Pages

Saturday, 27 September 2014

Keluarga Iskandar

Hai korang.....

Eh.. assalamualaikum.

Korang tengok tak cerita keluarga Iskandar ni. Dah masuk musim kedua pon. Yang tak pernah tengok aku highly recommend cerita ni kat u ols. Ni barisan pelakon die



Korang tak rasa muak ke dengan cerita tak kira baru atau cerita yang dah sepoloh kali tayang berkisar benda yang sama. Jalan cerita yang boleh di agak. Especially drama bersiri melayu la ni lah.
Miskin samada lelaki or perempuan then kahwin paksa or terpaksa rela with keluarga yang super kaya then klimaks dgn satu watak antagonis and the end happy ending la.
Awal2 kemunculan drama-drama daripada novel ni memanglah excited kan. Yela untuk peminat tegar pembaca setia novel ni. Evan biasanya feel die tak sama kan. Sebab kalau kita yang baca novel tu biasanya siap boleh jadi watak hero or heroinnya dalam tu. Ala takyah nak kate tidak sangatlah. So bile some of watak yang pelakon tak hayati betul-betul kita jd down. Pon boleh.
Masalahnya, ia start jadi boring bile lambakan cerita novel di dramakan or di panggungkan. Lepas satu satu dengan jalan cerita yang hampir sama. Dilakonkan pula dengan kayu kayan tak cukup menghayati watak lagilah kita tak mau nengoknye. Tengok aku kritik das das dum. Ce tengok belakon sikit jadi ke tak. Hihi.. dah tu pilihan deme kenalah buat yang terbaik kan. Kena kritik biasalah. Mana ada manusia perfect kat dunia ni.

Oke, selesai tugas mengkritik tak bertauliah. Aku nak ajak korang tengok cerita ni sebab ia lain daripada yang lain. Cerita ringan. Bolehlah ditonton seisi keluarga. Ada mesej yang boleh dijadikan panduan. Dan ia macam realiti. Real life keluarga melayu kite ni. Sebab tak rasa mcm lakonan so kita rasa rapat dengan cerita ni. Cewah. Aku kalau dapat puji pulak.
Drama bersiri keluarga yang sudah masuk musim kedua ni ditayangkan setiap hari isnin jam 10 malam. Tertinggal? ? Lupa?? Kerja malam?? Dating?? Tidur awal?? Jangan risau.. gunakanlah aplikasi PVR yang korang pasang tu. Takde??? Apedehal... astro kot, ulang pagi petang siang malam hampir 2 3 channel.



Yang ni aku saje iklan. Mengenang nasib adik-adikku terpaksa seat for another exam. Bersabarlah ye adik-adik sayang. Buat yang terbaik hujung bulan ni. Semoga dalang yang membuat emosi adik-adik ni terganggu dapat dicari. Siap kau... dosa percuma dapat buat kat adik-adik yang xberdosa ni.



Last but not least



Selfie sikit






Sharing is caring.

posted from Bloggeroid

Friday, 26 September 2014

Positive. Usah bersedih. Kosong-kosong.

USAH BERSEDIH.

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai dan dibenci oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu diFITNAH dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang mu
sibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..

Boleh dikongsikan dgn sesiapa saja sbb tiada hakcipta terpelihara, silakan. No problem.

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..) #peringatan buat diriku yang mudah lupa...

Aku copy paste dari sahabat yang berkongsi di WhatsApp messenger. Ia sampai tepat pada waktunya.


Dah lama aku tak update blog. Dah lama aku tak asah minda aku untuk mencurahkan kat sini. Aku suka berbicara sendiri daripada menceritakan masalah pada orang di sekeliling. Bukan kerana aku tidak suka berkongsi. Tapi aku berwaspada. Tetapi aku cerita di sini. Ye. Aku. Pelik tetapi benar. Sebab bagi aku pengalaman dan pengajaran yang aku lalui yang memberi iktibar kepadaku, mengapa tidak aku berkongsi.
Sedih. Dah lama aku tak mengeluarkan air mata. Kerana faktor pengalamanku semasa kecil aku tidak boleh melihat pergaduhan. Malah jika aku berasa marah pada seseorang aku pasti menagis. Kerana aku tahu kerana marah, marah yang dipendam akhirnya akan meletus jua.
Ditelan mati mak. Diluahkan mati bapak. Pepatah Melayu yang sangat tepat untuk aku hari ini. Banyak sangat yang dilalui.
Sahabat. Andai kau membaca coretan ini hanya satu mampu untuk aku katakan. Bersabar dan berdoa. Samada salah kita atau pihak lain, sabar. Menagislah jika mahu, malah merintih pada Allah jika perlu. Allah je yang ada untuk kita. Anggap ini satu ujian. Aku tahu rasanya dikala satu dunia menentang kita. Dengan kesabaran Allah pasti akan tunjukkan kebenaran suatu hati nanti. Maybe bukan esok atau lusa tapi nanti. Nanti.




MEMINTA MAAF SATU KEMENANGAN.

Pasti ramai yang tidak percaya jika seorang nurse menceritakan kesibukan mereka di waktu kerja kerana FB kini penuh dengan cacian pada kerja mulia ini. Ada sahaja yang tidak kena dimata masyarakat. Bercakaplah selagi mampu, cacilah selagi perlu. Hanya kami dan Allah tahu ape yang kami lakukan. Yang tidak anda sebagai anak, isteri, suami, ibu, ayah yang mahu lakukan.
Alkisah... sepanjang aku bekerja ini hari 1st time aku rasa sgt marah. Kesabaranku hilang. Hampir hilang pertimbangan tadi. Yela.. mungkin kerana peluh menitik-nitik pada suhu 17°c (macam tak logikkn). Dari jam 7 belum sempat duduk. Inikan pula mahu minum segelas air membasahi tekak, ade pula satu drama swasta terjd. Tuhan je tahu rasanya.
Tetapi sedang elok melangkah longlai keluar dari ward jam 4.30 ptg. Dengan senyuman aku cuba meminta maaf pada insan yang berkarung sumpahan aku berikan dalam hati td. Marah. Sangat marah bercampur aduk perasaan paham mengapa beliau melakukan tindakan sedemikian. Aku lafazkan maaf. Kosong-kosong. Walau kesalahan daripada pihaknya. Aku memulakan kata maaf.

Tenang....

Tenang......

Ajaib sangat ungkapan ini. Rasa ada satu beban dah hilang lepas lafazkan kata maaf itu. Lega...
Aku bukan bercerita untuk tunjukkan betapa baiknya aku. Betapa jahatnya insan lain. Cuba lihat daripada sudut pandangan sisi kot lain.

Apa yang aku nak kongsikan. Tidak kira salah kita atau bukan. Kita yang mulakan atau bukan. Perselisihan faham, dendam, rasa amarah yang ada boleh hilang dengan satu ungkapan ajaib ni.
'Maaf'.




Kosong-kosong.







Sharing is caring.

posted from Bloggeroid