Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Spaghetti bolongnese my way yg mudah je..

Salam satu Malaysia.

Hai semua. Kita kat Malaysia ni mewah dengan makanan kan. And ada kalanya kita tetibe rasa dah puas makan nasi. Yelah.. nasi kan makanan rugi kite hari-hari.
Ape kate kite try resepi ni. Aku setiap bulan mmg akan masak spaghetti ni. Paling kurang sekali. Kenkadang kalau mode rajin aku datang memang segala tok nenek aku boh dalam tu.
Tapi bile rase nak makan tapi mcm malas masak aku buat simple je mcm satni.
Baru je siap masak. Snap gambar sikit sebab nak share ngan korang. Ala senang jek..
Sebab banyak yang sudah ready made now memang mudah le ja aku..
Bahan asas die ni jek...



> Pasta ikut korang nak saiz kurus, gemok, panjng, lebar
> sos spaghetti ikut korang jgk nak beli jenama apa ikut tekak. Kalau rajin gunalah buah tomato sos buatan sendiri yang lebih sihat.
> daging/ayam kisar
> oregano yg ni optional
> minyak masak
> sayur ikut citarasa.. aku prefer carrot dipotong sadu dan cendawan butang

Oke ni jek.. simple.

Sebab aku tekak Melayu so resepi ni memang sangat melayu okeh...

Cara masak
> panaskan minyak
> masukkan daging kisar. Goreng kilas dalam 5-10 min ikut kuantiti.
Tekak Melayu aku ni suka pedas so..
> masukkan cili boh (ia juga dapat menambah kuantiti sos tu) *optional

Kacau goreng sehingga cili boh masak
> masukkan sayur dan kacau lagi
> masukkan sos pasta td jacau untuk beberapa minit dan siap...

Bile dah bueh bueh macam kawah gunung berapi muncul maka masak lah.

Actually aku tambah ni td.. sebab cili boh tu tak berapa nak pedas.. yuhuuuuu

Pasta pulak

> panaskan air. Kalau boleh gune periuk yg besar or panjang untuk memastikan pasta masak sekata
* aku tambah extra virgin olive oil dan garam sikit. Untuk elakkan spaghetti yang dimasak tidak melekat dan berbau harum.
> masak sehingga sesedap rasa or aldente orang itali kate



Kacau sebati kuah dan spaghetti dan bismillah. ...

Maaf xde dalam gambar. Harap faham.



*Nota kaki
Tolehlah ke belakang dan berikan senyuman kepada semua kesilapan bodoh yang telah dilakukan.


Sharing is caring....

posted from Bloggeroid

Thursday, 3 July 2014

Resepi kastard jagung

Dah kenapa blog aku bulan Ramadan ni penuh dengan resepi je. Huhu..
Alhamdulillah sudah 5 hari berpuasa hari ini. Masih mengekalkan menu masakan rumah adalah yang terbaik.
Bekerja shift pagi hari ni. Membolehkan aku menukar baju cik jururawat ke topi ala-ala cef la konon.
1st trial aku actually. Selama ni beli je. Tahun ni mood memasak apa yang aku idamakn aku lebih. So aku nak share resepi yang mudah ni.

Bahan-bahan

- tepung kastard 1 1/2 cawan
- gula 1 1/2 cawan
- air dalam 3 cawan
- susu cair 1 tin
- jagung 1 tin kalau suka lebih boleh letak bnyk
- esen vanilla satu sudu kecil

Cara masak
- satukan semua bahan. Masukkan kedalam periuk/kuali dan kacau sehingga menjadi likat atau sehingga kawah-kawah kecil blurp blurp blurp. Huhu



Kemudian masukkan ke dalam loyang, bekas ikut citarasa masing-masing. Jika tidak puasa bolehlah terus makan. Kerana ia sangat cepat memejal.



Senang sangat kan. Bolehla dapat pahala percuma masak dengan ikhlas untuk juadah berbuka puasa keluarga atau rakan-rakan anda nanti.



Hari ni punya juadah iftar. Udang masak serai serta tumis petola.


Selamat berbuka

Sharing is caring.....

posted from Bloggeroid

Tuesday, 1 July 2014

Resepi biskut raya aku tahun ni- roti nestum bersalut coklat

Korang percaya tak dengan roti putih yang biasa kita makan untuk sarapan tu kita juga boleh membuat sejenis biskut raya yang sangat sedap.

Sebenarnya adik aku ade shopping biskut raya 1 month before puasa lagi. Biasalah harga biskut kat KL ni especially yang homemade memang mahal. Meh... aku nak share kat korang satu resepi yang sangat simple lagi sedap. Bahan utamanya roti. Yes roti...


Roti tak kisahla jenama apa pon korang potong jadi cam ni or whatever bentuk yang anda suka.

Bahan-bahan
¤ roti putih
¤ coklat bar
¤ nestum

Tiga ni je. Excited tak korang..

Cara masak
- cairkan coklat
- sambil mencairkan coklat bolehlah potong roti dan bakar dalam oven atau kalau xde oven korang boleh bakar biasa menggunakan pembakar roti dan potong
(Tapi maybe sukar untuk potong jika anda bakar dulu. Pastikan menggunakan pisau tajam)
- celupkan roti yang dibakar kedalam coklat yang telah dicairkan
- then, golekkan ke atas nestum
Jadilah macam ni



Haaaa... senang sangat kan. Kalau buat awal ni tak silap tak sempat raya dah habis.
Ape kata anda cuba. Untuk satu bungkus besar roti tak kurang dari 30 minit dah siap.
Mudah dan sedap. Percayalah.
Sesekali kita cuba buat biskut raya sendiri bawak balik kampung mesti famili pon excited nak rasa. Hihi..

Baru 3 hari puasa aku dah share resepi biskut raya. Hihi...

Selamat berpuasa semua. Dan jangan lupa cuba resepi diatas...





Sharing is caring..

posted from Bloggeroid

Sunday, 22 June 2014

Resepi Jus lebih sihat dengan shake & take

Alkisah...
Aku bebaru ni ade beli satu mesin buatan manusia berjenama shake n take. Ni kira iklan x berbayar aku. Tp yang ingin aku kongsikan adalah betapa mudah dan bestnya benda ni.


Korang boleh blend bermacam jenis buah-buahan tempatan or import. Samada guna ais or sky juice. Dengan shake n take anda boleh menghasilkan jus yang cepat lagi lazat.
Aku nak kongsi resepi kat korang. Beberapa resepi jus buah...

♥ laici rockmelon
Bahan-bahan


Ni je oke bahannya.


Pastu masukkan dalam botol. Oke, dalam gambar ni tetibe ade kacangkan. Aku suka rasa berkacang sikit jus ni so aku tambah kacang hazelnuts. Ape lagi blend.



Kalau anda suka minum tanpa ais bolehla baca bismillah seperti aku.
Atau yang suka minum sejuk boleh kisar bersama ais sekali.
Or kalau suka minum berais tetapi xde ais kat rumah boleh kisar macam biasa dan sejukkan dalam sejuk beku sekejap.
Pastu yang paling superb korang xperlu ganti botol lain, xperlu tuang dalam mug tapi boleh trus minum sebab...


Aku nak kongsi beberapa resepi jus yang aku selalu buat.

♥ Yusuf taiyoob rockmelon jus

Name resepi paling tak tahan. Yang ni tak perlu tambah madu or gula sebab buah kurma dah cukup manis. Sesuai dibuat berbuka puasa nanti.

♥ epal masam manis

Yang ni pulak sesuai untuk mereka yang tak berapa gemar jus yang manis. Jenis asam limau terpulang pada citarasa individu.

♥ carrots jus

Kalau tambah laici lagi terbaik wok...

Sebenarnya untuk jus yang sihat dan sedap anda xperlu berbelanja besar pon. Boleh buat sendiri di rumah yang lebih terjamin kesegaran dan kebersihan.
Gunakan bahan-bahan semula jadi kalau boleh. Gantikan gula dengan madu. Sejukkan dalam peti daripada guna ais ketul. Tetapi ini semua terpulang pada citarasa anda.
Mesin pengisar buah ini terdapat pelbagai warna dan bermacam jenama. Cuma pilih mengikut citarasa anda juga.
Mahukan yang lebih sihat??? Pilihan ditangan anda.

Pada pengirim blander ni saya akan hantar pada hari bekerja nanti ye.. maaf xsempat hantar pesanan anda yang sudah seminggu sampai...





Sharing is caring...

posted from Bloggeroid

Tuesday, 10 June 2014

Resepi Kek batik aku

Aku bercuti hari ni. Sehari je. Heaven je rase. Dari subuh hujan. So menghabiskan masa guling-guling atas katil la ape lagi. Hihihi.
Tetiba rasa nak makan kek batik. So belek belek barang kat dapur.. yesss cukupla. Ada barang yang xde tapi boleh jadi gak ni. Kita try ape yang ade jek.


