Pages

Monday, 2 June 2014

Ramadan tak lame lagi.....

Hari ini sudah bertarikh 3 Syaaban. Menunjukkan Ramadan just around the corner. Yang mane ade tinggal puasa tu da habis ganti ke belum lg u ols.
Aku suka bulan puasa. Bulan yang aku rasa sangat tenang. Bukan ape, bila time puasa kita bukan sahaja puasa daripada menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kiranya vital organ dalam tubuh badan kita pon mengambil masa untuk bertenang dan berehat. Macam gambar comel ni..



Masihkah anda ingat perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti yang kita hapai waktu sekolah dulu. Macam ujian pafa subjek pendidikan islam.
Rasanya xperlu aku ulang. pasti petik jari je masing-masing boleh jawab bukan.

So, sebenarnya apa yang aku nak share adalah persediaan kita untuk menjemput ramadan. Kerna aku pasti semua berebut untuk menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatulqadar.

Apa kata kita mulakan dari sekarang. Praktis dari Syaaban. Insya Allah bila ramadan tiba nanti kita sudah benar-benar bersedia.

Mulakan dengan niat. Tanpa niat dan usaha kita mungkin sukar untuk melakukan apa yang kita mahu. Cekalkan dalam hati. Positif yang paling penting. Jangan awal-awal sudah fikir buruk sebelum mula bertarung. Kenapa aku guna perkataan bertarung?? Kerna seperti semua tahu SOT orang kata pabila ramadan semua jin dan syaitonirrajim dah kena ikat. Jadi kita perlu berlawan dengan nafsu diri kita sendiri.

Then, cuba lengkapkan apa yang selalu kita ambil mudah. Perkara wajib yang sering kita leka. Sembahyang 5 waktu. Apa gunanya berkejarkan solat tarawih yang sunat andai 5 yang wajib selalu saja tertinggal. Mula bertatih bangun solat sunat malam. Apa salahnya mencuri sedikit waktu tidur untuk beribadah. Mulakan dengan perlahan. Tidak perlu gopoh. Sebab tu aku suh mula dari awai lagi bak hang.

Membaca Al Quran. Sepertimana yang kita tahu, pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap hurup didalam AlQuran yang kita baca di bulan Ramadan nanti. Mana nak dapat pahala yang banyak macam ni kat bulan lain. Mai la kita sesama berebut pahala tu.
Haaa.. lagi satu kalau kita rasa nak kongsi pahala kita bolehlah menghadiahkan kenkawan, mak ayah, adik-beradik, dan sewaktu dengannya AlQuran yang comel macam yang ku ada ni. Kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Juga sangat comel untuk menarik golongan muda untuk membacanya.


Yang ni aku beli dari member punye member kat negara seberang. La ni dah banyak jual serta harga yang lebih berpatutan di Malaysia.

Bersedekah amalan mulia. Waktu ramadan selain berlapar dahaga, waktu ni la kita beristiqamah. Waktu ni la kita nak rasa bagaimana insan lain yang kurang bernasib baik merasai lapar dan dahaga bukan sebulan tapi sepanjang tahun. Apa kata kita kongsikan sedikit dari kemewahan kita supaya mereka juga boleh bergembira. Yang paling mudah isikan sahaja di tabung masjid sekitar kita. Tabung derma juga merata ada di sekeliling kita sebenarnya. Ataupon cara yang lebih moden melalui potongan gaji. Jangan lupa mak ayah kat kampung. Itu juga satu sedekah yang menjadi tanggungjawab okes.


Ini contoh potongan melalui gaji yang boleh kita lakukan.



Yang ni pulak boleh melalui maybank2u. Autodebit di setiap awal bulan.
Every Child count...

Muhasabah diri. .. ingat ingat dan ingat puasa bukan hanya berlapar dan dahaga je tetapi menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. So, mula praktikkan daripada awal. Kalau sudah habis menggantikan puasa wajib bolehlah berpuasa sunat pula.


Marilah bersama-sama kita merebut manisnya Ramadan.
Rasulullah s.a.w bersabda, "sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Ryyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat, tidak seorang pon masuk melalui pintu itu selain mereka. Dikatakan, "Mana Orang-orang yang berpuasa? " Maka mereka berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melewati pintu itu selain mereka. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup dan tidak ada seorang pon yang masuk (lagi) melaluinya. " (HR Bukhari).





Sharing is caring. ..

posted from Bloggeroid

Sunday, 1 June 2014

Till we met again.

Setelah berbulan aku x ngedate blog ni tetibe tajuk entry macam tu dah kenapa.

Oke.. begini critanya.. emm.. bolehla p bancuh kopi sbb aku nak membebel panjang ni.

Beberapa malam yang lalu.. mule dah.. aku jumpe sorang budak ni. Not actually baru jumpa.. cuma baru perasan kami suka benda yg sama. We love korean drama.. KPOP.. bebelog. Lepas bace belog die aku tetibe mcm semangat nak berbelog balik. Kalau nak buat karangan BM sila pastikan xtiru ayat & ejaan kat sini yang mmg xmelambangkn ke mature an aku.

Actually... bukan aku sengaja menyepi. Tuhan bagi aku sedikit ujian. Last month, on my way to my best friend big day, aku accident. Sedih beb. Aku xsempat sampi pon ke majlisnya. Tapi aku pujuk diri aku ini semua ujian dariNya. Aku rasa patah kaki. Kire tu antara harta pertama yang aku ada since bergelar government servant. Si merah aku.
Alhamdulillah aku selamat. Cuma sengal-sengal terutama di kaki yang masih dirasai especially bila duduk dua sujud. Tapi one of my penumpang belakang injured & warded for few weeks.

Ni lah keadaannya. Dan si merah masih berada di Muar.. masih tunggu adjuster.. so kiranya dia masih sakit dan belum setat kaci ubat pon.
Waaaa.. xnak pikir.. nanti aku sedih.

Aku memang bernasib baik. Dikurniakan adik dan teman2 yang baik disisi. Yang banyak membantu aku. Yang xtahu bagaimana ingin aku balas jasa mereka. Trimassssss...... aku sayang korang. Betul ni xtipu.



Malah ada yg siap pinjamkan aku motor. Nak pinjamkan aku kereta. Bertuahnya akukn.

Duit? ?? Jangan cakaplah.. lagi laju mengalir dari krisis air kat Selangor neh. So bila time mcm ni. Kite mulala nak menagih kembali hutang2 yang pernah kita berikan dulu. Hmmmm.. another ujian untuk aku. Bukan satu perkara mudah rupanya untuk mendapatkan kembali hak kite. Tali ukhwah persahabatan dan persaudaraan yang telah lama terjalin kini menjadi rengang. Bukan mahu ditunjuk rasa simpati atas apa yang menimpa malah kita pula dicop....emm aku pon tidak pasti perkataan dalam kamus dewan apa yang harus aku berikan pada orang sebegini. Aku pasrah je. Aku xmeminta kembali hakku kalu tidak bersebab.


Nurses nite...

Tengok aku tetibe masuk tajuk lain. Sbbnya aku malas fikir. Xmahu tensionkn diri. Hihi
Setelah pelbagai ujian dan cabaran ditempuh, aku dipaksa rela untuk ke acara ni. Arhhhh.. malasnya... physically and mentally not prepared for the event okeh. Panjang sangat acara ni. Lepas sorang sorang naik pentas ambil lucky draw mereka. Tah apa menimpa table kami. X lucky langsung. Mane tak tambah tension mak. Evan dalam hati mak dok cakap hope grand prizes it's mine. Huhu.
Then..... 0366.. hey.. that my lucky draw number. Yehaaaa... alhamdulillah. .

Salam puan pengarah hospital. Klik klik.. camera focusing on me. Bawak turun la kotak gedabak tu.. Deabakkkkk... antara grand prize. Mak suka.. mak suka..
Actually hadiah menjenguk rumah aku lg.. ni ha rezeki aku selepas di paksa rela.

Allah beri rezeki xkira tempat. Syukur alhamdulillah. Terima kasih hospital ampang. Insya Allah tahun depan kite datang lagi. Hadiah tajaan Sengheng...memang berbaloi..

Banyak sangat aku rasa kejadian yang mewarnai kamus kehidupan aku seindah cerita korea. (Motif).. hihi..
Aku pasrah.. aku bersyukur. Dalam doa aku harap diberikan kekuatan untuk menempuh semua ni. Amin......

