Pages

Tuesday 14 October 2014

Daehan Minguk Manse



Korangggggg.....

Hai hai...

Assalamualaikum. .......

Oke aku nak update pasal korea ni. Siapa tak suka oke boleh start lah suka.
Comelllll... adorable. .. rase nak gigit je kembar tiga ni..



Mereka si kembar 3 yang super cute ni adalah anak kepada pelakon Song II Kook kat Korea nun.
Kalau digabungkan nama mereka membawa maksud yang sangat patriotisme→ Republik Korea Hurrraayy..



Aku mula kenal dan tahu kewujudan mereka ni selepas mereka mula mengganti tempat salah satu keluarga dalam rancangan The Return of Superman. Actually, aku ade update pasal rancangan ni before.



Kenapa aku mula suka mereka?? Why??
Sebabnya 1st time aku tengok gelagat mereka kat rancangan tu aku trus fall in love gitu. Kecomelannya mereka menambahkan lebih excited aku lah.
Then, aku suka sangat tengok cara ayahnya mendidik mereka untuk terus berharmoni sebagai kembar, dan hidup bermasyarakat. Tetibe ni.
Salah satu didikan awal kanak-kanak yang boleh dicontohi oleh ibu bapa kat dunia ni. Serius ni. Tak tipu.


Kembar tiga beb. Boys pulak tu. Agaknya boleh bayang macam mane kehidupan seharian mereka. Comelkan basikal si ayah ni. Sambil bersenam membawa anak-anak ambil udara segar.
Dan yang paling aku puji si ayah ni sebab dalam rancangan ni die dikenali sebagai seorang ayah yang sangat penyabar. Tidak mudah melenting. Pandai menjaga dan mendidik anak-anaknya. Menjaga dan mendidik adalah dua perkataan yang berbeza kan..



Yang sulong Song Dae Han.. berperwatakan memang lebih kepada anak sulong. Lebih bertanggungjawab, etika paling oke di meja makan, selalu menjaga ayahnya.
Yang second Min Guk my paberet. Bagi aku die paling chumel antara mereka. Selalu dibuli, mudah merajuk, tapi senang nak pujuk. Juga dikenali sebagai morning angels kat rancangan ni sebab akan bangun paling awal dari semua. Oke..aku maybe sedikit bias bile kat die.. hihi
Yang last kire bongsu ni Manse. Free spirit ayahnya kata. Paling nakal. Paling bising. Paling selalu buli abang-abangnya.



Minat mereka lebih kepada music. Kire lagu kanak-kanak kat korea tu memang makanan mereka. Mereka akan lebih aktif bila ada music. Mood jd ceria. Malah lirik serta gerak tari tubuh juga mereka hapai. Music membuktikan boleh merangsang minda kanak-kanak. Slow music I mean. X delah pulak suh bagi dengar lagu My chemical romance pulak..




Aku nak ajak korang tengok rancangan ni. Bersiaran setiap hari ahad jam 3.20 pm. Di saluran kbs2 astro 392hd atau 391.
Ketinggalan? ? Kerja?? Jangan risau.. ulangan pada isnin jam 12.30 am dan khamis 5.40 pm.
Malah best clip setiap minggu akan di ulang tayang selama 10 minit setiap hari beberapa kali di saluran yang sama.
Kalau ada astro pvr bolehlah rakam terus series link nya. Kira tiap minggu mmg akan terus rakam otometik then lepas tu boleh tengok berulang kali sampai muntah.



Saje nak belanje lebih korang semua gambar super keuut mereka. Hihi. Korang tengok betapa aku suka mereka. Banyak perkataan sangat, super yang aku guna kat entry ni.
Kalau tak suka takpe. Aku tak paksa pon. Cuma boleh belajar cara mereka mendidik anak mereka. Especially si ayah la.. sebab rancangan ni ayah akan menjaga anak mereka selama 48jam tanpa bantuan si isteri. Sangat kena untuk wanita yang bekerjaya di zaman serba moden ni.






Sharing is caring...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment