Pages

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Daehan Minguk Manse



Korangggggg.....

Hai hai...

Assalamualaikum. .......

Oke aku nak update pasal korea ni. Siapa tak suka oke boleh start lah suka.
Comelllll... adorable. .. rase nak gigit je kembar tiga ni..



Mereka si kembar 3 yang super cute ni adalah anak kepada pelakon Song II Kook kat Korea nun.
Kalau digabungkan nama mereka membawa maksud yang sangat patriotisme→ Republik Korea Hurrraayy..



Aku mula kenal dan tahu kewujudan mereka ni selepas mereka mula mengganti tempat salah satu keluarga dalam rancangan The Return of Superman. Actually, aku ade update pasal rancangan ni before.



Kenapa aku mula suka mereka?? Why??
Sebabnya 1st time aku tengok gelagat mereka kat rancangan tu aku trus fall in love gitu. Kecomelannya mereka menambahkan lebih excited aku lah.
Then, aku suka sangat tengok cara ayahnya mendidik mereka untuk terus berharmoni sebagai kembar, dan hidup bermasyarakat. Tetibe ni.
Salah satu didikan awal kanak-kanak yang boleh dicontohi oleh ibu bapa kat dunia ni. Serius ni. Tak tipu.


Kembar tiga beb. Boys pulak tu. Agaknya boleh bayang macam mane kehidupan seharian mereka. Comelkan basikal si ayah ni. Sambil bersenam membawa anak-anak ambil udara segar.
Dan yang paling aku puji si ayah ni sebab dalam rancangan ni die dikenali sebagai seorang ayah yang sangat penyabar. Tidak mudah melenting. Pandai menjaga dan mendidik anak-anaknya. Menjaga dan mendidik adalah dua perkataan yang berbeza kan..



Yang sulong Song Dae Han.. berperwatakan memang lebih kepada anak sulong. Lebih bertanggungjawab, etika paling oke di meja makan, selalu menjaga ayahnya.
Yang second Min Guk my paberet. Bagi aku die paling chumel antara mereka. Selalu dibuli, mudah merajuk, tapi senang nak pujuk. Juga dikenali sebagai morning angels kat rancangan ni sebab akan bangun paling awal dari semua. Oke..aku maybe sedikit bias bile kat die.. hihi
Yang last kire bongsu ni Manse. Free spirit ayahnya kata. Paling nakal. Paling bising. Paling selalu buli abang-abangnya.



Minat mereka lebih kepada music. Kire lagu kanak-kanak kat korea tu memang makanan mereka. Mereka akan lebih aktif bila ada music. Mood jd ceria. Malah lirik serta gerak tari tubuh juga mereka hapai. Music membuktikan boleh merangsang minda kanak-kanak. Slow music I mean. X delah pulak suh bagi dengar lagu My chemical romance pulak..




Aku nak ajak korang tengok rancangan ni. Bersiaran setiap hari ahad jam 3.20 pm. Di saluran kbs2 astro 392hd atau 391.
Ketinggalan? ? Kerja?? Jangan risau.. ulangan pada isnin jam 12.30 am dan khamis 5.40 pm.
Malah best clip setiap minggu akan di ulang tayang selama 10 minit setiap hari beberapa kali di saluran yang sama.
Kalau ada astro pvr bolehlah rakam terus series link nya. Kira tiap minggu mmg akan terus rakam otometik then lepas tu boleh tengok berulang kali sampai muntah.



Saje nak belanje lebih korang semua gambar super keuut mereka. Hihi. Korang tengok betapa aku suka mereka. Banyak perkataan sangat, super yang aku guna kat entry ni.
Kalau tak suka takpe. Aku tak paksa pon. Cuma boleh belajar cara mereka mendidik anak mereka. Especially si ayah la.. sebab rancangan ni ayah akan menjaga anak mereka selama 48jam tanpa bantuan si isteri. Sangat kena untuk wanita yang bekerjaya di zaman serba moden ni.






Sharing is caring...

posted from Bloggeroid

Thursday, 5 June 2014

♥ Choo Sarang ♥



Anneyo....

Oke.. aku buat hal lagi. Aku update pasal korea lg. Sila muntah. Hihi..
Actually aku baru je tengok ulangan the return of superman (KBS2) yang aku sudah tengok last sunday. Bcoz... I'm in love with this little lovely Sarang...



Isn't she so adorable. .. ceritanya aku tak sengaja tertengok this variety show last few months and end up like this. Aku jatuh cinta.. hihi..
Sunday variety show ni bertajuk The Return of Superman.



Alkisah.... beberapa orang bapa yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelawak, dan pengganas eh bukan.. fighter ni diberi misi untuk menjaga anak mereka tanpa bantuan wife masing-masing untuk beberapa tempoh. Kira dorang melakukan penjagaan dari head to toe pada anak-anak la.
Dannn.. dalam banyak banyak anak.. yang paling aku can't take my eyes on is si dak kecik Sarang ni.. tgk.. si penyanyi pujaan ramai pon nak bergambar ngan die..



❤ dilahirkan pada 24.10.2011.. berbintang libra seperti aku...

♥Sarang adalah anak perempuan kepada Korean-Japanese MMA fighter CHOO SUNG HOON & Japanese model YANO SHIHO



Fakta kenapa aku suka die..
..die comel
..die cute
..die montel
..die bijak
..die boleh berbahasa Jepun & korea
..die adalah die............

Aku suka tengok gelagat die. Kira kalau stress boleh hilang beb kalau tengok gelagat die. Tambahan kalau tengok aksi die makan.. haissss.. sangat comel. Dan die memang terkenal dengan aksi makannya. Sangat berselera. Kalau ada pelanduk 2 serupa mcm die aku nak ambil buat anak angkat. .. hihi
Nah.. gambar lagi yang aku ambil dari encik google.. yela die nun jauh di Jepun. Memang X la aku nak dapat gamba real. Ye dak.



Aku paling suka kalau semua family Superman berkumpul. Episod ni aku rasa paling aku xkan tinggal.. hihi..
Meh aku share sikit ahli keluarga yang lain..


Lee soeun & Lee soejun


Lee Haru


Junu & Junseo


And ahli baru mereka.. Yakung Yakung...



Kira orang Korea ni memang banyk idea untuk buat penonton sentiasa mahu ikut and tertunggu-tunggu next episode. Tahniah.. Orang Malaysia sila ambil iktibar. Macam x kena je ayat..
Selamat menonton.... mesti korang suka.. sila try...














Sharing is caring...
Opsssssss

posted from Bloggeroid

Thursday, 26 December 2013

안녕하세요 ~~~ Annyeong haseyo

Tajuk entry aku kali ni lain bukan. ..
Ini semua kerana aku tlh dijangkiti semula virus kpop plk..
Klu menjd tetamu di rumah aku anda seharusnya bersedia untuk menonton saluran 393 or 392 sepanjang hari samaada di rumah sewa atau di kampung halaman. .
Mak ayah & adik-adik aku mmg xboleh nak buat ape da.. redho jela ble remote berada di tgn ku.. hihihi...biasanya klu di rumah mmg aku je yg ada masa nak menonton televisyen ni.. adik aku lg 2 org ni sgtla bz evan kmi semua kerja di hospital yg sama kini...lgpon kmi adik beradik mmg dilahirkan xminat sgt tgk wyg... setahun sekali pon payah kecuali reunion or kwn2 bejaya meyakinkan aku untuk masuk panggung. . Sejak ada astro 1st ni..mmg sesuai untuk keluarga kmi. .
Ni antara cerita korea yg aku lyn sampi klu ulangan pon still boleh tgk... huuuu



49days ... cerita xlogik tp sedih..n actually cerita inilah menyebabkn aku kata tidak pd drama Indonesia yg menjd pujaan hati dulu..


That winter the wind blows ... cerita ni pon sgt sedih oke.. tambah ble pelakon perempuan yg sgt cantik itu buta..


Jang ok jung .. arghhh aku xboleh ingat cerita ni.. punyala ikut sampai sanggup tahan mata daripada tidur untuk tgk ulangan klu time airing cerita ni aku keja mlm.. kisah cinta tragis pd dinasti joseon..


I hear your voice .. apabila anda boleh membaca fikiran org lain..


Master of sun .. cerita hantu cinta comel n xseram..pelakon pelakon sgt sesuai...


Empire of gold .. cerita perebutan kuasa ..tiada kisah cinta. .it's ol about bisnes ..menantikan sambungan please. .


The strange housekeeper .. pembantu rumah yg akn melakukan apa sahaja arahan.. drama ni olg bnyk air mata aku keluar. .sbb lebih kepada kekeluargaan. .so mmg sampi ke kalbu la


Secret love .. drama cinta penuh tragic dendam & air mata.. pd aku ni crita terbaik 2013


sedang ke udara bak hang.. Lee min ho semestinya pelakon gegegegemaran aku.. klu diikutkan cerita ni xdela best mne pon bg aku..biasa biasa je.. tp sbb pelakon yg mmg best termasuk kim woo bin. .. still xboleh tinggal la ble gandingan pelakon die mmg deabak..


♥♥♡♥♥
Tgk itu antara cerita yg aku ikut..bnyk lg tu..tp antara yg terbaik aku lyn la..
Korea jgk sgt terkenal dgn variety show.. yg bestnya anda sememangnya boleh release tension & mereka sering membawa kt menjelajah korea tnpa perlu ke korea. . Ni cara terbaik menggalakkan pelancong memilih korea sebagai destinasi percutian. .


Running man ..ofcoz ni yg terbaik bg aku.. xperlu cerita panjang. .SOT


Barefoot friends .. ni pon best..tp da habis tayang kat Malaysia


Gag concerts mmg xkering gusi tgk drama pendek dalam ni.. maharajalalawak klu tgk ni mmg boleh dpt idea kot.. peserta serta pelawak please tgk ni


Happy together .. nasional mc bersama artis berkongsi kisah.. artis korea mmg sgt terbuka memberi kerjasama yg sgt baik evan sesetengah soalan sgt sukar dijangka. .

Apabila sudah mula berjinak dengan kpop semestinya tekak melayu ni jgk sudah boleh trima makanan mereka..
Ni pulak my favourite. .mmg suka.. suka sgt..
Masitge deuseyo = selamat menikmati

Bibimbap


Kimbab

Serta aku berjaya mempengaruhi teman teman bujang ku untuk makan di korean restoran. .hihi
Terletak xjauh mane pon dr rumah.. sweetree nama kedai diberi.. kedai ni halal dan sedap malah jjcm pernah dtg sini...makanan serta service sgt best.. siap ada surau untuk muslim.. owner adalah mix marriage. . Husband korean, wife pulak melayu..suasana kedai yg sedikit sebanyak membuat kt berasa seperti di korea.. lihat saja gelagat kami disini





Aim aku nak p bercuti kat korea.. klu time winter mesti sssgggtttt best..sape nak belanja aku p bercuti kat korea. ..hihi...

감사합니다( gamsahamnida )
고맙습니 ( gomapseumnida )
고마워요 ( gomawoyo )
고마워 ( gomaweo )
고맙다 ( gomapda )
Ni semua ucapan terima kasih...

Tto mannayo = sampai bertemu (jumpa) lagi

♥ ♡ ♡ ♥ ♡ ♥ ♥
posted from Bloggeroid