'...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan. ..' (QS. At Talaq : 7)





~~~~
Sharing is caring.


Dalam pada tu.. sebagai rakyat jelata negeri perak apa kata kita sedekahkan al fatihah pada Almarhum sultan Perak Sultan Azlan Shah yang telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah

posted from Bloggeroid

Thursday, 17 April 2014

Single??? Bila nak double???

Bila lagi nak kawen ni????????????????


Bila bujang... inilah persoalan yang perlu kita hadap walau di mana jua kita berada.

Kenkadang ingin sekali aku jerit kat depan muka orang yang tanya tu.. " mana iman kamu??".

Oleh kerana, berbekalkan kesabaran juga masih utuh nilai murni hormat-menghormari aku lebih selesa senyum dan mengatakan belum masanya lagi. Sambil mengharapkan mereka mendoakan jodoh yang baik untuk ku.

Setiap kita yang lahir telah ditentukan rezeki, jodoh, ajal. Aku redha dan pasrah. Aku masih gembira. Dan aku bertambah gembira bila persoalan ini acap kali ditanya. Itu tandanya mereka 'take care' kita. Mereka lebih risau berbanding kita sendiri. Mak ayah kita sendiri.




Siapa yang tidak ingin disayangi. Siapa yang tidak ingin kebahagiaan. Siapa yang tidak mahu menambah umat Muhammad di dunia ni.
Kita harus sedar. Dunia ini hanya pinjaman buat kita. Kebahagiaan yang kita lakar hari ini bukan jaminan untuk hari esok. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya DIa adalah sebaik-baik perancang. Redha dengan qada dan qadarNya.
Di sebalik senyuman yang diukir kan sebenarnya tersembunyi beribu persoalan.

Kita bahagia hari ini. Kita rasa kita cukup sempurna. Kita ada segalanya. Andai kata esok kita bercerai. Andai kata Allah ambil anak kita. Andai kata kita hilang tempat bermanja kita. Adakah ini baru kita sedar yang semua ni adalah pinjaman.
Daripada kita bertanya soalan yang mungkin menguris hati mereka, lebih baik kita mendoakan jodoh yang baik untuk mereka. Doakan mereka juga dapat merasakan kebahagiaan yang kita telah kecapi kini. Kan lebih mudah.

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
(Ar-Rahmaan 55:60)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:61)





Aku tahu banyk yang mengambil berat tentang aku. Alhamdulillah. Terima kasih.
Aku mohon kita sama-sama berdoa jodoh yang baik serta berkekalan untuk kita semua. Insya Allah.

Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu.’” (Surah Ghaafir, ayat ke-60)


Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Ketemu lagi kita

Hai...
Tak patah nak hai sgt.


Oke..semula.


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Ewah...
Dah lame aku menyepi. Membawa diri. Cari ruang. Cari fakta. Cari ilham. Tak jauh mane pon. Still ada kat Malaysia.
Bukan aku berhenti kerana sudah malas berkongsi coretan di sini. Cuma aku masih terkesan dengan kejadian MH370 tu. Banyak masa terluang aku habiskan berfikir. Menyatukan fakta. Sesekali ingin juga menjadi 'keyboard warrior' di Fb, twitter, tetapi aku lebih rela menyerahkan tugas pada yg pakar. Ia bukan bidang aku. If anyone bertanya aku mengenai nursing or ape-ape tentang kesihatan, insya Allah aku cuba memberi jawapan. Tetapi, like I said before, ia bukan bidang aku bila berkaitan tragedi ini. Ape yang mampu aku lakukan adalah berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Pasti ade hikmah semua ini.
Enough. Isu ini sudah sering aku utarakan di sini. Mungkin akan ada lagi beberapa entri berkenaan isu ini. Tetapi cukuplah sampi di sini dulu.


Aku kongsikn gambar yang aku c&p di Google+. Bnyak maksud tersirat di situ.




Aku selalu ingat yang ni. Kalau boleh, selagi aku mampu, selagi aku terdaya, selagi masih berbaki tenaga untuk aku bantu, insya Allah akan ku bantu. Bukan mengharapkan balasan duniawi. Ganjaran pasti ada di sana nanti.
Sebagai manusia biasa, terkadang aku tersasar. Rasa tidak di hargai. Rasa penat manabur budi. Terkadang hati kecil tersenyum tatkala insan yang pernah melakukan sesuatu kepada ku mengalami pengalaman yang sama. Ingin aku jerit pada dunia itulah yang aku rasa. Namun, perasaan gembira ini tidak lama. Aku bukan insan yang suka menyimpan dendam. Aku sentiasa doa keamanan antara kita. Kita satu Malaysia. Selagi belum merentas lautan kita masih berpijak di bumi yang sama. Mengapa perlu ada perasaan hasad dan dendam antara manusia.
Satu nasihat aku pada diriku sendiri. Sebelum ingin mengubah dunia, ubahlah diri kita dulu. Kerana manusia hanya menunggu masa untuk menjatuhkan kita.
Kita tidak tahu bila berakhir nafas kita. Adakah ini O2 terakhir kita?? Apakah ini malam terakhir kita??. Bagaimanakah jika makanan malam tadi makanan terakhir kita didunia?? Yang lalu biarkan berlalu. Sebelum memejamkan mata, sebelum melangkah keluar dari rumah, sebelum stat enjin kereta, apa kata kita motivasikan diri jd insan lebih positive. Lebih bersikap pemaaf dan suka membantu. Mana tahu tindakan yang baik adalah amal terakhir kita.



Renungkan dan selamat beramal....



Sharing is caring

posted from Bloggeroid