Pages

Sunday, 22 June 2014

Resepi Jus lebih sihat dengan shake & take

Alkisah...
Aku bebaru ni ade beli satu mesin buatan manusia berjenama shake n take. Ni kira iklan x berbayar aku. Tp yang ingin aku kongsikan adalah betapa mudah dan bestnya benda ni.


Korang boleh blend bermacam jenis buah-buahan tempatan or import. Samada guna ais or sky juice. Dengan shake n take anda boleh menghasilkan jus yang cepat lagi lazat.
Aku nak kongsi resepi kat korang. Beberapa resepi jus buah...

♥ laici rockmelon
Bahan-bahan


Ni je oke bahannya.


Pastu masukkan dalam botol. Oke, dalam gambar ni tetibe ade kacangkan. Aku suka rasa berkacang sikit jus ni so aku tambah kacang hazelnuts. Ape lagi blend.



Kalau anda suka minum tanpa ais bolehla baca bismillah seperti aku.
Atau yang suka minum sejuk boleh kisar bersama ais sekali.
Or kalau suka minum berais tetapi xde ais kat rumah boleh kisar macam biasa dan sejukkan dalam sejuk beku sekejap.
Pastu yang paling superb korang xperlu ganti botol lain, xperlu tuang dalam mug tapi boleh trus minum sebab...


Aku nak kongsi beberapa resepi jus yang aku selalu buat.

♥ Yusuf taiyoob rockmelon jus

Name resepi paling tak tahan. Yang ni tak perlu tambah madu or gula sebab buah kurma dah cukup manis. Sesuai dibuat berbuka puasa nanti.

♥ epal masam manis

Yang ni pulak sesuai untuk mereka yang tak berapa gemar jus yang manis. Jenis asam limau terpulang pada citarasa individu.

♥ carrots jus

Kalau tambah laici lagi terbaik wok...

Sebenarnya untuk jus yang sihat dan sedap anda xperlu berbelanja besar pon. Boleh buat sendiri di rumah yang lebih terjamin kesegaran dan kebersihan.
Gunakan bahan-bahan semula jadi kalau boleh. Gantikan gula dengan madu. Sejukkan dalam peti daripada guna ais ketul. Tetapi ini semua terpulang pada citarasa anda.
Mesin pengisar buah ini terdapat pelbagai warna dan bermacam jenama. Cuma pilih mengikut citarasa anda juga.
Mahukan yang lebih sihat??? Pilihan ditangan anda.

Pada pengirim blander ni saya akan hantar pada hari bekerja nanti ye.. maaf xsempat hantar pesanan anda yang sudah seminggu sampai...





Sharing is caring...

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 June 2014

Kemudahan di hujung jari... baik atau sebaliknya?

Salam satu malaysia....

Aku rasa dah banyak entri yang aku tulis pasal kemudahan kita di alaf serba canggih ni.
Kali ni aku nak share pasal shopping online. Oke, kita tak perlu pergi jauh-jauh kat Malaysia je dah cukup. Memang banyak laman web macam ni yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Yang kita perlu lakukan hanya bijak untuk memilih laman sesawang online shopping yang mesra alam untuk kita. Aku pon malas nak buat iklan tak berbayar kat sini dan aku rasa kebanyakan daripada kita semua pernah membeli barang online kan. Sampai barang dapur nak memasak pon sudah ada kemudahan ini.
Tetapi ada juga keburukan membeli produk online ini. Anda mengkin berbelanja tanpa sedar. Malah anda juga mungkin membeli barang bukan keperluan. Jadi, keazaman yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan sebarang masalah dasa hadapan.

Tips membeli barang online.
Hihi.. siap beri tips Oke. Actually aku ni memang sudah dijangkiti penyakit ni. Tetapi masih terkawal. Cuma boleh dikatakan kebanyakan barang keperluan aku kini sampai depan mata.

1) Pastikan budget yang ada.
Nasihat aku terutama yang menggunakan credit card. Owh.. ini sangat bahaya. Anda seharusnya perlu memastikan budget sebelum melakukan pembelian. Jangan sampai hutang mengelilingi pinggang dan terpaksa makan mee segera pulak. Seeloknya bayar dulu keperluan yang perlu diutamakan seperti bil-bil utiliti, sewa rumah, kereta, bil telefon dan internet serta jangan seronok sangat duk shopping sampai lupa mak ayah di kampung dan tanggungjawab pula.

2) Tanya pendapat pada yang lebih pakar
Jika anda ialah newbie pastikan anda bertanya kepada individu yang pernah atau selalu melakukan aktiviti pembelian online ini untuk mengelakkan daripada tertipu. Selidik laman web yang biasa di beli, dan servis yang cepat dan mudah.

3) Buat perbandingan dan kajian
Jika ada masa terluang dan sebenarnya adalah perkara yang wajib adalah membuat perbandingan harga dan kualiti produk yang mahu dibeli. Supaya tidaklah kita menyesal dikemudian hari.

4) Cara pembayaran
Melalui pengalaman, untuk yang baru berjinak mahu membeli secara online lebih selamat jika membayar sewaktu barang diterima. Cash on delivery (COD). Anda boleh menggunakan kredit atau debit card setelah anda mempunyai kepercayaan terhadap laman shopping online tersebut. Aku lebih prefer COD kerana kebiasaannya barang hanya akan sampai ditangan kita bukan nota untuk ambil barang di syarikat penghantaran pula. Percayalah annoying kot kalau dapat nota ni. Satu hal pula nak call untuk redelivery or p ambil kat syarikat penghantar pula.

5) Pilih tarikh yang tepat
Ini bukan sahaja untuk memudahkan kita tetapi kepada adik abang courier juga. Kesian lah pada mereka yang perlu call dan datang berulang kali untuk delivery barang kita.

6) Pastikan email dan telefon anda berfungsi
Kebiasaan kesemua keterangan mengenai produk yang kita beli dihantar melalui email. Malah kebiasaannya juga mereka akan call kita before hantar barang ke rumah.

7) Redha dan pasrah
Oke, yang ni sebab kita hanya melihat gambar produk yang kita beli. Sedangkan nak upload gambar di instagram dan Fb pon kita pilih yang terbaik ini pula mereka yang menjalankan bisnes. So jika barang yang dibeli tidak mengikut kehendak hati boleh tukar jika dibenarkan atau redha jela.. hihi


Dan aku barang terbaru aku beli adalah air humidifier. Aku beli yang kecil tapi sangat comel. Boleh di bawa kemana jua anda pergi. Dengan cuaca di Malaysia yang sangat panas nowdays serta bulan ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi percayalah ia sangat berbaloi.


Doughnut USB air humidifier.
Sangat mudah.. anda hanya perlukan segelas air dan plug in.
Maka, bersedialah untuk menghirup udara yang lebih segar dan bersih. Tambahan pula di musim panas ni ia juga bertujuan untuk melembabkan udara. Secara tidak langsung dapat mengurangkan suhu persekitaran anda.

Korang tahu tak ape yang paling best... aku baru je klik nak beli produk ni semalam dan hari ni pon tiba di rumahku... happy..berpuas hati.

Dan secara tidak langsung aku kini menjadi agen pembeli oleh rakan-rakan sekerja. Aku xkisah.. janji kena masa dan bayar..hihi.. sharing is caring kan...

Tustasnya... huhu.. dah kenapa aku guna ayat tu. Secara kesimpulan yang aku sendiri simpul banyak kebaikan untuk membeli barang secara online jika kena pada caranya. Cuma apa yang paling penting kita tahu membezakan keperluan dan kehendak kita. Pastikan nafsu membeli tidak memewaskan kita.

Selamat membeli belah. ...









Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Thursday, 12 June 2014

Mitos vs fakta dan psikologi

Pagi tadi aku bersarapan dengan oren jus with roti jam 6.45am before took over report dan mulakan hari bekerja dengan bismillah. Not a very busy day. But as usual for public information aku tak masuk pantry dah until makan lunch jam 4.30 pm. Serius aku xbermaksud ape-ape pon. Saje nak cerita. Hihi...
Adik yang kat kedai bawah tu sambil mengira harga barang aku sambil mulut mengumil "eee... minum jus oren pepagi nanti sakit perut baru tahu"
Actually aku kenal adik-adik kedai ni. So anggap bual kosong kakak dan adik je. Tapi aku xmenjawab pon. Malas nak berfakta bagai pepagi buta.
Dah bertahun aku sarapan dengan jus oren. And alhamdulillah tak pernah sekalipun sakit perut dik. Ini semua mitos mengarut jek. Jus oren adalah sumber vitamin C yang baik. So baik untuk perut actually especially untuk insan-insan yang mengalami masalh sembelit. But jangan la pulak berharap minum air ni dapat sembuhkan masalah sembelit kalau tak minum bersama air putih yang secukupnya oke.


Aku memudahkan hidup dengan minum jus ni. Yeah don't argue bagai how kandungan sugar & fresh oren is evan better. Bak kata lisa surihani "mahukan yang lebih segar?? Kupaslah sendiri.."
Motif aku buat iklan xberbayar kat sini.

