Pages

Monday, 2 June 2014

Ramadan tak lame lagi.....

Hari ini sudah bertarikh 3 Syaaban. Menunjukkan Ramadan just around the corner. Yang mane ade tinggal puasa tu da habis ganti ke belum lg u ols.
Aku suka bulan puasa. Bulan yang aku rasa sangat tenang. Bukan ape, bila time puasa kita bukan sahaja puasa daripada menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kiranya vital organ dalam tubuh badan kita pon mengambil masa untuk bertenang dan berehat. Macam gambar comel ni..



Masihkah anda ingat perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti yang kita hapai waktu sekolah dulu. Macam ujian pafa subjek pendidikan islam.
Rasanya xperlu aku ulang. pasti petik jari je masing-masing boleh jawab bukan.

So, sebenarnya apa yang aku nak share adalah persediaan kita untuk menjemput ramadan. Kerna aku pasti semua berebut untuk menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatulqadar.

Apa kata kita mulakan dari sekarang. Praktis dari Syaaban. Insya Allah bila ramadan tiba nanti kita sudah benar-benar bersedia.

Mulakan dengan niat. Tanpa niat dan usaha kita mungkin sukar untuk melakukan apa yang kita mahu. Cekalkan dalam hati. Positif yang paling penting. Jangan awal-awal sudah fikir buruk sebelum mula bertarung. Kenapa aku guna perkataan bertarung?? Kerna seperti semua tahu SOT orang kata pabila ramadan semua jin dan syaitonirrajim dah kena ikat. Jadi kita perlu berlawan dengan nafsu diri kita sendiri.

Then, cuba lengkapkan apa yang selalu kita ambil mudah. Perkara wajib yang sering kita leka. Sembahyang 5 waktu. Apa gunanya berkejarkan solat tarawih yang sunat andai 5 yang wajib selalu saja tertinggal. Mula bertatih bangun solat sunat malam. Apa salahnya mencuri sedikit waktu tidur untuk beribadah. Mulakan dengan perlahan. Tidak perlu gopoh. Sebab tu aku suh mula dari awai lagi bak hang.

Membaca Al Quran. Sepertimana yang kita tahu, pahala yang berlipat kali ganda untuk setiap hurup didalam AlQuran yang kita baca di bulan Ramadan nanti. Mana nak dapat pahala yang banyak macam ni kat bulan lain. Mai la kita sesama berebut pahala tu.
Haaa.. lagi satu kalau kita rasa nak kongsi pahala kita bolehlah menghadiahkan kenkawan, mak ayah, adik-beradik, dan sewaktu dengannya AlQuran yang comel macam yang ku ada ni. Kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Juga sangat comel untuk menarik golongan muda untuk membacanya.


Yang ni aku beli dari member punye member kat negara seberang. La ni dah banyak jual serta harga yang lebih berpatutan di Malaysia.

Bersedekah amalan mulia. Waktu ramadan selain berlapar dahaga, waktu ni la kita beristiqamah. Waktu ni la kita nak rasa bagaimana insan lain yang kurang bernasib baik merasai lapar dan dahaga bukan sebulan tapi sepanjang tahun. Apa kata kita kongsikan sedikit dari kemewahan kita supaya mereka juga boleh bergembira. Yang paling mudah isikan sahaja di tabung masjid sekitar kita. Tabung derma juga merata ada di sekeliling kita sebenarnya. Ataupon cara yang lebih moden melalui potongan gaji. Jangan lupa mak ayah kat kampung. Itu juga satu sedekah yang menjadi tanggungjawab okes.


Ini contoh potongan melalui gaji yang boleh kita lakukan.



Yang ni pulak boleh melalui maybank2u. Autodebit di setiap awal bulan.
Every Child count...

Muhasabah diri. .. ingat ingat dan ingat puasa bukan hanya berlapar dan dahaga je tetapi menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. So, mula praktikkan daripada awal. Kalau sudah habis menggantikan puasa wajib bolehlah berpuasa sunat pula.


Marilah bersama-sama kita merebut manisnya Ramadan.
Rasulullah s.a.w bersabda, "sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Ryyan. Orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu pada hari kiamat, tidak seorang pon masuk melalui pintu itu selain mereka. Dikatakan, "Mana Orang-orang yang berpuasa? " Maka mereka berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melewati pintu itu selain mereka. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup dan tidak ada seorang pon yang masuk (lagi) melaluinya. " (HR Bukhari).





Sharing is caring. ..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment