibe rasa dah puas makan nasi. Yelah.. nasi kan makanan rugi kite hari-hari.
Ape kate kite try resepi ni. Aku setiap bulan mmg akan masak spaghetti ni. Paling kurang sekali. Kenkadang kalau mode rajin aku datang memang segala tok nenek aku boh dalam tu.
Tapi bile rase nak makan tapi mcm malas masak aku buat simple je mcm satni.
Baru je siap masak. Snap gambar sikit sebab nak share ngan korang. Ala senang jek..
Sebab banyak yang sudah ready made now memang mudah le ja aku..
Bahan asas die ni jek...



> Pasta ikut korang nak saiz kurus, gemok, panjng, lebar
> sos spaghetti ikut korang jgk nak beli jenama apa ikut tekak. Kalau rajin gunalah buah tomato sos buatan sendiri yang lebih sihat.
> daging/ayam kisar
> oregano yg ni optional
> minyak masak
> sayur ikut citarasa.. aku prefer carrot dipotong sadu dan cendawan butang

Oke ni jek.. simple.

Sebab aku tekak Melayu so resepi ni memang sangat melayu okeh...

Cara masak
> panaskan minyak
> masukkan daging kisar. Goreng kilas dalam 5-10 min ikut kuantiti.
Tekak Melayu aku ni suka pedas so..
> masukkan cili boh (ia juga dapat menambah kuantiti sos tu) *optional

Kacau goreng sehingga cili boh masak
> masukkan sayur dan kacau lagi
> masukkan sos pasta td jacau untuk beberapa minit dan siap...

Bile dah bueh bueh macam kawah gunung berapi muncul maka masak lah.

Actually aku tambah ni td.. sebab cili boh tu tak berapa nak pedas.. yuhuuuuu

Pasta pulak

> panaskan air. Kalau boleh gune periuk yg besar or panjang untuk memastikan pasta masak sekata
* aku tambah extra virgin olive oil dan garam sikit. Untuk elakkan spaghetti yang dimasak tidak melekat dan berbau harum.
> masak sehingga sesedap rasa or aldente orang itali kate



Kacau sebati kuah dan spaghetti dan bismillah. ...

Maaf xde dalam gambar. Harap faham.



*Nota kaki
Tolehlah ke belakang dan berikan senyuman kepada semua kesilapan bodoh yang telah dilakukan.


Sharing is caring....

posted from Bloggeroid