Percaya atau tidak.. psikologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita.
Dulu masa aku form 4 or form 5 aku xpasti tapi diceritakan oleh cikgu biologi aku
Cikgu : mak saya marah anak saya pagi-pagi minum jus oren katanya nanti sakit perut.
Anak : dari kecil saya minum xpernah sakit perut pon
Nenek : budak-budak sekarang..
Ini kira summary cerita. Cikgu aku ni chinese so aku jadikan cerita lebih kemelayuan.

Dulu masa kecil-kecik opah aku pon selalu marah kalau bermain hujan. " ni berhujan ni demam nanti" katanya.

Percaya tak aku kata lagi, kita kena positif. Kalau negatif kita fikir. Maka negatif la jadinya. Kalau positif kita fikir maka positif la resultnya nanti. Evan aku pernah dengar ade seorang ustad ni kata kalau kita fikir positif air yang dibacakan dengan al fatihah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Dengan syarat yakin. Emmm.. korang nampak x ape yang aku cuba cerita. Jangan pulak korang pusing tang lain. Contoh pesakit transplant kata tak mahu chemotherapy tetapi mahu terus masuk sel. Maksud aku.. ade certain case kita kena la ikut prosedur dan protokol.

Yang aku cuba ceritakan dari tadi kes lain. Kes mengenai kehidupan kita yang dimomokkan dengan pelbagai mitos. Wahhhhh..zaman dunia di hujung jari ini rupanya masih ada insan di takuk lama. Wake up people....

So, kita yang lahir dan membesar di zaman serba canggih ni perlu buka mata. Mitos yang lama jangan diikut. But yeah ade kes yang kita masih perlu percaya. Yang itu terpulang kepada individu.
Ni lagi satu contoh bila bawak anak-anak kecil ke hospital selalu sangat menakutkan mereka dengan ayat haaa Dr..haaa nurse cucuk budak ni. Manela dak ni tak membesar dengan takut pada hospital dan warga kesihatan. Ini semua dari kecil sudah diperdengarkan dengan semua ni.

Jadi, whatever pon yang kita buat yang kita ajar pada mereka akan terus menjadi tabiat mereka. Jum ubah. Lakukan perubahan. Baru tak sia-sia kita hidup dalam peradaban penuh berteknologi ni. Ye dak.
Mencuba gagal lebih baik dari gagal tanpa mencuba...



Oke gambar ni memang tak ada kena-mengena dengan cerita.. saja nak share...
Hmmmm.. nampaknya aku kena tukar tinted kereta...




Salam nifsu syaaban....








Sharing is caring. .

posted from Bloggeroid

Wednesday, 11 June 2014

Adakah anda pembawa gen thalasemia??



Adakah anda pembawa gen thalasemia??

Masihkah anda ingat pada iklan ini?? Yang suatu ketika dahulu selalu diiklankan di kaca televisyen. Tapi kini iklan begini sudah semakin berkurangan.
Adakah kita tahu bahawa serius dan bahayanya penyakit ini sebenarnya pada bakal anak kita jika kita mahupun pasangan tidak mengambil peduli.
Jum kita polishes sikit ingatan kita mengenai penyakit ini.

Apa itu thalasemia?
Thalasemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan Hb dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Thalasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Jenis thalasemia

Terdapat dua jenis Thalasemia iaitu:
Thalasemia minor : Thalasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen thalasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda thalasemia atau pembawa.

Thalasemia major : Thalasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda thalasemia.


Pembawa Thalasemia:
Biasanya penghidap Thalasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Thalasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Thalasemia (talasemia major)



Pesakit thalasemia:
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal


Tanda dan gejala penyakit Thalasemia
Biasanya anak-anak pembawa Thalasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
¤Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
¤Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
¤Jaundis
¤Tumbesaran terbantut
¤Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
¤Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).


Rawat dan perawatan

→Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan. Walaubagaimanapon, transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
→Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Namun terdapat juga kesan sampingan pada ubatan ini.
→Pemindahan sum-sum tulang (Bone marrow transplant) dilakukan sekiranya ada penderma yang sesuai (matches HLA @ haploidentical BMT) di kalangan keluarga. Peratus kejayaan adalah 80%.

Saringan Thalasemia

Saringan ujian darah untuk Thalasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta.
Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Thalasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.

Persatuan Thalasemia Malaysia
Projek Persatuan Thalasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit thalasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.




Adalah penting bagi kita untuk mengetahui status penyakit kita dan juga pasangan terutama sekali jika kita adalah pembawa gen thalasemia.
Mengelak lebih baik daripada merawat.........










Sharing is caring

posted from Bloggeroid