Mula-mula prepare bahan-bahan. Yang gambar ni apa yang ada dalam almari dan peti ais aku hari ni. Sebab hujan malas nak keluar mencari bahan lain. Huuuu

Bahan-bahan
¤ Biskut Marie
¤ Sebuku butter
¤ Satu tin susu penuh krim
¤ Milo (boleh tukar ikut citarasa)
¤ Telur (optional)
¤ Cream cheese (optional)
* periuk dan senduk

Haaaa.. tak ke sangat mudah dan simple je bahan-bahan die. Yang xde kat sini dan yang selalu aku tambah adalah serbuk koko. Punyela aku punggah lemari (almari) memang tak ade. So.. aku cuba buat without serbuk koko. Or anda boleh gantikan dengan chocolate bar. Yang ni ada tapi aku lupa masuk dalam gambar.
So prepare barang before start masak. Supaya perjalanan memasak anda smooth and cepat. Rancang tatacara la konon.



Oke.. so mari kita stat memasak....

Cara masak...
→ cairkan butter dalam periuk.
→ setelah cair masukkan milo, serbuk koko or chocolate bar dan cairkan. Sentiasa kacau untuk mengelak menjadi ketul-ketul.
→ masukkan susu
→ setelah chocolate masak anda perlu menggunakan deria rasa pula. Jika manis boleh tambahkan sedikit air. Xbaik oke makan manis-manis sangat
→ masukkan telur yang sudah dipukul sedikit demi sedikit sambil mengacau. Yang ni kena berhati-hati. Pastikan sentiasa mengacau adunan semasa memasukkan telur untuk mengelakkan telur masak dan memejal. Kacau sebati adunan
→ tutup api dan masukkan biskut marie.
→ masukkan ke dalam loyang, bekas, or boleh balut dalam plastik ikut citarasa anda
→biarkan sejuk dalam suhu bilik sebelum masukkan ke dalam freezer.

* tujuan masukkan telur sebab aku suka tekstur kek batik aku lembut. Aku suka makan terus dari bekas comel dengan sudu. Kira teksturnya jadi lembut seperti kek. Jika anda suka tekstur yang keras tak perlu masukkan telur dan kurangkan butter. Cara yang ni aku suggest kalau anda balut bahan tadi dengan plastik. So kek batik akan megeras dan perlu dipotong sebelum makan.

*Dan lagi satu tips aku untuk menjadikan kek batik lembut adalah

Masukkan olive oil atau semasa mencairkan butter.

*cream cheese pon optional. Sebab aku and adik aku suka sangat makan cheese. So aku tambah in between layer kek batik ni.

Nasib aku masih waras dan tak tambah cheddar juga. Hihi.



Haaa.. da pon siap. Now kek batik aku ada dalam freezer. Bolehla dijadikan hidangan untuk minum petang nanti.
Sangat mudah dan simple bukan. Dan estimate masa membuat kek batik ni dalam 15 min je. Cepat dan mudah. And yang paling penting ia yummehhhh... so ape lagi.. diggings it la...







Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Friday, 20 April 2012

MEE REBUS

Rasa nak berkongsi resepi pulak today..hehe...
Resepi ni dari mummyku syg..bru je masak that day mase cuti panjang kat kg..sempatla belajar resepi ni..

bahan utama mee rebus
potong kecil ubi untuk mempercepatkan proses merebus dan perisi udang


 
mulakan proses memasak


Bahan-bahan

  • mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang

  • BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
  • 3 ulas bawang putih*
  • 300 g udang sederhana besar*
  • 7 biji bawang merah* 
  • 1/2 cm halia
  • cili kering direbus dan dikisar (untuk yang sukakan pedas)*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan (dikisar halus)*
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • kentang, keledek  direbus hingga empuk dan dikisar* 
  • sedikit kacang tanah digoreng dan dikisar*
  • 1 biji tomato, dibelah empat

Bahan-bahan cucur udang
150 g udang
tepung gandum




Cara-cara 



  1. Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul. Ketepikan
  2. Goreng cucur udang dan potong mengikut kecil. Ketepikan
  3. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai diikuti bhn2 kisar* dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Tuangkan air rebusan udang,dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.
  5. UTK MENGHIDANG:Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun cucur udang, tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)...



mee yang sedia dimakan
 #sedap ni....xtipu...